Khamis, 2009 November 19

AURA IMTIYAZ TC


AURA IMTIYAZ TRAINING & CONSULTANCY (001906511-W)

Carta Organisasi Aura IMTIYAZ TC

Pengarah Urusan
En.Mohd Kusyairi Che Ismail
B.A.Hons (Pendidikan Islam) UK Malaysia

Perunding Motivasi
Cik Nur Hanisah binti Mohd Nor Afandi
B.A.Hons (Pengajian Tafsir) UK Malaysia

Panel Syariah
Ustaz Mahfuzan Gaddafi Mahmood
B.A.Hons (Pengajian Syariah) UK Malaysia

Ustazah Wan Khalijah Wan Jusoh
B.A.Hons (Pengajian Hadith) UK Malaysia
Ijazah Pengajian Al-Quran Bersanad , Syria
Diploma Tahfiz Wa Al-Qiraat, Darul Quran,JAKIM

Pengurus Latihan Kepimpinan
En. Mohd Shahnizam Azmi
B.A.Hons (Dakwah&Kepimpinan) UK Malaysia

Perunding Personaliti & Pengucapan Awam
En. Mohd Kusyairi Che Ismail
B.A.Hons (Pendidikan Islam) UK Malaysia

Pengurus Program Pembangunan Modal Insan
Cik Norhaslina Zahari
Dip.Psikologi, Kolej Dar Al-Hikmah
Cik Mutmainnah Shaharom
Institut Perguruan Ilmu Khas,Cheras.

Junior Trainer :

1.Cik Noriha Abd Razak
B.A.Hons (Usuluddin) UK Malaysia
2.Cik Nor Asiah Abd Ghani
B.A.Hons (Dakwah&Kepimpinan) UK Malaysia
3.Cik Siti Hafsah Hanim Mahadi
B.A.Hons (Sains & Kemanusiaan) Major Sejarah, UK Malaysia

Rabu, 2009 November 11

AURA IMTIYAZ TRAINING AND CONSULTANCY



Salam hormat, salam sayang dan salam kecemerlangan buat semua,

Tanggal 11 November 2009, akhirnya tertubuhlah sebuah consultant impian saya selama ini..AURA IMTIYAZ TRAINING & CONSULTANCY..

Moga penubuhan consultant ini membantu hamba Allah ini untuk terus mengumpul bekal ke alam akhirat..

ANTARA FOKUS UTAMA AURA IMTIYAZ TC:
1.Menjalankan program motivasi kecemerlangan khusus buat anak-anak yatim yang perlukan bantuan dan sokongan untuk terus menongkah arus kehidupan.
2.Menjalankan program motivasi kecemerlangan khusus buat pelajar-pelajar sekolah agama khususnya bagi melahirkan ulama' yang berilmu, beramal dan bertaqwa..
3.Menjalankan program pembangunan modal insan untuk semua golongan masyarakat bagi melahirkan hamba Allah yang sedar hakikat kita sebagai khalifah di muka bumi untuk mengabdikan diri kepada Allah.
4.Mengadakan Program Latihan dan Kepimpinan sebagai bakal pimpinan masa hadapan.

Fokus AURA IMTIYAZ TC bukan setakat terhenti di sini,namun ia tertakluk kepada perbincangan Ahli Lembaga Pengarah pada bulan Disember ini...Moga usaha gigih ini mendapat restu ilahi..

Selasa, 2009 November 03

Dunia Tempat Berteduh Ke Alam Akhirat


Sedang asyik melayari blog, akhirnya bertemu jua dengan blog kak khadijah, naqibah kami, sejak mendengar pemergian Nur fatimah, saya membaca banyak di blog sahabat2 tentang asy-syahidah kecil ini, saya dengan hati yang sayu hanya mampu menatap blog sahabat2, tak mampu nak menulis di blog saya..tapi, hari ini, bila terbaca sendiri luahan seorang ibu, hati saya bertambah sayu, seakan-akan semalam Nur Fatimah pergi bertemu Ilahi...

Itulah janji yang PASTI..Mati adalah satu kepastian yang tidak akan diawalkan atau dikurangkan..

