Kesyukuran Ya Allah
Langkahku Kau berkati
NusrahMu kuharapkan sentiasa disisi
Tawakkalku hanya pada Mu Ya Allah
Sesungguhnya inilah jalanku
Mencari redha Mu
Rezki ku dan segala urusanku hanya pada Mu ku berserah....
Saat dan ketika ini
Aku sendiri
Namun tetap berteman sahabat2 seperjuangan disisi
Menemani kadang kala sepi
Aku kini sendiri
Belajar berdikari
Menabahkan hati
Menyimpan sebuah memori
Berbekalkan restu Ilahi
Inilah jalanku kini....
Makan ku lena ku entah ke mana
Bergelumang dengan ilmu ke mana-mana
Masalah ummah menerjah di minda
Resah gelisah melihat remaja
Pilu dan kesah melihat negara
Inilah jalanku selamanya....
SERIKANDI ANIS SYUHADA' MELANGKAH UNTUK TERUS BERJUANG DI
MEDAN TARBIYAH+DUNIA AKADEMIK & PROFESIONALISME +
DUNIA PERUNDINGAN DAN LATIHAN!!!!
Catatan kelelahan sementara..jam 10.27 malam..
Nota Serikandi 2010:
Nur Hanisah Mohd Nor Afandi
Perunding Motivasi Aura Imtiyaz Training & Consultancy
Labels: Nota Serikandi

Perkahwinan adalah medan memberi. Perkahwinan merupakan pelengkap bagi sebuah kehidupan. Bagi seorang anak yang hidup dalam sebuah keluarga yang terpisah antara ayah dan ibu, hati cukup terhiris dan kadang-kadang trauma dengan kehidupan silam.. Namun, pengalaman silam merupakan sebahagian daripada kehidupan yang amat meninggalkan kesan berparut di hati.Dari kecil musafir kejap balik rumah mak, kejap balik rumah ayah..Kadang-kadang cemburu melihat orang lain punya ibu dan ayah bersama..Namun, hati perlu bersyukur dan masih ada yang lebih berat ujian daripada diri ini, contohnya anak yatim dan sebagainya...Apabila dewasa, saat untuk mendirikan rumah tangga adalah merupakan saat yang amat diharapkan mampu menjadi sebuah titik tolak pelengkap dalam hidup yang sudah lama menderita..Kadang-kadang lebih seronok turun padang bersama kawan2 daripada balik rumah..Begitulah hakikat sebuah kehidupan yang melahirkan diri pada hari ini. Jiwa yang amat mudah tersentuh lantaran dek hambatan perasaan yang tersimpan dihati sejak kecil memerlukan motivasi yang kuat untuk meneruskan kehidupan. Saya langsung tidak membayangkan sebuah keluarga yang mewah dengan dunia tapi gersang dengan kasih sayang, saya amat merindukan suasana keluarga yang harmoni, bahagia, mendamaikan dan saling lengkap-melengkapi, saling menghargai antara satu sama lain..Bukan mudah membina sebuah keluarga, namun ianya tidak mustahil..Bermula dengan niat yang suci untuk membina kehidupan bersama, mudah-mudahan Allah anugerahkan rahmah dan mawaddah untuk kita sama-sama menyemai sebuah mahligai kebahagiaan..Saya sering mengimpikan sebuah keluarga yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran, Qiamullail dan Solat Jemaah menjadi ibadah bersama..Arus kehidupan mengejar akhirat dan cintakan ilmu..Tiada guna jika hanya tinggal di rumah yang mewah, tapi kosong..gersang..haus..panas..dek kerana hidup bertuhankan nafsu dan keduniaan..Ya Allah, hambaMu mengharapkan agar dipelihara iman, terpelihara utuh sebuah mahligai keluarga yang cinta kepada Allah dan RasulNya.....
Akhir-akhir ini, ayahku berjaya mengumpulkan keluarga kami solat berjemaah bersama seperti waktu kecilku dahulu..Ya Allah, aku rindukan saat itu..Sungguh membahagiakan...
Labels: Hakikat Sebuah Kehidupan

Apabila kemahuan nalurinya dipenuhi, walaupun tidak pernah diminta dan diucapkan, suami akan merasa cukup terbantu untuk berperanan dan melaksanakan tanggungjawabnya.
Apa yang seorang suami mahukan daripada isterinya? senarainya tidak akan habis walaupun banyak yang tidak terungkap dan tidak terucap. Sama halnya dengan kemahuan sama ada suami mahu dan mampu berikan atau tidak.
Memang kalau kemahuan dilihat pada kehendak nafsu semata-mata, ada-ada sahaja yang diminta suami agar dipenuhi dan banyak pula yang tak terpenuhi. Nafsu memang tak akan pernah rasa puas.
Bagaimnapun kalau apa yang suami mahu ini dihadkan pada keinginan naluri atau hati kecilnya yang tidak dipengaruhi oleh dorongan nafsu, tidak banyak sangat benda yang disenaraikan.
Keinginan naluri ini lebih mudah dikenalpasti kerana ia dikaitkan dengan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan Tuhan secara fitrah. Suami ada peranan dan tanggungjawab secara fitrah. Begitu juga halnya dengan isteri yang Allah tentukan secara fitrah mengikut perbezaan sifat kejadian.
Secara mudah, peranan dan tanggungjawab suami terhadap isteri adalah sebagai pemimpin, pendidik dan penyara hidup (bread winner). Peranan dan tanggungjawab isteri terhadap suami pula adalah sebagai pengikut dan anak didik. Allah menjelaskan dalam firman-Nya:
"Kaum lelaki (suami) itu adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri), oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)", (An - Nisa':34)
Secara ringkasnya,naluri seorang suami, dia mahukan 3 perkara daripada isterinya:
1) Taat
Apabila seorang lelaki berkahwin, hati kecilnya memberitahu bahawa dia telah menjadi pemimpin. Dengan kelebihan itu, maka dia bertanggungjwab menjaga, membela, melindungi dan membimbing isterinya.
Kalaupun dia tidak tahu, tidak mahu dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna, hati kecilnya tetap akan rasa tenang jika isteri taat dan patuh padanya.
Kalau disuruh sesuatu, isteri patuh. Kalau diberi pandangan, isteri terima. kalau suami putuskan sesuatu, isteri akur(pada perkara yang tak bertentangan dengan syariat Islam). Kalau diajak,isteri ikut.
Malah suami yang dirinya sendiri tidak taat pada Allah Rasulluah SAW, tidak dengar cakap ibubapanya, melawan ketua, Namun, nalurinya tetap mahu ditaati. Ketaatan dari isterinya ini memenuhi nalurinya (isteri wajib taat pada suami selagi tak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul). Ini bukan aneh kerana ia perasaan semulajadi yang Allah campakkan ke dalam hati setiap lelaki normal, sesuai dengan peranannya.
Tidak ada suami yang suka dibangkang dan dibuat endah tidak endah. Kalau ada suami yang diperlakukan begitu oleh isteri, pasti hati kecilnya menderita. Sedikit sebanyak akan terkesan pada wajahnya dan gerak gerinya.
2. Hormat
Mana-mana pemimpin, dia mahu orang bawahannya hormat kepadanya. Hati kecil suami juga mahu isteri hormat padanya. Hati kecil suami juga mahu isteri hormat kepadanya sebagaimana hati kecil isteri mahu dirinya dihargai dan disayangi.
Dalam bergurau dan bermesra masih ada hormat daripada seorang isteri. Isteri bercakap dengan suami dalam nada dan bahasa panggilan yang sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang suami,
Dalam membuat teguran, dalam memberi pendapat, rasa hormat ini terus dijaga. dihormati oleh isteri ini amat sesuai dengan kemahuan naluri seorang suami.
3. Khidmat
suami mahukan sentuhan peribadi (personal touch) daripada isteri seperti melayannya makan, buatkan air, cantikkan bilik tidur dan lain-lain bentuk khidmat dalam memenuhi keperluan dan memudahkan urusan kehidupan suami sehari-hari.
Khidmat daripada isteri ini walaupun bukan tugas wajib, ia memenuhi kemahuan naluri suami kalau dilakukan oleh isteri dengan penuh kerelaan.
sesetengah urusan rumah tangga boleh diserah pada pembantu rumah. Tetapi kebiasannya khidmat yang bersifat peribadi biasanya suami mahu isteri sendiri yang lakukan untuknya.
Rukun
Ketiga-tiga perkara di atas jika diperoleh oleh seorang suami daripada isterinya, maka naluri hati kecilnya akan puas. Memperolehi 3 perkara ini amat membahagiakan suami. Apabila kemahuan nalurinya dipenuhi, walaupun tidak pernah diminta dan diucapkan, suami juga akan merasa cukup terbantu untuk berperanan dan melaksankan tanggugjawabnya jika dipenuhi keinginan nalurinya. Suami akan lebih menyayangi, menghargai, membimbing, membela dan melindungi isterinya.
Andainya keinginan nalurinya tidak dipenuhi, ia secara semulajadinya akan buat suami jatuh harga dirinya sebagai pemimpin rumah tangga. Nalurinya tercalar.
Bagaimanapun, suasana rukun dalam rumahtangga selalunya terbina apabila suami isteri saling memberi, saling bertoleransi, saling membantu sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang tergalas. Semoga naluri suami dan naluri isteri bakal terisi.
