Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Salam bicara kalam bermadah

hari ini hari yang cukup2 menguji...pagi tadi saya diserang sakit kepala yang sangat dahsyat..nak muntah..sakit perut...terbayang wajah mak...huhu..sedihnya...

tika itu hanya kalimah Allah yang mampu kulafazkan bagi menggagahkan diri menunaikan solat subuh...Ya Allah..mujurlah di saat ini saya mampu lagi berdiri..

kugagahkan jua walau pening berpusing2...inilah dugaan...

kifarah dosakah?? banyak dosa agaknya...astaghfirullah....

namun satu perkara yang menggembirakan hati ialah pabila seluruh badanku sakit..aku gembira kerana sakit itu kerana disibukkan dengan gerak kerja Islam..

saat diri keletihan..kugembira kerana keletihan itu bukti kerja ku hanya untuk Allah..

saat ini aku mengimpikan mayatku terbujur berlumuran darah syuhada' dijalanMU rabbi..

kuimpikan semua itu..tapi hakikatnya walau setitis darahpun belum aku korban kan..

nikmat kesihatan Allah pinjamkan hampir satu semester...aku benar2 pulih...lantaran hampir 15 bulan demam berselang seli tumbang..berselang seli sihat...

kini hari ini...demamku menziarah lagi..mungkin aku tidak pandai menghargai nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan..

dah banyak minggu hilang selera makan...

ayuh gagahkan diri...nak berjuang badan mesti sihat...

JAGA MAKAN..pesan akak naqibahku yang tersayang..Kak halijah abdan..

Insya Allah..perbaiki diri..be smart n profesional dalam gerak kerja..

main power...jangan lupa terapi paling mujarab-AL-QURAN AS-SYIFA'

DRASTIK!!!! selepas menamatkan 2 helai Al-Quran..badan ku kembali segar..kepala ringan...namun tak lama kemudian berdenyut lagi...

mungkin kena baca 2 juzu' seperti yang aku wajibkan dalam planer..masih belum berjaya nak disiplinkan diri dengan Al-Quran....

wallahua'lam..

tak suka luahkan isi hati....tapi hari ni ku punya sesuatu yang ingin dikongsi..
salam ukhwah buat semua...

kalam anis syuhada'....




Kehadiranmu dinanti...tirai kian berlabuh...menyemai benih..mengikat kasih..harmoni kasih bersulam indah...indah bicara kian bermadah...suntikan naluri sentiasa di sanubari...




MARILAH MEMERIAHKANNYA..........




GABUNGAN MAHASISWA UKM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNDI DAN PENYOKONG SETIA GM...
INILAH FASA KEBANGKITAN ISLAM.. INILAH FASA KITA KEMBALI MELETAKKAN ISLAM DI TEMPAT YANG SEBENAR..AYUH SEMUA..USAH TERLEKA DENGAN KEMENANGAN INI..
AQIDAH UMAT PERLU DIBAJAI.... AQIDAH UMAT PERLU DISELAMATKAN..KERAHKAN SELURUH JENTERA...
KEMBALI BEKERJA UNTUK ISLAM... SALAM JIHAD FISABILILLAH..TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!!1
SUBHANALLAH..WALHADULILLAH...

BERGERAK SEIRING..MEMIMPIN PERUBAHAN..........

Rujukan: Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam (Tuhfatul-'Aris Wal-'Arus)
Penulis: Muhammad Ali Qutb
Perumus: Mahyuddin Jamal

SINOPSIS

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"

[Surah Ar-Ruum: 21]


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang T uhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.


SUMBANGSIH

Istimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah

Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya

Pemuda-pemudi Muslim dan Muslimah

Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam

Keluarga Islam, Masyarakat Islam

Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup

Agar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna ini

Menuju satu alam yang selama-lamanya

Kerana di situ pasti

Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta


Muslimah solehah
Muslimah bertaqwa
Muslimah harapan

Kaukah permata yang menyinari
Medan jihad bersama niat yang suci
Hati mulia akhlak berseri
Dan itulah Mujahidah sejati

Wahai muslimah sedarlah diri
Bangkitnya engkau untuk mentaati
Hadirkah mentari di esok hari
Andai jiwamu lemah tiada bererti
Muslimah ayuh bangkit pertahankan kejujuran
Seperti Khadijah, laksana Fatimah serikandi Islam
Bukan pada jelitanya juga tidak masyhurnya
Tetapi sabar dan ikhlas hatinya tiada ketiga

Penjara istana suamimu darahnya mandian anakmu
Sabar pula mahligai hidupmu dunia jihad kita

Ibu Mithali sedar amanah padamu suci
Suami dan anakmu Ummah sedunia masa depan Islam
Tidak manis paras rupa kedudukan di mata manusia
Yang menggegar singgahsana dunia persada yang fana
Tetapi keimananmu kecekalan sejati
Satu-satunya harapan semua kini esok selamanya


© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)


"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA...

MARILAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN..
BUKALAH DIMENSI BARU DALAM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PADA KALI INI...
HARI ESOK..TANGGAL 15 JANUARI 2009 BAKAL MENYAKSIKAN KEMENANGAN ISLAM BUMI DI UKM YANG SENTIASA DINANTI-NANTI.....

YA ALLAH...MENANGKAN DI BUMI INI... IZINKAN ISLAM BERTAPAK DI BUMI INI..

IZINKAN KAMI MELIHAT ISLAM KEMBALI BERSINAR DI BUMI UKM...

YA ALLAH.. HANTARLAH TENTERAMU MEMBANTU KAMI DALAM PRK PADA KALI INI...

HANYA PADAMU KAMI BERTAWAKKAL DAN BERSERAH....AMINNNN....




Salam mahasiswa untuk mahasiswa...

Sekarang tibalah masanya kita melakukan perubahan.. buka minda kita semua... perubahan bermula dari diri kita... satu undian anda sangat bermakna.... nantikan calon-calon hebat tajaan Mahasiswa... dari mahasiswa untuk mahaisiswa...
ayuh bersama kita tunjukkan sokongan kita untuk bersama-sama dengan calon-calon mahasiswa pada hari penamaan calon- 8 JANUARI 2009- KHAMIS-
BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI... NYATAKAN SOKONGAN ANDA- DI FAKULTI DAN PUSANIKA....

MOGA SINAR ISLAM KEMBALI GEMILANG DI BUMI PEMBUKITAN ILMU UKM....


Assalamualaikujm w.r.t....

buat teman-teman yang sedang bercuti..


bagaimana cuti kalian...adakah berjaya dimanfaatkan..bagi kita umat Islam..kita perlu pastikan setiap minit yang berlalu diisi dengan perkara yang bermanfaat...

bila sebut pasal masa ni..tak sedar begitu pantas masa berlalu...lagi 2 minggu kami pelajar tahun akhir akan meneruskan sisa-sisa terakhir berada di ukm...

hai nak wat ape ye lepas ni???? ni la soalan yang perlu dijawab oleh kami...

masing-masing dengan plan masing-masing... ade yang nak rehat..ade yang nak kahwin..ade yang nak sambung belajar..ade yang tak sabar nak keje...macam-macam..

tapi saya nak ajak kawan-kawan ramai-ramai mehla kita sambung master...muda-muda ni..otak fresh lagi... tgh segar nak belajar...

kalau nak sambung terus lepas abih bulan 5 ni... boleh online borang master ukm ke..uiam ke...ikutla..mane2 boleh..

bagi pelajar Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah..kalu nak sambung kat uiam..kita berpeluang sambung sama ada dalam bidang tafsir sahaja@ bidang hadith sahaja @ hadith dan tafsir... ha..seronok ...kat uiam tawaran ini...

Perbelanjaan..?? macam kak tikah kawan akak saya bagi tau..stand by la RM2200 untuk yuran pendahuluan... pastu bila dah dapat tawaran master tu..peluang nak apply biasiswa banyak..nak ke tak nak je sebenarnye.. baitulmal ade...dan sbg nya... saya pun tak abih survey lg..stakat yang saya tau Yayasan Pahang pinjaman...cuma kalu belajar rajin2, dapat result bagus, boleh tukar jadi biasiswa...atau dikurangkan bayaran...

perbelanjaan semua untuk master...dalam RM8000 sahaja katenye..emmm..takdela sampai berpuluh ribu nak sambung belajar ni..

fikir-fikirkanlah...

ok..jumpe lagi...saya nak siapkan laporan..nanti bos marah pulak..hehehe...

oh ye..gambar kat atas..nila gambar kenangan debat terakhir saye...huhhh..sedihnye..
lepasni jadi hakim pulak la...berakhirlah dunia debat saya yang sangat indah..