Begitu jua banyak perkara yang berlaku di dunia ini adalah rencah kehidupan di dunia fana, sedangkan akhirat itu kekal abadi..

Sudah beberapa hari air mata tidak berhenti menangis, menanggung ujian demi ujian yang Allah hadiahkan buat insan yang kerdil ini, sehingga saya hanya termenung mencari hikmahNya...yang membuatkan saya bertambah sayu, setiap kali diuji, pasti ade sms dan ym daripada sahabat yang seakan-akan merasai bahawa saya sedang bersedih, walaupun saya tak mampu menceritakan apa yang terbuku dihati...

Ujian demi ujian buat saya tak mampu mengungkap apa2 hanya merasakan bahawa nyatalah aku seorang hamba..nikmat diuji apabila merasa diri cukup hampir dengan Yang Maha Esa..apabila diuji, hati berasa lunak..sayu..sentiasa merintih meminta bantuan,,sehingga agak membantutkan gerak kerja saya...saya tak mampu nak melangkah..saya betul2 tiada kekuatan..

Saya hanya mampu berzikir menenangkan hati..apakah kesudahan nya semua ini..saya cuba berbaik sangka..namun saya tidak punya kekuatan..yang hanya mampu menenangkan hati saya adalah saya letakkan tawakkal penuh pada Allah..biarlah Dia yang menentukan segalanya..namun, saya insan yang kerdil, tetap merasa lemah..saya cuba buat apa yang patut..tapi..langkah saya cukup lemah..

Saya cuba gagahkan diri, namun masih belum gagah....begitu berat beban yang ditanggung...saya cuba pujuk hati saya, bersyukurlah dengan apa yang ada..redhalah dengan segala ketentuan, bersabarlah menghadapi ujian, di saat kita diuji, ada lagi yang lebih teruk diuji..

Setelah sesi luahan ini, hatiku bagaikan diberi nafas baru....Ya Allah..bahawa engkau sentiasa berada disisi hambaMu..Terima kasih Ya Allah atas hadiah ujian tanda kasih sayangMu...

Sabtu, 2009 Oktober 31

Semangat Juang LUAR BIASA

Assalamualaikum w.r.t....

Salam kecemerlangan buat semua..

salam sayang penuh hikmah..
salam perjuangan penuh barakah....

Selawat dan salam atas junjungan Mulia Rasulullah tercinta..dan al-Fatihah buat semua pejuang agama Allah..


Pena bicara hikmah pada hari ini ingin menyemarakkan gelombang CINTAKAN ILMU yang kian haus di kalangan muda-mudi hari ini...sedih, pilu dan sangat menyayat hati pabila melihat remaja2 yang tidak nampak arah tujuan, dihidangkan dgn dunia hiburan yang melalaikan dan langsung membazir tenaga muda yang dianugerahkan oleh Allah..

Ingin sekali hati ini pergi berjumpa dgn pihak2 yang menganjurkan program realiti kehidupan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan..ditayangkan di kaca tv tanpa sekatan dan tapisan daripada pihak kerajaan khususnya, dan menjadi ikutan ramai remaja yang asyik dibuai mimpi mencipta nama di dunia sementara, hilang maruah agama, terkadai masa depan, dan yang paling menyedihkan tak tahu ke mana hilangnya aqidah dan penghayatan hidup beribadah..sedih...sedih..siapa yang harus dipersalahkan?

Baru-baru ini pula, saya berborak dgn seorg adik lepasan SPM,

"adik tggu siapa ni?"

"adik tggu ayah, ayah jemput."

"nak g mana dik ?" tanya ku...situasi di depan rumah ku..Saya sedang kelam kabut nak ke pejabat..

"nak g ......(tak ingat nama syarikat tu), kursus maka up"

saya hanya mengangguk..."oo... belajar kat situ ye? o..ok..akak pegi dulu ye"

Saya terpaksa menamatkan perbualan..dah lambat...