Labels: Baitul Muslim

Assalamualaikum w.r.t,
Dalam usrah Nisa' Serdang dalam bulan Ramadhan baru-baru ini, naqibah kami Ukhti Zuraini telah mencabar kami agar merancang azam Ramadhan 1431h..Berikut adalah natijahnya:
Azam Ramadhan 1431h, menyahut saranan naqibahku Kak Zuraini, insya Allah saya akan berusaha menghasilkan sebuah buku bertajuk "Jejak ULAMA" Insya ALLAH buku ini akan mengetengahkan biografi kehidupan ulama'2 terpilih di samping ulasan bernas ke arah mengambil intipati pendidikan yang dilalui oleh mereka sehingga lahirnya ulama' pewaris Nabi...Semoga penerbitan buku ini bertujuan menjadi panduan Ibu dan Ayah bg mendidik anak2 bg melahirkan generasi pewaris ulama'...
Labels: Jejak Ulama'

Imam Syafi’i bernama lengkap Abu Abdullah Muhammad bin Idris As Syafi’i, lahir di Gaza, Palestina pada tahun 150 Hijriah (767-820 M), berasal dari keturunan bangsawan Qurays dan masih keluarga jauh rasulullah SAW. dari ayahnya, garis keturunannya bertemu di Abdul Manaf (kakek ketiga rasulullah) dan dari ibunya masih merupakan cicit Ali bin Abi Thalib r.a. Semasa dalam kandungan, kedua orang tuanya meninggalkan Mekkah menuju palestina, setibanya di Gaza, ayahnya jatuh sakit dan berpulang ke rahmatullah, kemudian beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibunya dalam kondisi yang sangat prihatin dan seba kekurangan, pada usia 2 tahun, ia bersama ibunya kembali ke mekkah dan di kota inilah Imam Syafi’i mendapat pengasuhan dari ibu dan keluarganya secara lebih intensif.
Saat berusia 9 tahun, beliau telah menghafal seluruh ayat Al Quran dengan lancar bahkan beliau sempat 16 kali khatam Al Quran dalam perjalanannya dari Mekkah menuju Madinah. Setahun kemudian, kitab Al Muwatha’ karangan imam malik yang berisikan 1.720 hadis pilihan juga dihafalnya di luar kepala, Imam Syafi’i juga menekuni bahasa dan sastra Arab di dusun badui bani hundail selama beberapa tahun, kemudian beliau kembali ke Mekkah dan belajar fiqh dari seorang ulama besar yang juga mufti kota Mekkah pada saat itu yaitu Imam Muslim bin Khalid Azzanni. Kecerdasannya inilah yang membuat dirinya dalam usia yang sangat muda (15 tahun) telah duduk di kursi mufti kota Mekkah, namun demikian Imam Syafi’i belum merasa puas menuntut ilmu karena semakin dalam beliau menekuni suatu ilmu, semakin banyak yang belum beliau mengerti, sehingga tidak mengherankan bila guru Imam Syafi’i begitu banyak jumlahnya sama dengan banyaknya para muridnya.
Meskipun Imam Syafi’i menguasai hampir seluruh disiplin ilmu, namun beliau lebih dikenal sebagai ahli hadis dan hukum karena inti pemikirannya terfokus pada dua cabang ilmu tersebut, pembelaannya yang besar terhadap sunnah Nabi sehingga beliau digelari Nasuru Sunnah (Pembela Sunnah Nabi). Dalam pandangannya, sunnah Nabi mempunyai kedudukan yang sangat tinggi, malah beberapa kalangan menyebutkan bahwa Imam Syafi’i menyetarakan kedudukan sunnah dengan Al Quran dalam kaitannya sebagai sumber hukum islam, karena itu, menurut beliau setiap hukum yang ditetapkan oleh rasulullah pada hakekatnya merupakan hasil pemahaman yang diperoleh Nabi dari pemahamannya terhadap Al Quran. Selain kedua sumber tersebut (Al Quran dan Hadis), dalam mengambil suatu ketetapan hukum, Imam Syafi’i juga menggunakan Ijma’, Qiyas dan istidlal (penalaran) sebagai dasar hukum islam.
Berkaitan dengan bid’ah, Imam Syafi’i berpendapat bahwa bid’ah itu terbagi menjadi dua macam, yaitu bid’ah terpuji dan sesat, dikatakan terpuji jika bid’ah tersebut selaras dengan prinsip prinsip Al Quran dan Sunnah dan sebaliknya. dalam soal taklid, beliau selalu memberikan perhatian kepada murid muridnya agar tidak menerima begitu saja pendapat pendapat dan hasil ijtihadnya, beliau tidak senang murid muridnya bertaklid buta pada pendapat dan ijtihadnya, sebaliknya malah menyuruh untuk bersikap kritis dan berhati hati dalam menerima suatu pendapat, sebagaimana ungkapan beliau ” Inilah ijtihadku, apabila kalian menemukan ijtihad lain yang lebih baik dari ijtihadku maka ikutilah ijtihad tersebut “.
Diantara karya karya Imam Syafi’i yaitu Al Risalah, Al Umm yang mencakup isi beberapa kitabnya, selain itu juga buku Al Musnadberisi tentang hadis hadis rasulullah yang dihimpun dalam kitab Umm serta ikhtilaf Al hadis.
Labels: Jejak Ulama'

Assalamualaikum w.r.t..
Nampaknya saya masih tiada kesempatan untuk menulis di kala ini..justeru, ingin saya lakarkan coretan kupasan dari sahabat seperjuangan saya, Ukhti Azimah yang jua seorang isteri dan ibu di saat ini...Saya tertarik dgn karya beliau dan saya letakkan di blog ini sbg tanda penghargaan kepada beliau dan buat tatapan kita semua...Salam Ramadhan Karim....
MUSLIMAH DALAM PERJUANGAN ISLAM
Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.
Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:
“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.”
MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH
Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.
Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman damai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.
Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Muhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.
Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:
“Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku”
Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:
“Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian”
Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.
Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.
Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai “Tahun Berdukacita” oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.
Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan ‘safwah Al-Mukhtarah’ telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:
1. Ummu AL-Fadhl binti Harith
2. Asma’ binti Umais (isteri Ja’afar bin Abi Talib)
3. Khadijah binti Khuwailid
4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)
6. Asma’ (isteri ‘Iyasy bin Abi Rabi’ah)
7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi’ bin Huzafah)
10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)
12. Ramlah (isteri Abdullah bin Maz’un)
Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.
Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:
“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga”
Selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.
Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.
MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM
Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hari dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma’ binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.
Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.
Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.
Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.
Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibu yang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintima’kan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.
Labels: Dunia Perjuanganku

DISEDIAKAN OLEH :
NUR HANISAH BINTI MOHD NOR AFANDI
P53118
JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.Pendahuluan
Remaja berasal dari bahasa latin adolescere yang bererti to grow atau to grow maturity (Golinko,1984 dalam Rice 1990 dan ramai tokoh yang telah mendefinisikan remaja mengikut kajian mereka seperti DeBrun (1990) mendefinisikan remaja sebagai jangka waktu pertumbuhan antara waktu kanak-kanak dengan masa dewasa. Papalia dan Olds (2001), masa remaja adalah masa transisi perkembangan antara masa kanak-kanak dan dewasa dan pada umumnya dimulai pada usia 12 atau 13 tahun dan berakhir pada usia akhir belasan tahun atau awal dua puluhan tahun.
Menurut Adam dan Gullota (1997) masa remaja meliputi usia antara 11 hingga 20 tahun. Sedangkan Hurlock (1990) membahagikan masa remaja menjadi masa remaja awal (13 tahun hingga 16 atau 17 tahun) dan masa remaja akhir (16 atau 17 tahun hingga 18 tahun). Masa remaja awak dan akhir dibezakan oleh Hurlock kerana pada masa remaja akhir individu telah mencapai transisi perkembangan yang lebih mendekati masa dewasa.
Papalia dan Olds (2001) berpendapat bahawa masa remaja merupakan masa antara kanak-kanak dan dewasa. Sedangkan Anna Freud (1990) berpendapat bahawa pada masa remaja terjadi proses perkembangan meliputi perubahan-perubahan yang berhubungan dengan perkembangan psiko seksual , dan juga terjadi perubahan dalam hubungan dengan ibu bapa dan cita-cita mereka dimana pembentukan cita-cita merupakan proses pembentukan orientasi masa depan. Transisi perkembangan pada masa remaja bererti sebahagian perkembangan masa kanak-kanak masih dialami namun sebahagian kematangan masa dewasa sudah dicapai (Hurlock, 1990)
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut, dapatlah difahami bahawa remaja merupakan sekelompok kumpulan yang berada dalam fasa kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa dan mengalami proses perubahan-perubahan diri bagi membentuk asas pertama dalam kehidupan mereka yang sebenar di alam dewasa. Atas dasar itulah, remaja merupakan golongan yang perlu diberi perhatian serius dari aspek perkembangan fizikalnya, emosinya, pemikirannya dan intelektualnya bagi memastikan mereka menjadi golongan yang mampu mewarisi tampuk kepimpinan negara dan tamadun bangsa.