((((my debate's world-2002-2008)))



Assalamualaikum. w.r.t sahabat-sahabat sekalian....

selamat bercuti... moga ceria selalu.. kali ini mari kita renung sejenak..mari kita hitung masa kita...banyak mane yang kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran...dan membaca buku-buku yang boleh membentuk fikrah... rasenye mungkin sejak dua tiga menjak ni kita banyak menghabiskan masa dengan blog dan chatting...yap...memang tak salah...tapi jangan lah sampaikan terleka...sebenarnya jika nak dibandingkan mmebaca buku fikrah dan membaca blog..lebih baik dan lebih banyak memberi manfaat ialah memperbanyakkan dengan bahan bacaan yang membentuk fikrah yang ditulis oleh tokoh-tokoh mujahidin seperti buku2 karangan SYED QUTB, Abu Urwah...Fathi Yakan dan sebagainya...

Istimewa buat pelajar-pelajar tahun akhir saya ingin mengesyorkan satu buku...KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN..Tuan Guru Nik Abdul Aziz ... best..marilah ita berjinak-jinak mengenali susur galur dan sejarah PAS... dan buku ini juga banyak menjawab pelbagai persoalan isu semasa yang berlegar di sekitar kita........
SELAMAT MEMBACA........


Assalamualaikum..

hari ni ramainya kawan2 yang exam.termasuklah tuan punye blog ni.. tak tau la kenape hari ni gementar semacam.. mungkin sebab terlalu banyak studi..tetibe je jadirajin..maka mulalah matlamat nye nak skor...tidaaakkk..

betulkan niat..study bukan untuk exam semata-mata..moga ilmu yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan dan dapat disampaikan kepada yang lain..

moga penguasaan ilmu ini membantu diri ini lebih mendalami ilmu takwil musykil Al-Quran...

Ya Allah..permudahkan urusan kami.. ikhlaskan kami dalam mempelajari ilmu MU yang Maha Luas.. kami ini hamba ..insan kerdil yang perlukan bantuan Ya Allah.

Ya Allah..bersihkan hati kami dari segala titik hitam yang meghalang hati kami daripada disinari ilmuMu..
mg hari ini lebih baik daripada semalam.

BEST OF LUCK..


Salam ukhwah buat semua sahabat...

Hari ini hari JUMAAT..hari yang penuh barakah.. marilah kita mengambil keberkatan dihari mulia ini... hari pertemuan..hari kasih sayang...

Suburkanlah diri dengan keimanan dan ketaqwaan.. hidup ini akan selalunya indah jika sentiasa mengingati kekasih kita Allah s.w.t. Bercinta dan berkasih dengan Allah, hati takkan kecewa..sentiasa memperoleh kekuatan dariNYA.. Yakinlah dengan ketentuan ALLAH.,. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. Perancangan Allah yang terbaik buat hambaNya...

Jauhkan segala keresahan dijiwa... letakkan Allah matlamat kita..sentiasa rindu untuk bertemuNYA..nescaya Allah rindu untuk bertemu hambaNya..

Gusar hati ini..tanda-tanda akhir zaman semakin banyak.. YA ALLAH, PELIHARA LAH IMAN KAMI,,

TIADA YANG PALING PENTING DI DUNIA INI MELAINKAN HIDUP DALAM KETAQWAAN KEPADA ALLAH..

biarlah hidup sederhana, tapi sentiasa berhati-hati... mnegharapkan redha Allah.. bukan mengejar kemewahan.. hingga tidak kenal halal haram..

Ingatlah, seketul daging yang terbentuk dari makanan yang haram, haram masuk syurga..nau'zubillah...

berhati-hatilah..itulah ciri-ciri ketaqwaan dalam diri..
jangan ikutkan kehendak hati..belailah ia dengan keimanan..
berfikir secara rasional... tenang.. dan YAKIN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH...


Assalamualaikum w.r.t....