Tapi yang saya nak ceritakan di sini, macam mane ayah dia boleh hantar anak dia pergi belajar kursus kecantikan diri sebagai kerjaya masa depan..sekadar itu yang difikirkan terbaik?? atau mengikut kehendak anak??atau pelbagai perkara yang bermain di kepala saya..Saya terfikir, gambar di sekolah pada name tag adik tu pakai tudung, tapi bila dah join kursus kecantikan tu, confom hilang tudungnye..dah bertacap putih mukanya..bukan tak cantik, tp....ada sesuatu yang saya terfikir di sebalik nya...iaitu bagaimana masa depan hidup adik ini dan masa depan alam akhirat yang dibekalkan oleh ayahnya...masya Allah..saya bukan nak menyalahkan ayah dia, tp kisah ini hanya lah satu kisah dalam berjuta-juta kisah realiti kehidupan masyarakat hari ini yang semakin lupa akhirat..


Banyak sebenarnya yang bermain di fikiran saya, namun apa yang mampu saya sampaikan disini ialah kita perlu wujudkan gelombang CINTAKAN ILMU..kerana dengan ilmu kejahilan, dapat disuluh..cintakan kecemerlangan...dan kenal ilmu yang wajib dimiliki, ilmu fardu kifayah..dan sekiranya ilmu itu tidak membawa kepada mengenal Allah, ia bukanlah ilmu, tapi hanya maklumat semata-mata(berdasarkan takrifan ilmu dalam ilmu mantik)..

Saya dah ada appoinment ni..nak jumpa kakak yang buat PHD tu..insya Allah..kupasan seterusnya akan bersambung di post saya akan datang,baru muqaddimah sebenarnya....

ok...fikir2 kanlah muqaddimah saya ni...untuk dipecahkan apa punca dan penyelesaian masalah kepada masalah ummat yang melanda generasi muda hari ini.....

Rabu, 2009 Oktober 28

JEJAKI ULAMA' AKHIR ZAMAN


Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman Abu Husna
( Jabatan Fiqh & Usul Fiqh )
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com


بسم الله الرحمن الرحيم


Berikut sikit detail tentang ulama kini yang masih hidup dan yg dah meninggal di sekitar 50 an keatas….( kurun ke 19-20) – Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh.

Ulama terhebat kurun kini yang dah wafat (sekitar selepas 50 an): Perlu diingat senarai tokoh2 ini disebut adalah dasar contoh dan bukan terhad jumlah seperti dalam senarai. (‘Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr)

Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir


1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah Mesir Mesir – Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am wafat 1974 m
2 Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf Mesir Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an
3 Syeikh Muhammad al-Ghazali Mesir Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah wafat 1998 m
4 Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu
5 Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi Mesir Syeikh Al-Azhar yg lalu , pengarang kitab tafsir dlm jilid yg cukup besar. Bidang Tafsir
6 Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m
7 Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am
8 Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi . Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat
9 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah , semua bidang Islam. 1948 M
10 Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M
11 Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat
12 Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 dan lain2 1998 M
13 Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir Undang2 dan Fiqh
14 Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam . Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat
15 Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Salafi 2000 M
16 Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Pakar Hadith Mesir
17 Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh
18 Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan
19 Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith Wafat 1959 m
20 Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m
21 Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh Wafat
22 Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17
23 Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M
24 Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19
25 Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18
26 Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah
27 Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith danUlumnya Wafat 90 an


Ulama yang masih hidup, teralim dan pakar serta menonjol di dunia akademik dan dakwah (Dunia dan Malaysia )

1 Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (ulum Quran dan Sunnah), Dip Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar )* Pakar Fatwa ‘Am.* Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia. Lahir tahun 1926 m
2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh.
3 Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, 1963 ). Ex Majma Fiqh . Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932 M
4 Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE
5 Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.
6 Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.
7 Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)
8 Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)
9 Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat
10 Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia
11 Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh
12 Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Ketua Majma Fiqh Dunia
13 Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.
14 Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah
15 Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh
16 Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran
17 Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Univ. Al-Qaherah Fiqh dan Usul Fiqh
18 Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Fiqh dan Fatwa ‘Am
19 Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an
20 Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk
21 Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran
22 Syeikh Ibrahim al-’Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah
23 Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ.Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk
24 Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional
25 Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
26 Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
27 Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
28 Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat Malaysia Mursyidul Am PAS.Tafsir, Dakwah, Siyasah Syar’iyyah Lahir 1931 M
29 Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran
30 Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am
31 Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Khurthum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .
32 Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
33 Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh
34 Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Malaysia Pem. Presiden PAS.Pakar Bidang Sirah, Aqidah, Dakwah, Siyasah Syari’yyah
35 Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat
36 Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam
37 Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq.
38 As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.
39 Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan PhD Fiqh (al-Azhar) Pensyarah Univ. Jordan.Digelar Ulama teralim Jordan skrgBidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah.
38 Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan Univ. Zarqa AhalliahFiqh dan Usul dan Mu’amalat Fatwa ‘Am.