Persoalannya disini, remaja yang hidup pada zaman era millineum ini terdedah dengan pelbagai cabaran budaya yang mengakibatkan mereka mengalami krisis identiti yang amat membimbangkan. Polemik krisis identiti ini telah dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa pada 29-31 Mac 2010 baru-baru ini. Menurut Wan Sallha Yusoff et al (2010), memang menjadi lumrahnya, remaja sentiasa mencari identiti mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan remaja tidak dapat memahami makna identiti dan jati diri. Jatidirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti. Setiap kali ada sahaja perkembangan baru, dalam dunia fesyen dan trend masa kini, remaja pasti akan mencuba trend tersebut. Kalau dahulunya rock, kemudian rap, skin head, breakdance, dan hoppers, kini shuffle menjadi trend semasa. Fenomena ini bukan sahaja merebak dalam kalangan remaja di bandar, malah yang berada di desa turut terpengaruh dengan budaya barat ini. Bahkan paling menyedihkan, remaja berpendidikan tinggi di IPTA dan IPTS turut terpengaruh dan tidak mampu menepis budaya ini daripada menjadi darah daging mereka.
Menurut tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Aziz (2005), kebanyakan remaja di negara ini kini menghadapi krisis identiti yang menyebabkan golongan ini tidak tahu membuat sesuatu keputusan. Beliau juga berpendapat iklan dan program realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) mempengaruhi remaja dalam membuat keputusan dan ini merupakan satu beban kepada remaja untuk menentukan mana yang baik dan tidak untuk diri mereka. Beliau menyifatkan AF sebagai program yang mengkhayalkan. (Bernama,17 Julai 2005)
Disebabkan remaja menghadapi kekeliruan dalam memilih jalan hidup mereka, meraka mula melakukan apa sahaja mengikut kehendak nafsu mereka tanpa pertimbangan iman.Buktinya mereka mula terlibat dengan pelbagai gejala sosial seperti zina, buang anak, penyalah gunaan dadah, gangster, buli, mencuri dan sebagainya. Paling menyedihkan apabila lahirnya ramai anak luar nikah.Statistik tahun 2009 melaporkan seramai 17, 303 orang anak luar nikah Melayu atau tidak sah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, seramai 16, 541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada tahun 2007 seramai 16,100 orang. Sepanjang tempoh ini, 214, 033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104, 834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) (Berita Harian,21 Mac 2010). Penulis membuat kesimpulan awal bahawa segala permasalahan yang berlaku ini menunjukkan hilangnya cara hidup beragama dalam diri mereka. Faktor hilangnya cara hidup beragama inilah yang penulis maksudkan sebagai krisis identiti yang sebenar di kalangan remaja. Oleh yang demikian, penulis merasakan perlunya kajian lanjut dijalankan bagi mencari jalan keluar berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah bagi menyelesaikan masalah krisis identiti yang berlaku di kalangan remaja.
2. Penyataan Masalah
Krisis identiti remaja bermaksud kekeliruan dalam meletakkan identiti diri bagi seseorang remaja. Kekeliruan ini berpunca daripada pengaruh budaya-budaya negatif yang semakin menular di negara ini. Jika remaja tidak dibimbing dengan cara hidup beragama mengikut acuan al-Qur’an dan al-Sunnah, mereka mudah cenderung memilih cara hidup bertuhankan nafsu dan duniawi semata-mata. Masalah inilah yang menjadi titik tolak kepada terhasilnya cadangan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyelesaian untuk mengajak remaja kembali kepada kehidupan beragama atau dalam erti kata lain mencari jalan keluar bagi melahirkan remaja Islam agar berpegang teguh terhadap agama dan menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.
Oleh itu, jika dilihat dalam dimensi surah al-Kahfi, terdapat pelbagai intipati yang terkandung dalam surah ini yang mampu mengajar remaja untuk memahami konsep Ad-Din dalam kehidupan mereka. Bermula dengan nama surah ini sendiri yang bermaksud gua dan Ashabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-penghuni gua sebagai lambang hampirnya surah al-Kahfi dengan remaja. Buktinya,dalam Ensiklopedia Al-Qur’an, Kajian Kosakata, perkataan فتى dalam ayat ke 10, 13, 60 dan 72 yang bererti pemuda oleh Al-Qur’an umumnya digunakan untuk merujuk pada figure atau tokoh historis yang memiliki keutamaan seperti para nabi dan pemuda ashabul kahfi (اصحاب الكهف: penghuni gua) yang memiliki keteguhan iman (M.Quraish Shihab 2007). Justeru, sudah pasti ikon pemuda ashabul kahfi pada nama surah ini melambangkan kecenderungan surah ini terhadap golongan remaja. Apabila diteliti ayat demi ayat dalam surah ini, penulis mendapati bukan sekadar kisah ashabul kahfi sahaja yang menyentuh perihal pemuda, bahkan dalam ayat 60 sehingga 82 pula telah menyentuh tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir serta beberapa kisah lain yang terkandung di dalamya. Kisah-kisah tersebut perlu dibedah bagi menghasilkan metod tarbiyah yang efektif untuk mengarahkan remaja kembali memahami konsep ad-Din dalam kehidupan mereka.
Penulis cuba mengetengahkan pandangan Syed Qutb dalam mengukuhkan mengapa surah al-Kahfi menjadi pilihan dalam konteks menyelesaikan masalah krisis identiti di kalangan remaja. Syed Qutb (2000) dalam kitab tafsir beliau Fi Zilal Qur’an telah menyatakan bahawa surah al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem panduan pemikiran manusia. Apabila pemikiran seseorang dipandu berlandaskan syariat Allah, segala tindakan dan gerak laku akan mencerminkan imej dirinya yang sebenar.
Menurut Sayyid Qutb, surah al-Kahfi menyediakan segala yang diperlukan oleh seorang mukmin untuk :
1.Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)
2.Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati / mencerap)
3.Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah)
Tiga maksud besar ini adalah isi penting Surah al-Kahfi menurut Sayyid Qutb. Bermula daripada kisah Ashabulkahfi, ia diikuti dengan kisah pemilik dua kebun bersama sahabatnya yang Mukmin, disusuli pula dengan kisah Musa bersama seorang hamba yang soleh (Khidr) dan disempurnakan dengan pembentangan kisah Dzulqarnain. Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka wajarlah surah al-Kahfi perlu dianalisis bagi mengeluarkan konsep ad-Din yang terkandung dalam surah al-Kahfi.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan cadangan yang praktikal mampu diketengahkan, kajian ini perlu menjawab segala persoalan-persoalan berikut:
1.Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan krisis identiti yang berlaku di kalangan remaja pada hari ini?
2.Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam Surah al-Kahfi yang mampu memandu remaja memahami konsep ad-Din yang sebenar?
3.Apakah konflik yang dihadapi oleh golongan remaja sehingga mereka memilih kehidupan yang menyimpang daripada landasan hidup beragama?
4.Bagaimanakah Surah al-Kahfi mampu dianalisis secara praktikal bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja tersebut?
3.Objektif Kajian:
1 Menjelaskan krisis identiti remaja secara terperinci
2 Menganalisa konsep ad-Din dalam Surah al-Kahfi.
3 Mengenalpasti konflik dalaman yang dialami oleh remaja.
4 Mencadangkan jalan penyelesaian yang praktikal terhadap masalah krisis identiti
yang berlaku berasaskan analisa Surah al-Kahfi
4.Definisi Operasi Kajian
Krisis identiti remaja dalam kajian ini dimaksudkan hilangnya pegangan agama dalam hidup remaja Islam bahkan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif sebagai landasan cara hidup mereka. Menurut Syed Muhammad (2001) krisis ini berlaku kerana kita berhadapan dengan cabaran yang dicetuskan oleh falsafah dan sains Barat Moden termasuk teknologi dan ideologinya. Cabaran ini mengancam nilai, perilaku, pemikiran, kepercayaan dan cara dan hidup remaja supaya mereka berubah dengan kehendak pandangan alam sekular ini. Menurut Wan Sallha Yusof et al (2010) pula, krisis identiti yang dihadapi oleh pelajar masa kini cukup membimbangkan. Justeru, kepentingan pengurusan krisis dalam aspek pelajar ini perlu diteliti dan ditangani dengan bijak. Penyelesaian yang dilakukan perlulah melihat kepada semua aspek dan bukanlah hanya penyelesaian sementara yang akhirnya pelajar masih mengalami sindrom lupa diri dan berlagak pandai tetapi bodoh. Tahap pembentukan identiti mereka dibentuk melalui tahap kesedaran kendiri mereka iaitu pengetahuan mengenai dirinya, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan PenciptaNya.
Manakala frasa penyelesaian berdasarkan Konsep Ad-Din dalam Surah al-Kahfi pula bermaksud kaedah untuk mengembalikan remaja kepada agama berdasarkan konsep Ad-Din dalam al-Kahfi. Penyempurnaan kajian ini bukanlah bererti mampu menyelesaikan keseluruhan masalah krisis identiti tersebut, tetapi kajian ini bermatlamat untuk menyediakan garis panduan terhadap aspek-aspek yang sewajarnya diberi penekanan dalam pendidikan terhadap remaja bagi menghidupkan agama dalam diri mereka.
Labels: Tesis Sarjana Anis Syuhada

Sebuah perkongsian dari sahabat di alam maya...thanks...
