Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Dalil Menyambut Maulid

Semasa saya menghadiri satu solat jenazah di Pertubuhan Kebajikan al-Khaadem malam tadi, sejurus selesai pelaksanaan solat, datang seorang lelaki bertanya tentang dalil menyambut maulid. Beliau mengatakan ada di kalangan para ustaz yang mengatakan sambutan maulid mempunyai dalil daripada hadith Nabi s.a.w. Dalil tersebut ialah hadith di mana Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasanya pada hari Isnin lalu Baginda menjawab, “Pada hari itu aku dilahirkan…”
Tiba-tiba perbincangan kami terputus kerana perbualan dan sapaan daripada jemaah lain. Apabila pulang, teringat saya kepada persoalan itu. Justeru, saya rasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini seperti berikut:
Pertama sekali, tentang dalil menyambut memang ada iaitu hadith berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم الاثنين ؟ فقال " فيه ولدت . وفيه أنزل علي " .
صحيح مسلم (1162)

Maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda bersabda, “Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.”
Kedua, berkenaan dengan pendalilan ataupun cara menggunakan dalil yang sahih itu. Perkara ini ada dua sudut iaitu sudut betul dan sudut salah:
Adapun sudut betul, sekiranya kita ingin menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dengan amalan yang terdapat dalam hadith itu iaitulah berpuasa pada hari Isnin.
Berkenaan sudut salah pula ialah apabila hadith itu digunakan untuk amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu. Antara amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu ialah perarakan dan pembacaan puisi yang tidak berdasarkan maklumat ilmiah bahkan terdapat di dalamnya kenyataan-kenyataan yang menyalahi asas-asas ilmiah bahkan menyalahi logik akal yang sihat.

Perhatian: Adapun ceramah yang diadakan khusus apabila datangnya bulan Rabi‘ul Awwal, apabila kita lihat dengan teliti, kita akan dapati ceramah-ceramah itu adalah pada asalnya ceramah yang bersifat rutin yang tetap akan dilaksanakan juga pada bulan-bulan lain. Cuma, ceramah-ceramah itu bersifat istimewa disebabkan keistimewaan sambutan Maulid di Negara ini. Justeru, apapun tanggapan pendakwah samada sambutan itu sesuai ataupun tidak, tetap para pendakwah harus mengisi pelawaan ceramah-ceramah itu dengan pengisian yang ilmiah. Janganlah diisi ceramah-ceramah itu dengan huraian tentang Nur Muhammad yang hanya berasaskan hadith palsu! Di samping itu, hendaklah para pendakwah menekankan perihal ikutan terhadap Rasulullah s.a.w. dan penolakan terhadap amalan-amalan baru dalam Islam yang menyalahi sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga mendapat manfaat.


Posted by Fadlan_Mohd_Othman , Pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah
Labels: Isu Semasa, Sunnah, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam

Syukran sahabatku Lina..kerana mengajak saya ke usrah...Alhamdulillah, saya seperti seorang yang baru sahaja diberi ubat oleh seorang doktor, kembali pulih..senyuman panjang..benarlah rindu dan cinta mampu mengubat segalanya...menyegarkan...mendamaikan.. Cintaku pada perjuangan..rinduku pada perjuangan...kerana perjuangan itu telah memberi satu nafas baru ketika aku gelap dan kelam dan sehingga putus asa untuk hidup suatu masa dahulu..Bermula hujung tingkatan 4, tika aku hampir rebah, beberapa orang kakak di sekolah khairiah dulu mengajakku masuk usrah..dan saat manis itu sehingga kini membuatku tak mampu berenggang dengan usrah... Usrah bersama Muslimat PAS tadi menyentuh hatiku bukanlah kerana pengisiannya mantap dan begitu panas, namun ku melihat kesungguhan ibu-ibu membawa anak, kesungguhan muslimat yang dahagakan pengisian, kerana mungkin mereka tidak mendapat tarbiyah seperti kami di kampus..namun, muhasabah buat kami mahasiswa, UPTA dan ALUMNI yang dikatakan tegar dengan tarbiyahnya ketika di kampus, ke mana menghilangnya kita setelah bergraduate...Muhasabah buat diriku....

