Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Salam Ukhwah buat sahabatku yang kini berada di Syria,

Sahabatku, hari ini hatiku terasa syahdu, terasa kau berada di sisiku, seronok pabila melihat gambar bersejarah ini, dari first year kita bersama, akhirnya kita sama-sama dapat mengecapi kecemerlangan..Indahnya persahabatan, bagiku, inilah hadiah sebuah persahabatan, bersamamu sangat membahagiakan, kau ibarat sebahagian dari hidupku, andainya mampu ku minta masa itu berundur, ingin sekali ku kembali ke saat itu, tapi apakan daya, kita hanya mampu akur dengan perancangan Pencipta..aku redha kau terbang jauh mengejar cita-citamu..kuatkan semangatmu, manfaatkan peluang yang ada untuk mendalami ilmu, yang paling utama, moga2 bertambahnya ilmu kita, semakin hampir diri kita kepada Allah, semakin bertambah ketaqwaan kita pada Allah...

Peristiwa semalam, aku rasakan bagai kita masih bersama seperti dulu, tidak kuhiraukan orang di sekeliling apbila aku tersenyum sendirian berchating denganmu, gila agaknya tgk komputer, dengan senyuman dan ketawa, seperti bercakap dengan komputer, tapi itulah hakikatnya, aku sangat bahagia mendapat khabar darimu...

ku doakan agar kau tabah di sana... Salam Perjuangan buatmu sahabatku..


SATU KETIKA KITA SEMUA PERNAH MEMBUAT SATU RESOLUSI UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH BLOG..UNTUK USRAH KITA..DI KESEMPATAN INI, AKAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA ADMIN BLOG RASMI USRAH KHAULAH AL-AZWAR.....http://khaulaalazwar.blogspot.com/

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMERIAHKAN BLOG INI....

AKAK HARAP SELEPAS NI...AKK DAPAT BERHUBUNG DENGAN ADIK2 MELALUI BLOG INI...

KHUSUS BUAT SEMUA ANAK-2 USRAH AKAK, DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN ADRESS BLOG MASING2 KEPADA AJIE UNTUK DI LINK KAN BLOG KITA SEMUA....

SEMUA USAHA INI DIBERKATI ILAHI...DEMI KELANGSUNGAN UKHWAH HINGGA KE SYURGA...

naqibahmu..