Perkahwinan Hafiz & Non-Hafizah :: Integrasi Ilmu Dan Maklumat
Perkahwinan merupakan tuntutan semulajadi manusia dan menjadi asas bagi melanjutkan sebuah bahtera kehidupan. Justeru perkahwinan dalam Islam merupakan wasilah untuk membentuk keluarga yang mantap dari aspek jasmani, emosi, intelek, dan rohani. Perkahwinan diantara hafiz dan non-hafizah mencuit naluri saya untuk berkongsi pengalaman bersama para pembaca sekalian Pertamanya saya rafa'kan rasa syukur ke hadrat Ilahi selama hampir 12 tahun menjadi suri kepada seorang hafiz saya benar-benar rasa bahagia. Sesungguhnya tiada perkataan yang tepat untuk saya ungkapkan rasa bahagia ini Saya yakin pemilihan bakal suami atau isteri yang betul sebelum wujudnya sesuatu ikatan perkahwinan itu amat penting dalam menyumbang rasa bahagia ini.Saya sememangnya memandang tinggi seorang yang bergelar hafiz al-Quran pada gelaran dan akhlak .Akhlak yang dimaksudkan di sini ialah membawa ciri-ciri Al Quran dalam amalan dan perbuatan harian. Saya berasa "secure" kerana hidup saya ada pembimbing dan pelindungnya. Sekadar mengambil contoh yang paling mudah dalam aktiviti harian umumnya dan ibadah khususnya saya ada tempat rujukan untuk merungkaikan kemusykilan saya. Dalam bab mengerjakan solat misalnya, saya sering merima teguran membina dan jauh di sudut hati saya rasa bahagia disayangi dan dihargai atas teguran tersebut. Suasana rumahtangga juga menjadi lebih tenang kerana sentiasa dihibur dan dihiasi dengan al-Quran sebagai santapan hati dan jiwa. Manakala solat berjamaah pula menjadi satu kemestian. Alangkah malangnya saya andainya dalam persoalan yang saya ketengahkan di atas diri saya dibiarkan menerajui diri saya sendiri. Apakah yang bakal terjadi kepada saya dan zuriat saya kelak? Di sini gandingan hafiz dan non-hafizah memberi makna yang amat besar dalam rumahtangga saya. Saya redha jika dikatakan menumpang keberkatan soerang suami yang hafiz kerana itu memang matlamat perkahwinan kami. Sehubungan dengan itu, saya tidak pernah mempersoalkan ketaatan saya kepada suami kerana saya tahu makam seorang hafiz di sisi Allah terlalu tinggi sekiranya mereka benar-benar membenarkan dan beramal dengan al-Quran yang mereka hafal, sedangkan saya hanya manusia yang jahil dan sering melakukan kesilapan. Di pihak suami yang hafiz beristerikan seorang non-hafizah, saya rasa memang ada sedikit perbezaan. Namun, saya yakin dengan kesabaran dan adanya sikap 'give and take' di kedua belah pihak segala masalah boleh ditangani dan kehidupan akan lebih ceria Akhirnya, apa yang saya kongsikan di sini hanya lah pandangan diri saya sendiri dan hakiki. saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang maha Adil p/s artikel yang sy dapat ini hanyalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman selama hampir 12 tahun menjadi suri kepada seorang hafiz. Artikel ini tidak langsung bermaksud memuja dan memuji golongan huffaz tetapi hanyalah sekadar luahan hati seorang isteri . Sesunguhnya sy juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan
TIMBAL BALIK PEMBENTUKAN KELUARGA CEMERLANG
:: Pengukuh tunjang kekeluargaan
Latar belakang kemahiran yang berbeza akan membuatkan pasangan ini dapat saling memperkukuh antara satu sama lain dari segi aspek ekonomi atau lainnyadalam keluarga. Kombinasi dwi aliran ini pasti membuatkan keluarga mereka lebih kompleks dan tampak lebih perkasa mengharungi bahtera rumahtangga
:: Pemantap agenda Dakwah Fillah
Umum mengetahui bahawa Golongan Huffaz adalah mereka yang berkemampuan dalam bidang kalamullah. Hal ini memberikan satu kelebihan buat mereka bagi membentuk masyarakat berdasarkan PURE ilmu yang mereka miliki Manakala sayap kiri mereka yang mempunyai strengh dalam bidang selain al Quran adalah sebagi bonus buat para huffaz. Sayap kiri ini akan menjadi Gedung bagi ilmu-ilmu yang lain samada dari aliran Profesional mahupun Teras agama bagi memantapkan agenda dakwah nakhoda mereka
:: Integrasi metod dan penekanan tarbiah anak-anak
Dalam mendidik anak-anak pula pasti advntance yang lebih baik buat keluarga ini kerana latar belakang yang berbeza membuatkan ibu dan bapa boleh saling membentuk anak-anak mengikut kepakaran masing-masing sebagi contoh bapa yang mahir berbahasa arab akan menggunakan bahasa kalamullah itu semasa berinteraksi dengan anak-anak, manakal ibu yang fasih berbahasa Inggeris pula akan menanamkan minat bahasa antarabangsa terebut pada anak-anak Namun akhirnya faktor kebahagiaan kejayaan sesuatu adalah kombinasi yang baik antara kedua pasangan tidak kira dari satu latar belakang yang sama atau tidak. Toleransi, persefahaman dan Nusrah Ilahi faktor paling utama kesejahteraan "Bahtera perkahwinan"
Kesimpulannya perkahwinan yang didasarkan pada redha Ilahi pasti akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Pemilihan jodoh memanglah terletak ditangan kita namun penentuannya adalah mutlak dari Allah s.w.t "Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waja'lna lil muttaqina imama"
Allahu Ta'la A'lam
Labels: Baitulmuslim
Saya sedang memberi semangat pada diri saya.....sambil membaca artikel dibawah... Di saat ini, saya benar2 survive..Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku dihati..Saya sanggup korbankan diri saya untuk saat dan ketika ini, kerana saya mahu lihat insan yang saya sayang turut memperoleh kecemerlangan yang telah dibinanya.Walaupun pada saat dan ketika ini, saya sangat memerlukan dia di sisi, namun saya harus bersabar untuk sebuah kebahagiaan yang hakiki pada suatu hari nanti...Saya tidak mengharapkan apa-apa..Mungkin tidak ada yang memahami saat dan ketika ini terasa tidak mahu berjumpa sesiapa..Ingin saja membawa diri..Di saat dan ketika insan2 di sekeliling bergembira, hatiku terus berduka walaupun hakikatnya ku cuba sedaya upaya melawan segalanya..Ya Allah, engkau yang mengetahui setiap bait kata yang bertakhta di hatiku, aku hampir rebah dek pukulan ombak ujianmu...haus..lelah...Tapi, umurku masih muda, maka aku harus harungi segala ujian yang melanda..mungkin ada yang berbeza pandangan diriku, namun, aku tetap tidak bersedia menerima sebarang penafian daripada sesiapa..kerana jiwa ku lemah saat dan ketika ini...biarlah diri membawa diri..biarlah masa yang menentukan..apakan daya diri yang serba dhaif ini..
BERJIWA BESAR
Dari Website Briliant Life...
Berpikir Besar dan Berjiwa Besar...
mirip dengan judul sebuah buku, yang sampai sekarang aku belum selesai membacanya, meskipun sudah 2 tahun lamanya aku memiliki buku itu. tapi intisari dari bukunya udah mudeng seh. tapi gak ada hubungannya langsung sama buku itu, ini tulisan versiku sendiri
Berpikir besar mungki lebih mengarah bagaimana kita harus selalu berpikir positif, berpikir menang, dan berpikir mengatasi segala kesulitan di hadapan kita.
lalu bagaimana dengan berjiwa besar? sebear apakah yang diperlukan?
mungkin berjiwa besar yang pertama adalah menyadari bahwa diri kita sendiri adalah orang yang tidak sempurna, banyak kekurangan, dan sepatutnya kita tidak sombong dan mau menerima kritik.
Beberapa kali ketika menjadi pembicara dalam sebuah Latihan Dasar Leadership di kemahasiswaan dulu, aku selalu meminta kritik dari para peserta. sebagai koreksi diri apa yang kurang dariku. tidak mudah memang ketika kita kadang harus mengetahui bahwa kita tidak berkenan pada orang lain, apalagi ketika itu disampaikan di depan banyak orang, dalam sebuah forum atau rapat misal. Perlu kebesaran jiwa untuk menerima dan belajar dari kritikan itu.
Berjiwa Besar yang selanjutnya adalah Berani meminta maaf kepada orang lain ketika kita menyadari kesalahan yang kita perbuat. memang berat kadang, ketika harus meminta maaf kepada orang lain. terlebih jika harus minta maaf di depan banyak orang. apalagi kalau kesalahan kita belum tentu dimaafkan.
pernah sebuah pengalaman pribadi pernah aku, diajak ngomong empat mata sama seseorang, karena dia secara gentle bilang gak suka aku yang telah begini dan begitu. wajahku merah padam saat itu, tapi aku menyadari itu murni kesalahanku yang berdampak pada dirugikannya orang tersebut. aku meminta maaf, dan butuh waktu yang cukup lama untuk mengembalikan suasana diantara kami menjadi nyaman kembali seperti sedia kala. ya memang sulit membangun sebuah kepercayaan.
