Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About



Antara tanda-tanda hati masih sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah ada diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya:

“Siapakah orang yang paling baik Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Tiap Mukmin yang makhmumu’L Qalbi.” Beliau ditanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumu’L Qalbi?” Beliau menjawab: “laitu orangyang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”

Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan. Sifat lapang dada dan jauh pandangan. Rasulullah pernah menafsirkan maksud ayat:
(Al-Zumar) dengan lapang dada, sebagai suatu kurnia Allah. Nur Ilahi kalau menerangi hati seseorang maka dadanya menjadi lapang dan banyak sabar.

Inilah juga yang dimaksudkan oleh firman Allah:
( الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ( 28
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati men jadi tenang tenteram.
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa para pendakwah hendaklah mengambil berat tentang pemeliharaan hatinya. Hatinya hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi rabbani, jernih dan cerah, senantiasa takut kepada Allah dan senantiasa dalam ketenangan.

Manusia unggul yang kita teladani; Muhammad SallAllahu ‘alaihi Wasallam telah mengajar kita cara memelihara hati supaya senantiasa subur dan bersih. Dalam kesempatan ini kita akan huraikan beberapa contoh ajaran dan sunnahnya untuk menjadi pedoman kepada sesiapa yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat rohaniyyah mereka dan
ingin mencapai darjat Rabbaniyyin.

1. Zikru’llah

Seorang pendakwah tentunya tidak sukar untuk memberikan perhatian berat kepada amalan zikir dan mengingati Allah; dalam tiap kesempatan dan tindakannya. Rasul sudahpun mewariskan kepada kita beberapa amalan zikir yang boleh dibaca dalam sehari semalam. Doa-doa ma’thurat itu kalau dihafal dan diamalkan selalu, menurut kaifiyyat dan masanya nescaya ia boleh tergolong dalam gulungan Ulu’l Albab. Sesuai dengan firman Allah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآیَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ ( 190 ) الَّذِینَ یَذْآُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَیَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( 191

Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, [UIu’I-Albab], (yaitu) mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabbana! (Tuhan kami!), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari azab nerakaMu”. (Surah Ali-Imran: Ayat 190—191)

Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah:

“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dan zikru ‘llah. Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulullah: “Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.” (Hadith riwayat Baihaqi)

Al Harits Al Asy’ary radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah bersabda:

“Allah memerintahkan melalui wahyu kepada Nabi Yahya Ibnu Zakaria lima perkara, supaya diamalkan. Allah memerintahkan Bani Israil melaksanakannya juga. Antara perintahNya itu ialah: “Dan aku memerintahkan kamu supaya banyak mengingati Allah”. “Hal ini kiasannya samalah seperti halnya orang yang dikejar musuh. Ia (lari), dan menemui benteng perlindungan yang kukuh. Demikianlah seseorang (hamba Allah) tidak akan selamat dari syaitan melainkan dengan mengingati Allah (Zikru ‘llah).”
(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)

Abi Sa’id Al Khudri radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SallAllahualaihi Wasallam bersabda. Kata Nabi Musa ‘alaihissalam:

“Hai Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku berzikir dan menyeruMu dengannya. Jawab Allah: Katakanlah “La ilaha illAllah. Musa bertanya: Hai tuhan semua hambamu berkata demikian. Ujar Tuhan: Katakanlah “La ilaha illAllah: Musa berkata. Yang saya minta ialah suatu yang khusus bagiku (seorang) sahaja. Allah berfirman: Wahai Musa andainya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi di sebelah timbangan dan La ilaha illAllah di sebelah timbangan lagi, nescaya sebelah timbangan Lailaha illAllah akan mengatasi berat sebelah yang lain.”
(Diriwayatkan oleh Nasa’i, Ibnu Majah Dan Al-Hakim)

Abi Hurairah radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah telah bersabda:

“Baharukanlah iman kalian. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami. Beliau menjawab: Banyakkanlah menyebut; Lailaha illAllah.”
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Al Tarmizi meriwayatkan dan ‘Abdullah ‘Amru radiyAllahu’anhu bahawa Nabi SallAllahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Tasbih memenuhi separuh timbangan (Mizan). Alhamdulillah memenuhi seluruh timbangan manakala Lailaha illAllah tidak ada pendinding antaranya dengan Allah sehingga ia terus menuju Allah.”

Rasul mengatakan lagi:

“Empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: SubhanAllah, Walhamdulillah, La ilaha illAllah dan Allahu Akbar. Tidak salah anda memulakan menyebut mana-mana sahaja dari (sebutan) itu.”
(Riwayat Muslim Ibnu Majah dan Nasai)

2. Muraqabatullah مراقبة الله

Pendakwah patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam segala tindak tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtunan emosinya. Kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan pendakwah dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya senantiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri.

Pendakwah harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga jenis:

1. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.
2. Yang jelas buruk dan merugikan maka hendaklah dihindari.
3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dan berkesan dengan bertambahnya pendekatan diri kepada Allah dan perasaan bahawa Allah hampir dengan dirinya. Allah berfirman


“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya danipada urat lehernya.” (Surah Qaf: Ayat 16)


Firman Allah:

Maksudnya:
“Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan dialah yang keenamnya. Dan tiada pula pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dan itu atau lebih banyak melainkan dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” (Surah Al-Mujadilah: Ayat 7)

Firman Allah lagi:

( أَمْ یَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَیْهِمْ یَكْتُبُونَ ( 80

“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisik-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.”

3. Berjihad melawan nafsu

Yahya bin Mu’az berpesan: “Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).” Latihan riadah ini ada empat macam:

1. Sedikit makan.
2. Sedikit tidur.
3. Bercakap sekadar perlu.
4. Sabar menanggung gangguan orang lain.
— Dengan kurang makan matilah keserakahan syahwat.
— Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih.
— Apabila kurang bercakap badan selamat.
— Dan dengan bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.”
Para da’ei wajib sentiasa berjihad melawan nafsu sendiri. Ia harus menguasai dirinya supaya tidak berlebihan dalam makan, minum, pakaian, dalam bercakap dan memuaskan kehendak nafsu. Tepat seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsu dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah Subhanahu Wata’ala.” (Ditakhrijkan oleh Al-Tarmizi)

Pada suatu ketika bila ditanya dengan soalan: “Bagaimana menyempurnakan warak ?“ Ibrahim bin Adham menjawab: “Iaitu dengan menganggap makhluk yang lain setaraf dengan diri sendiri. Sibuk dengan dosa sendiri dan asyik memikirkan dosa orang lain. Anda hendaklah memikirkan dosa anda sendiri, menyegerakan taubat kepadaNya di samping menghapuskan rasa tamak kecuali untuk mendapat kerelaan Allah.” Berhubung dengan jihad melawan perut dengan berlapar

Rasulullah bersabda:
لا تميتوا القلوب بكثرة الطعام واشراب , فان القلب آالزرع یموت اذا آثز عليه الماء
“Jangan kamu tumpaskan (kepekaan) hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati
itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air (secara) berlebihan.”

Beliau mengatakan lagi:

“orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yang paling kenyang di akhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang penuh sesak perutnya dengan makanan (hingga menjadi gendut). Tiap hamba (Allah)meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnye di syurga satu darjat. ”

0 Comments:

Post a Comment