Telatah Mengubat Rindu Kampung



Anak K.long- Mohd Akid Mubassyir bersama Untanya





Pak Su Luqman Beraksi Mase Raye:))

Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Salam Sejahtera buat bakal peneman kamar hatiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu berjuang di medan Ilmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Bakal Pemimpinku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ayah dan bondaku. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Mujahidku,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.
~tulang rusuk kirimu~

pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih ILAHI...

kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...
berpisah tak gelisah...

-

Isnin, 2009 Oktober 26

IMPIAN MEREKA TELAH TERCAPAI,KITA????



Tahniah buat insan-insan yang paling hampir dalam hidupku....

1. Mak-berjaya mendidik anak-anak mak dgn kesabaran meggunung dan penuh keperihatinan, semua dah masuk U..dah keje dan dah kawin dah anak mak yang sulong...Tahniah mak...

Kak Long -Ijazah Sarjana Muda Syariah Al-Azhar-Best Student Malaysia
Kok De (sape ye)- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Pengajian Al-Quran dan
Al-Sunnah.
-In Progress Ijazah Sarjana Pengajian Islam UK Malaysia
Syidah -In Progress Ijazah Sarjana Muada Pengajian Islam UK Malaysia
Saifullah Al-Hafiz- Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Kolej Hafiz.

Adik Tasnim,Adik Asyraf dan Adik Luqman belajar rajin ye,,lepas ni boleh ikut jejak langkah akak2 dan abang.

2.Ayah- berjaya mendidik anak-anak dengan daya kreativiti dan peransang inspirasi dan motivasi..tahniah dalam bidang kerjaya ayah...Akauntan yang disayangi dan sekarang duk round as Director of Terengganu...jalan je lah ayah ye..itu lah hobi ayah..semalam ayah balik dari Singapura, hari ni kat kL..aik..esok kat kuantan dan nak balik terengganu pulak...hebat ayah.....

3. K.Intan Syahida dan K.lang - dah jadi Lawyer...huhh...mantap,mantap..tapi mereka tetap memberi masa untuk meneruskan persahabatan...adik sayang akak2 adik ni.....

4. K.Sarah Syukor...dua pupu..duk kat Temerloh...membesar same2..hah..sibuk bbenor dia dah jd Doktor....TAHNIAH..sungguh mencabar ye kerjaya yang mulia ini..baca la blog dia...mantap ..


Hanisah????? where are u now??jawab Hanisah,jawab...


STEP TO BE A LECTURER:

1. Dalam perut mak lg agaknye mak ni doa nak anak dia jd Lecturer..agaknye lah..tp. tak abis2 la duk nyebut itu...ayah pun..ok..i'm try the best for mak dan ayah ...

2. Degree di UKM...dgn tak fokusnye...dgn menyibuk ngn debat tak abis2...emm....=entahla..akhir sem baru insaf....nasib baik insaf..sbb result jatuh merudum ke 3.51 pngs sem akhir..

3. FASA BARU...Master bulan Dis ni...kuatkan semangat ye...

FASA TERDEKAT:

Pertama: Berguru dgn Dr.Najib dan Dr.Latifah..Isnin ni ke Seminar TAFSIR...
Kedua : Berbincang tajuk proposal..dan start jd Research Assistant Dr.Najib..Gudluck.. haha..padan muka..yang malas nak jadi, yang tu la dapat..dulu yeye tak nak jd RA.takut sibuk..tak pandai la...hah..ni takkan nak lepas pluang..ok..buat lah yang terbaik..

emm..nampaknye post kali ni memberi semangat pada diri ini..sbb ape PAKAR MOTIVASI TERBAIK ADALAH DIRI KITA ye adik2 semua...kata-kataku ketika ceramah dulu..hah..ni la nak amalkan nasihat kita pada org...k, tak dapat nak teruskan...banyak keje...ok...jumpe lg....