Bukan mudah untuk istiqamah, namun, kita yang menentukan haluan kita untuk terus istiqamah atau pun tidak..

Maka, jalan perjuangan terhampar di depan mata, ayuhkah kita terus kembali bersama perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini....Banyak perkara yang ingin saya ulas, insya Allah, dalam entri akan datang.........



Selepas episod menceritakan tentang kuda perang peneman setia saya, saya masih tak dapat nak teruskan menulis proposal, banyak perkara yang terbuku di hati..

Apa yang pasti, saya rindukan saat manis susah getir dalam perjuangan. Bukan nak kata sekarang saya tak susah, tapi saya dah bgtau sahabat seusrah saya, Haslina dan saya turut berpesan kepada Naqibah saya, K.Halijah, agar ingatkan saya kalau lama sangat saya senyap..Hujung minggu baru ni, saya paksa juga luangkan masa bersama adik-adik KISAS.. Hari Rabu baru ni, saya ke sekolah, ummi Hapzan bgtau takde orang nak bantu PELAPIS BADIB...Saya serba salah..saya minta pandangan K.Elly, katanya, awlakan yang mana yang lebih penting... Alhamdulillah, saya hubungi Hasbullah, minta dia tengokkan adik2..Saya sedih...

Saya tak berniat nak ambil jalan ini, tapi saya tak nak korbankan hajat ayah dan mak. Ayah senyum puas dengar keputusan saya nak sambung belajar..Mak pulak redha dan rela walaupun saya jarang balik.."Mak betul2 nak anak mak belajar dengan baik, yang penting anak mak selamat..Tak yah balik selalu"..itulah luahan mak walaupun saya tahu di hati mak, nak saya balik selalu....

Kadang-kadang saya fikir, saya pentingkan diri ke?? Tak taulah, yang pasti saya memang tak reti nak menipu..Jujur semuanya...Dengan ayah langsung tiada rahsia. dengan mak ada lah jugak tapis2, sebab cerita yang baik2 je, tak nak mak risau atau kecik hati..

Susah belajar ni, paling susah nak bersihkan hati, Alhamdulillah, Allah jaga saya, mulut saya, tindakan saya, tak boleh tersalah, terus Allah bayar cash..Hati saya hanya Allah yang TAHU..

Saya redha dengan setiap ketentuan yang Allah dah tetapkan. Rupa-rupanya sejak dua tiga menjak ni, saya jadi pendiam..sebab banyak perkara yang nak diselesaikan..

Saya dah berterus terang segala keputusan dan kemampuan saya, dan saya tak pandai nak tipu ke, nak uji-uji orang ke, biarlah saya jadi diri saya....Bagi yang bakal menjadi bakal teman hidup saya, terimalah saya seadanya..Yang penting, saya nak fokus belajar sekarang..Hidup bergelumang dengan buku, menjadi ulat buku, sampai tak keluar bilik, dunia ketika saya betul2 fokus...dunia itu dah hampir 4 tahun saya tinggalkan dek kerana banyak taklifan di bahu, maka seolah-olahnya dunia itu dah kembali..Saya mesti manfaatkan masa yang ada..Bukan saya katakan saya tak perjuangan itu tak boleh nak seiring dengan belajar, tapi ia mengikut kemampuan masing-masing..Alhamdulillah, berkat gerak kerja untuk agama Allah, nusrah dan janji Allah yang pasti, saya masih diberi peluang score dengan baik dan mantain anugerah dekan ketika masih memegang jawatan..Tapi, kita tak boleh tinggalkan sunnatullah..Ilmu yang dimiliki seolah2 cukup untuk score dengan baik dalam exam, tapi, masih banyak lubang-lubang yang perlu ditampal...

