Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Siapa Aku Wahai Tuhanku
Kau lihat ku hilang upaya
Kau hadiahkan segalanya
Setiap detik kesyukuranku menggunung

Hadiah sebuah ketenangan setelah kekalutan
Namun masih ku tunggu hadiah sebuah kesabaran

Aku tahu aku bukan yang selayaknya
namun apalah kiranya jika asbab ini memberi ruang hatiku sentiasa bertambah cinta kepada Ilahi
asbab kepada ketaatanku pada ibu
asbab kepada cintaku pada ilmu
dek kerana kau hadirkan dia si Pencinta Ilmu
akhlaknya warisan ibunda
tawadhu'nya tarbiyah ayahanda
namun dia jua seorang hamba


ku tahu ku tak punya apa-apa
ku tahu ku punya segala kelemahan
namun setiap detik hatiku panjat syukur atas segala pemberiannya
saat ini aku bahagia
kerana semakin kasih dan cintaku pada Allah bertambah terasa
tarbiyah demi tarbiyah kau beri untukku
cukup kerdil aku disisiMu Rabbi

Kau masih beri aku peluang Ya Allah
Disaat kekerdilan aku semakin hina
Disaat aku begitu keras
Kau hadiahkan guru, sahabat dan teman

Ku kira tempoh ini adalah fasa uzlah ku
Fasa ini fasa tarbiyah buat diri
Ku mencari diri yang baru
yang sentiasa mempersiapkan diri untuk bertemu ILAHI
setiap saat ku...belajar itu jihad ku
fikiranku melayang dek masalah ummah yang tak mampu ku tangani
hatiku terhiris dek kelalaian umat yang lupakan akhirat

kononnya aku nak jadi daie
tak layak diri yang hina ini
tika ini ku perlu gigih persiapkan diri untuk terus berjuang
walaupun apa yang termampu
namun aku tidak impikan sehebat Khaulah Al-Azwar berjuang di medan perang
ku hanya dambakan ketabahan Saidatina Khadijah disisi suaminya
ku hanya dambakan lahirnya mujahid dan mujahidah acuan tarbiyah duta ummah
itulah khayalanku..bahkan ku rindu untuk ke bumi barakah..bumi makkah dan madinah.
indahnya fantasiku..namun ia tetap sebuah doa....
kerana aku hanya seorang hamba....

0 Comments:

Post a Comment