Ahad, 2009 Oktober 25

Hati kita Milik Allah,Pertemuan itu Perancangan Allah

Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan, malah cukup terasa kerdil dengan semua yang dijanjikan Allah..siapalah diri ini di hadapan Allah..andai diri kembali menemui mu Ya Allah, apakah aku layak berjumpa dgnMu Ya Allah..hinanya diri ini lantaran banyak berbuat dosa...

Hanya doa yang mampu kuhulurkan buat pendamai dirimu..moga Allah lapangkan hatimu.moga Allah berikan kekuatan kepadamu...Yakin lah Allah sentiasa bersama...

Ya Allah..indahnya saat manis merasa di bawah dakapanMu ..indahNya CINTA MU YA ALLAH..Indahnya ujianMu lantaran kau hadiahkan kemudahan setelah keperitan..sungguh benarlah janjiMu dalam Surah Al-Insyirah..Sesungguhnya setiap kesusahan itu disusuli kemudahan...kerdilnya diri ini Ya Allah..syukur Ya Allah....

Khamis, 2009 Oktober 22

Fasa Memulakan Ijazah Sarjana Pengajian Islam




Salam buat sahabat-sahabat dan anak-anak usrah akak semua..

Insan bernama Hanisah ni sifatnya memang pelik..sifat yang ada sejak azali adalah 'taknak sama dgn orang' dan 'apa yang dilarang, apa yang dihalang,apa yang kian mencabar itulah minatnya'...

Emmmm....bila jengok2 blog sahabat2 rata-rata menceritakan tentang konvokesyen masing-masing..tp, bila baca blog sendiri kenapa ye tak terfikir dan tergerak nak letak gambar konvo ke...ape2 lah yang berkaitan ngan konvo...

Namun, seingat ku, setelah hampir tamat sesi belajar semester terakhir, saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk'Belajar Santai,Impak Maksima'..

Dan tercatat dibuku itu bahawa Degree bukan pemutus tp pencetus untuk terus cemerlang dan mengexplore DUNIA ILMU ini....


Semangat kian membara apabila memperoleh sentuhan motivasi daripada seorang 'insan' yang hadir dalam diary semester akhirku.
'ana bangga dengan kejayaan yang nti capai dengan memperoleh anugerah dekan setiap semester, belajar lah sungguh-sunguh'....
thanks atas semangat yang diberikan..akan ku simpan ia sebagai azimat...

Ditambah lagi apabila cabaran tiba..ayah memberi syarat nak sambung master kena ade kerja dulu..,maklumlah anak kedua yang ade 5 orang adik2 yang sedang membesar ini perlu fikir 200 kali untuk sambung master..

Oleh itu, hasil perbincangan dengan Dr Latifah, beliau telah menyarankan saya mengisi borang tutor di UKM..Tiket itu memberi ruang kepada ayah untuk memberi keizinan nak sambung master...aik2..alih2 balik cuti raya,ayah kate 'nak sambung belajar bolehlah...ayah ade lah duit simpanan sikit'...THANKS ayah atas permission itu..emm..tak abis2 psiko ayah ni..nak beri tekanan dan cabaran supaya sungguh2 untuk sambung belajar..

Langkah semakin lancar apabila emak dan ayah memberi dorongan yang kuat untuk sambung belajar..maklumlah..hanisah ni kalau tak dapat dorongan mak dan ayah memang jadi hilang semangat...bertambah lagi saranan ayah supaya anaknya bergelar Dr Muda satu hari nanti..emm.menarik impian ayah buat anakanda ayah ni...thanks ayah..cita-cita ayah buat peransang anakanda..mak tak kering air liur nak anak kedua dia ikut jejak langkah Pak Long, Prof .Madya Dato' Hj Mokhtar bin Syafii...Insya allah mak..mak doakan ye..itulah balasku selalu...

