Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Ahlan wa sahlan Ya Rejab..Ya Syaaban..Ya Ramadhan...

Tiada yang terindah selain mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..

Sahabat2 yang dikasihi sekalian..
saya berminat ingin berkongsi berkenaan rahsia kejayaan bagi seorang muslim...
iaitu:
1.Bertaqwalah kpd Allah... maka segala usahamu akan dioermudahkan..
2.Bangun tahajud dan bermunajat kpd Allah.-rahmat Allah terbuka luas...
3.Perbanyakkan solat sunat dhuha..
4.berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua yang diimpikan..
5.bulat tekad dan berazam serta berinspirasi untuk mencapai matlamat
5.FOKUS pada matlamat...
6.Tawakkal kpd Allah...dan perbanyakkan berdoa..

kita muslim.... kita tiada ruang untuk gagal;;; kerana kita ada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang............

anis_santai pagi2....


Ya Allah..
Sesungguhnya aku memohon keredhaanMu
dan kesejukan hidup setelah kematian,
kenikmatan memandang ke wajahMu Yang Mulia
dan kerinduan untuk berjumpa denganMU...

ku petik butang-butang ceria hidupku...
trainer anak muda...berusaha melakar sejarah...demi Islamku...

ASEAN Inter-varsity 3 Arabic Debate Championship 2007, di USIM, Nilai.Negeri Sembilan, 19-21 Julai 2008-Khairani UKM- Ranking ke3 Pendebat terbaik…


Debater Arabic Team UKM Tempat Ketiga Kejohanan Debat DIRAJA 2007 di UITM,Shah Alam

Kejohanan Debat DIRAJA 2006 di UNIMAS, Sarawak

ASEAN Inter-varsity 2 Arabic Debate Championship 2007, di USIM, Nilai.Negeri Sembilan

Pendebat Terbaik Debat Piala Naib Canselor 2006, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM,Bangi.

Pendebat Terbaik Negeri Pahang MASISUPA 2003, MaahadSAS,Jengka

Johan Peringkat Daerah, Debat Ala Parlimen Piala Dato' Syukor.

Tempat Ketiga Debat Ala Parlimen, Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Malaysia Zon Selatan, Merlimau, Melaka.

Johan Pidato Piala Kemerdekaan 2006, Panggung Seni, UKM.mewakili Kolej Ibrahim Yaakob, UKM

Pidato Lembaga Hasil Dalam Negeri 2004, Abu Bakar School, Temerloh, Pahang.

Syarahan Bahasa Arab MASISUPA 2001

Tilawah Al-Quran,Majlis Tadarus Al-Quran.

Johan Pertandingan Tahfiz Al-Quran, MASISURI....SMA Al-Khairiah


adik-adik...
jadilah permata ayah bonda..
penyejuk mata..penenang jiwa...
jadilah yang anak yang soleh dan solehah..
jadilah dirimu bak bintang yang bergemerlapan..
jadilah...seperti...kecil sahaja nampaknya..
ia tetap tawadhu'.. tidak menunjukkan
cahaya..
kadang-kadang berkelip menandakan ia ada di situ...
bintang...itulah perumpamaan org yang berilmu..
semakin bertambah ilmunya..semakin tawadhu'... merendah diri....
akur pada pencipta..
semakin bertambah ilmunya.. semakin kerdil dirinya...semakin rendah jiwanya.. bersih hatinya..
semakin bertambah ilmunya.. semakin ia menghampiri Tuhannya...

itulah bintang..
memberi petunjuk dimalam hari..dengan penuh tawadhu'...
jadilah seperti bintang..
besar cita-citanya bertebaran di langit.. menandakan ia ada di mana-mana..
bermakna..
jadilah seorang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.. berjiwa besar..berhati nurani..

jadilah seperti bintang..pabila tiba siang hari.. ia kur ..
maka menyerlahlah sang suria...


namun.. si bintang kecil ini..
tak pernah putus asa dengan panahan sinar sang mentari...
pabila tiba malam hari..
ia cekal mempamerkan dirinya lagi..
tetap utuh..tetap teguh....


Pabila tiba malam hari, Allah membuka pintu langit... dan menunggu siapakah hambaNya yang bangun bermunajat kepadaNya...

Allah berikan kita ujian..keperitan...dugaan.. kenapa??
kerana Dia rindukan rintihan mu wahai hamba...

rayulah...rintihlah..munajtlah kepada Allah...
Allah tidak pernah jemu mendengar rayuan...aduan hambaNya...

bersihkanlah hatimu...dekatkanlah dirimu kepada Allah..

Ya Allah...peliharalah iman kami umat akhir zaman ini...

istiqamahkanlah kami di dalam landasan perjuangan ini...

moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mendambakan cinta dan kasih sayang ALLAH...


TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH

Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.

MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN SAQAFAH

Adalah wajib bagi seseorang wanita Islam untuk memperlengkapkan dirinya dengan SAQAFAH SYARA'IYAH iaitu saqafah yang berkaitan dengan hukum-hukum syara' terutama yang menyentuh fardhu 'ain yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslimah. Begitu juga SAQAFAH MA'SIROH iaitu saqafah yang berkaitan dengan pengetahuan semasa seperti realiti yang ada dari semasa ke semasa di negara kita dan juga di luar. Begitu juga mengetahui dengan memperlengkapkan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia untuk menjadi seorang yang benar-benar ahli bagi melaksanakan tanggungjawabtanggungjawab untuk dirinya, masyarakatnya serta untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dalam maksud inilah maka di sini disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anggota-anggota muslimah.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DEEN

Yang pertama ialah tanggungjawab terhadap deennya sendiri iaitu agama Islam. Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah yang pertama, wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan
amalannya.

Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah. Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan ALlah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang be-tul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana ALlah SWT sematamata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu.

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada
penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita.

Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat?Di dalam al-Quranulkarim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awalal-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

Ada pepatah Arab yang bermaksud:
"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnya melainkan apa yang dibina dengan amalan-amalan-nya." Untuk itu kita mestilah memenuhi tuntutan-tuntutan Allah. Itulah di antara kewajipan wanita terhadap deennya. Banyak lagilah kewajipan itu, cuma diterangkan secara ringkas sahaja kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim.

Yang ketiga hendaklah seorang wanita muslim meneliti betul-betul perintah Allah S.W.T. — dari segi suruhan maupun tegahanNya — tanpa cuai. Perkara ini bukanlah boleh dilakukan secaia kebetulan sahaja. Tetapi di dalam masyarakat hari ini adakah mereka benar-benar meneliti suruhan - suruhan dan tegahan-tegahan Allah S.W.T? Kalau mereka menelitinya tentulah tidak wujud kehidupan jahiliah yang bertebaran di mana-mana sahaja hari ini.

Penelitian yang bersungguh-sungguh berkehendakkan suatu kefahaman dan kesedaran yang betul di dalam jiwa umat Islam. Jika tidak wujud kesedaran dan kefahaman yang betul tentang bagaimana hendak mengenal jahiliah dan Islam, akan wujudlah kehidupan yang mencampur-adukkan Islam dengan jahiliah. Satu ketika dia Islam, di ketika yang lain dia merasakan dirinya Islam tetapi pada masa yang lain dia tidak merasakan adanya hubungan dengan Allah S.W.T, hubungannya dengan matlamat akhirat.

Itu telah menjadikan masalah. Ini adalah kerana kita tidak diperkenalkan kepada Islam dengan cara yang betul. Kita hari ini menerima Islam melalui adat dan warisan. Kita tidak menerima Islam melalui kefahaman, kesedaran dan keyakinan yang betul. Kita tidak menerima Islam menerusi keyakinan kepada Allah S.W.T, kepada junjungan Muhammad S.A.W yang membawa deen ini, yang jelas latarbelakang hidupnya. Tetapi oleh kerana kepentingan-kepentingan tertentu mereka menukarkan yang haq itu. Itu pun takdir Allah S.W.T yang kita sendiri memilih takdir itu.

Sekiranya makrifah Allah tidak ada, ilmu lain yang akan mengambil tempatnya. Sebab itulah ilmu-ilmu yang ada pada hari ini sesat, kerana makrifah Allah S.W.T tidak jelas padanya. Manakala induk makrifah itu tidak jelas padanya, makrifah lain yang akan menjadi induk kepada ilmu pengetahuan. Dengan itu lahirlah keangkuhan di dalam masyarakat manusia. Orang-orang yang berilmu bermegah dengan ilmunya. Ilmunya digunakan untuk menekan orang-orang lain. Berlakulah. kezaliman, penindasan di kalangan masyarakat manusia kerana memahami ilmu tidak secara yang betul.

Tetapi seandainya makrifah kepada Allah S.W.T menjadi punca kepada ilmu yang lain, akan tunduk semuanya kepada makrifah ALlah S.W.T, iaitu ilmu itu akan berjalan dengan baik, tidak ada orang-orang yang berilmu menjadi angkuh, sombong, takbur, mempergunakan ilmunya untuk kepentingan diri dan bermegah dengannya. Sebaliknya dia akan menggunakan ilmunya itu seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Begitulah tugas seorang Islam untuk mendapatkan ilmu

Kalau hendak dikaji tentang makrifah Allah S.W.T, mestilah diterimaIslam menerusi iman yang betul, melalui sumbernya yang sahih iaitu al-Quranulkarim, Sunnah Rasulullah S.A.W. dan Sirah Rasulullah SA..W. Tidak boleh mengambilnya daripada sumber yang lain. Kalau bersumberkan kepada yang lain, tidak akan berjumpa dengan makrifah ALlah SWT. Itu yang menyebabkan kesesatan, Kebanyakan manusia kini meskipun dia berilmu pengetahuan yang tinggi tetapi dia sesat kerana tidak berinduk kepada makrifah ALlah S.W.T. Seandainya kita menerima ilmu seperti mereka kita tidak akan merasai bahawa mereka sesat. Sebaliknya kita akan turut berbangga dengan mereka. Kita akan me-nyanjung dan bermegah dengan mereka. Kita pula takut kepada makrifahnya, tidak takut kepada makrifah Allah S.W.T. Kita menyembunyikan makrifah Allah S.W.T. Kita akan menjadi takut kepada yang lain, takut kepada CIA — takut sangat kepada mereka kerana mereka pandai, cekap. Kita tidak menjadi takut kepada makrifah Allah S.W.T yang mengetahui segala kesulitan yang ada di dalam jiwa kita, yang mengetahui segala sesuatu.

Sekiranya kita tidak mencari makrifah yang induk terlebih dahulu, iaitu makrifah Allah S.W.T, makrifah lain akan rosak. Makrifah itu juga akan menafikan kewujudan Allah S.W.T. Komunis misalnya, dengan makrifah yang ada padanya menolak kewujudan Allah S.W.T. Begitu juga tidak lama dulu pernah seorang pemimpin Rusia dengan ilmu yang ada padanya digunakan untuk ke angkasalepas untuk melihat Tuhan. Katanya, "Tidak ada Tuhan pun!" Malangnya, ilmu yang ada padanya itu tidak tunduk kepada makrifah Allah S.W.T, sebab ilulah dia tidak nampak kewujudan Allah S.W.T. Untuk mendapat ilmu yang betul mestilah melalui sumbernya yang betul iaitu Al-Quranulkarim dan Sunnah Rasulullah S.A.W. — terutamanya untuk mengenalmakrifah Allah S.W.T. sebagai punca kepada ilmu yang lain.

Begitu juga seorang wanita Muslim hendaklah mengetahui tentang sejarah Islam, sejarah peperangan dalam Islam, siasah dalam Islam, nasyar (kegiatan-kegiatan aqli) dalam Islam. Juga hendaklah diketahui tentangmujahadah nafs — bagaimana hendak bermujahadah, untuk memproses jiwadan melengkapkan diri dengan sifat-sifat yang baik. Dengan memiliki ilmu seumpama ini barulah seorang wanita boleh melahirkan tasdiq amali iaitu pelaksanaan dalam bentuk amalan di dalam kehidupan. Jika tidak, ilmu akan tinggal ilmu, menjadi perhiasan otak sahaja, tidak berjalan di dalam kehidupannya. Ilmu itu akan tinggal sebagai perbincangan bagi memuaskan kehendak otak dan akalnya saja tetapi tidak lahir dalam bentuk kenyataan. Ilmu yang seumpama itu sebenarnya adalah ilmu yang tidak berguna, ilmu yang tidak berindukkan kepada makrifah Allah S.W.T.

Ilmu sepertimana yang dimaksudkan tadi ialah ilmu yang berkaitan dengan realiti dari semasa ke semasa, ilmu yang berkaitan dengan ekonomi, sihhah (kesihatan), sains dan seumpamanya. Semua ilmu ini perlu diketahui oleh wanita-wanita kerana bukan lelaki sahaja yang hendak melaksanakan Islam tetapi wanita juga. Manakala wanita hendak melaksanakan Islam, dirinya akan diukur dengan kemampuan ilmu yang ada pada dirinya. Seperti Saidatina Aisyah, beliau tahu satu persatu tentang realiti dan syara'. Apabila para sahabat bertanyakan kepadanya tentang hukum, beliau terus memberikan fatwa. Sekiranya beliau tidak mengetahui tentang realiti dan syara' sahaja yang diketahuinya, fatwa yang dikeluarkannya tidak betul. Oleh itu amatlah perlu bagi seorang wanita Islam membaca suratkhabar harian, majalah bulanan dan seumpamanya. Semua ini adalah berfaedah. la dipanggil SAQAFAH ISTIBANAH.

