Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Tak terungkap semuanya dengan kata-kata, hanya senyuman mampu diberikan..Semuanya penuh tanda tanya..aku sendiri tak mampu nak berikan jawapan apa2.. kerana kita manusia hanyalah hamba..perancang sebenar ialah Allah..

sejak dua tiga menjak ini, rasenya banyak perkara berlaku yang menghiris hati ini, yang kadang2 diri tidak mampu nak memberikan apa2 respon..hanya memandang dan bersabar..pasrah dengan segala ketentuan.sememangnya sedih yang tidak dapat dibayangkan jika mengenangkan saat perpisahan yang semakin hampir dengan sahabat seperjuanganku Wan Khalijah,yang bakal berangkat ke bumi syria..sedih turut bertambah dengan pertemuan rasmi terakhir malam tadi sempena Makan Malam Nostalgia 09bersama dengan sahabat2 seperjuangan dan adik2 tersayang..

hatiku hiba,,pilu..lalu senyap membatu..ku cuba gagahkan langkah untuk bergembira mengambil gambar kenangan bersama mereka..tapi kepiluan semakin terasa..sekejap rupanya kegetiran yang sama-sama kami lalui 3 tahun di pembukitan ilmu ini...terasa begitu panjang....banyak perkara yang berlaku sekelip mata..soalan cepu mas kpd tahun akhir..bila nak bagi kad????

jangan ditanya soalan itu..bukan mudah kami ingin meninggalkan alam persahabatan yang begitu unik ini..sesungguhnya alam rumahtangga itu suatu alam yang berbeza..kulihat satu-persatu pasangan yang sudah berumah tangga..semakin lama semakin hilang kelibat wajah mereka.mungkin ade yg bergerak kerja di medan lain..tapi tak sama dengan dunia perjuangan di bumi ukm ini....

pelbagai perkara hadir dalam mimpi..lantaran terlalu banyak perkara yang difikirkan..takut juga sebenarnya nak berhadapan dengan lembah realiti..

tapi..langkah perlu diteruskan..ku gagahi jua..inilah kehidupan..

ku cuba kuatkan diri untuk menelan satu persatu kepahitan yang tak mampu ditanggung ini..aku cukup kalah dengan perpisahan..seingat ku apabila berlakunya perpisahan dengan k.intan, setahun aku murung, senyap dan tidak bersemangat untuk buat apa2..hampir result jatuh..dahsyat rupanya terkena penangan perpisahan ini..

perpisahan semakin menjemput..pemergian sahabatku yang sangat memahami diri ini hanya tinggal beberapa hari cuma..adakah aku bersedia menghadapinya??? setahun katanya..tapi bagiku sehari pun cukup menyeksakan tanpa engkau disisi.. siapakah bakal teman baru ku???

Bukan senang untuk aku mencari pengganti..nampaknya kena kahwinlah..seloroh k.intan mengusikku..satu ketika dulu....Insya Allah akan tiba saat bahagia itu..juga ku doakan semua sahabat2 seperjuangan jua.....

sisa berbaki..2 paper lagi..tesis tak siap lagi..titisan terakhir semalam memberi ruang bagiku untuk meneruskan langkah menyiapkan tesis..belajar sempoi dengan aishah cute sahabatku di Amin..hanya tinggal beberapa hari cuma.iNsya Allah pertolongan Allah bersama..Mak, ayah..rindu nak balik kampung.... adik2 ku ..lame sudah tidak brgelak ketawa dengan kalian..nak jumpe anak saudara sulung..sahabat2 di Pahang..setahun lebih aku tak join program dengan kalian..adik2 kisas..ahhhh...ramainya..semuanya yang aku rindu..inilah keindahan jemaah Islam yang aku perolehi...hadiah sebuah pertemuan..kasih sayang yang erat...ukhuwwah fillah yang berkekalan cukup membahagiakan..moga diri ini terus istiqamah....

LANGKAH PERLU DITERUSKAN..GAGAHKAN DIRI..FOKUS PADA MATLAMAT...PERJUANGAN TIADA NOKTAHNYA..GELARAN SYUHADA' ITULAH IMPIAN KITA...TAKBIR!!!!!!


