Assalamualaikum w.r.t.. sahabat2 semua..
SALAM RAMADHAN KAREEM..BAHAGIANYA KITA APABILA DIBERI PELUANG HOLIDAY DALAM BULAN RAMADHAN YANG SANGAT DIRINDUI..
Setelah sekian lamanya, pena bicara hikmah seakan-akan kehabisan dakwatnya, semangat hari Isnin hari memberi nafas baru kepada ku untuk terus mencoret.Ditambah lagi selepas membaca blog nurul td..macam nak sama pulak kata-kata nurul td..bukan senang nak menulis ni...
Apa yang menyebabkan dakwat pena saya seperti kering adalah kerana kekangan masa yang sangat tidak dapat diselamatkan, ditambah lagi ketiadaan internet di rumah lebih kurang 2 bulan semasa bertugas sebagai guru di Temerloh baru-baru ini..dan bila ada mase di bilik komputer, masa itu hanya tinggal masa take five saya nak release dgn kerja2..kadang2 makan pun tak sempat..namun, tarbiyah sebagai guru telah memberi impak yang besar kepada saya :
1.Lebih sistematik dalam gerak kerja
2.Lebih penyabar..maklumlah melayan karenah 'anak2'
3.Lebih teliti dan serius (dari dulu lagi saya ni tak pernah serius, nampak je serius, kalau tak caye, tanye Fizs dan K.tikah)
4.dan paling penting, LEBIH BERDISIPLIN..(nak disiplinkan anak2 lah katakan, mesti disiplinkan diri dulu -rujuk Surah As-saff Ayat 2-3)
Wah..cantiknya perancangan Allah, setelah saya ditarbiyah direct dengan kerjaya guru yang tak pernah masuk dalam planing saya (sblm ni saya memang tak minat dan tak nak jd cikgu,tp, offer drpd Pengetua Al-Khairiah dan request drpd Guru Penasihat BADIB-Ummi Hapzan, maka tak sangka saya bergelar guru jua), maka natijah tersebut membentuk sikap yang paling penting untuk saya sempurnakan kerjaya Fasa 2 saya iaitu bertugas sebagai Sekretariat Conference ni...
INILAH PERANCANGAN ALLAH..kita rancang, tapi DIALAH PERANCANG TERBAIK..
oh ye, berbalik kepada tajuk post saya diatas, sungguh wahai semua pejuang khususnya buat anak2 usrah akak (Khaulah Al-Azwar), em ,,dunia kerjaya dan alam kampus cukup berbeza..alam kampus boleh lah nak ponteng meeting, nak try n test dan turun naik bilik hep, but alam kerjaya, u must do perfectly..not try n test.
dan yang paling penting, alam kerjaya ini adalah supporter untuk terus istiqamah dalam perjuangan.Justeru, saya nak cadangkan kepada semua sahabat2 UPTA dan alumni batch saya dan pembaca seangkatan dengan saya yang cintakan perjuangan, personally,
PERTAMA: PASAK NIAT UNTUK ISTIQAMAH DAN TERUS BERSAMA PAS
KEDUA : PILIH KERJAYA YANG MEMUDAHKAN KITA UNTUK TERUS LANCAR BERGERAK KERJA..
KETIGA : PILIH tempat tinggal yang memudahkan kelancaran gerak kerja jemaah kita.
KEEMPAT: About our personal future plan, biiznillah, yakin dan percaya Allah akan pelihara dan janjikan yang terbaik...
justeru,inilah yang sempat dicuri2 dikala waktu rehat ini.walaupun internet di depan mata, kena amanah dgn masa dan harta pejabat...
ok..jeles dan sangat cemburu dgn semua blogger, saya banyak isu yang terpendam yang nak diulas sebelum ini, tapi tak berkesampaian..namun, isu itu saya dah masukkan dalam siri2 ceramah saya sebelum ini...
Alhamdulillah, perjalanan semakin lancar..semakin kenal corak onak duri kehidupan, moga bersama restu ILAHI... PERJUANGAN ITULAH SATU KEUTAMAAN..HINGGA ISLAM KEMBALI DIJULANG...TAKBIR!!!!
Labels: Kerjaya ku