Episod seterusnya pertemuan dengan Ust Akil yang untuk bertanya dengan lebih lanjut bagaimana untuk 'studi master' ni...macam susah je...Thanks Ust Akil...Cadangan yang baik...Bernas..

Episod yang cukup bersejarah apabila pertemuan dengan Dr Latifah yang sunguh2 memberi support...hah..baru sampai..actually main point post kali ini nak berkongsi dan memahatkan pesanan Dr Latifah untuk peringatan diriku dan sahabat:

1. MASTER ni kena sungguh2..
2. Tak boleh MAIN2 lagi
3. mesti RAJIN MEMBACA
4. mesti RAJIN segalanya TAK BOLEH MALAS
5. yang penting sekali NIAT IKHLAS..PASTI ALLAH BERI JALAN..


Nampak simple,tp itu kata2 org lame...da

yang best tu ade pulak terselit nasihat beliau...

'sambil2 tu nak bina kehidupan, nak kawin pulak nanti..pandai2 la belajar urus kehidupan..sambung master pun boleh je nak kawin...' :))..tercetus dihatiku...kau cukup berjiwa ibu....

OK..APA YANG PENTING????

FASA SEKARANG ADALAH FOKUS PADA PELAJARAN..
DALAMI ILMU AL-QURAN DAN HADITH
TEKAD DAN BERSUNGGUH2...
JANGAN MAIN2....
PANDANG JAUH KE DEPAN...

INILAH MEDAN PERTEMPURAN YANG PERLUKAN MUJAHADAH.
..hanya insan terpilih Allah beri hidayah nak dalami ilmu hadith dan quran ni...syukur Ya Allah..hamba yang kerdil ini mohon petunjukmu...

Mak dan Ayah..doakan anakanda...

Prof.Dr.Nur Hanisah Mohd Nor Afandi- akan dilahirkan satu hari nanti..Insya Allah..

Award buat K.long..nak g Madinah gak ;)...izinkan ana jadikan k.long sebagai sahabat -yang sama2 cintakan ilmu...dan berjuang di jalanNya.....

Sekian..wassalam...

Selasa, 2009 Oktober 20

Mulianya Hatimu Guruku..

Nukilan Istimewa Buat Dr.Latifah Abd Majid.....

Pertemuan dgnmu cukup bersejarah
Mengubati luka dihati yang parah
Kau beri kunci pembuka buat diri terarah
Kata-katamu membakar semangat buatku mencipta sejarah

Pertemuan hari ini sekali lagi buktikan segalanya
hatimu murni niatmu suci
senyumanmu buatku cukup mudah berbicara
Kata-katamu tetap akan terus terpahat disanubari

Terima kasih Dr.Latifah,
Kau lah idola ku..
Syukur Ya Allah kau berikanku seorang ibu
seorang guru, dan seorang sifu....

Isnin, 2009 Oktober 12

PULIH..total....SYUKUR....Bangkit Wahai Mujahidah...

Sungguh dua tiga menjak blog ini jadi tempat luahan rasa..mungkin ini tindakan luar kawal tika diri teruji.semuanya tanpa kusedari....Insya Allah, bicara hikmah kembali dengan wajah baru..melakarkan sebuah inspirasi dan perkongsian minda yang lebih bermakna buat pembaca..Ya Allah, benar hari ini diriku benar-benar sembuh...sungguh..solat,zikir,Al-Quran..itulah ubat segala keperitanku selama ini...manis..cukup terasa manis...

Alhamdulillah...Hanisah kembali pulih dan kembali kepada fitrahnya....
p/s:aishah..ok je..dont worry my dear..