Tundukkan Pandangan Mata dan Hati…

Sekeping hati yang bersih mampu melahirkan ilham yang merupakan petunjuk dan hidayah dari Allah.. Indahnya apabila mata sentiasa memandang yang halal baginya, hati sentiasa berzikir dan terhalang daripada dosa..jiwa terasa tenang tanpa bisikan hati yang melalaikan..Alunan zikrullah membasahi bibir lantaran kalamullah bersemadi di jiwa..Al-Quran itu kekasih..Jika lame ditinggalkan, maka lamelah rajuknya..Rindu menjengah pabila lamanya tidak menjamah Al-Quran buat santapan hati dan nurani..hati semakin gelisah pabila sudah lame tidak bangun bertahajud, bermunajat pada yang Esa..yang belum pernah merasa semua itu..ingin merasainya..tapi ia memerlukan mujahadah yang tinggi..mampukah kita berkorban mengabaikan keseronokan sementara..untuk mengejar cinta Allah yang hakiki dan abadi..tidak pernah ade sesiapa pun yang mengadu bahawa cintanya tidak terbalas lantaran bermadu kasih dengan Allah dan RasulNYA..bagaimana cinta itu?? Cinta pada pengabdian kepada Allah..cinta kepada perjuangan..berkorban segala-galanya demi tuhan,,cinta TERAGUNG…..

Al-Kisah Menyayat Hati..
link..http://kembaraduniaku.blogspot.com

Dah lame nak bukak..tak terbuka..hari ini nak ajak ramai2 baca..Satu artikel yang menarik dan lebih baik dikatakan bijak..Memang bijak adik kita ni membawa pendekatan fikrah yang santai tapi penuh makna..Baca lah...

ATTENTION!!! ! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLIM FRENS ..!!!!~



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4.. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4... Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11... Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10... Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14.. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref.. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked... It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088..

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.


Salam sejahtera buat semua...

Bersua lagi kita dalam Diary Juara Siri 2..

Kali ini, Bicara Hikmah ingin berkongsi cerita di ambang peperiksaan..sudah menjadi lumrah dan rutin, sebagai mahasiswa sentiasa berhadapan dengan peperiksaan..emm...bila kate lumrah dan rutin...maknanye kita dah biasa dengan suasana exam ni..jadi apa yang ditakutkan..buat macam biasa sahajalah...emmm.Bicara Hikmah cuba membawa arus pemikiran pembaca supaya tidak terlalu stress dengan musim exam ini..oh..ya istilah musim exam, demam exam perlu dihapuskan dalam kotak pemikiran juara..kerana istilah itulah yang memberatkan kepala kita..

Jadi..anggaplah peperiksaan sebagai latihan uji minda...anda pasti tidak tertekan,..
Belajar dan struggle..sudah menjadi satu kemestian sebagai pelajar untuk menguasai sesuatu subjek..bukan tunggu exam baru nak pulun,,jadi..perhatikan waktu anda,,hargailah masa yang ade untuk benar2 menelaah ilmu itu..berilah ruang untuk dirimu bermadu kasih dan bercinta dengan ilmu2 Allah yang Maha Luas agar kita kembali mengenal Pencipta...

Akhir kata..jadilah pelajar dan mahasiswa yang bijak mengatur masa..berjiwa besar..bervisi tinggi dan sentiasa bersemangat..dan satu lagi... sentiasa ceria...

Selamat berjuang semua...

Assalamualaikum w.r.t...

Pertamanya...kesyukuran kulafazkan ke hadrat Allah yang sentiasa bersama hambaNya yang kerdil ini..setelah 2 minggu blog ini tidak diupdate..memandangkan Bicara Hikmah terus menerus berfikir kalam yang paling berhikmah yang boleh dikongsikan bersama pembaca..akhirnya KINI BICARA HIKMAH kembali bersama pembaca..

Insya Allah..dalam fasa-fasa exam ini...BICARA HIKMAH akan mengeluarkan artikel bersiri bertajuk DIARY JUARA...nantikan kemunculannya..