Apa itu maknanya??? Contohnya kalau lapar, sunnatullah nya makan untuk kenyang..kalau kereta habis minyak, isi lah minyak..kalau tak, matilah kereta tu macam kereta saya malam tadi,, mati sebab tak tutup lampu, maka kehabisan baterinya....Jadi, samalah, dalam menuntut ilmu, perlukan penumpuan dan proses ulangan serta strategi belajar yang baik, barulah segala maklumat dan ilmu lekat dalam jangka masa yang panjang.Itula teorinya..tapi itu kalu dibincangkan dari aspek kekuatan IQ..Lain pula apabila dibincangkan dalam aspek, EQ..soal keberkatan ilmu, perlu jua diutamakan..bagi memastikan ilmu itu cahaya dan meresap dalam diri lalu menatijahkan akhlak yang mulia, hati yang tunduk dan tawadhu'....semakin kenal Allah s.w.t..Jadi, kalau berjuang, berkorban sampai tak masuk kelas, bagaimana pula ceritanya??? Wallahua'lam..hanya Allah yang menilai dan ia bergantung kepada sejauh mana kita benar2 ikhlas dalam menuntut ilmu jua amanah dalam membahagikan masa dengan baik antara tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dan daie..

Panjang perbahasan kalau nak dibincangkan....

Dah lama hidup, pasti kita mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing..Saya sangat kagum dengan insan-insan power -siang berjuang, malam menelaah, terisi jadual mereka sambil belajar tanpa mengugat gerak kerja jemaah..Tapi, saya, pengalaman 4 tahun mengajar banyak perkara, mungkin teori yang perlu saya gunakan ialah terpaksa mengambil kira 'kos lepas' yang ada..Maknanya, pasti ada yang terkorban, buat ketika ini, maka, jadilah saya seperti sekarang...sedih dan pilu terlalu kurang masa dalam medan gerak kerja, namun beralih kepada peranan 'tafaqquh fiddin' sebagaimana dalam firman Allah yang memberitahu kita bahawa perlu ada segolongan yang tinggal untuk tafaqquh fiddin sedang yang lain pergi berjihad di medan pertempuran..(maaf, saya terlupa dalil tu, perlu semak, bagi yang ingat-peringatkan dekat komen saya ye)


Makanya, sekarang terlalu banyak subjek yang meliputi pelbagai disiplin ilmu hadith, tafsir, syariah, aqidah, bahasa Arab sebagai alat bagi memahami sumber pegangan kita perlu dan wajib saya nak cover ni, apa?? untuk exam??? bukan. saya dah takde wxam sekarang..Bahagia saya..belajar memang nak tafaqquh fiddin.bukan untuk exam lagi. Hal ini kerana keputusan maut saya untuk mengambil MASTER FULLY TESIS bagi pengajian saya pada kali ini cukup menggugat segalanya,risiko yang tinggi terpaksa saya tanggung..tapi, risiko itu perlu diubah kepada cabaran yang perlu disahut...... namun, saya dah tak boleh ambil langkah student master, kajian dan pandangan, fikiran, dan rujukan mesti gaya PHD- itulah nasihat Dr.Latifah dan Ust Hasnan..Terkedu saya dibuatnya..Rujukan kamu bukan tesis master lagi..Kata seorang lagi pensyarah, tapi rujuk tesis PHD..Betul, hari ni saya terus menelaah tesis PHD, memang tepat, dah 2 minggu saya terangkak-rangkak nak cari bahan nak sempurnakan tesis, last2 baru jumpe,,rupa-rupanya, salah langkah..Bila dah betul langkah, barulah jumpe..Alhamdulillah..

Panjang cerita kalau nak diulas satu persatu fasa sarjana yang sangat mencabar ni, apepun, doakan saya sentiasa ikhlaskan niat belajar kerana Allah...

Daie dan kader tarbawi wajib penuhi ilmu didada khususnya TAFAQQUH FIDDIN..

UMAT ISLAM dahagakan daie yang mampu menyelesaikan masalah ummah..

Ya Allah, andai kini aku dah tak seperti dulu, namun hatiku tetap ingin bersama dalam saff perjuangan..Aku kini di medan ilmu, jua sebagai persiapan ke medan juang..Namun aku sering bimbang..maka Ya Allah, peliharalah diri ini..Matikan aku dalam jalan Mu..Syahid fi sabilillah itulah cita-cita kami......



ooo...tak nak gerak ye,nampak ni..beli yang baru tau...berangan jela..
mimpilah malam ni Qaswah bertukar menjadi VIVA idaman.....

