Oleh Anisah Bahyah Hj Ahmad*
Kelahiran Nabi Muhammad saw pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum Hijriah atau hampir satu setengah abad silam, merupakan pembuka rahmat bagi alam semesta.
Berbagai keajaiban mengiringi masa-masa menjelang, saat dan setelah kelahiran beliau. Berbagai keajaiban yang dapat dikategorikan juga sebagai irhash. Irhash merupakan peristiwa luarbiasa (keajaiban) yang dialami oleh manusia yang normal sebagai pertanda bakal kenabiannya kelak.
Irhash dibagi menjadi tiga:
1. Irhash yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipindah
2. Tanda-tanda kerasulan yang dibuktikan melalui berita-berita dari orang alim melalui ilham dan sebagainya
3. Kejadian luarbiasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi
Tentang berbagai keajaiban yang mengiringi masa-masa menjelang, saat dan setelah kelahiran beliau, masih banyak kaum muslimin yang belum ataupun tidak mengetahui peristiwa-peristiwa di balik kelahiran beliau Nabi Muhammad saw. Ini dikarenakan masih banyaknya rahasia yang belum terungkap.
Oleh karena itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa-peristiwa di balik kelahiran beliau Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, ibunya, Aminah, saat sedang mengandung Nabi, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil lainnya.
Kehamilannya disadari melalui berita yang dibawa oleh malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahwa beliau telah mengandung seorang Nabi dan Junjungan seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya yang terputus dan berpindahnya cahaya dari wajah Abdullah--suami beliau atau ayah Nabi--ke wajah beliau.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu surga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di sekitar kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon menjadi rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membicarakannya.
Ketiga, tentara bergajah yang disebut di dalam Alqur'an surat Alfil, datang menyerang kota Mekkah. Pimpinan tentara tersebut menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Saat mereka hampir sampai ke kota Mekkah, gajah-gajah itu berhenti dan berbalik mundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Alqur'an. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam buku-buku sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menengadahkan tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, "Kabar bahagia untuk Saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad."
Semasa kelahiran Nabi Muhammad saw, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Ini merupakan satu isyarat bahwa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya dari Nabi Isa dan Musa.
Hal ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa beliau Nabi dilahirkan, ibunya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh beliau. Cahaya tersebut bersinar sampai ke Istana Busra di Syria.
Cahaya itu terlihat seolah-olah anak panah dan pelangi yang dapat terlihat dari kota-kota yang jauh.
Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah saat beliau Nabi dilahirkan.
Aminah sendiri melihat beliau Nabi berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian Aminah melihat awan turun menyelimuti beliau dan pula mendengar sebuah seruan, "Bimbinglah ia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik."
Sesudah itu awan tersebut lenyap dari pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya dari semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran beliau, berhala-berhala yang terdapat di Ka'bah mengalami kehancuran.
Menurut riwayat dari Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Ka'bah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Ka'bah berkata, 'Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku dari berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Mahamengetahui.'"
Selain peristiwa-peristiwa tersebut, di tempat yang lain terjadi pula peristiwa yang menakjubkan. Satu goncangan terjadi di istana Kisra dan menyebabkan istana tersebut retak, manakala empat belas tiang penyangganya runtuh. Hal ini merupakan satu di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Juga, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah beliau lahir, tembakan bintang menjadi sering sebagai tanda bahwa pengetahuan iblis dan jin tentang perkara ghib sudah tamat.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika beliau Nabi diasuh oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa'diyah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang-binatang ternaknya seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian beliau.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat gumpalan awan kecil di atas kepala Nabi melindungi beliau dari panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, saat beliau sedang bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang dua malaikat mendekati beliau yaitu malaikat Jibril dan Mika'il.
Kedua malaikat itu lalu membelah dada beliau dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salju. Ada yang meriwayatkan bahwa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan kembali di tempatnya semula.
Hal ini jelas sebagaimana diterangkan dalam surah Al-insyirah ayat 1: "Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?"
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad saw mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini karena beliau adalah khatamul-anbiya, penutup para nabi.