Melangkah Sebagai Seorang Juara

Dari meja bicara hikmah..membuka tirai ..melabuh bahtera bagi menyingkap rahsia-rahsia kejayaan yang dipinjamkan oleh Allah buat hambaNya yang hina ini.. Bagi insan yang dihidangkan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mengemudi layar kehidupan ini, bukan senang sebenarnya ingin melakar sebuah kejayaan. Semuanya bermula dengan pengorbanan dan tekad yang tinggi untuk mengubah nasib hidup kepada yang lebih baik.. Pernah suatu hari hari, ayah saya datang melawat kami adik-beradik di asrama, dalam pertemuan yang dikatakan ‘sport check’ bulanan ini, ayah saya memulakan bicaranya yang menjadikan amanat itu terpahat dihati sehingga kini.. Syarat ayah saya apabila masuk sekolah menengah wajib tinggal di sekolah berasrama dan tidak boleh tinggal senang lenang di rumah…Bila dah tinggal di asrama, menjadi rutin bulanan ayah saya akan datang secara mengejut sebagai sport check apakah aktiviti anak-anak apabila tinggal di asrama..begitulah disiplin diri yang diterapkan oleh Pakar Motivasi saya iaitu ayah yang tercinta…. Baiklah kita beralih kembali kepada cerita saya tadi.. Pada pertemuan hari itu, ayah mengajak kami duduk dalam bulatan di bawah satu pondok di depan asrama.. Seingat saya, hari itu, kami-ayah, adik syidah, saiful dan adik-adik yang lain tak ingat ade ke tak..Ayah memulakan amanatnya..
“Ayah tiada harta, hanya ilmu yang ayah tinggalkan sebagai bekalan untuk anak-anak ayah.. kalau tok jadi ustaz, ayah usahakan yang ayah dapat jadi lebih sikit dari tok..jadi, kalau ayah ade degree, ayah nak anak ayah sekurang-kurangnya ada master..” itulah pesanan keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di benak fikiranku… Satu lagi… ayah saya sentiasa nak tengok result kami yang terbaik.. dan result itu semestinya selepas mencurahkan semaksimanya tenaga yang ada..bukan buat sambil lewa dan cukup makan..Lain pula mak saya, nak tengok A je.. teringat satu ketika bila saya pernah dapat result peperiksaan ape tak ingat dah..mak pun cakap..” hai, 3 A je..” em, cetusan rasa seorang ibu menandakan tidak puas hati dengan keputusan tersebut… Satu lagi kata-kata keramat Kak Long saya yang merupakan pelajar terbaik di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah, “ HANYA KEJAYAAN yang membahagiakan mak dan ayah kita”..
Cerita di atas hanya sekadara perkongsian yang tidak seberapa..Dan saya pasti, yakin dan percaya, anda semua juga turut pernah mengalami situasi mungkin agak serupa.. Mesej yang ingin saya lontarkan ialah, cetusan kejayaan bermula dari dalam diri kita,,Hatta kalau kita mendengar atau membaca sehebat mana pun ceramah motivasi, ia tidak mampu mengubah nasib kita..
Apa yang penting adalah kesedaran diri untuk melakar sejarah baru bagi mencipta sebuah kejayaan.. Saya yakin dan percaya, ibu dan ayah kalian jua mempunyai hasrat yang sama dengan mak dan ayah saya..Justeru, cuba anda imbas kembali pesanan-pesanan keramat mereka, cuba bayangkan wajah ibu dan ayah anda sekarang, cuba ingat kembali harapan yang pernah mereka impikan buat kita semua.. Sanggupkan kita menghampakan mereka????fikir-fikirkanlah…