Pada kesempatan lain, di sebuah acara workshop bertaraf nasional, dimana aku waktu itu menjadi ketua panitia penyelanggara Workshop Perakitan PC dan Instalasi Linux, aku juga harus meminta maaf di depan banyak orang (peserta workshop) karena faktor force majure, yang dikarenakan pihak di luar panitia, listrik beberapa kali mati sehingga schedule molor dan mengganggu schedule berikutnya, bahkan peserta menunggu sampai dalam hitungan jam.
masih teringat di benakku, mungkin mukaku seperti kambing congek waktu itu... dan dalam kuesioner yang dibagikan setiap session, session tersebut yang paling banyak memberikan kritik kepada kami. but it's ok... karena total hasil akhirnya masih dalam level memuaskan.
selain meminta maaf, Memaafkan juga memerlukan kebesaran jiwa.
memberikan maaf di mulut memangmudah, namun maaf di hati itu jauh lebih sulit. karena pada dasarnya manusia memang protektif terhadap "sakit hati" sehingga terkadang begitu berat diri kita memaafkan orang lain.
Berjiwa besar yang lain adalah menerima dan mengakui kekalahan.
menang adalah sebuah kebanggaan manusia pada umumnya, dalam setiap persaingan, entah akademis, bisnis, karir, atau kompetisi (dalam arti luas) apapun, maupun obsesi pribadi. apalagi jika kemenangan yang kita harapkan adalah keinginan kita yang amat sangat diharapkan. kekalahan, kekecewaan pasti akan muncul ketika kemenangan tidak memihak diri kita. Mengakui kegagalan dan mengakui kemenangan bahkan memberikan selamat kepada pihak yang menang tentu membutuhkan keberanian dan kebesaran jiwa. dan kadang memang membutuhkan kekuatan untuk berusaha tegar.
apapun itu.. belajar memiliki jiwa yang besar adalah perlu. untuk memantapkan kualitas kebahagiaan hidup kita.
"jadilah manusia yang berjiwa besar, dan senantiasa belajar dari kehidupan. jangan mudah puas dan sombong, serta jangan takut untuk berjuang"
Labels: Dunia Perjuanganku
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.
Labels: Koleksi Ilmiah
...SERIKANDI PEMBAKAR JUANG KAMI....ZAINAL AL-GHAZALI..
Alhamdulillah..hari ini barulah saya dapat merebahkan diri setelah beberapa hari rushing hampir 4 tempat yang berlainan..Agak panjang langkah memandangkan ada driver..kalau saya yang drive, tak tau la sampai ke tak..
4 JUN 2010: Destinasi pertama saya ke Demonstrasi Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat...Membakar semangat juang....Namun hati kecil saya tak berpuas hati kerana saya tak dapat nak ke Palestin..Apalah sangat sekadar laungan..Hati saya tetap terhiris dengan saudara-saudara yang sentiasa dihimpit dengan penyeksaan yang tidak henti-henti daripada Israel laknatullah..Bantuan kemanusiaan pun diserang tanpa menghiraukan perikemanusiaan..Kejam...Sungguh kejam..Umat Islam hari ini diserang terang-terangan..disembelih di depan mata..Namun..Umat Islam masih tak mampu nak membela diri..kerana desakan dan kecaman dari pelnagai penjuru...Nantilah pasti akan ada satu masa Islam TETAP AKAN MENANG....Getus hatiku...
Sehingga jam 4 petang barulah kami pulang...Langkah saya petang itu masih panjang..Berbekalkan semangat membara..saya melangkah pulang ke tanah air tercinta bagi memenuhi tuntutan untuk bersama anak-anak umat Islam yang perlu disuntik supaya tidak tidur lagi di saat yang mencemaskan kini....Hati saya melangkah tenang menaiki LRT dari Ampang Park ke KL Central bersama Kak Aan, Kak ha, Hanim, Asiah dan adik Huda..Kami berhenti untuk berhenti untuk solat di KL Central..Pertemuan kami berakhir di situ dan masing-masing mengubah haluan masing-masing... Saya dan Kak Aan meneruskan perjalanan menaiki Monorail ke Jalan Pekeliling..Petang itu hati saya cukup tenang walaupun tiket pun tak beli lagi..Kami berkejar dengan masa..Hari semakin gelap.hati saya tetap berkata bahawa Allah akan membantu hambaNya yang berjuang.... Sampai di Jalan Pekeliling, saya dan Kak Aan menuju ke kaunter tiket yang berlainan...Terkejar-kejar saya..Cuak sekejap bila dikatakan tiket habis,namun hati masih tenang..dan akhirnya..dapat jugak tiket di saat akhir sebelum bas berjalan..rupa-rupanya masih ada 5 kekesongan seat ketika itu..di saat masih ramai orang yang tercari-cari tiket, maklumlah hari baru mula cuti sekolah..ramai yang nak balik kampung..Paling melucukan..dah lama berborak dengan kakak di sebelah, rupa-rupanya suami dia kerja sebagai FRU..mahu terusik hati saya..saya duk la bercerita keterujaan saya dalam demo tadi..macam2....
Sampai di Temerloh, jam 8.45 malam..terasa perjalanan cukup lancar..Kepenatan terubat.turun bas, kaki saya seperti tak boleh nak bergerak..penangan berjalan dari Kampung Baru ke kedutaan...Berdenyut kaki saya hingga ke pagi esoknya..sikit je...bukan kena peluru pun....
5 JUN 2010 : Pagi itu saya membawa semangat dan ruh JIHAD ke medan ilmu...Bersama anak-anak 4,5, dan 6 Pusat Pengajian Al-Mukmin..dalam slot MELANGKAH SEBAGAI JUARA..Agak berbeza 'talk' saya pagi tu memandangkan ruh jihad itu cuba saya tiupkan dalam jiwa kecil ini agar jangan bermain-main lagi...Kejayaan kita adalah untuk membela saudara-saudar kita di Palestin...BANGKIT BERSEMANGAT ANAK-ANAK INI..BAKAL MUJAHID DAN MUJAHIDAH KECIL...hatiku bahagia bersama mereka...
6 JUN 2010 : Bersama Kak Zu dan keluarganya, menuju ke Supercamp Excel di Excel Training Resort.. Kami bertolak seawal 4 pagi dari Temerloh ke LENGGENG ...
Alhamdulillah selamat sampai menghantar 2 anaknya ke camp tersebut..dan saya pula dapatlah balik ke Bangi dengan memandu GEN 2..Wahhh..seronok diberi kepercayaan memandu kereta baru..memandangkan suaminya dah mengantuk sangat...sampai di Kolej Keris Mas, lega...seram gak bawa kereta orang...Alhamdulillah..selesai tugasan hari itu menjadi pemandu pelancong hari tu...
7-8 JUN 2010 : Misi yang cukup mengusik hati..Bersama anak-anak Bandar Puchong dalam Kem Smart Solat Anjuran Masjid Nurulhuda di bawah pelaksanaan AURA IMTIYAZ TRAINING & CONSULTANCY..Syarikat baru kami ...inilah program sulung kami handle bersama memandangkan sebelum ini setiap trainer menjalankan program masing-masing...Terbayang-bayang wajah mereka..inilah anak-anak harapan ummah...Doaku agar kalian bangkit memperjuangkan Islam suatu hari nanti..
Begitulah coretan perjalanan..Buat tatapan bakal peneman hidup..Doaku agar bakal peneman hidupku memahami setiap inci darah yang mengalir dalam tubuhku adalah untuk perjuangan ISLAM..Doaku ada agar baitulmuslim yang bakal terbina suatu hari nanti jua sentiasa bergerak seiring dengan perjuangan ISLAM..
Namun, masih terdapat satu lagi impian ku belum tertunai kerana masih menunggu masa yang sesuai..impianku untuk ke bumi Mekah, Madinah, Syria dan Jordan untuk terus mengembara mencari ilmu..mencari 'FAHAM AGAMA' ...Moga dipermudahkan dan dimakbulkan impian itu...
Labels: Coretan Kembara
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM’
Hubungan saya dengan al-Nadwi tidaklah seakrab hubungan Ahmad Fahmi Zam Zam, Mohamad Baderuddin Ahmad atau Allahyarham Mohd Ali Rejab. Mereka adalah anak murid yang telah belajar secara langsung dengan al-Nadwi. Malah al-Nadwi mengenali mereka dengan dekat. Saya hanya mengenali al-Nadwi melalui buku-bukunya dan hanya pernah mendengar ceramahnya ketika al-Nadwi datang ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah pada tahun 1987. Ketika itu, saya masih di bangku sekolah Maktab Mahmud.
Al-Nadwi merupakan seorang pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332 (1914M) di Rai Breily, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 Ramadhan 1420H bersamaan 31 Disember 1999M di daerah kelahirannya juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran.Pemikirannya sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Abduh, al-Afghani, Rashid Rida dan Shakib Arsalan. Sejak muda lagi, beliau mula bergiat dalam bidang dakwah. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sukar diganti malahan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu aspek yang sering disuarakannya ialah proses pembaratan di dunia Islam ( westernisasi) dan materialisme yang merupakan “agama” di Barat.
Yusuf al-Qardhawi menyifatkan al-Nadwi sebagai seorang ulamak Rabbani, Islami Qur’ani dan Muhammadi. Perkataan rabbani digunakan oleh al-Qardhawi kerana tokoh ini seorang ulamak yang beriltizam dengan ilmu, amal dan dakwah. Beliau mempunyai akhlak yang terpuji dan tidak terlibat dengan perkara bid’ah atau sikap melampau sama ada dalam akidah mahupun tingkah laku. Islami pula merujuk kepada Islam yang berdarah daging dalam dirinya. Seluruh kehidupan beliau sama ada dalam ucapan mahupun tulisan malah seluruh kegiatan hidupnya berfokus kepada usaha untuk memajukan Islam.
