Salam bicara kalam bermadah
hari ini hari yang cukup2 menguji...pagi tadi saya diserang sakit kepala yang sangat dahsyat..nak muntah..sakit perut...terbayang wajah mak...huhu..sedihnya...
tika itu hanya kalimah Allah yang mampu kulafazkan bagi menggagahkan diri menunaikan solat subuh...Ya Allah..mujurlah di saat ini saya mampu lagi berdiri..
kugagahkan jua walau pening berpusing2...inilah dugaan...
kifarah dosakah?? banyak dosa agaknya...astaghfirullah....
namun satu perkara yang menggembirakan hati ialah pabila seluruh badanku sakit..aku gembira kerana sakit itu kerana disibukkan dengan gerak kerja Islam..
saat diri keletihan..kugembira kerana keletihan itu bukti kerja ku hanya untuk Allah..
saat ini aku mengimpikan mayatku terbujur berlumuran darah syuhada' dijalanMU rabbi..
kuimpikan semua itu..tapi hakikatnya walau setitis darahpun belum aku korban kan..
nikmat kesihatan Allah pinjamkan hampir satu semester...aku benar2 pulih...lantaran hampir 15 bulan demam berselang seli tumbang..berselang seli sihat...
kini hari ini...demamku menziarah lagi..mungkin aku tidak pandai menghargai nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan..
dah banyak minggu hilang selera makan...
ayuh gagahkan diri...nak berjuang badan mesti sihat...
JAGA MAKAN..pesan akak naqibahku yang tersayang..Kak halijah abdan..
Insya Allah..perbaiki diri..be smart n profesional dalam gerak kerja..
main power...jangan lupa terapi paling mujarab-AL-QURAN AS-SYIFA'
DRASTIK!!!! selepas menamatkan 2 helai Al-Quran..badan ku kembali segar..kepala ringan...namun tak lama kemudian berdenyut lagi...
mungkin kena baca 2 juzu' seperti yang aku wajibkan dalam planer..masih belum berjaya nak disiplinkan diri dengan Al-Quran....
wallahua'lam..
tak suka luahkan isi hati....tapi hari ni ku punya sesuatu yang ingin dikongsi..
salam ukhwah buat semua...
kalam anis syuhada'....
GABUNGAN MAHASISWA UKM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI DAN PENYOKONG SETIA GM...
INILAH FASA KEBANGKITAN ISLAM.. INILAH FASA KITA KEMBALI MELETAKKAN ISLAM DI TEMPAT YANG SEBENAR..AYUH SEMUA..USAH TERLEKA DENGAN KEMENANGAN INI..
AQIDAH UMAT PERLU DIBAJAI.... AQIDAH UMAT PERLU DISELAMATKAN..KERAHKAN SELURUH JENTERA...
KEMBALI BEKERJA UNTUK ISLAM... SALAM JIHAD FISABILILLAH..TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!!1
SUBHANALLAH..WALHADULILLAH...
BERGERAK SEIRING..MEMIMPIN PERUBAHAN..........
Rujukan: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam (Tuhfatul-'Aris Wal-'Arus)
Penulis: Muhammad Ali Qutb
Perumus: Mahyuddin Jamal
SINOPSIS
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang T uhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.
SUMBANGSIH
Istimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah
Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya
Pemuda-pemudi Muslim dan Muslimah
Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam
Keluarga Islam, Masyarakat Islam
Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup
Agar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna ini
Menuju satu alam yang selama-lamanya
Kerana di situ pasti
Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta
Muslimah solehah
Muslimah bertaqwa
Muslimah harapan
Kaukah permata yang menyinari
Medan jihad bersama niat yang suci
Hati mulia akhlak berseri
Dan itulah Mujahidah sejati
Wahai muslimah sedarlah diri
Bangkitnya engkau untuk mentaati
Hadirkah mentari di esok hari
Andai jiwamu lemah tiada bererti
Muslimah ayuh bangkit pertahankan kejujuran
Seperti Khadijah, laksana Fatimah serikandi Islam
Bukan pada jelitanya juga tidak masyhurnya
Tetapi sabar dan ikhlas hatinya tiada ketiga
Penjara istana suamimu darahnya mandian anakmu
Sabar pula mahligai hidupmu dunia jihad kita
Ibu Mithali sedar amanah padamu suci
Suami dan anakmu Ummah sedunia masa depan Islam
Tidak manis paras rupa kedudukan di mata manusia
Yang menggegar singgahsana dunia persada yang fana
Tetapi keimananmu kecekalan sejati
Satu-satunya harapan semua kini esok selamanya
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA...
MARILAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN..
BUKALAH DIMENSI BARU DALAM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PADA KALI INI...
HARI ESOK..TANGGAL 15 JANUARI 2009 BAKAL MENYAKSIKAN KEMENANGAN ISLAM BUMI DI UKM YANG SENTIASA DINANTI-NANTI.....
YA ALLAH...MENANGKAN DI BUMI INI... IZINKAN ISLAM BERTAPAK DI BUMI INI..
IZINKAN KAMI MELIHAT ISLAM KEMBALI BERSINAR DI BUMI UKM...
YA ALLAH.. HANTARLAH TENTERAMU MEMBANTU KAMI DALAM PRK PADA KALI INI...
HANYA PADAMU KAMI BERTAWAKKAL DAN BERSERAH....AMINNNN....
Salam mahasiswa untuk mahasiswa...
Sekarang tibalah masanya kita melakukan perubahan.. buka minda kita semua... perubahan bermula dari diri kita... satu undian anda sangat bermakna.... nantikan calon-calon hebat tajaan Mahasiswa... dari mahasiswa untuk mahaisiswa...
ayuh bersama kita tunjukkan sokongan kita untuk bersama-sama dengan calon-calon mahasiswa pada hari penamaan calon- 8 JANUARI 2009- KHAMIS-
BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI... NYATAKAN SOKONGAN ANDA- DI FAKULTI DAN PUSANIKA....
MOGA SINAR ISLAM KEMBALI GEMILANG DI BUMI PEMBUKITAN ILMU UKM....