..............................................................................
huh,penat dah tolak.gara-gara terlupe nak tutup lampu dek kerana tetibe je berenti hujan, maka Qaswah pun merajuk lagi lah tak nak gerak..Penat lah Qaswah..asyik nak merajuk je..Dah takdapat nak gi makan kat bilik Nisa'.Sejam duk kat dalam kereta, tolak gak lak, last2 duk tersadai kat situ..Pagi esoklah jawabnye..tak jadi masalah bila taknak gerak, masalahnya dh hilang mood nak sambung wat proposal..ditambah lagi buang masa tadi duk kat dalam kereta sampai sejam..Aduh..menguji kesabaran betul..

2bulan sibuk sangat, rupa-rupanya road tax dah mati bulan Okt, lesen mati bulan Ogos..melampau..patutlah agaknya Qaswah tak nak gerak tadi..Ok la..esok kena settlekan lesen dulu..

p/s: Ops..jangan ada yag buat laporan JPJ pulak..ye!!!!! saya tak gi mana2dah...selagi tak perbaharui road tax..

Jadi..apa kesudahnya..buatlah proposal cik Hanisah.....

Tinggal sorang malam ni, Kak Elly kat bilik Nisa'.....sedihnya...Macam mane nak wat proposal....tapi, esok dah kena submit..Maka gagahkan jugaklah...


Lepas ni...

1. Proposal akan dinilai oleh Panel Penilai
2. Bentang lah pulak..Buat je la apa yang mampu..

Pengubat hati, nasihat dan tunjuk ajar Ust Hasnan...lalui lah segalanya..dan anggaplah ia adalah proses pembelajaran....Niatkan belajar kerana Allah..

Waaaaa...sedihnya..Macammane nak bagi Qaswah gerak ni...gerak lah..maaf lah Pak Guard saya tak dapat nak masuk parking..jangan saman ye...kesian lah....



Sudah menjadi lumrah kehidupan, makin bertambah usia, usia kematangan semakin meningkat..namun,peningkatan itu perlukan ilmu dan pengalaman..perkongsian juga penting..Namun, sifat terbuka dan mudah menerima kesilapan jua faktor penting untuk perubahan. Misi penyediaan diri ini ku lalui dengan serius.Desakan ketidaksediaan diri, keperluan diri, dan yang paling penting perubahan itu memberi makna kepada kepada potensi diri untuk dinatijahkan bagi manfaat perjuangan Islam itu memungkin perlu dan penting untuk berubah.Apa sahaja yang natijah untuk kepentingan Islam, itulah matlamat kita. Salahkan kita membuang ego, mengakui kesilapan, yang hasilnya kita sebenarnya yang akan memperolehinya. Bahkan pula jika sahabat kita yang menegur, masakan sahabat mahu makan sahabat.Pasti teguran itu tanda sayang..

Sejak dua tiga menjak ini, semakin mengenali diri. Tapi tak boleh sebut lah kat sini.Tapi perlu diambil perhatian untuk dimasukkan ke dalam SWOT. Yang lucunya, kuat cemburu jugak..aduh..payah...Privacy itu perlu..namun kadang2 janganlah privacy sangat sampai susah nak terima kehadiran orang ketiga.Mungkin perlu dibuang istilah orang ketiga.Dan beralih kepada ----cuba meramaikan sahabat..Memanglah kononnya kita ni seorang yang setia, tapi, kesetiaan tak semestinya menghalang orang lain.Nanti, yang disayangi akan merasa bosan dan terkongkong. Perhubungan akan bertambah harmoni dengan adanya kepercayaan, keterbukaan, dan give and take perlu.

Terpulanglah pembaca nak istilah kan apa, tetapi ia adalah cerita tentang persahabatan. Dan ia berkait juga dengan fasa muhasabah diri dan fasa penyediaan diri dan yang paling penting adalah fasa mengubah diri untuk menjadi yang terbaik untuk insan tersayang yang kepulangannya dinanti dan mencari mardhatillah.