Sementara Quranic kerana al-Quran menjadi sumber utamanya dalam ibadat, pemikiran, ucapan dan tulisan. Muhammadi ialah gelaran yang diberikan bukan sekadar kerana beliau berketurunan ahli bait, tetapi lebih dari itu. Beliau menjadikan nabi Muhammad sebagai ikutan termasuk cara hidupnya yang zuhud. Pembicaraan beliau tentang nabi Muhammad bukan sekadar perbahasan ilmiah tetapi juga merupakan perbincangan daripada seorang kekasih, pencinta dan pengkagum yang boleh dilihat dalam bukunya al-Sirah al-Nabawiyyah. Alami merujuk kepada peranan al-Nadwi dalam peringkat antarabangsa. Walaupun beliau lahir dan dibesarkan di India tetapi peranannya cukup besar dengan memegang jawatan yang penting di peringkat antarabangsa.
Al-Qardhawi menyifatkan al-Nadwi sebagai saudara, guru dan kekasihnya. Saudara (Akhi)kerana ikatan persaudaraan sesama Islam dan hubungan yang terjalin sejak al-Nadwi datang ke Mesir. Guru (Shaykhi) kerana al-Qardhawi belajar banyak daripada beliau dengan membaca buku-buku dan pengalamannya. Kekasih (Habibi) kerana al-Qardhawi amat mengasihinya atas keikhlasan, kezuhudannya, kesederhanaan dan pemikiran yang jauh dari khurafat dan syirik,
Dalam bukunya al-Sira’ Bayn al-Fikrah al-Islamiyyah wa al-Fikrah al-Gharbiah al-Nadwi menyebutkan aspek pengaruh barat. Antara pengaruh barat yang meluas dalam negara Islam ialah aspek pendidikan. Menurut al-Nadwi, umat Islam perlu membebaskan dari sistem pendidikan sekular atau mengambil sistem pendidikan barat secara total. Menurutnya sistem pengajian barat merupakan suatu usaha mendalam untuk melenyap dan membasmi unsur-unsur keislaman. Beliau merujuk kepada kata-kata H.A.R Gibb dalam buku Whither Islam yang menyebutkan bahawa berjaya atau tidak modernisasi dan westernisasi di dunia Islam dapat dilihat dari aspek pendidikan barat dan pengaruhnya yang meluas di kalangan orang-orang timur. Beliau memuji Iqbal kerana walaupun mendapat pendidikan barat tetapi beliau tidak lebur dalam arus pendidikan pemikiran barat. Menurutnya, antara teori yang digunakan dalam sistem pendidikan barat ialah menimbulkan keraguan dan syak kepada kesucian riwayat dan dalil. Oleh itu jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah merangka semula sistem pendidikan Islam walaupun menghadapi kesulitan dan waktu yang panjang.
Al-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta sebenar mengenai Islam. Dari segi faktor keagamaan, tujuan orientalis adalah menyebarkan agama Kristian dan menonjolkannya lebih daripada agama Islam. Di samping itu, mereka cuba membangkitkan rasa bangga terhadap mereka ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Dari segi politik, golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara Islam dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa, tabiat dan jiwa orang-orang timur. Melalui cara ini, barat dapat meluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu, ada juga golongan orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat mereka terhadap ilmu. Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane, A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama.
Al-Nadwi telah memberi kritikan pedas terhadap golongan orientalis yang seharusnya direnung oleh pelajar-pelajar muslim yang lain. Beliau menyebut bahawa dengan mengakui sumbangan ilmu orientalis ini, tiada halangan baginya untuk menegaskan bahawa kaum orientalis ini sering tidak beroleh taufik dari Ilahi walaupun mereka banyak melakukan penyelidikan dan penggalian terhadap ilmu-ilmu al-Qur’an, sunnah, sirah nabi, feqah Islam, akhlak dan tasauf. Mereka hanya keluar dengan tangan hampa tanpa memperolehi apa-apa dari keimanan dan keyakinan. Sebaliknya didapati bertambah besar jurang yang memisahkan mereka dengan ilmu tersebut disebabkan oleh iktikad permusuhan yang terpendam dalam hati mereka. Tujuan mereka hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan mengemukakannya untuk maksud politik mahupun keagamaan.
Menurut al-Nadwi, umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau mendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-pusat pengajian Islam semenjak waktu yang lama. Begitu juga, jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan Islam dan keabdian ajaran agama untuk mereka melayari kehidupan serta menyingkap takbir kelemahan-kelemahan peradaban barat dan sorotan yang ilmiah dan analisa yang teliti.
Umat Islam juga menghadapi kekosongan yang besar iaitu tidak ada pemimpin yang dapat menghadapi peradaban barat dengan keimanan dan berani. Ciri-ciri pemimpin ini ialah mereka yang menggabungkan keimanan dengan kemajuan keilmuan untuk manfaat umat dan negara. Mereka tidak memandang pemimpin barat sebagai idola yang mesti diikuti tetapi hanya mengambil contoh yang baik. Ia menaruh harapan dan keyakinan bahawa seandainya ia perlu banyak belajar dari barat maka barat juga perlu banyak belajar darinya. Malah berkemungkinan barat lebih memerlukannya. Menurutnya, usaha pembaratan berlaku dengan cepat dan berjaya kerana pendidikan barat telah menyerap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Taufan sistem pendidikan barat ini telah menyapu bersih generasi muda Islam yang menjadi harapan bangsa sehingga pemikiran mereka tidak dapat menerima agama Islam yang sebenar.
Antara buku beliau yang terkenal ialah Riddah La Abu Bakr Laha (murtad: mengapa tidak ada Abu Bakar memeranginya). Di dalam buku ini, beliau menyebutkan bahawa umat Islam kini menghadapi ancaman murtad yang lebih merbahaya iaitu fahaman metarialisme (kebendaan) yang datang dari pengaruh barat. Menurutnya, metarialisme merupakan fahaman yang berdasarkan penolakan kepada agama dan pemikiran yang menafikan adanya Tuhan, alam ghaib, wahyu dan kerasulan. Sungguhpun penganjur-penganjur falsafah kebendaan ini tidak menganggapnya sebagai satu agama yang baru, namun pada hakikatnya falsafah ini adalah sejenis agama yang baru. Fahaman baru ini sedang melanda dunia Islam tanpa disedari oleh kita sendiri. Al-Nadwi menjelaskan bahawa tamadun kebendaan yang menafikan ketuhanan merupakan dajjal yang membawa kerosakan ke atas dunia ini. Tamadun yang dilahirkan pada abad 17 dan mulai mencapai peringkat kematangan dalam abad ini. Tamadun kebendaan ini meletakkan kebendaan dan pemiliknya sebagai suci dan mengagungkan kebendaan dari segala-galanya.
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah pertamanya kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali. Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam. Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.
Inilah di antara faktor yang menyebabkan fahaman ini meresap dengan cepat ke dalam jiwa orang-orang Islam. Tambahan pula, ulama tidak menyedari akan bahaya fahaman ini. Al-Nadwi melihat fahaman ini sebagai satu ancaman yang besar kepada umat Islam. Akhirnya, kebanyakan pemimpin negara Islam adalah hasil daripada pendidikan barat. Inilah sebab utama berlakunya pertarungan antara dua alam pemikiran yang berlaku di dunia Islam menyebabkan negara Islam terumbang-ambing. Dalam menghadapi cabaran idealisme tersebut umat Islam perlu kembali melihat keadaan dan hakikatnya yang sebenar, memperbaiki dan membetulkan nilai-nilai agama dalam diri sendiri dan masyarakat, merombak sistem ekonomi dengan menghapuskan riba serta melaksanakan sistem zakat dan baitulmal. Ia bertujuan untuk memperseimbangkan taraf umat muslimin serta menghapuskan kemiskinan, menekankan kemajuan sains dan ilmu pengetahuan agar dapat mendekatkan pertaliannya dengan agama serta menubuhkan persatuan umat Islam di peringkat antarabangsa. Al-Nadwi menegaskan bahawa dalam menjalankan dakwah Islam, para pendakwah harus mengamalkan beberapa sikap iaitu pertamanya seseorang itu mestilah mempunyai perasaan cinta dan keikhlasan iman kepada Allah tanpa sebarang keinginan untuk memperolehi sebarang faedah kebendaan dan keuntungan lain sebagai penghargaan. Keduanya ia hendaklah meneguhkan amalan Amru bil makruf dengan cara mengajak manusia supaya melakukan perkara kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Ketiganya ia hendaklah menjadi contoh atau model seorang muslim sejati kepada muslim yang lain. Keempat ia hendaklah berbangga menjadi seorang muslim dan apa yang diserunya. Jika ia mempunyai nilai pemikiran seumpama itu, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan berjaya di dalam perjuangan yang suci ini.
Al-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. Kemungkaran dan kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada penawar dan rawatan nubuwwah. Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam kembali kepada acuan madrasah kerasulan.