Saya lebih suka memberikan beberapa tips ringkas…yang penting anda cubalah praktikkan:
1. Benarkan niat IKHLAS menuntut ilmu..
2. Pasakkan tekad untuk cemerlang.
3. Cetuskan inspirasi untuk cemerlang dan gambarkan satu imaginasi yang apa yang anda ingin capai dan gambarkan situasi yang anda sudah dapat apa yang anda inginkan…
4. Kuatkan azam dan tekad.
5. Mulakan langkah pertama..jangan bertangguh dan mulakan sekarang..
6. Majukan langkah, terus menuju matlamat.
7. FOKUS pada matlamat..
8. Abaikan halangan ditengah jalan..dan fokus pada matlamat..
9. Yakin dengan bantuan yang Allah akan beri bagi orang yang ikhlas dalam menuntut ilmu..
10. Istiqamah bangun malam merintih setiap keperitan yang dilalui hanya kepada Allah.. anda pasti tidak akan dikecewakan..kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..
11. Tawakkal dan sentiasa muhasabah diri
12. Tawadhu’ dan rendah diri di hadapan guru
13. Jaga pemakanan-jauhi yang haram dan syubhah.
14. Jaga pandangan, jaga hati…jauhi maksiat hati
15. Tinggalkan cinta yang melalaikan dan mengeraskan hati..
16. Kejar cinta akhirat..Allah dan Rasul adalah cinta utama kita..
17. Kejayaan bukan milik kita, hanya pinjaman dari Allah.
18. Jauhi sifat pentingkan diri dan sentiasa bersama rakan-rakan-buat study group…
19. Kejayaan milik bersama..
Moga anda semua terus cemerlang..lakarkan sejarah kecemerlangan diri ini anda..
Tak salah berimaginasi tinggi..kita perlu punya visi dan misi tersendiri… dan pasakkan niat, kejayaan kita adalah untuk manfaat umat Islam dan menjulang agama Allah ditempat yang selayaknya…
Ayuh, bangkitlah,,kejayaan pasti dalam genggaman… Sekian,wallahu’alam…







Assalamualaikum buat semua..

Bila difikirkan, hidup ini luas sebenarnya..walaupun sekarang musim nak exam..tapi diriku tidak dapat memberikan ruang 100% pada exam semata-mata...

Suatu hari yang benar-benar menyentuh hati kecilku apabila diberi peluang bersama dengan 130 orang adik-adik ting 1 dan 2 SMK Seri Bentong.. Hadirku disambut dengan ucapan penghormatan dari Cikgu Haryati Musa yang telah memberi kepercayaan kpd diri yang kerdil ini dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang berceloteh dan bercerita dengan adik2...

Ku rindu saat itu..wajah mereka yang bersih tiada dosa... penuh bersemangat hendak mengenal dunia...sememangnya satu badan terasa sakit setelah balik dari program..tapi hatiku terasa bahagia pabila menatap kembali wajah-wajah mereka..terima kasih adikku saiful yang sudi ikut kokde...camera men ku;))

Sedikit demi sedikit ku cuba pendekatan baru dalam memberikan penekanan berkaitan dengan akidah di dada anak-anak kecil itu..khusyu' mereka bila dengar cerita tentang tayangan kehidupan yang bakal ditayangkan di Mahkamah Mahsyar..Satu-persatu ku cuba bawakan agar tertanam cinta Allah di hati mereka..tapi aku rase masih banyak perkara yang perlu di post mortem.. saat pulang ke rumah,hatiku meronta-ronta ingin menyambung bidang kaunseling agar aku faham selok-belok berhadapan dengan mad'u kecil ini..

Saat ini, aku sedar..diriku terlalu dekat dengan mad'u kecil2 ini...remaja...kanak-kanak..mereka lah yang sentiasa menjadi perhatianku..mereka ini golongan yang perlu diberi perhatian khusus..teringat semasa aku praktikal dengan majikan pertama nak cari keje part time..aku melihat bagaimana ibu bapa hari ini melayan anak-anak mereka..mata ku sentiasa cepat bila melihat seorang ibu berkasar dengan anak kecilnya di ekskalator semasa di Warta tempoh hari..isy..sedih hatiku..jangan dilayan mereka begitu..hati mereka cepat terusik..apa yang diperolehi semasa kecil itu cukup memberi kesan kpd sikap mereka pabila dewasa nanti..

emm..aku masih keliru..masa tak banyak..nak juga aku ambik double master..huhu..