Alhamdulillah, hari ini baru saya berpeluang meneruskan pena bagi mencoretkan mutiara-mutiara hikmah dalam blog kesayanganku ini... pena terus mengiringi langkah saat meniti hari-hari terakhir kehidupan ini.. kerana kita tida mengetahui sampai bila kapan kita hidup(tu kate org indon)... Rasulullah s.a.w pernah berpesan, org yang paling pintar adalah org sering mengingati mati. mengapa post kali ini saya ingin mengulas langkah-langkah meniti hari-hari terakhir...ya ..sememangnya tiada siapa yang boleh menjamin hari ini adalah hari biasa..esok pasti ada...tidak sama sekali...esok tidak pasti akan kita lalui..justeru.solat kita, ibadah kta, pekerjaan kita adalah yang terakhir pada hari ini...semangat akan terus terpukul dek kerana semuanya adalah buat kali yang terakhir....solat kita adalah yang terakhir...pasti kita akan berusaha untuk mengkhusyukkan solat kita..pekerjaan kita buat kali yang terahir??? pasti kta takkan bertangguh lagi..kita akan berUSAHA menyempurnakan pekerjaan kita.kerana andai kita mati, pekerjaan hari ini dapat memberi manfaat pada org yang ditinggalkan....

motivasi mengingati kematian akan membawa kita sedar bahawa hidup ini hanya sementara.. maka hidup bersederhana...tidak mengejar kemewahan semata-mata. ...
cintakan dunia dapat dihindari...

motivasi kematian mengingatkan kita supaya berhati-hati dalam berkata-kata, menjaga tingkah laku, tidak menyakitkan hati saudara kita, jauhi sifat berdendam.jauhi segala perkara keji.. maka lahirlah cas-cas positif yang membentuk keperibadian mulia....

perbanyakkan mengingati mati...mg amalan terus diperbaharui...

salam ukhwah menuju jannah...




SELAMAT PAGI SEMUA...

pagp-pagi lagi saya tetibe jadi bersemangat..tau kenape?? sebab seronok sangat melihat telatah sahabat saya yang masing-masing em sibuk...hehe..sibuk nak explore buat blog sendiri... em..tahniah bagi yang dah mula nak merintis hasil kerja sendiri ni... Si Cute ni menggambarkan senyuman saya pabila melihat mereka punye kesungguhan.. ha..sahabat-sahabat..teruskan menulis...jangan malu2...ni tips die bila nak buat blog-SENYUM-SYUKUR... TAK KISAHLAH macama mane rupe blog kiter...janji kite punye..jangan malu-malu nak sampaikan dakwah melalui blog ni..

KENAPA SAYA NAK TERUSKAN MENULIS DI BLOG SAYA : (NI, SAYA LA....)

1.RUANG USRAH ONLINE
2.DAPAT SHARING ILMU..
3.LATIH BAKAT MENULIS..mg dapat jadi macam Asy-Syahid Syed Qutb..dalam penjara pun menulis....
4.EXPLORE BAKAT DESIGN...
5.JANGAN KETINGGALAN DENGAN metod dakwah TERKINI..
6.PUAS-SERONOK-nak rase macam mane puas???? ha...teruslan menulis...berkarya..
anada PASTI PUAS.. K, Salam kecemerlangan...kegemilangan MILIK BERSAMA..

7.29 PAGI- paper exam kul 3.30petang..gudluck pade semua.......




Salam sayang penyeri ukhwah....
Buat semua pembaca..
maaf diriku kerana sekian lama menyepi tanpa coretan baru...
Di lembaran baru ini..
inginku lontarkan kepada semua..jua buat diriku yang hina ini..
renung sejenak... matlamat kita menuntut ilmu..adakah hnya semata-mata mengejar SKOR 4.0 PNGK atau redha Allah yang kita cari..semalam.kami pelajar tahun akhir Jabatan Al-Quran dan As-sunna menelaah dan menghafaz hadith..hati ini cukup-cukup terusik pabila menatap sepotong hadith Rasulullah dari Abu Musa R.a yang menceritakan 3 Golongan orang yang menuntut ilmu :

1. Orang yang menuntut ilmu, mengamalkan dan memanfaatkan ilmunya yang dipelajari
2. Orang yang menuntut ilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmu tesebut-hanya apabila orng belajar dengannya maka bermanfaatlah ilmu itu.
3. Orang yang menuntut ilmu, tetapi tidak mengamal, memanfaatkan dan mengajarkan , bahkan menyebabkan orang terjerumus ke lembah kejahilan..

Rasulullah membawa perumpamaan bahawa golongan yang pertama seperti tanah yang subur -dapat menyerap air hujan dan menumbuhkan tumbuhan.. begitulah halnya apabila ilmu itu dipelajari memberi manfaat pada dirinya dan org lain...
semakin bertambah ilmunya, semakin bertambah taqwanya kepada Allah.