Dalam menghadapi pengaruh barat di dunia Islam al-Nadwi mengakui peranan yang dimainkan oleh tokoh Jemaah al-Islamiyyah Pakistan Abu Ala al-Maududi dan pemimpin Ikhwan al-Muslimun di Mesir dalam mengkritik pemikiran barat dan menyorot kelemahan-kelemahannya dari segi ilmiah dan agama. Al-Nadwi menjelaskan kegagalan agama Kristian dalam membendung arus kebendaan di barat. Beliau menyebut bahawa agama Kristian telah kehilangan pengaruhnya ke atas dunia barat dan kekosongan itu diambil alih oleh faham kebendaan semata-mata, namun agama Kristian gagal mengetengahkan seorangpun yang dapat menentang kekejian faham kebendaan, membimbing dunia barat kembali kepada asas-asas agama sebenar, memulihkan keyakinan terhadap agama Kristian yang asli dan mempertahankan nilai-nilai akhlak daripada fahaman kebendaan dan norma-norma pemuasan hawa nafsu yang wujud dalam budaya sekarang. Dunia barat telah gagal menghadapi cabaran-cabaran moden dan gagal menemui penyelesaian terhadap masalah-masalah semasa melalui pandangan agama terhadap kehidupan dunia ini. Sebaliknya barat telah berputus asa dengan agama Kristian sama sekali. Barat telah gagal dalam pembinaan insan walaupun mereka berjaya dalam teknologi kini sehingga mampu terbang di udara seperti burung dan berenang seperti ikan di dalam lautan. Tetapi mereka gagal bagaimana hendak berjalan di atas dunia ini. Perkara ini disebabkan akal dan jiwa mereka kosong daripada kerohanian. Mereka muflis dalam pembinaan dalaman diri. Secara ringkasnya, al-Nadwi memainkan peranan penting dalam menangkis salah faham pemikiran barat terhadap Islam dan menyarankan umat Islam tidak merasa naif berhadapan dengan barat. Beliau menyebutkan kemunduran umat Islam bukan sahaja merugikan umat Islam sendiri tetapi dunia keseluruhannya. Penulis tertarik dengan kata-katanya dalam buku Tarshid al-Sahwah al-Islamiyyah iaitu : “ Adalah menjadi kewajipan kita menyemarakkan perasaan kepentingan jihad mengikut perspektif al-Quran. Sesungguhnya revolusi Iman yang membezakan umat ini dengan umat yang lain yang telah melahirkan tokoh dan pejuang sepanjang zaman. Pengabaian umat terhadap kepentingan jihad dan revolusi ini merupakan satu kerugian yang besar, kekosongan yang tidak dapat diganti dengan keluasan ilmu dan ketinggian akal dan tamadun.”
Antara faktor yang membentuk keperibadian al-Nadwi ialah :
i.Peranan keluarga
Faktor utama yang membentuk jiwanya ialah didikan ibunya yang sentiasa memberi perhatian mengenai didikan agama yang bernama Khairunnisa’.Sementara bapanya seorang yang berpegang kuat kepada ajaran agama.Keluarganya adalah keluarga yang cintakan agama dan ilmu serta menjadi pengarang buku.Ini termasuk peranan abangnya Dr. Abu ‘Ali al-Hasani yangmendidiknya sejak kecil.
ii.Peranan Darul Ulum, Nadwatul Ulamak.
Faktor kedua ialah peranan Darul Ulum yang mendidiknya terutama dalam kesusasteraan Arab sdan kesusasteraan Urdu. Dari sini beliau menelaah kitab-kitab besar dalam kedua-dua bahasa tersebut. Pada masa ini juga, bakat menulis dan mengarang serta pidato semakin terserlah.
iii. Peranan Syair Iqbal
al-Nadwi begitu kagum dengan syair Iqbal terutama mengenai tema kecintaan dan keimanan. Begitu juga pertemuan beliau dengan Iqbal yang memberi kesan dalam pembentukan peribadinya sehingga beliau mengarang buku riwayat hidup Iqbal dan syair-syairnya yang berjudul Rawa’i’ Iqbal.
iv. Kesan al-Quran dan Sirah Nabi.
Minatnya yang mendalam terhadap al-Quran dan sirah nabi telah memberi kesan yang besar dalam jiwannya sejak kecil lagi. Beliau belajar al-Quran dengan berguru kepada Ahmad Ali al-Lahori. Beliau juga merupakan guru tafsir al-Quran semasa mula berkhidmat di Darul Ulum. Di samping itu, beliau juga menerbitkan buku mengenai al-Quran dan ulum al-Quran.
Al-Nadwi sejak kecil lagi juga berminat membaca buku kisah nabi-nabi dan beliau sendiri mengakui terpengaruh dengan buku Rahmatan lil ‘Alamin karangan Sulayman al-Mansurpuri yang dibacanya dalam usia 10 tahun.Akhirnya beliau juga mengarang buku sirah al-Nabawiyyah (sejarah nabi) dan buku yang berkaitan dengan subjek ini.
v. Hubungan dengan ahli Rabbani dan ahli Sufi.
Antara keistemewaan al-Nadwi dan keluarganya ialah hubungannya dengan ulamak-ulamak rabbani yang mendidik jiwa manusia. Pendidikan ini amat penting dalam membentuk jiwa manusia. Al-Nadwi juga mengarang buku yang menceritakan kepentingan kejiwaan yang berjudul Rabbaniah la Rahbaniah. Al-Nadwi sendiri mendapat didikan kerohanian daripada Abdul Qadir al-Rayfuri dan Muhammad Ilyas al-Kandahlawi.
vi.Kesan Subjek Sejarah dan Sains Kemanusiaan.
Al-Nadwi juga terkenal sebagai seorang yang minat dan pakar dalam bidang sejarah dan sains kemanusiaan. Tambahan pula, penguasaan yang mendalam dalam bahasa Inggeris menyebabkan beliau sentiasa terkehadapan dalam menyatakan isu-isu tersebut. Beliau sentiasa optimis dengan tamadun Islam yang akan memimpin dunia.
Al-Nadwi dan Manhaj Dakwah
Al-Nadwi merupakan tokoh pendakwah sebaris dengan tokoh-tokoh pendakwah besar zaman ini seperti Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Mawdudi dan lain-lain. Menurut al-Nadwi manusia sekarang ini memerlukan kepada dakwah dan kebangkitan Islam. Keperluan manusia kepada dakwah islam tidak kurang pentingnya sepertimana keperluan mereka kepada makanan, air dan udara. Ketiadaan dakwah bukan sahaja membahayakan masyarakat Islam tetapi juga masyarakat dunia keseluruhannya. Tanpa dakwah Islam seolah-olah manusia berada seperti sekelompok kambing-kambing yang tidak ada penjaganya atau kapal yang tidak ada nakhoda.Zaman ini memerlukan kepada kebangkitan Islam lebih daripada zaman-zaman terdahulu kerana zaman ini penuh dengan gejala syahwat dan syubahat. Zaman yang penuh dengan falsafah dan ideologi asing. Oleh itu, dakwah dan kebangkitan Islam menjadi keperluan bagi setiap negara Islam.
Al-Nadwi telah menggariskan manhaj dakwah iaitu :
i. Kebangkitan dakwah itu hendaklah bertepatan dengan akidah yang berteraskan al-Quran dan Sunnah, amalan Rasulullah, Khulafa al-Rasyidin, para ahli ilmu dan akidah dari kalangan orang muslim.
ii. Pembinaan generasi muda yang mendalami ilmu agama dan pembentukan orientasi pemikiran yang soleh dan mantap yang menyinari hati-hati mereka. Generasi ini hendaklah mempunyai hubungan kuat antara iman yang mendalam dengan amalan-amalan dengan al-Quran, sirah nabi, sejarah Islah dan tajdid yang dapat membimbing mereka ke arah kepimpinan berwibawa. Dakwah itu hendaklah berkaitan dengan isu-isu masyarakat semasa, gerakan islam dan aliran-aliran yang bersifat aktif dan pendirian Islam mengenainya serta kesannya dalam kehidupan.
iii. Tidak terlalu negatif terhadap pemerintah dan berjuang pada bukan musuh. Adalah menjadi kewajipan bagi pendakwah sentiasa bersikap positif dari negatif dan menyeru mereka memelihara agama Islam dan melaksanakan sisten Islam daripada kita menduduki tempat tersebut.
iv. Pemimpin kebnagkitan Islam dan pendakwah hendaklah bersifat sederhana, zuhud, bersyukur dan bertawakkal dalam lingkungan syariah sepertimana yang dilakukan oleh salafus soleh. Kebanyakan juru islah ummah terdiri daripada mereka yang zuhud.
v. Hendaklah mengikat pendakwah dengan semangat berkorban dan kepahlawanan.Jika sekira semangat ini tidak wujud dalam diri pendakwah nescaya membahayakan dakwah yang sahih dan kebangkitan Islam.
Perkara utama yang sering disuarakan al-Nadwi ialah sifat pendakwah rabbani. Menurutnya, pendakwah rabbani ini telah berjaya menyampaikan dakwah dengan baik dan melindungi masyarakat dari kebejatan makhlak dan moral. Dalam menguatkan hujahnya beliau membawa contoh dakwah yang dilakukan oleh ahli-ahli rabbani seperti Abdul Qadir Jailani, Jamaluddin, Ahmad al-Sirhindi dan lain-lain. Menurut al-Nadwi bahawa kekuatan rohani dapat menambahkan semangat kepahlawanan dan perjuangan. Dalam sejarah Islam, pejuang-pejuang Islam adalah terdiri daripada orang-orang yang jiwanya bersih dan terdidik dengan ibadah dan menikmati kedudukan rohani yang luhur. Malahan terminal terakhir dalam perjalanan rohaniah ialah kecintaan untuk gugur syahid. Oleh itu, sifat pendakwah yang utama ialah mempunyai tahap kerohanian yang tinggi.
