Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Malam td, di Restoran Satay Kajang Hj Samuri

Ayah : Macammanee ye kalu tetibe ayah ada meeting pulak hjg bulan ni? Kad dah dicetak.. (sambil gelak2)..

Saya : ayah ni..janganlah...(saya menjawab)


Esoknya..6 April 2011

Saya bangun dengan penuh bersemangat nak siapkan tesis..Sambil tu sempat lg menghantar msj jemputan sampai habis kredit..

Tetibe, tgh khusyu' membaca artikel dan kertas kerja, menyusun bahan yang perlu ditaip..hp berbunyi..

Jam 10.16 pagi:
sms 1 Ayah : Ani ada masalah..Ayah ada meeting penting 28 april - 1 Mei 2011..
sms 2 Ayah : Apa2 tggu ayah habis mesyuarat,,jgn risau.

Saya mana boleh tak risau..haa..terus bersiap pergi topup..Tinggal lah laptop..

Suspen ni...Aduh...Macammane ni???? Saya mengurut dada..Tapi masih rasa tenang..Pasti ada jalannya...

Selepas membeli topup, saya pun reply msj ayah..

sms saya : Alamak..kad jemputan dah cetak..ani baru sahaja hantar mesej pada kawan-kawan dan pensyarah...ayah boleh adjust tak?

sms 3 Ayah : ok..nanti ayah lihat kemudian..jangan risau itu tanggungjawa ayah..

Saya masih lg berdebar..Terus solat hajat dan solat dhuha..Berdoa pada Allah..Buku doa Dr. Harun Din saya baca sungguh2...

Akhirnya 11.15 pagi..Oh..hampir sejam juga...
sms 4 ayah : Berita baik mesyuarat dipercepatkan..


Saya pun mengucap syukur dan terus sujud syukur..Legaaa......haaaaaaahh....

sms saya : Ayah ni suspen betul;) Nasib baik tak sakit jantung...Alhamdulillah..

sms 6 Ayah : Itu dugaan..Ayah lagi panik..bersyukurlah..

Begitulah kisah yang akan menjadi memori sempena Majlis Perkahwinan saya yang bakal tiba pada 1 MEI 2011..


1 MEI 2011 bakal menyaksikan paduan 2 hati yang ikhlas mencari cinta Allah..

ok..sambung buat tesis semula.....:)))

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, malam ini, mataku tak boleh nak lelap..Sejak beberapa hari ni, susah betul nak habiskan walaupun sepinggan nasi.. Apa ya yang menyebabkan berlaku sedemikian..

Dahulunya, pernah juga merancang beberapa perkara untuk dilaksanakan selepas bergelar isteri, namun, apabila semakin hampir tiba masanya, terasa masih tidak percaya bahawa segalanya yang pernah dirancang itu bakal terlaksana..

Kalut juga rasanya lagi beberapa minggu nak berubah status dan cuba bersedia untuk memikul tanggungjawab..

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini...

Tesis tak mampu nak dibedah dalam keadaan masih banyak persiapan majlis yang belum selesai.. Namun, saya berazam untuk berusaha menumpukan kepada Bab 2 dan Bab 3 pada keesokan hari...

Cuba untuk menenangkan diri..Terima kasih mak, ummi dan ayah.. Terima kasih bakal zauj yang memahami kekurangan diri ini..

Ayah nampak begitu serius membantu segala persiapan. Mak juga setiap hari telefon, bertanya macam2..


Bagaimana mungkin untuk disembunyikan wajah yang nampak sedikit gusar dan berusaha 'cool' dan buat satu persatu..Rupa-rupanya, inilah diri ku yang sebenar, sangat teliti dalam menyempurnakan sesuatu perkara..

Terkenang dan masih menilai kata-kata bakal teman hidupku, semua ini sekali seumur hidup, aku harus berusaha menjadikan ia yang terbaik dan memahat sebuah memori baru dalam hidupku..

Hanya Al-Quran dan zikrullah menjadi pendamai hati dikala resah dan gelisah menguji diri..


Ya Allah, sempurnakanlah petunjukMu yang LURUS untuk kami..