Ingin saya mengajak sahabat-sahabat hayati , bayangkan golongan kedua ini pula seperti tanah wadi yang gersang-tidak dapat menyerap air-hanya menakng air sahaja... jika ada yang minum, maka air itu dapat dimanfaatkan, tetapi jika tiada, air itu akan terus berakung sehinga busuk.. begitulah halnya jika ilmu itu langsung tidak memberi kesan kepada hati seseorang....hanya belajar untuk exam semata-mata... hanya nak skor semata-mata..janji dapat dekan... kejayaan yang sementara.

paling menyedihkan jika seperti golngan ketiga seperti tanah yang tidak dapat menrima dan menyerap air, malah mnyebabkan tanah di sekitarnya mnjd rosak.. begitulah.llmunya langsung tak memberi manfaat malah merosakkan orang lain akibat kejahilan mereka..

maka banyaklah fatwa-fatwa yang dikeluarkan bagi menyokong pihak-pihak tertentu... srta hujah yang mngatkan lambang kejahilan mereka terhadap agama..

justeru.. amanah lah dengan ilmu... jangan bangga dengan ilmu yang dimiliki.. tundukkan diri. tawadhukkan hati..

salam cemelang menuju mardhatillah..


Salam perjuangan buat semua..........
sudah lama saya menunggu saat ini untuk mencoretkan segala yang terbuku di hati.. sudah pasti anda merasa pelik pabila saya lampirkan gambar saff kepimpinan ISIUKM...perjuangan baru bermula..sedangkan dalam tempoh ini kami tidak lama lagi akan meletakkan jawatan...sekilas pandang sudah pasti dikatakan perjuangan sudah selesai.... sengaja saya tukarkan tajuk post ini kpd perjuangan baru bermula sambil memperingatkan kpd diri saya diri saya dan sahabat2 seperjuangan... bahawa ssungguhnya pabila kita meletakkan jawatan, bukanlah bermakna perjuangan kita sudah selesai..tetapi perjuangan yang sebenar baru bermula.. sesungguhnya apabila kita bertugas di kampus ini merupakan medan latihan dan medan tarbiyah bagi mempersiapkan diri untuk bergelar pejuang dalam dunia perjuangan yang sebenar iaitu bersama jemaah ISLAM, Parti Islam Semalaysia PAS....

Segala cabaran, mehnah dan tribulasi yang kita lalui sepanjang memegang taklifan sebagai MT menjadi satu pengalaman berharga yang cukup banyak merubah seluruh kehidupanku khususnya sebagai mahasiswa... medan inilah yang memaksa dan mendorong kami untuk berkorban untuk ISLAM.. perih jerih bersama sahabat2 seperjuangan terasa manisnya..... ISLAM menantikan kelahiran pejuang-pejuang muda yang berjiwa pemuda Ashabul kahfi ... yang sanggup menginfakkan seluruh kehidupannya untuk memastikan kalimah Allah terus tertegak dalam diri mereka dan terus didaulatkan.....

justeru, benarlah..perjuangan baru bermula...masih panjang lagi perjalanan yang akan ditempoh,, semuanya memerlukan pergorbanan dan kesungguhan serta azam yang tinggi untuk terus istiqamah.......... TAKBIR!!ALLAHU AKBAR!!!1

Salam perjuangan buat semua mahasiswa, mahasiswi..........

slot kali ini saya ingin mengajak sahabat2 menelusuri erti sebuah perjuangan..

alangkah indahnya jika kita merasai manisnya perjuangan.. sudah pasti ada yang tidak sanggup untuk meninggalkan tugas mulia ini...

marilah sama-sama kita renungi..di mana kedudukan Islam sekarang? sehingga orang Islam sendiri ada yang tidak meyakini syariat Islam..sehingga dengan mudahnya ade yang ingin menukar agama... alangkah sedihnya jika hanya dengan mengejar kenikmatan dunia yang sementara ini, kita sanggup meminggirkan hak Allah.. berapa ramai pada hari ini yang sanggup berkorban untuk berkhidmat untuk bersama perjuangan???

Berapa
ramai yang hanya memikirkan mengenai kepuasan diri, kepentingan peribadi...berusaha mengumpul harta yang banyak.. mengejar pangkat... sehingga langsung tidak pernah terfikir mengenai tanggungjawab sebenar kita hidup di muka bumi ni ....