Sejak beberapa ketika, diri mula belajar secara serius tentang bagaimana membina perhubungan. Satu perkara yang saya pernah terbaca, bahawa kita perlu belajar membina perhubungan, bermula dengan membina hubungan dengan ibu dan ayah, adik beradik, sahabat handai, sahabat karib dan suami atau isteri kita..Bahkan, apabila telah berzuriat, hubungan bersama anak-anak. Hubungan yang dimaksudkan disini ialah bagaimana kita berinteraksi, belajar memahami, menyesuaikan diri, dan belajar untuk memberi dan memberi manfaat kepada insan-insan yang berada di seliling kita. Mungkin bagi saya yang lebih dikenali seorang yang agak serius, dan 'sekema', kadang2 penat dengan diri sendiri. Sekarang, cuba mencari kembali diri. Dan bina karakter yang terbaik yang memberi cerminan seorang beramal dengan akhlak Islamiyah. Mengapa ianya penting??? kerana kita adalah umat ISLAM. Binalah Islam dalam diri. Dakwah bil hal itu lebih baik dan perlu ditingkatkan. Dr Fadzilah Kamsah sering menasihati kami agar sentiasa muhasabah diri. Saya memang bercita-cita nak jadi seorang pakar motivasi, tapi, perlu ubah diri dahulu, baru boleh ubah orang lain.Panjang fasa penyediaan diri ini. Namun, itulah hakikatnya kehidupan. Justeru, menyedari bahawa hakikat kehambaan kepada Allah, mempersiapkan diri bahawa bila2 sahaja kematian akan menjemput kita, maka natijahnya, kita akan sentiasa berusaha menjaga Iman, meningkatkan ibadah dan taqarub kepada Allah. Maka, tidak timbul lagi kita ini hebat, atau kita ini ada itu, ada ini, bahkan sentiasa sedar diri bahawa kita tidak punya apa. Akhir kalam, ayuh sentiasa upgrade IMAN kita..


PAKEJ UTAMA AURA IMTIYAZ TC:

Kem Aura Kecemerlangan Diri 1 : Motivasi Khalifah

Kem Aura Kecemerlangan Diri 2 : Strategi Menggilap Potensi Diri, Menggapai Impian.

Kem Aura Kecemerlangan Diri 3 : Kegemilangan Milik Bersama

AURA IMTIYAZ TRAINING:

Smart Solat Camp
Anak Soleh Camp
Training For Trainers
Leadership and Team Building Training
Public Speaking Training
Management Training

Yuran Program : RM 25 Seorang
Tertakluk kepada rundingan
Tidak termasuk bayaran tempat
Bayaran hanya temasuk Buku Akhlak Pelajar Cemerlang, Fail Program, Sijil Kecemerlangan, Name Tag, Pen dan Buku Catatan +++ Tambahan Rm8 Jika perlukan Pakej Makanan

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.


Posted by Mohd Idris Bin Mohd Yussof


Bagi menyempurnakan kajian ini, langkah menganalisis data dan maklumat berdasarkan kajian-kajian lepas telah dijalankan. Hasil kajian mendapati hanya satu kajian ilmiah di peringkat sarjana muda dihasilkan di Fakultas Ushuluddin UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta berkaitan dengan al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian ‘studi ma’ani al-Qur’an’ di bawah tajuk al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an (Agus Yulianto NIM 2009) . Bagi penulis, kajian ini merupakan perintis kajian yang mencari dan membentangkan definisi dan pengertian kedua-dua perkataan tersebut dengan menggunakan metode semantik iaitu kajian analitik terhadap istilah-istilah kunci suatu bahasa dengan suatu pandangan yang akhirnya sampai pada pengertian konseptual atau pandangan dunia masyarakat yang menggunakan bahasa itu dan dalam kajian ini juga mengkaji tentang apa, bagaimana, serta siapa yang akan mendapatkan al-falah dan al-fauz dalam al-Qur’an. Justeru, penulis optimis sewajarnya kajian dan perbahasan yang lebih mendalam diteruskan lagi sekaligus meletakkan hubungkait konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan berintegriti. Apa yang membezakan kajian lepas dengan kajian yang bakal dijalankan ini adalah perbahasan yang dilakukan adalah lebih bersifat semasa dan praktikal menjurus kepada golongan sasaran yang menggerakkan nadi pembentukan modal insan seperti golongan pendidik, ibu bapa, pemimpin masyarakat, kaunselor, perunding motivasi dan sebagainya.