Sebagai contohnya Amir Abdul Qadir al-Jaza’iri seorang ahli sufi dan panglima perang. Shakib Arsalam menceritakan kehidupannya : “ setiap hari dia bangun dan melakukan solat subuh di masjid dekat rumahnya. Tidak pernah meninggalkannya kecuali jika ia sakit. Dia sering melakukan solat tahajjud dan pada bulan Ramadhan secara rutin melakukan latihan tarikat sufi. Dia tetap menjadi teladan dalam kebaikan, takwa dan akhlak yang mulia hingga wafat pada tahun 1883M”.
Al-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berteraskan kepada al-Quran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini jelas terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-Quran dan al-Hadith.Di samping itu, beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeza dari satu tempat dari satu tempat yang lain kerama dakwah mesilah mengambil kira masalah lingkungan , sausana dan persekitaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan ialah dakwah yang mengambilkira realiti yang ada. Di samping itu, pendekatan hikmah dan bijaksana perlu diberi perhatian.al-Nadwi juga menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah dakwah dan tokoh-tokoh dakwah serta adab-adab Islam. Kebanyakan bidang tersebut telah ditulisnya untuk penyediaan kepada para pendakwah.
Yusuf al-Qardhawi menjelaskan keistimewaan dakwah al-Nadwi iaitu :
i. Allah telah memberikannya akal dan hikmah yang dapat melahirkan kalimah-kalimah yang tepat pada tempat dan masa. Bertegas pada tempat yang memerlukannya dan berlembut pada tempat yang memerlukannya. Ini yang saya kenali sejak beliau muda sehinggalah kini.
ii. Memiliki ilmu yang luas yang diperlukan oleh seseorang pendakwah sepertimana yang saya sebut enam perkara ilmu dalam buku saya Thaqafah al-Da’iyyah iaitu ilmu agama, bahasa, kemanusiaan, Sains dan Semasa.
iii. Al-Nadwi memilki bakat kesusasteraan yang tinggi. Perkara ini dapat dilihat dalam buku-buku tulisan dan surat-suratnya. Beliau dibesarkan dalam sausana bahasa Arab sejak kecil lagi.
iv. Al-Nadwi memiliki jiwa yang hidup dan hati yang sentiasa terikat dengan Allah, rasul dan agama yang suci ini. Perkataan yang keluar dari hati yang bersih akan memberi kesan yang besar kepada jiwa seseorang.
v. Al-Nadwi memiliki akhlak dan peribadi yang mulia. Antara akhlaknya ialah lemah lembut, toleransi, berani, sabar, adil dan jauh dari sifat sombong dan takabur.
vi. Al-Nadwi berpegang kepada akidah yang betul iaitu akidah ahli Sunnah wa Jamaah yang jauh dari perkara syirik, khurafat dan bid’ah yang berleluasa di India.Ini disebabkan beliau mendapat didikan di madrasah Deoband dan Nadwatul Ulamak.
Kesimpulannya khazanah pemikiran al-Nadwi haruslah digali oleh generasi kini sebagai satu panduan untuk kita berkhidmat dalam medan dakwah. Al-Nadwi pernah menyebutkan kepada murid-muridnya bahawa beliau menulis buku-buku bukan untuk generasinya tetapi adalah untuk generasi kamu dan seterusnya, bukan untuk tujuan peribadinya tetapi untuk ditatap oleh generasi seterusnya sebagai bekalan
Labels: Koleksi Ilmiah

Tindakan ganas Israel laknatullah menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza semalam, 31 Mei 2010 yang mengorbankan 19 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain dikutuk sekeras-kerasnya oleh seluruh dunia.
Konvoi ini (Flotilla-yang bermaksud bergerak beramai-ramai) daripada Turki ke Gaza pada 22 Mei dilaporkan membawa kira-kira 10,000 tan makanan dan bahan bantuan lang lain. Konvoi ini membawa aktivis-aktivis daripada 30 buah negara termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, kanak-kanak warga emas. Jelas sekali di sini, konvoi ini bukan membawa tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan.
Takziah di atas kematian pejuang kita di sana . Sungguh kita semua akan mati. Beruntunglah mereka yang berjuang dan mati syahid di jalannya.
Di sini disenaraikan 19 orang yang terkorban di dalam kejadian tersebut.
Noorazman Mohd Samsuddin, Ketua Delegasi Malaysia (pensyarah UIA)
Dr Mohd Arba Ai Shawal (doktor perubatan)
Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan)
Dr Selamat Aliman, peniaga
Jamaluddin Elias (Klang)
Al Hilmi Husain Suhaimi (ustaz)
Mohd Nizam Mohamad Awang (jurutera)
Abd Halim Mohd Redzuan (pegawai Syabas)
Ustaz Hasanuddin Aqsi Assarip ( petugas NGO sepenuh masa)
Ashwad Ismail (wartawan)
Shamsul Kamal Latip (jurukamera Astro Awani )
Labels: Senyuman Syuhada' Menuju Allah
Selamat Pengantin Baru Sahabat-sahabatku...Pesanan Buat Yang Bakal Bergelar Isteri...
0 comments at 6:07 PTG
Assalamualaikum w.r.t..buat semua..
Dah lama ana tidak melakarkan coretan berkenaan dengan baitul muslim ini, namun, pagi ini, ana terbaca dari blog sahabat ana, Ainun Mardiah..Ana ambillah artikel sahabat ana ni, buat tatapan para sahabat ana yang baru dan akan melalui hari bahagia mereka...
By Ainun Mardhiah
Semakin hampir majlis perkahwinan,kebiasaannya para ibulah yang sering resah-gelisah.Berat kepala rasanya memikirkan berapa ramai tetamu jemputan dan apa lagi persiapan yang belum dipersiapkan menjelang hari bahagia buat si anak.Terutamanya apabila yang berkahwin adalah anak perempuan.Hati ibu bapa memang tidak keruan. Selagi belum usai majlis perkahwinan si anak, malah boleh menyebabkan tidak tidur lena.
Dalam kesibukan itu sebaik-baiknya para ibu tidak lupa untuk menitipkan amalan yang menjadi tradisi para salafussoleh.Menjelang hari bahagia ini,ambillah kesempatan dengan menitip pesan-pesan kebaikan buat si anak melayari hidup berumah tangga..
~ PESAN UMAMAH AL-HARITH ~
Contohilah pesanan yang pernah diberikan oleh Umamah Al-Harith kepada puterinya menjelang pernikahannya yang di dalamnya jelas terkandung dasar-dasar kehidupan suami isteri yang penuh kebahagiaan.
Dia berkata :
" Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.
Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu.Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :
Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan,mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.
Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.
Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.
Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.
Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.
~ PESAN ABDULLAH BIN JAAFAR ~
Abdullah Bin Jaafar juga menasihati anak perempuannya yang akan melansungkan perkahwinan dengan berkata :
" Janganlah mudah cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian. Janganlah banyak mencela kerana mencaci itu hanya membuahkan kebencian. Hendaklah engkau memakai celak kerana celak itu hiasan yang paling indah.Minyak wangi yang paling harum adalah air.."
~ PESAN ASMA' BINTI KHARIJAH ~
Asma' binti Kharijah al-Fazzariyah menasihati anak perempuannya dengan berkata,
" Wahai anakku, engkau akan keluar dari rumah yang telah membesarkanmu menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan teman yang belum pernah bersama denganmu. Maka jadilah bumi baginya, nescaya dia akan menjadi langit bagimu.Jadilah buaian baginya nescaya dia akan menjadi sendi bagimu. Jadilah budak baginya nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. Janganlah memaksanya sehingga dia akan membencimu.Janganlah engkau menjauhinya. Jika dia mendekatimu maka hampirilah dia. Jagalah hidung,pendengaran dan matanya. Janganlah dia mencium dari dirimu kecuali yang harum.Janganlah dia mendengar perkataan darimu kecuali yang baik-baik dan janganlah dia memandang dirimu kecuali yang indah.."
Selamat Pengantin Baru Hajar, Nik Zubaidah dan semua alumni UKM yang bakal menempuh ke alam baitul muslim..Moga diberi keberkatan dan memperoleh anugerah 'mawaddah' dan 'rahmat' dalam perkahwinan...
Labels: Baitul Muslim

www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube
Alhamdulillah, sekali lagi iLuvislam.com bakal mengadakan ESQ Training 'In-House' khas buat pengunjung-pengunjung iLuvislam.com yang bergelar mahasiswa. Ia merupakan training kedua yang diusahakan bersama di antara iLuvislam.com dan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd.
Training istimewa ini dibuat khas sempena 'summer holiday' mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara (kecuali Australia dan New Zealand).
Namun, ia terbuka kepada semua mahasiswa dalam dan luar negara dengan syarat anda adalah ahli berdaftar iLuvislam.com.
5 sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com..
1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.
2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda. Kami akan menjemput alumni ESQ Training yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat untuk berkongsi pengalaman dengan anda. InsyaAllah di antara mereka adalah Dato' Hussamuddin Yaacob.
3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!
4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.
5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara. Alhamdulillah, tahun lepas peserta terdiri daripada mahasiswa UK, Ireland, Mesir, Jordan, Yemen, Jepun, Jerman dan juga Malaysia.
Labels: ESQ Training