Betapa berjayanya penjajahan yang dilaksanakan oleh yahudi sehingga umat Islam sendiri sudah tidak tahu matlamat hidup yang sebenar...

Mereka telah menyogokkan kita dengan kenikmatan dan keseronokan dunia yang sementara sehingga kita lupa akhirat... lihatlah kehidupan anak muda pada hari ini... jika di sekolah hanya belajar untuk mengejar result yang cemerlang... ilmu akademik dipisahkan dengan ilmu agama...
masuk u nak cari course yg mudah dapat kerja... kehidupan remaja disibukkan dengan dunia akedmik berbentuk exam oriented- dihiasi dunia hiburan yang menyeronokkan.. ditemani dunia cinta yang melalaikan.. dihujani dengan serangan dunia cinta...pergaulan bebas.. tiada batasan antara lelaki dan perempuan... filem-filem tontonan yang memperlihatkan adegan seks secara terbuka... sehingga mengakibatkan kanak-kanak pun sudah pandai berzina... inilah kejayaan serangan yahudi laknatullah...

inilah kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini...

di atas keinsafan inilah.. ana menyeru kepada semua agar merenung kembali erti perjuangan kita... tenaga muda kita sangat2 diperlukan untuk bersama-sama berganding bahu bersama Jemaah Islam Pas untuk berusaha memartabatkan kembali Islam di negara kta... alangkah indahnya jika Islam memimpin.. hidup berlandaskan syariat.. kehidupan mengejar akhirat.. tugas kita sekarang.. tidak kira di mana kita berada.. berilah kesedaran kepada semua tentang erti sebuah kehidupan.. Islam merupakan cara hidup yang sempurna.. pengabdian kepada Allah itulah yang utama..hidup bersederhana... jauhkan persengketaan.. jauhkan sifat tamakkan dunia.. kembali menilai erti sebuah perjalanan hidup.. kembali menilai tanggungjawab kita .. ibu bapa kembali mendidik anak-anak mengenal akhirat....mg mardhatillah menjadi tujuan dan matlamat kita.. bukanlah kepuasan nafsu bermaharajalela....

MAHASISWA CEMERLANG>>>>


Salam Aidilfitri buat semua..

pertamanya.. salam aidilfitri buat ayah bonda tercinta, buat k.long dan abg long dan adik2 kak de tersayang... mg terus istiqamah melaksanakan amalan2 yang kita asuh dalam bulan ramadhan baru2 ni...

jua buat semua sahabat2 yang dikasihi Allah..
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Rindu buatmu Ramadhan tetap jua tidat terubat..
namun kehadiran Syawal yang penuh syahdu mengajak kita menginsafi diri.. memuhasabah diri dan menjalinkan hubungan silaturrahim.. mgkin ade jua yang mengambil barakah untuk menjalinkan ikatan perkahwinan...Alhamdulillah...

Justeru... di bulan yang penuh kesyukuran ini.. tekadkan azam baru... melangkah sebagai seorang hamba yang bersyukur... bersemangat waja setelah sebulan diri ditarbiyah..

Mampukan kita istiqamah dengan qiamullail dan tadarus Al-Quran.. mg usaha dipergiatkan.. mg ia menjadi amalan yang berkekalan..aamin...

Dan yang paling menarik..bagi mahasiswa seluruh IPTA.. gelombang pilihanraya kampus makin terasa..semangat BADAR AL-KUBRA perlu dipertingkatkan dan mantain.. perjuangan baru bermula,...

Ayuh mahasiswa...
bangkit.... bulan mujahadah telah banyak mengajar kita erti jihad...

Ayuh..rebutlah peluang mempromosikan perniagaan yang tiada ternilainya...

Kita sudah tiada masa.. kita sudah tidak sanggup melihat maksiat berleluasa.. kita sudah tidak sanggup melihat anak muda direndahkan martabatnya...

Ayuh.. letakkan keintelektualan mahasiswa di tempat yang sepatutnya...

HARAPAN BARU MAHASISWA... KINI BERWAJAH BARU.. BERSAMA GABUNGAN MAHASISWA...

AYUH MAHASISWA.. BANGKIT!!!!!!!!!!
MOGA ISLAM KEMBALI MEMIMPIN...MOGA ISLAM KEMBALI BERSINAR.. TAKBIR!!