Terdapat satu kajian ilmiah di peringkat sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengupas tentang satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan penggunaan kalimah al-Falah dalam al-Quran iaitu kajian oleh Siti Salmiah bt Mahfudz (2001) yang bertajuk Huraian surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11: Satu Kajian terhadap Pengamalannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang. Namun, perbahasan kajian ini hanya melibatkan pemilihan satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan al-Falah serta melibatkan kajian lapangann terhadap sekolah berkenaan sahaja sedangkan masih banyak dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyentuh kedua-dua konsep ini yang perlu diteroka sekaligus membuktikan kajian ini sangat penting untuk diteruskan.

Penulis turut menganalisa data-data kajian-kajian lepas yang menyentuh aspek pembentukan modal insan. Namun, masih tiada kajian ilmiah yang menyentuh secara khusus melibatkan konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan yang unggul. Terdapat satu kajian ilmiah di Universiti Malaya yang hanya menyentuh berkaitan pembangunan insan iaitu Pembangunan Insan : Kajian Perbandingan antara al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Muhd Rusli Hussain 2003). Kajian ini hanya mengupas perbandingan pandangan dan perincian perbahasan aspek pembangunan insan yang digagaskan oleh Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Selain itu, terdapat kajian yang dilakukan oleh Nurullah Kurt (1997) iaitu Manhaj al-Quran fi bina’ al-Ummah (Dirasah Mawdhu’iyyah fi surah al-Nisa’) lebih memfokuskan kaedah pembinaan ummah berdasarkan manhaj al-Qur’an dalam surah al-Nisa’ sahaja. Manakala kajian yang dilakukan oleh Armen Mukhtar (1998) di bawah tajuk Konsep Pendidikan dalam al-Qur’an pula menjurus kepada ruang lingkup perbincangan aspek-aspek pendidikan dalam al-Qur’an khususnya bagi mendidik dan mentarbiyah manusia mengikut acuan al-Qur’an.

Justeru, keunggulan mukjizat al-Qur’an telah mengajak manusia berusaha mentadabbur makna sebenar setiap kalimah yang terkandung dalam al-Qur’an khususnya dalam usaha memberi kefahaman tentang apakah erti kejayaan yang sebenar yang perlu dicapai oleh setiap manusia yang ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Atas dasar kepentingan inilah membawa kepada pengkajian dan perbahasan mendalam yang akan dijalankan khususnya merujuk konsep al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an dan kehujahannya dalam al-Sunnah sebagai mengakui Rasullullah s.a.w sebagai pentafsir utama kitab suci al-Qur’an yang mulia. Sebagai perunding motivasi muda yang turut mengambil peluang menimba pengalaman dan ilmu daripada pakar motivasi negara Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, penulis turut meletakkan sasaran bahawa hasil kajian ini mampu menjadi satu petanda aras kepada pembentukan modul-modul pembangunan modal insan yang berpaksikan rujukan utama peninggalan Rasulullah s.a.w iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Keberhasilan kajian ini akan membuka jalan ke arah pembentukan modul khusus berkaitan pembangunan modal insan yang unggul yang menepati kehendak al-Qur’an dan al-Sunnah bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah menakluk dua pertiga dunia bahkan kajian akan diperincikan dalam kajian ilmiah penulis di peringkat doktor falsafah . Semoga usaha murni ini mendapat restu dan petunjuk Allah s.w.t sebagai Pencipta kita dan mampu mengajak manusia kembali kepada fitrah kejadian yang suci..



Mestila comel..anak saudara Makde ni..Rindunye kat Izzah..
ni la anak kak Intan Syahida..akak yang paling istimewa dalam hidup saya..
Sweet Memory 2001-2010...hingga ke syurga...