Hatiku MilikMU..Terima kasih Ya Allah



Syukur, demam hampir seminggu berakhir dengan sujud syukurku pagi tadi..cukup mendamaikan hati dikala dapat bertemu Tuhanku, Ya Allah, ketenangan yang ku dambakan kau anugerahkan kembali..seminggu aku demam dan sarat dengan sesakan di dada..ku rasakan tiada jawapannya dan tiada penghujungnya..alhamdulillah..proses ketenangan dimulai dengan ber'ym' dgn K.ely semalam,setelah dipujuk oleh K.ely,akhirnya terbongkar segalanya...semakin lame, hati semakin lega..senyumanmu buat aku tenang sahabat..dan keyakinanmu buatku bertambah yakin...doronganmu beri kekuatan untukku bertapak kembali...saat paling manis pabila setiap bait doaku dalam sujudku pada Yang Maha Esa..berulang-ulang ku baca awal Surah Al-Ankabut...bahawa tidak dikatakan beriman jika kita tidak diuji..Ya Allah...moga ketenangan ini berpanjangan hingga citaku untuk terus menyambung pelajaran dan menadah ilmu kekal tanpa igauan hitam itu lagi..Hatiku thabat..langkah ku tekad...Akan ku genggam ijazah keduaku hadiah buat ayah bonda ku tercinta......Insya Allah....

Khamis, 2009 Oktober 08

Kemunculan AURA IMTIYAZ Training & Consultancy



In progress
LOADING..............................................5%
kami masih dalam fasa penubuhan..moga2 dapat direalisasikan impian bersama.
MOGA DIRAHMATI ALLAH


Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Aura IMTIYAZ Training& Consultancy

TARIKH: 14 November 2009
MASA : 9 PAGI

DIHARAPKAN Ahli-ahli Lembaga Pengarah sekalian dapat melapangkan masa...
SYUKRAN

Selasa, 2009 Oktober 06

Manisnya Ukhwah-Usrah UPTA FPI 09


tHANKS tiqah..kite curi gambar yang cute ni....

ISIUKM tetap dihati



Mantap Lajnah Tarbiyah....

Bilakah berakhir sebuah pencarian....



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Bicara hikmah kembali meneruskan pena..Hari ini tersentuhku untuk menulis kembali...Alhamdulillah ribut taufan yang melanda hati telah ditenangkan dengan izin Allah..ketenangan ini anugerah dariNya..Diri kembali mencari sinar baru..fokus buat masa ini..masih mencari....

Bila kita dah biasa dengan situasi sibuk, tak pandai nak lalui masa lapang ini..masa-masa yang ada membawa benak fikiran berlayar dengan tanpa ditekan..walaupun sesekali ombak terpukul dek teman-teman rapatku yang suka memberi pandangan yang agak berbeza dengan pendirianku...akhirnya,aku bangun dengan berpegang pada pendirianku,..kerana biar apa teman di sekeliling berkata, yang menanggung dan melaksanakan adalah diri yang kerdil ini...rupa-rupanya insan bernama Nur Hanisah ini mudah terusik dek kata-kata yang menyinggah di telinganya..cukup terusik dan kadang buatku goyah dengan diri..

Namun, tenungan panjang...biarlah ia berlalu..terima kasih kepada semua insan-insan yang menyayangi diri ini dan tidak jemu memberi nasihat kepadaku, namun maafkan aku kerana tetap berdegil dengan keputusan 7 Syawal bersama sahabatku Ainul Mardhiah sebagai saksi..Ya Allah, moga kau gagahkan langkahku untuk meneruskan liku-liku yang masih muda ini...

kini aku semakin sedar bahawa betapa pentingnya usrah dan jemaah..apabila kita sudah dapat apa yang kita nak, kita akan terasa mencari sesuatu..malah banyak keputusan penting dalam hidupku jemaah lah yang menjadi muktamad keputusan disamping hasrat dan impian ayah dan mak...

Sejak meletakkan keputusan untuk meneruskan bidang pengajian Islam sebagai fokus studi sepanjang 3 tahun , jemaah jualah sebagai perkiraan..

Kembali ke alam kerjaya, jemaah jua menjadi satu keutamaan apabila perlunya dan pentingnya memilih kerjaya yang memberi ruang untuk terus istiqamah dalam perjuangan...

