Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Assalamualaikum w.r.t..

Buat tatapan bakal teman hidupku,semua pembaca, peminat blog, sahabat2 seperjuangan...

Dari semalam menatap blog ini..Terasa macam nak mencoretkan sesuatu....Tidak mampu untuk disembunyikan perasaanku lantaran semuanya berjalan lancar tanpa di duga. Bagaikan bermimpi apabila ayah menyatakan persetujuan menerima lamaran untuk anak kesayangannya ini.. Gembira ada, gementar pun ada apabila ayah bersetuju menerima pilihan hatiku.. Insan yang bertakhta di hatiku itu adalah pilihan Allah.. Dengan mudah diri ini membuat keputusan untuk hidup bersama dengannya..Insan ini adalah insan yang paling bertuah yang berjaya menawan hati kecilku..Baik orangnya..Tak jauh sifatnya seperi ayahku..Aku yakin dengan pilihan Allah ini..

Jari terus membilang hari, lagi sebulan kami akan diijabkabulkan... Gusar di fikiran bimbang tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuknya.. Namun, apa yang termampu adalah berusaha menjadi yang terbaik..

Kami satu sekolah dulu..Ketika saya masih berada di tingkatan 5, dia berada di tingkatan enam atas.. Saya sering mendengar cerita pasal si dia, tapi, tidak pernah mengambil berat..Mungkin saya lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti debat dan sebagainya..Semuanya berlaku pada tahun 2003.

Tidak pernah terfikir bahawa dia adalah bakal suami saya, saya tidak pernah pun bercakap dengan dia, apatah lagi berurusan dgnnya..Namun, segalanya adalah perancangan Allah yang memelihara kami..Semuanya telah tertulis bahawa dia adalah bakal menjadi suami ku dalam masa beberapa hari ini..

Dalam kesibukan menyiapkan tesis bab 2 dan 3, dan menguruskan program Aura Imtiyaz, menguruskan jua persiapan untuk majlis akad nikah dan majlis walimah kami, disinilah kami mula mengenali sedikit sebanyak antara satu sama lain..


Jauh di sudut hatiku bersyukur, dikurniakan dia untukku..Insya Allah, kita sama-sama akan berusaha mempersiapkan diri untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang sudah tidak lama lagi...


Saat dan ketika ini, aku menghitung apakah persiapan yang masih perlu dibuat? Terbaca dalam satu blog, bahawa jangan hanya sibuk dengan persiapan majlis semata-mata, tetapi persiapan untuk bergelar isteri juga penting..


Yang menambah lucu rase di hati, sejak 2 @ 3 menjak ni, saya diberi peluang oleh Allah untuk membantu menjalankan sesi kaunseling tidak formal untuk masalah pasangan suami isteri yang cuba berusaha mempertahankan cinta yang telah terbina.. Nampaknya, motivator muda ini perlu lebih matang selepas ini.. Jika sebelum ini, masalah yang berlegar di sekitarku adalah masalah2 remaja, tetapi, seolah-olah bertepatan dengan fasa ku untuk memulakan alam baru ini, rupanya masalah ummah jua bertambah untuk aku membantu memberi khidmat..Bersabar menanti saat untuk berkongsi masalah ummah dengan bakal suamiku yang tidak kurang hebatnya "matang dengan pengalaman"..

Untuk bakal suamiku, insan istimewa pilihan Allah untukku, maafkan segala kekurangan diri ini, aku akan cuba berusaha menjadi bidadari dihatimu dalam usaha kita sama-sama akan membina mahligai bahagia yang berasaskan iman dan taqwa, berpaksikan cinta Allah dan RasulNya..dan bertemankan alam perjuangan yang merupakan tanggungjawab kita bersama..Melangkah setapak daripada fasa fardu muslim, kepada baitul muslim..itulah kehidupan seorang daie..Semoga hari-hari yang ku lalui sebelum ke alam baru ini ku nikmati dengan sebaik-baiknya.. Ya Allah, semoga perancangan kami, seiring dengan perancanganMu Ya Allah..Amiin...

0 Comments:

Post a Comment