Assalamualaikum w.r.t
Pertamanya, nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Shida yang telah memberi peluang kepada saya menggunakan internet di Bilik Komputer(tempat saya melepak mase sekolah dulu)...SPM 2003 .tak dapat dibayangkan, betapa bahagianya hati saya apabila dapat kembali semula ke bumi Al-Khairiah yang dulunya saya bergelar pelajar, tapi hari ini, saya bergelar pendidik di sini. Em,pagi2 ni, saya rasa kesian kat anak2 murid saya, em..pagi2 dah kena dengar cikgu2 bagi 'peringatan yang banyak'..Teringat saya mase saya masih belajar di sini, saya selaku pengawas, sering berjalan2 meninjau pelajar yang bercakap semasa cikgu berucap..Pagi ni, tugas yang sama saya lakukan, adalah mahu melihat anak didik saya berdisiplin tinggi dan berjiwa besar..
Seronok rupanya bergelar guru ni... bahagia saya semakin terasa melayan telatah manja 'anak-anak' saya.. Pagi ni, saya datang sekolah dengan penuh bersemangat nak bertemu dengan mereka... Otak saya ligat mengatur jadual, memastikan minggu ketiga ini saya dapat manfaatkan bersama anak bangsa agar mereka lahir menjadi insan yang berjasa kepada Agama Allah.. Jadual pertemuan bersama Saff Kepimpinan Badan Dakwah dan adik2 usrah juga pada minggu ini...Wahhh..saya semakin teruja nak meneruskan hari2 bermakna saya pada minggu ini...
Bahagianya hati bergelar pendidik...
Senyuman terpancar apabila berjaya melihat mereka berjaya....
Adakah saya mampu menjiwai dunia pendidikan ini?
seorang pendidik memerlukan hati yang bersih agar kata-katanya lunak masuk ke dalam hati anak didiknya... itulah luahan hati saya sepanjang berada di sini.. setiap detik, saya ambil untuk muhasabah diri...Ya Allah, moga diri ini terus bersama dalam saff perjuangan menegakkan agamaMU...
Labels: Kerjaya ku
selamat berjuanga.
moga istiqamah!!