Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, malam ini, mataku tak boleh nak lelap..Sejak beberapa hari ni, susah betul nak habiskan walaupun sepinggan nasi.. Apa ya yang menyebabkan berlaku sedemikian..

Dahulunya, pernah juga merancang beberapa perkara untuk dilaksanakan selepas bergelar isteri, namun, apabila semakin hampir tiba masanya, terasa masih tidak percaya bahawa segalanya yang pernah dirancang itu bakal terlaksana..

Kalut juga rasanya lagi beberapa minggu nak berubah status dan cuba bersedia untuk memikul tanggungjawab..

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini...

Tesis tak mampu nak dibedah dalam keadaan masih banyak persiapan majlis yang belum selesai.. Namun, saya berazam untuk berusaha menumpukan kepada Bab 2 dan Bab 3 pada keesokan hari...

Cuba untuk menenangkan diri..Terima kasih mak, ummi dan ayah.. Terima kasih bakal zauj yang memahami kekurangan diri ini..

Ayah nampak begitu serius membantu segala persiapan. Mak juga setiap hari telefon, bertanya macam2..


Bagaimana mungkin untuk disembunyikan wajah yang nampak sedikit gusar dan berusaha 'cool' dan buat satu persatu..Rupa-rupanya, inilah diri ku yang sebenar, sangat teliti dalam menyempurnakan sesuatu perkara..

Terkenang dan masih menilai kata-kata bakal teman hidupku, semua ini sekali seumur hidup, aku harus berusaha menjadikan ia yang terbaik dan memahat sebuah memori baru dalam hidupku..

Hanya Al-Quran dan zikrullah menjadi pendamai hati dikala resah dan gelisah menguji diri..


Ya Allah, sempurnakanlah petunjukMu yang LURUS untuk kami..

0 Comments:

Post a Comment