Kelemahan insan ini untuk mebuat keputusan..namun, istikharah itulah jalan yang terbaik buat kita hamba yang menyerah diri kepada Allah...ombak terpukul..sesekali angin ribut mnggoyangkan pendirian..sehingga demam hampir 5 hari dipukul ribut itu..aku cukup kalah dengan kata-kata yang berbisa terutama jika ia dari seorang yang rapat denganku..namun..dalam hidup ini kita mesti belajar membuat keputusan kerana satu hari nanti,kita akan punya tanggungjawab sendiri yang memerlukan ketepatan dalam semua tindakan..kematangan terus diasah...pengalaman hidupku menjadi bekalan untuk bergelar kaunselor suatu hari nanti..sejak niat untuk menjadi Motivator dan kaunselor terlintas di hati..seribu satu macam ujian kulalui sebagai tarbiyah dari PENCIPTA...bila direnungkan,,,jalan hidupku cukup berliku-liku...bersimpang siur.sesekali ku jeling jalan-jalan kawan-kawanku..tidaklah berombak sangat..namun akhirnya aku pasrah dengan sebuah ketentuan..apalah kiranya kita hanya pelakon di dunia ini..hamba yang tidak mampu berbuat apa-apa dengan segala suratan yang tertulis..apa yang perlu dilakukan sekarang memerah otak dan keringat memikirkan jalan penyelesaian ke atas setiap satu persoalan yang perlu dijawab dan jawpan nya sangat memerlukan masa dan kesabaran yang menggunung....

Pernah terlintas untukku ku catatkan diary kehidupan ini buat tatapan pembaca..namun episod terakhirnya belum sampai..sampai masa yang ku harapkan..akan kulakarkan sebuah diary kehidupan yang cukup bermakna bagi melahirkan insan ini.....

akhir kata, hidup ini hanya sebuah persinggahan sementara, prinsip diri ini, manfaatkanlah setiap peluang yang ada di hadapan mata...rebutlah peluang berukhwah dengan insan yang hadir di hari-hari mu...maafkan diriku kerana aku tetap aku...

insan yang mencari Redha PENCIPTA.........

Isnin, 2009 September 28

Hikmah Ujian:Recharge...Kembali Kpd Fitrah


Panggilan telefon itu cukup-cukup meleraikan keresahan dihati,namun dihimpit rasa pilu yang teramatnya...buat insan yang bergelar hamba..nikmat ujian ini tanda kasih sayang Allah..Dia tidak henti-henti menguji lantaran kasih sayangnya bukti tarbiyah Ramadhan cukup bermakna..pilu dan sayu dan terus lemah diri menerima segala ketentuan ini..7 Syawal tarikh keramat yang cukup memilukan hati..menjemput tawakkal penuh kepada Yang Maha Berkuasa..apalah daya diri yang hina ini ingin merubah segala yang berlaku..apalah daya diri seorang hamba ingin merubah takdir ini..Pakaian TAQWA wajib kau pakai wahai hamba..pakaian iman wajib kau baja wahai hati..Pakaian SABAR itulah sumber kemenangan disaat getir ini..diri hamba cuba memujuk agar terus bersabar..namun mudah dilafazkan,perit untuk dilaksanakan...Senyuman dipaksa dikala hati begitu pilu dan sedih...minda dipujuk agar positif dengan segalanya ..masih tak mampu dihantar gelombang positif itu..kerisauan menggunung...perasaan terhimpit..cuba kuhantar gelombang positif, namun tak mampu..akhirnya ku pasrah..dan redha.....tetap ku cuba menghnatar gelombang positif untuk charge diri kembali kepada fitrah..namun diri hamba pasrah dan perlukan masa...maka masa inilah kubiarkan berlalu memujuk hati agar TENANG dan SABAR..masa inilah menentukan segalanya,..namun hati terus thabat tidak berubah..biar badai melanda , doa ramadhan akan terus kukirim hingga ke ramadhan akan datang..kerana hikmah ramadhan inilah yang akan ku tunggu suatu hari nanti.....

senyuman lah wahai hamba....bangkitlah wahai hamba..kembali kepada Pencipta..kau hanya pelakon sahaja kepada permainan dunia sementara..Syurga idaman itulah penawar duka dan impian segalanya...........;)

Rabu, 2009 September 16

Madrasah Ramadhan tetap kurindu, Salam Aidilfiri buat semua

Ahad, 2009 Ogos 23

Ramadhan...Bulan Ummat Nabi Muhammad s.a.w



p/s: untuk Syarmila-dik,nak copy..hehe....

hayatilah Islam...bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim...