Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Berkata Al-Imam As-Suyuthi(rhm) dalam kitabnya yang agung Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an :

"Segala puji hanyalah milik Allah swt semata, Dialah yang menurunkan Kitab Al-Qur'an kepada hamba-Nya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang berakal, dalam kitab ini terkumpul segala bentuk ilmu pengetahuan. Dia menjadikan kitab ini sebagai kitab termulia dari segala kitab yang ada. Kitab itu adalah Al-Qur'an yang berbahasa 'Arab, yang tiada kebengkokan padanya, yang bukan makhluk tapi kalam Allah swt, yang tiada keraguan dan ketidakbenaran padanya"(ruj : Muqaddimah Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an)

Ini adalah 10 kitab Tafsir pilihan, dipilih oleh para ulama dan dipuji di lembaran2 emas kitab2 mereka. Sebutan dan pujian ini terselerak di pelbagai celahan kitab secara terpisah di sana sini. Pun begitu selain 10 kitab tafsir ini, bukanlah termasuk kitab2 yang tidak dipuji, hanyasaja yang mencuri perhatianku dan lebih terasa sejahtera dengannya adalah 10 kitab ini. Senarai ini adalah disusun mengikut tertib tahun wafat penulisnya.

1. Tafsir at-Thabari (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman As-Sa'di (w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi (w. 1393 H)
10.Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi

Barangkali thread berkenaan kitab tafsir ini sudah ada. Pun begitu izinkan Talhah menulis dalam wajahnya yang tersendiri, sebagai tambahan maklumat dan perkongsian.

Dialu-alukan nukilan pujian para ulama berkenaan kitab2 tafsir di atas dari para sahabat warga AFN semua..Juga dialu-alukan sudut2 lain yang menyentuh perihal kitab2 tersebut.

Tahukah anda bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) menyesal di penghujung usianya kerana masanya yang tidak dihabiskan dengan lebih banyak mengkaji makna2 Al-Qur'an? Padahal semua maklum bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) adalah tokoh agung dalam ilmu tafsir bahkan gurunya pemilik kitab Tafsir paling sahih(mengikut pandangan Syeikh Al Albani) yakni Tafsir Ibnu Kathir - Al-Imam Ibnu Kathir(rhm).

Wallahua'lam.

0 Comments:

Post a Comment