Daie perlu kuasai semua bidang ilmu..daie perlu peka dengan isu..daie perlu tahu aktiviti masyarakat..

balik dari program.penatnye..terasa sungguh,, dah lame agaknye berehat..sehingga badanku sudah tidak tegar dengan semua itu..hai muda lagi ni..em teringat pula salah satu kewajipan seorang muslim dalam buku Maza yakni..
daie kena jaga kesihatan..selalu senaman..penting..kerana badan ni nak gune lama lagi.. masalah umat ..masalah daie..ayuh..daie..bangkit!!!!!

panjang pula celoteh bicara hikmah hari ini..dah lama tak berceloteh..Ya Allah peliharalah kami umat akhir zaman ini...

SALAM BUAT PEMBACA BLOG SAYA YANG SETIA..

Pertamanya saya mohon maaf kerana sangat terlalu lama tidak meng'update blog ni..
hai maklumah..sibuk dgn tesis dan pelbagai lagi yang tak mampu disebutkan...
kali ini un saya tak berniat nak berceloteh panjang..sekadar ingin melakarkan perkiraan saya yang dah tak lama lagi nak tinggalkan bumi pembukitan ilmu..berikut merupakan tugasan-tugasan yang perlu saya sempurnakan..

AGENDA PENTING:

11 April 2009 : Program Motivasi bersama Pelajar SERI BENTONG.

12-22 April 2009 : Fasa Tamatkan TESIS
Fasa Persediaan untuk Final Exam
Fasa Menghadam ilmu-ilmu asas dalam bidang tafsir khususnya...

23 Apr- 7 Mei 2009 :Final Exam..

15 April 2009 : Malam Anugerah Gemilang FPI
16 April 2009 : Usrah Mega
17 April 2009 : Mengumpul koleksi gambar-gambar kenangan
20 April 2009 : Jamuan makan bersama sahabat2.

8 - 15 Mei 2009 : Fasa Kemaskini Nota Keseluruhan Degree..

JUN : Insya Allah.nak apply keje.

Saje2 boring .melakar keje2 yang perlu dibuat.bak kate Dr.Ishak, perancangan itu penting...

emm.tak sempat nak merancang, melangkah je ke bumi Pahang dah menunggu 3 program rasmi termasuk bengkel susulan yang perlu dihandle.belum masuk dengan gerak kerja dalam dunia dakwah lagi..begitulh..dan memang benarlah kewajipan itu melebihi masa..

moga Allah permudahkan urusan kita semua...



Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasya (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan? maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasya (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.





Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu.





Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa?yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.





Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon.





Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawaduk dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. “Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu..


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau..Berjuang..Berjihad..lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid ,Penyuluh ke jalan Allah,samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu fadlun pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio Suara Aqsa pada waktu itu berkumandang azan Isya? kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.





Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwuduk dan mendirikan solat Isyak. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya.


Setiap para syuhada? akan ada tanda-tanda kemuliaannya?maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya?bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawaduk dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, ’Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku..’ kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..Tuhanku masukkan aku ke syurga..inilah kemuncak impianku..


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :

Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya.. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.. (al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu, kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu, kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.


Salam bicara penuh hikmah...

sudah lama ku tatap blog pencetus segalanya ini...setelah mendapat komen dari seorang adik yang setia, akhirnya ana kembali mneruskan kalam...lame rupanya tak update blog ni..bukak je tiap hari..tapi tak berpeluang nak menulis...

menulis bukan suatu yang mudah...tapi kita perlu mengasah bakat itu...

sedar tak sedar beberapa post terkini saya lebih kepada sesi luahan hati...emmm..dah lama tak respon isu..bukan tak nak respon..tapi mungkin semester ini cukup berbeza dengan sem yang sebelum ini..bayangkanlah daripada tingkatan 4 hingga ke tingkatan 6.. dan langkahku diteruskan di bumi ukm ini dari sem 1 hingga sem 6..kehidupan alam perjuangan yang penuh dengan pancaroba...suka duka perjuangan..namun.hanya perkataan yang terkeluar-PATUTLAH akak2 dan abang2 UPTA dulu jarang turun program-..

itulah yang bermain di fikiran dan sering menjawab apa yang dialami di semester akhir ini..bayangkanlah... hanya 1 semester ini yang kami ade nak cover banyak perkara yang tertangguh... tak nak dinafikan..inilah realiti perjuangan..wlaupun kita katekan..perlunya kpd pengurusan yang efektif..namun..kadang-kadang tak terkejar jugak....

sem ni, insan kerdil ini hanya mampu melihat dan memberikan sumbangan sekadar yang termampu...dalam fasa-fasa nak meninggalkan alam kampus ini..pakej ijazah ini perlu diperbaiki dan diperkemas sebagai persiapan untuk keluar bertemu masyarakat di lembah realiti...medan kampus ini hanyalah ujian dan tamrin...tapi..selepas ini lah yang menentukan siapa kita...

bertambah lagi dalam fasa-fasa nak mengatur langkah dan membina tapak dunia dewasa yang dihidangkan dengan tanggungjawab yang perlukan komitmen yang tinggi dan kematangan serta kebijaksanaan mengawal emosi agar mampu bertindak secara rasional dan matang dalam apa jua keadaan yang mendatang...cukup memberi satu lonjakan pada diri untuk bergelar seorang dewasa...

aku akur..aku hanya mampu memandang kalian..sehingga betapa terhiris hati ini..aku tak mampu nak berkata..apa yang kalian alami dan lalui..semuanya kami dah lalui...kami faham keperitan kalian..wahai sahabat2 seperjuanganku dan adik2 tersayang..hanya doa yang mampu aku hadiahkan buat kalian...

kita nak lahirkan pemimpin dan pelapis...justeru...belajarlah bertatih..baca suasana...bijak membuat keputusan..tenang dan jadikan Allah tempat kita bergantung harap....

insan kerdil ini cuba sedaya upaya untuk membina tapak agar kesinambungan perjuangan akan diteruskan walau dalam ap jua keadaan...Fastakim kama umirta...ISLAM TETAP KU JULANG....SELAMAT BERJUANG SEMUA...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

hatiku resah..cuba ku sembunyikan..tapi tak mampu..aku cuba gagahkan diri..banyak kerja yang perlu diselesaikan...macam la sem akhir ni boleh jadi banyak assigment yang cukup-cukup memberi aku tekanan...dalam masa yang sama nak siapkan tesis... Ya Allah berilah kekuatan...aku rase tertekan...

Ya Allah tenangkan hati ini... soal mase depan kuserahkan pada Allah.. kawan-kawan semua isi borang macam2...tapi aku..satu borang pun aku tak isi lagi..hajat ingin menyambung Master Bussiness Administrion...kat FEP.. ayah tak benarkan aku sambung bidang tu..last-last hilang mood nak sambung belajar...mungkin perlukan mase nak kembali pulih...so lepas ni nak wat ape...ape2 jela..lepak kat rumah ngan mak tersayang... bantu mak.. dan wat program motivasi...tapi aku memang takde mood nak sambung lagi..

tak pelah..bebanan tesis, assignment dan sisa-sisa gerak kerja cukup memberi tekanan.... jarang aku rasa tertekan macam mane...

Ya Allah berilah kekuatan.... mg dipermudahkan segala urusan....

ade lagi tanggungjawab yang tak mampu diselesaikan...aku cube....pasti BOLEH!!!!!biiznillah...


Assalamualaikum semua...

hmm..macam-macam....
macam-macam komen dan respon dari pembaca kepada buku saya...semua yang saya buat ade sebabnya..bukan kebetulan dan ada strateginya...baiklah, disini saya ingin jawab beberapa soalan famous tentang buku saya...

1. kenapa nipis sangat???

sebab saya tak suka banyak cakap atau banyak menulis dengan huraian yang panjang..prinsip saya, saya lebih senang dengan ayat yang sharp n short.. tepat dan penuh makna... mungkin background saya sebelum ini di train dalam debat supaya kami sentiasa ringkaskan ucapan..sharp n short spt kate Cikgu Najah...my sifu dalam dunia debat..

dan mutiara itu dipersembahkan dalam bentuk yang pelbagai...ada yang ditulis dalam bentuk kupasan...pandangan ulama', petikan ayat Al-Quran dan sebagainya..

metodologi kedua yang saya gunakan ialah saya mempersembahkannya dalam bentuk sajak....

untuk apa?? untuk melatih pembaca berfikir..

kenapa??

kerana masalah manusia hari ini terutama anak muda pada hari ni diserang penyakit malas berfikir...

justeru, mutiara bingkisan disampaikan dalam bentuk sajak tanpa huraian supaya pembaca sendiri menilai dan berfikir dengan bait kata-kata tersebut..

terus terang saya katakan sajak-sajak tersebut mahal harganya... kerana saya dapat mencipta sajak-sajak tersebut pada satu waktu yang cukup istimewa-mungkin dikala saat sedih..atau di saat keluh kesah melihat keadaan masyarakat..

