Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Assalamualaikum w.r.t....

Salam kecemerlangan buat semua..

salam sayang penuh hikmah..
salam perjuangan penuh barakah....

Selawat dan salam atas junjungan Mulia Rasulullah tercinta..dan al-Fatihah buat semua pejuang agama Allah..


Pena bicara hikmah pada hari ini ingin menyemarakkan gelombang CINTAKAN ILMU yang kian haus di kalangan muda-mudi hari ini...sedih, pilu dan sangat menyayat hati pabila melihat remaja2 yang tidak nampak arah tujuan, dihidangkan dgn dunia hiburan yang melalaikan dan langsung membazir tenaga muda yang dianugerahkan oleh Allah..

Ingin sekali hati ini pergi berjumpa dgn pihak2 yang menganjurkan program realiti kehidupan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan..ditayangkan di kaca tv tanpa sekatan dan tapisan daripada pihak kerajaan khususnya, dan menjadi ikutan ramai remaja yang asyik dibuai mimpi mencipta nama di dunia sementara, hilang maruah agama, terkadai masa depan, dan yang paling menyedihkan tak tahu ke mana hilangnya aqidah dan penghayatan hidup beribadah..sedih...sedih..siapa yang harus dipersalahkan?

Baru-baru ini pula, saya berborak dgn seorg adik lepasan SPM,

"adik tggu siapa ni?"

"adik tggu ayah, ayah jemput."

"nak g mana dik ?" tanya ku...situasi di depan rumah ku..Saya sedang kelam kabut nak ke pejabat..

"nak g ......(tak ingat nama syarikat tu), kursus maka up"

saya hanya mengangguk..."oo... belajar kat situ ye? o..ok..akak pegi dulu ye"

Saya terpaksa menamatkan perbualan..dah lambat...

Tapi yang saya nak ceritakan di sini, macam mane ayah dia boleh hantar anak dia pergi belajar kursus kecantikan diri sebagai kerjaya masa depan..sekadar itu yang difikirkan terbaik?? atau mengikut kehendak anak??atau pelbagai perkara yang bermain di kepala saya..Saya terfikir, gambar di sekolah pada name tag adik tu pakai tudung, tapi bila dah join kursus kecantikan tu, confom hilang tudungnye..dah bertacap putih mukanya..bukan tak cantik, tp....ada sesuatu yang saya terfikir di sebalik nya...iaitu bagaimana masa depan hidup adik ini dan masa depan alam akhirat yang dibekalkan oleh ayahnya...masya Allah..saya bukan nak menyalahkan ayah dia, tp kisah ini hanya lah satu kisah dalam berjuta-juta kisah realiti kehidupan masyarakat hari ini yang semakin lupa akhirat..


Banyak sebenarnya yang bermain di fikiran saya, namun apa yang mampu saya sampaikan disini ialah kita perlu wujudkan gelombang CINTAKAN ILMU..kerana dengan ilmu kejahilan, dapat disuluh..cintakan kecemerlangan...dan kenal ilmu yang wajib dimiliki, ilmu fardu kifayah..dan sekiranya ilmu itu tidak membawa kepada mengenal Allah, ia bukanlah ilmu, tapi hanya maklumat semata-mata(berdasarkan takrifan ilmu dalam ilmu mantik)..

Saya dah ada appoinment ni..nak jumpa kakak yang buat PHD tu..insya Allah..kupasan seterusnya akan bersambung di post saya akan datang,baru muqaddimah sebenarnya....

ok...fikir2 kanlah muqaddimah saya ni...untuk dipecahkan apa punca dan penyelesaian masalah kepada masalah ummat yang melanda generasi muda hari ini.....

0 Comments:

Post a Comment