Saqafah Istibanah terbahagi kepada dua bahagian iaitu SYARA' dan REALITI (WAQF). Membaca merupakan ILMU SIQQAH untuk mengetahui tentang realiti. Kalau realiti tidak diketahui sukar untuk menghukum. Para sahabat Rasuluilah S.A.W. dan wanita-wanita Islam dahulu merekamengetahui secara terperinci tentang realiti. Misalnya Asma binti Abu Bakar, faham tentang realiti. Fatimah binti Al-Khattab, orang yang cergas dalamkegiatan Islam yang pertama bukan sahaja faham secara terperinci dengan realiti, malah siasah harakah yang baru diwujudkan oleh Rasulullah S.A.W. juga difahaminya. Kalau hendak dibandingkan dengan wanita hari ini dari segi kefahamannya ternyata jauh bezanya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA

Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat,
nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T. Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayat-ayat Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Pertimbangkan dengan cara yang cukupsederhana.

"Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembazir-an di dalam kebaikan" Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.

"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan." Islam adalah Deen WASOT (pilihan). "ItulahKamijadikankamu umatpilihan."

Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlalu-an di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidi-na Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan ituberdasarkan kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendakditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARARAT

Yang keempat ialah tanggungjawab terhadap masyarakat. Kalau tidak ada perhubungan dengan masyarakat — kita berpisah daripada masyarakat — maka akan lahirlah masyarakat itu masyarakat yang tidak ada unsur-unsur Islam. Kita mesti bersama-sama dengan mereka dan melahirkan tindakantindakan Islam supaya masyarakat itu lahir dengan amalan Islam. Oleh itu
kita perlu berjuang bersungguh-sungguh dalam menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tidak takut kepada ugutan dan gangguan kerana menegakkan kebenaran Allah S.W.T. Tetapi di dalam usaha untuk menegakkan kebenaran ini banyak ujian-ujian itu datangnya dari orang-orang yang mengaku mereka itu hendak membuat kebaikan kepada manusia.

Dalam usaha ataupun kerja-kerja terhadap masyarakat — dalam rangka membentuk masyarakat Islam yang belum lagi wujud — perjuangan seorang wanita Islam adalah sangat besar, perjuangannya untuk memahami fikrah yang betul, untuk menyampaikannya kepada orang lain, untuk bertindak melaksanakannya, untuk bergiat di dalam harakah dengan bersungguhsungguh.

Wanita-wanita yang tidak ada SAQAFAH ISLAMIAH sangat banyak, mulaiyin (berjuta-juta) di kalangan orang yang mendakwa diri mereka orang Islam. Ini memerlukan tervaga yang besar dari orang-orang yang sedar untuk memberi ilmu yang betul kepada mereka. Tidak takut dan tidak gentar kepada ugutan dan azab seksaan orang lain.



Antara tanda-tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah ada diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya:

“Siapakah orang yang paling baik Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Tiap Mukmin yang makhmumu’L Qalbi.” Beliau ditanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumu’L Qalbi?” Beliau menjawab: “laitu orangyang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”

Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan. Rasulullah pernah menafsirkan maksud ayat:
(Al-Zumar) dengan lapang dada, sebagai suatu kurnia Allah. Nur Ilahi kalau menerangi hati seseorang maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar.

Inilah juga yang dimaksudkan oleh firman Allah:
( الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ( 28
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati men jadi tenang tenteram.
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa para pendakwah hendaklah mengambil berat tentang pemeliharaan hatinya. Hatinya hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi rabbani, jernih dan cerah, senantiasa takut kepada Allah dan senantiasa dalam ketenangan.

Manusia unggul yang kita teladani; Muhammad SallAllahu ‘alaihi Wasallam telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dan sunnahnya untuk menjadi pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat rohaniyyah mereka dan
ingin mencapai darjat Rabbaniyyin.

1. Zikru’llah

Seorang pendakwah tentunya tidak sukar untuk memberikan perhatian berat kepada amalan zikir dan mengingati Allah; dalam tiap kesempatan dan tindakannya. Rasul sudahpun mewariskan kepada kita beberapa amalan zikir yang boleh dibaca dalam sehari semalam. Doa-doa ma’thurat itu kalau dihafal dan diamalkan selalu, menurut kaifiyyat dan masanya nescaya ia boleh tergolong dalam gulungan Ulu’l Albab. Sesuai dengan firman Allah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآیَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ ( 190 ) الَّذِینَ یَذْآُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَیَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( 191

Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, [UIu’I-Albab], (yaitu) mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabbana! (Tuhan kami!), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari azab nerakaMu”. (Surah Ali-Imran: Ayat 190—191)

Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah:

“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dan zikru ‘llah. Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulullah: “Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.” (Hadith riwayat Baihaqi)

Al Harits Al Asy’ary radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah bersabda:

“Allah memerintahkan melalui wahyu kepada Nabi Yahya Ibnu Zakaria lima perkara, supaya diamalkan. Allah memerintahkan Bani Israil melaksanakannya juga. Antara perintahNya itu ialah: “Dan aku memerintahkan kamu supaya banyak mengingati Allah”. “Hal ini kiasannya samalah seperti halnya orang yang dikejar musuh. Ia (lari), dan menemui benteng perlindungan yang kukuh. Demikianlah seseorang (hamba Allah) tidak akan selamat dari syaitan melainkan dengan mengingati Allah (Zikru ‘llah).”
(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

Abi Sa’id Al Khudri radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SallAllahualaihi Wasallam bersabda. Kata Nabi Musa ‘alaihissalam:

“Hai Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku berzikir dan menyeruMu dengannya. Jawab Allah: Katakanlah “La ilaha illAllah. Musa bertanya: Hai tuhan semua hambamu berkata demikian. Ujar Tuhan: Katakanlah “La ilaha illAllah: Musa berkata. Yang saya minta ialah suatu yang khusus bagiku (seorang) sahaja. Allah berfirman: Wahai Musa andainya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi di sebelah timbangan dan La ilaha illAllah di sebelah timbangan lagi, nescaya sebelah timbangan Lailaha illAllah akan mengatasi berat sebelah yang lain.”
(Diriwayatkan oleh Nasa’i, Ibnu Majah Dan Al-Hakim)

Abi Hurairah radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah telah bersabda:

“Baharukanlah iman kalian. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami. Beliau menjawab: Banyakkanlah menyebut; Lailaha illAllah.”
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Al Tarmizi meriwayatkan dan ‘Abdullah ‘Amru radiyAllahu’anhu bahawa Nabi SallAllahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Tasbih memenuhi separuh timbangan (Mizan). Alhamdulillah memenuhi seluruh timbangan manakala Lailaha illAllah tidak ada pendinding antaranya dengan Allah sehingga ia terus menuju Allah.”

Rasul mengatakan lagi:

“Empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: SubhanAllah, Walhamdulillah, La ilaha illAllah dan Allahu Akbar. Tidak salah anda memulakan menyebut mana-mana sahaja dari (sebutan) itu.”
(Riwayat Muslim Ibnu Majah dan Nasai)

2. Muraqabatullah مراقبة الله

Pendakwah patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtunan emosinya. Kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan pendakwah dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya senantiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.

Pendakwah harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.
2. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari.
3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dan berkesan dengan bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir dengan dirinya. Allah berfirman


“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya danipada urat lehernya.” (Surah Qaf: Ayat 16)


Firman Allah:

Maksudnya:
“Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan dialah yang keenamnya. Dan tiada pula pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dan itu atau lebih banyak melainkan dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” (Surah Al-Mujadilah: Ayat 7)

Firman Allah lagi:

( أَمْ یَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَیْهِمْ یَكْتُبُونَ ( 80

“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisik-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.”

3. Berjihad melawan nafsu

Yahya bin Mu’az berpesan: “Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).” Latihan riadah ini ada empat macam:

1. Sedikit makan.
2. Sedikit tidur.
3. Bercakap sekadar perlu.
4. Sabar menanggung gangguan orang lain.
— Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
— Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
— Apabila kurang bercakap badan selamat.
— Dan dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.”
Para da’ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian, dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu. Tepat seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah Subhanahu Wata’ala.” (Ditakhrijkan oleh Al-Tarmizi)

Pada suatu ketika bila ditanya dengan soalan: “Bagaimana menyempurnakan warak ?“ Ibrahim bin Adham menjawab: “Iaitu dengan menganggap makhluk yang lain setaraf dengan diri sendiri. Sibuk dengan dosa sendiri dan asyik memikirkan dosa orang lain. Anda hendaklah memikirkan dosa anda sendiri, menyegerakan taubat kepadaNya di samping menghapuskan rasa tamak kecuali untuk mendapat kerelaan Allah.” Berhubung dengan jihad melawan perut dengan berlapar

Rasulullah bersabda:
لا تميتوا القلوب بكثرة الطعام واشراب , فان القلب آالزرع یموت اذا آثز عليه الماء
“Jangan kamu tumpaskan (kepekaan) hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati
itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air (secara) berlebihan.”

Beliau mengatakan lagi:

“orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yang paling kenyang di akhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang penuh sesak perutnya dengan makanan (hingga menjadi gendut). Tiap hamba (Allah)meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnye di syurga satu darjat. ”