Baru saya sedar bahawa saya merupakan seorang pemerhati yang baik.. pinjaman dari Allah..

kemudian saya akan analisis perkara tersebut.. dan akhirnya saya keluarkan ia dalam bentuk buku tersebut..kerana tak mampu nak simpan dalam kepala..dan saya rasa terpanggil untuk menulisnya kerana saya rase itu adalah amanah yang wajib saya kongsikan kpd para pembaca..

kerana apa..setiap ilham yang terbit adalah pelajaran daripada Allah...

sepanjang saya menulis...saya begitu serius melihat masalah ummat pada hari ini.. kadang-kadang saya rasa sakit jantung dan sesak nafas apabila melihat agama Allah diperlekeh dan langsung tidak dipeduli....


2. Kenapa mahal?? dan prinsip saya -KUALITI itu penting.. sekali buat..buat yang terbaik..
jadi saya dah terpaksa korbankan simpanan saya dan tangguhkan pembayaran yuran untuk terbitkan buku ini.... kerana apa..bagi saya setiap yang kita ingin capai perlukan PENGORBANAN...

kalau nak tau kenapa dan kenapa setiap buku ada harga....kerana ia adalah harta intelek milik peribadi dan tidak boleh dipindah milik....bukan tujuan untuk bisnes..tapi ia adalah harga mutiara kata tersebut.....dan pada saat ini saya mula menghargai jasa-jasa penulis sebelum ini ..dan rase saya mula memahami mengapa mereka menulis...

tak terucap..dan tak tertaip kerana saya tak boleh ambil masa lame untuk nak menulis blog ni..nak buat tesis.. apepun sangat banyak pengalaman baru saya dapat setelah berjaya menerbitkan buku..

dan saya ingin menyeru pada sahabat-sahabat yang lain..mari kita sama-sama jadi penulis muda...GOOD LUCK SEMUA..saya puas...alhamdulillah..tapi, ia baru pemulaan..perjalanannya masih panjang....moga Allah permudahkan...



ALHAMDULILLAH..HANYA LAFAZ PUJI DAN SYUKUR KUPANJATKAN.... selepas berhempas pulas..akhirnya berjaya juga terterbitnya buku pertama anak mak ni...

mungkin ada yang kata..mahalnya...nipisnya... tapi hanya itu yang termampu...

KUPASAN BUKU INI mengandungi bingkisan MUTIARA KEHIDUPAN disertai suntikan MOTIVASI dari AL-QURAN....prinsip saya...ALQURAN ADALAH MOTIVASI TERBAIK.... SELAMAT MEMBACA...

DAPATKANLAH...EDISI PROMOSI..RM12 SEBUAH...

di bilik ISIUKM, PMFPI,DAN SAHABAT yang rajin tolong promote...;)

ala..beli topup pun RM 10 kan...apa kata kita cube beli dan cuba baca... kutiplah mutiara-mutiara kata perkongsian rahsia kehidupan insan kerdil ini yang hidup penuh dengan pelbagai cabaran hidup...namun cabaran itulah yang mentarbiyah diriku... mungkin rakan-rakan terdekat tahu apa cerita di sebalik bingkisan ini...

terutama k.tikah, fizs..k.ely..kak intan...kak lang...antara insan yang kenal insan ini.... moga ditabahkan hati bagi meneruskan kehidupan ini...walau kadang-kadang hampir rebah..tapi aku mesti gagah.... jangan putus asa dengan rahmat Allah...



SALAM MAHASISWA...
TIRAI BAHTERA BERLABUH LAGI..NANTIKAN ACARA KEMUNCAK ...ANNUAL GRAND MEETING IKATAN STUDI ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA... JEMPUTLAH DATANG BERAMA-RAMAI...BERSAMA KE ARAH KEGEMILNGN UMMAH...


Assalamualaikum...bicara hikmah kembali bermadah..

Petang ni ingat nak mulakan tesis..tapi..hati begitu syahdu...bila mengenangkan liku-liku perjuangan yang ku lalui begitu manis...hati mane yang tak gembira pabila melihat adik-adik yang kita usrahkan benar-benar bergelar mutiara... jiwaku dengan tarbiyah tidak boleh dipisahkan..hingga Allah begitu memahami...tak sangka sampai Ustaz Nazri penyelia tesis ku beri tajuk-Isu-isu Tarbiyah Dalam Surah Luqman...Ya Allah..

Di bumi Al-Khairiah, tahun 1998, kalau tak silap, insan kerdil ini merupakan antara generasi pertama ditarbiyah di bumi ini setelah akak-akak dan abang2 dari kampus turun ke sekolah..kemudian seingatku..Allah takdirkan aku berkawan dengan k.syikin,k.malis ...kemudian tingkatan 3-mula masuk usrah...dan disinilah diri mula mengenal erti kehiupan yang sebenarnya punya visi dan misi untuk dalami Islam dan sebarkan islam...dan ku infakkan diri bersama sahabat2 dalam Badan Dakwah dan Ibadah...kemudian melanjutkan pelajaran ke KISAS..bumi waqafan..bertemu dengan sahabatku Nurul...Wan.. dan sahabat2 yang lain...yang mane kami dikumpulkan di bumi ini dari pelbagai tempat- nurul..wan..fizs..said..che yus..aisyah..syifa'..farahiyah..syida..kami susah senang bersama dalam Badan Dakwah dan Rohani....

semuanya penuh dengan suka duka..terpahat di memori..
sekarang...perjuangan diteruskan di bumi pembukitan ...UKM...
Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia..

dah nak gradute..mg Allah izinkan diri trus istiqamah...




Agama ALLAH ini Allah yang pelihara...kini terbukti...jika semuanya kerana Allah..maka Allah akan tetap memeliharanya..Alhamdulillah..senyuman terpancar di wajah kami orang lame...dulu.peserta konpip kali pertama..kemudian setiausaha konpip 2006..baru-baru ni tak sangka jadi ahli panel Forum Remaja ...tu lah..macam mimpi... dulu macam kagum je tengok abang-abang ngan kakak2 jadi ahli panel..mahasiswa..benar ..mase bebudak dulu kagum..respect la dengan mahasiswa..rupenye kini penulis ini sudah bergelar mahasiswa dan dukla di tempat ahli penel tu ek.. tak dela pandai sangat..sekadar meluahkan nasihat dan secebis pengalaman buat adik2..hai dulu..ana ingat lagi...kali pertama konpip dalam 5 sekolah je yang join..n then mase tahun 2006 11 buah sekolah..tak sangka..subhanallah..2009-penyertaan yang memberangsangkan ...18 buah sekolah..termasuk TAHAP dan SBPI Temerloh...Ape yang buat ana terasa syahdu..tak sangka dah masuk tahun ke 7 penganjuran KONPIP...TAHNIAH PADA SEMUA...MOGA INILAH MEDAN LATIHAN KEPIMPINAN DAIE NEGERI PAHANG.. BERSAMA MENGGEMILANGKAN ISLAM...

HA..MAJALAH APE??? AR-RISALAH..MAJALAH KHUSUS TERBITAN KONPIP KALI KE 7..SYABAS SAHABAT2 YANG BERJAYA MENERBITKANNYA....NAK BELI??beli jangan tak beli...ramai stokis nya...

sedikit SEJARAH PENGANJURAN KONPIP...


2003 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2004 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2006 - Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah..
2007 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2008 - Kuliyyah Sultan Abu Bakar, Pekan
2009 - Sekolah Menengah Agama Maran, Maran


pembetulan..actualy konpip baru kali ke 6..sebab kite miss 1 tahun..tapi dah terkira semua...ikutla...

yang penting kita berjaya teruskannya..Alhamdulillah..