Kejadian-kejadian luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan beliau di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping bukti-bukti tersebut dijelaskan pula di dalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil tentang beliau sebagai rasul yang terakhir.
* Anisah Bahyah Hj Ahmad, pengajar di Kolej Poly-Tech MARA, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Artikel ini diadaptasi dari sebuah tulisan Anisah di milis myMasjid. Didownload
Labels: Maulidur Rasul
Dr.Supyan Hussin
Dah siap tesis?
Itulah soalan yang menambah degupan jantung setiap pelajar pascasiswazah di universiti apabila telah berada tahun kedua atau ketiga pengajiannya.
Bilakah seorang pelajar itu harus mula menulis tesisnya? Apakah di tahun 1 atau 2 atau tiga atau selepas selesai kutipan data atau analisis data?
Pada asasnya, proses penulisan itu bermula pada hari pertama pelajar menyerahkan kertas usulannya kepada fakulti atau pusat untuk dinilai bagi penerimaan kemasukan ke pengajian pascasiswazah. Setelah mendaftar sebagai pelajar, proses penulisan akan terus bersambung dari masa ke semasa tanpa henti. Penulisan sesuatu esei atau tesis bersifat ‘recursive’ iaitu berulang-ulang dengan penambaikan dan pemantapan kandungannya. Tidak sempurna sesuatu penulisan tesis itu jika hanya ditulis sekali sahaja tanpa ada penambahbaikan dan pemantapan pada organisasisi, retorik idea, laras bahasa, format, dan kandungan. Oleh kerana ide dalam penulisan tidak datang sekali gus, maka pelajar harus merakamkan ide itu dalam kertas nota, telefon bimbit atau rakaman suara apabila sesuatu ide itu melintas dalam fikiran dan hatinya. Apabila anda sudah duduk untuk menulis, maka rujuk kembali kepada nota atau rakaman tadi.
Oleh itu pelajar tidak boleh berhenti menulis walaupun apa yang ditulis dan ditokok tambah itu agak kecil atau sedikit setiap hari atau setiap minggu. Rahsia kejayaan penulisan tesis ialah jangan berhenti menulis walaupun yang ditulis itu sedikit! Jangan bertangguh untuk menulis!
Dalam pengajian pascasiswazah terdapat 4 tahap yang mesti dilalui oleh setiap pelajar: pertama, ia bermula dengan perancangan kajian yang dimanifestasikan dalam Bab 1, 2, dan 3. Walaubagaimana pun, ia tidak bermaksud, Bab 1 hingga 3 dianggap muktamad atau selesai dan tidak boleh diubah. Dalam proses penulisan, semua bab boleh diubah, dibaiki, dan dimantapkan sepanjang pengajian pelajar tersebut hinggalah di hari ia akan menyerahkan tesisnya. Pada tahap kedua, pelajar mula mengumpul data. Di tahap ketiga, proses analisis data dan perbincangan dapatan yang dirakamkan dalam Bab 4 dan 5. Tahap keempat pula memerlukan pelajar memurnikan tesis sebelum diserahkan untuk penialaian. Pada setiap tahap, pelajar harus menambahbaik dan memantapkan kandungan tesisnya. Tempoh waktu bagi setiap tahap tidak terhad
Kita beralih pula kepada soalan seterusnya, apakah cabaran yang dilalui ketika menulis tesis? Cabaran ini boleh dibahagi kepada dua: dalaman dan luaran. Antara cabaran dalaman adalah tahap motivasi diri, keyakinan diri disiplin diri, dan kesihatan diri. Lazimnya pelajar pascasiswazah mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengikuti pengajian pascasiswazah di peringkat awal, tetapi mulai pudar ditelan waktu dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keperluan ekonomi, keluarga dan tugas di tempat kerja. Dalam hal ini, pelajar harus sentiasa berusaha mengekalkan tahap motivasi sedia ada kalaupun ia tidak mampu menambah tahap motivasi seterusnya.
Untuk mengekalkan tahap motivasi ini, anda harus cuba ingat kembali mengapa anda ingin atau perlu dapatkan ijazah sarjana atau doktor falsafah? Apa sebenarnya anda ingin capai dalam hidup ini? Apa yang anda ingin buat selepas mendapat ijazah berkenaan? Biarkan soalan ini bermain dalam benak hati dan fikiran anda sepanjang pengajian anda.
Anda juga harus berkomunikasi dengan penyelia anda dan mengadakan pertemuan dengan penyelia sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk terus rasa bermotivasi. Jangan mengelak dari berjumpa dengan penyelia atau bersembunyi di belakang tiang apabila terlihat penyelia dari jauh hanyalah kerana anda masih belum sempat menyiapkan sebahagian tulisan tesis anda sebagaimana anda berjanji dengan penyelia anda. Pertemuan dengan penyelia secara konsisten akan sentiasa menjadikan anda komited untuk terus menulis dan menyiapkan tesis anda. Hubungan baik (rapport, good will) yang terhasil dalam hubungan ini akan memulih dan menyegarkan tahap motivasi anda. Penyelia juga boleh menjadi kaunselor untuk mendengar masalah anda dalam proses penulisan tesis. Atau anda harus temui kaunselor rasmi dan tidak rasmi yang terdiri dari rakan sepejabat untuk menjadi tempat luahan perasaan dan kebimbangan anda semasa menulis tesis.
Seterusnya, dekati pelajar pascasiswazah yang lain untuk memberi dan mendapat sokongan moral selain daripada ahli keluarga dan rakan pejabat. Berkongsi perasaan bimbang dan apa yang anda lalui sepanjang pengajian bersama pelajar lain akan mengurangkan beban emosi kerana anda tidak keseorangan dalam proses penulisan tesis.
Seterusnya, hilang tahap keyakinan diri untuk menulis boleh berpunca dari dua sumber: kurang membaca atau lemah tahap pembacaan dan ‘tidak membiasakan diri untuk terus menulis; maka lahirlah rasa ‘takut’ (apprehension, writer’s block) untuk menulis. Ini satu fenomena biasa yang dialami oleh semua pelajar tetapi tidak harus dibiarkan berlarutan. Bagaimana menghadapinya? Anda harus meluaskan bacaan dan menyelami serta mendalami fokus bidang yang sedang dikaji khususnya ketika anda berada di tahap pertama (persediaan asas kajian) dan tahap kedua pengajian (kutipan data). Kemudian anda harus istiqamah atau konsisten dalam proses menulis kandungan tesis anda. Misalnya anda boleh tetapkan bahawa anda akan berikan masa 5 jam seminggu untuk menulis tesis anda jika anda tidak mampu memperuntukkan masa 2 jam sehari. Di sinilah disiplin diri harus berada di tahap yang tinggi; anda harus jujur pada diri, cekal hati, tepati masa, dan sabar dalam menulis. Hanya diri anda sahaja yang boleh mendisiplinkan diri anda dalam proses penulisan tesis ini. Penyelia hanya mampu membimbing dan menasihat anda tetapi disiplin diri tetap di tangan anda.
Cabaran dalaman yang tidak kurang penting ialah kesihatan diri. Sakit ringan mahupun sakit kronik tetap menjejaskan proses penulisan tesis anda. Bagi pelajar yang terlibat dalam kemalangan atau pelajar wanita yang mengandung ketika pengajian juga akan menjejaskan proses penulisan tesis masing-masing. Oleh itu, jaga kesihatan dengan baik. Tidur yang cukup. Rehat yang berpada. Makan yang seimbang. Berhati-hati di jalanraya atau di mana sahaja bagi mengelakkan diri daripada kemalangan. Bagi pelajar yang mengandung semasa menulis tesis, anggaplah ia rezki anugerah Tuhan.
Setelah kita melihat cabaran dalam, kita lihat pula kepada beberapa cabaran luaran: keluarga (suami/isteri, anak, saudara mara), tugas di tempat kerja dan persekitaran. Kesan dari cabaran luaran pastinya manambah beban kepada cabaran dalaman sedia ada dalam diri pelajar. Ia boleh melemahkan tahap motivasi diri, menurunkan tahap keyakinan diri, menjejaskan disiplin diri, dan kemudian menjejaskan kesihatan diri pelajar. Sokongan dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan sepejabat amat membantu pelajar dalam proses penulisan tesisnya. Lazim berlaku apabila pelajar dan pasangannya serta ahli keluarganya tidak bersedia dari sudut mental dan emosi untuk melalui proses kehidupan ‘sementara’ di mana suami atau isteri, bapa atau ibu yang menjadi pelajar pascasiswazah terpaksa mengorbankan masa bersama keluarganya untuk diberikan kepada pengajian pascasiswazahnya. Lantaran perasaan kecewa, tidak gembira seperti biasa, takut, terasa terpinggir, dan pelbagai lagi perasaan negatif akan lahir pada diri sendiri dan ahli keluarga. Jika hal ini tidak dibendung, maka suasana persekitaran dan hubungan sesama manusia akan terjejas, dan sekaligus membebankan lagi cabaran dalaman diri pelajar dan menyulitkan proses penulisan tesis.
Apa anda harus buat? Pelajar dan pasangan serta ahli keluarganya haruslah menerima hakikat kehidupan baru bersifat ‘sementara’ ini yang memerlukan pengorbanan, sokongan, dan kerjasama antara satu sama lain. Perbincangan hati ke hati dengan ahli keluarga dan pengubasuaian dalam rutin kehidupan harus berlaku. Di sana juga harus ada semangat ‘memberi dan menerima’ dalam hal ini. Malah pertemuan antara penyelia dengan ahli keluarga pelajar yang sudah berumahtangga juga akan turut membantu mengurangkan perasaan negatif atau salah faham dalam kalangan mereka. Misalnya, sering kita terdengar apabila pelajar wanita/isteri yang ‘cuti belajar’ dianggap sebagai bercuti oleh keluarganya dan oleh itu, pelajar berkenaan harus berada di rumah untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak.Hakikatnya ‘cuti belajar’ bukan bermaksud cuti untuk duduk di rumah tetapi pelajar bercuti dari urusan kerja rasmi dan pelajar harus berada di tempat yang boleh membantunya menyiapkan kajian dan penulisan tesis. Tempat yang kondusif ialah di pejabatnya sendiri atau ruang yang lain dari rumahnya seperti di perpustakaan. Malang jika ada majikan pelajar yang tidak memberikan ruang kepada kakitangannya yang sedang cuti belajar untuk menulis tesis. Apapun, jadual keluarga dan jadual membaca serta menulis dapat membantu pelajar mengurus masa dengan hemat dan cermat untuk dirinya dan keluarganya.
Perkara akhir untuk perbicangan kali ini ialah beberapa langkah lain yang boleh membantu pelajar dalam menyiapkan tesisnya. Ikuti kursus, bengkel, atau kelas penulisan bagi meningkatkan kemahiran menulis dan bahasa. Jangan lepaskan peluang mengikuti kursus atau bengkel metod penyelidikan dan taklimat khusus di perpustakaan mengenai skop koleksi yang ada dan prosidur penggunaannya. Ambil kesempatan untuk membentangkan hasil penemuan awal dan penemuan akhir anda di wacana, meja bulat, dan seminar agar anda memantapkan lagi kandungan tesis anda disamping dapat menerbitkan kertas kerja anda berdasarkan kajian anda dalam prosiding dan jurnal. Menjadi satu keuntungan besar jika anda tahu mengekplotasi kemudahan Internet samada untuk mencari maklumat, berkongsi idea dalam beberapa forum berkaitan dengan bidang anda, dan berkomunikasi dengan pelajar, penyelidikan, dan sarjana pakar dalam bidang kajian anda yang berada di merata dunia.
Selamat maju jaya dalam penulisan anda.Sila rujuk laman web berikut untuk bacaan seterusnya
1. http://www.phys.unsw.edu.au/~jw/thesis.html#structure
2. http://www.eliteediting.com.au/how-to-write-a-thesis.php
3. http://phdmicroskills.wordpress.com/
Labels: Dunia Siswazahku
Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.
Labels: Rahsia Al-Quran
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Labels: Koleksi Motivasi