Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Kalimah syukur sentiasa tak mampu ku ungkapkan..betapa hina dan kerdilnya diri ini di hadapan Allah..Sentiasa dihadirkan insan-insan istimewa buat mendidik hati ini..Pertemuan dengan Dr.Latifah dan Dr.Tengku Intan Zarina cukup memberi kesan kepada hati...Kedua-dua bonda ini banyak membantu insan kerdil ini meneruskan liku-liku meneruskan langkah menyambung master dan menyemarakkan semangat untuk terus menyambung PhD. Sahabat disisi Wan Khalijah yang tak pernah jemu menasihati diri ini jua adalah hadiah istimewa dari Allah buat ku.. Sahabat..itulah cerminan diri...Ditakdirkan pula bertemu dengan Ainun Mardhiah, perkenalan singkat ketika bermujahadah di PLKN turut memberi kesan di hati ini... Saya cukup kalah dengan kata-kata sahabat2 ku yang jauh lebih baik berbanding diri ini... Sehingga kini, cinta ku terhadap Al-Quran semakin marak..Sejak dari Tingakan 2, saya ingin bertukar sekolah ke Maahad Tahfiz..Namun, dengan istilah stay dan cintakan tarbiyah, saya tak mampu nak melangkah..Dan saya jua tidak berpeluang untuk ke Darul Quran.. Apabila di UKM, saya tak mampu nak disiplinkan diri saya untuk menghafaz Al-Quran..
Ya Allah, betapa kerdil ini..terasa begitu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan..Aku malu untuk bertemu Tuhanku..Kuat ujian demi ujian menyinggah..Sesekali menang, sesekali kalah dengan ujian..Berarti nilaian iman dan taqwa masih nipis dalam diri..Lagi barah cinta dan tekadku untuk menadah ilmu, pelbagai ujian menyampuk di perjalanan..Ketika di tahun 1, semester kedua, saya jatuh sakit hampir setahun tak mampu bergerak dengan laju..hanya memegang tangga untuk melangkah kaki ke kuliah dan bilik tutorial. Setiap hari, adik Aisyah membawaku menumpang motosikalnya..setelah menjalani rawatan dibawah Dr.Harun Din dan Dr.Jalal, akhirnya, aku kini umpama hidup kembali bersama sisa sakit yang masih berbaki buat diri sering berfikir untuk melaksanakan kebaikan andai nyawaku tidak panjang...
Dan kini masih meneruskan rawatan sendiri dengan meminum susu kambing HI-GOAT bagi menguatkan kembali sel-sel tulang tempias sakit hampir setahun satu ketika itu..Syukur, Alhamdulillah, kini hampir 3 tahun badan ku pulih, namun masih tak mampu berkuat..Berpada-pada..Dan tak mampu untuk melakukan kerja berat..Walaupun, langkah ku nampak gagah, ketika 'nikmat sihat' dipinjamkan, sesekali demam jua...begitulah hidupku...
Nampaknya..inilah kehidupan yang perlu disusuli dengan kesyukuran, redha dengan segalanya...Sedar bahawa kita adalah milik Allah..
THABATKAN DIRI UNTUK TERUS BERJUANG...KITA INI UMAT AKHIR ZAMAN..RASULULLAH SANGAT RINDU UNTUK BERTEMU UMATNYA YANG CINTAKAN RASULULLAH, DI SAAT KITA TIDAK PERNAH MELIHAT BAGINDA....SIRRU 'ALA BARAKATILLAH...
Labels: Muhasabah Diri