Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Memaparkan catatan dengan label Kerjaya ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya ku. Papar semua catatan



Assalamualaikum w.r.t.. sahabat2 semua..

SALAM RAMADHAN KAREEM..BAHAGIANYA KITA APABILA DIBERI PELUANG HOLIDAY DALAM BULAN RAMADHAN YANG SANGAT DIRINDUI..

Setelah sekian lamanya, pena bicara hikmah seakan-akan kehabisan dakwatnya, semangat hari Isnin hari memberi nafas baru kepada ku untuk terus mencoret.Ditambah lagi selepas membaca blog nurul td..macam nak sama pulak kata-kata nurul td..bukan senang nak menulis ni...

Apa yang menyebabkan dakwat pena saya seperti kering adalah kerana kekangan masa yang sangat tidak dapat diselamatkan, ditambah lagi ketiadaan internet di rumah lebih kurang 2 bulan semasa bertugas sebagai guru di Temerloh baru-baru ini..dan bila ada mase di bilik komputer, masa itu hanya tinggal masa take five saya nak release dgn kerja2..kadang2 makan pun tak sempat..namun, tarbiyah sebagai guru telah memberi impak yang besar kepada saya :

1.Lebih sistematik dalam gerak kerja
2.Lebih penyabar..maklumlah melayan karenah 'anak2'
3.Lebih teliti dan serius (dari dulu lagi saya ni tak pernah serius, nampak je serius, kalau tak caye, tanye Fizs dan K.tikah)
4.dan paling penting, LEBIH BERDISIPLIN..(nak disiplinkan anak2 lah katakan, mesti disiplinkan diri dulu -rujuk Surah As-saff Ayat 2-3)


Wah..cantiknya perancangan Allah, setelah saya ditarbiyah direct dengan kerjaya guru yang tak pernah masuk dalam planing saya (sblm ni saya memang tak minat dan tak nak jd cikgu,tp, offer drpd Pengetua Al-Khairiah dan request drpd Guru Penasihat BADIB-Ummi Hapzan, maka tak sangka saya bergelar guru jua), maka natijah tersebut membentuk sikap yang paling penting untuk saya sempurnakan kerjaya Fasa 2 saya iaitu bertugas sebagai Sekretariat Conference ni...

INILAH PERANCANGAN ALLAH..kita rancang, tapi DIALAH PERANCANG TERBAIK..

oh ye, berbalik kepada tajuk post saya diatas, sungguh wahai semua pejuang khususnya buat anak2 usrah akak (Khaulah Al-Azwar), em ,,dunia kerjaya dan alam kampus cukup berbeza..alam kampus boleh lah nak ponteng meeting, nak try n test dan turun naik bilik hep, but alam kerjaya, u must do perfectly..not try n test.

dan yang paling penting, alam kerjaya ini adalah supporter untuk terus istiqamah dalam perjuangan.Justeru, saya nak cadangkan kepada semua sahabat2 UPTA dan alumni batch saya dan pembaca seangkatan dengan saya yang cintakan perjuangan, personally,

PERTAMA: PASAK NIAT UNTUK ISTIQAMAH DAN TERUS BERSAMA PAS
KEDUA : PILIH KERJAYA YANG MEMUDAHKAN KITA UNTUK TERUS LANCAR BERGERAK KERJA..
KETIGA : PILIH tempat tinggal yang memudahkan kelancaran gerak kerja jemaah kita.
KEEMPAT: About our personal future plan, biiznillah, yakin dan percaya Allah akan pelihara dan janjikan yang terbaik...


justeru,inilah yang sempat dicuri2 dikala waktu rehat ini.walaupun internet di depan mata, kena amanah dgn masa dan harta pejabat...

ok..jeles dan sangat cemburu dgn semua blogger, saya banyak isu yang terpendam yang nak diulas sebelum ini, tapi tak berkesampaian..namun, isu itu saya dah masukkan dalam siri2 ceramah saya sebelum ini...

Alhamdulillah, perjalanan semakin lancar..semakin kenal corak onak duri kehidupan, moga bersama restu ILAHI... PERJUANGAN ITULAH SATU KEUTAMAAN..HINGGA ISLAM KEMBALI DIJULANG...TAKBIR!!!!



Fasa kali ini adalah fasa yang ku tunggu-tunggu..Pernah satu ketika aku berkata di dalam hati, nak bantu YB DR Halimah, benarlah bisikan hati ini didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar...Fasa baru ini sungguh membuatkan aku teruja lantaran masaku sepenuh masa sebagai Sekretariat The 7th World Conferece On Muslim Education....Projek Mega DR Halimah..Pemimpin serikandi berjiwa besar ini memang memandang ke hadapan...Inilah medan jihadku yang sebenar dalam meneruskan visi dan misi Pakatan Rakyat bagi membuktikan Pakatan Rakyat mampu memimpin rakyat dengan wibawanya....

Assalamualaikum w.r.t

Pertamanya, nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Shida yang telah memberi peluang kepada saya menggunakan internet di Bilik Komputer(tempat saya melepak mase sekolah dulu)...SPM 2003 .tak dapat dibayangkan, betapa bahagianya hati saya apabila dapat kembali semula ke bumi Al-Khairiah yang dulunya saya bergelar pelajar, tapi hari ini, saya bergelar pendidik di sini. Em,pagi2 ni, saya rasa kesian kat anak2 murid saya, em..pagi2 dah kena dengar cikgu2 bagi 'peringatan yang banyak'..Teringat saya mase saya masih belajar di sini, saya selaku pengawas, sering berjalan2 meninjau pelajar yang bercakap semasa cikgu berucap..Pagi ni, tugas yang sama saya lakukan, adalah mahu melihat anak didik saya berdisiplin tinggi dan berjiwa besar..

Seronok rupanya bergelar guru ni... bahagia saya semakin terasa melayan telatah manja 'anak-anak' saya.. Pagi ni, saya datang sekolah dengan penuh bersemangat nak bertemu dengan mereka... Otak saya ligat mengatur jadual, memastikan minggu ketiga ini saya dapat manfaatkan bersama anak bangsa agar mereka lahir menjadi insan yang berjasa kepada Agama Allah.. Jadual pertemuan bersama Saff Kepimpinan Badan Dakwah dan adik2 usrah juga pada minggu ini...Wahhh..saya semakin teruja nak meneruskan hari2 bermakna saya pada minggu ini...

Bahagianya hati bergelar pendidik...
Senyuman terpancar apabila berjaya melihat mereka berjaya....
Adakah saya mampu menjiwai dunia pendidikan ini?

seorang pendidik memerlukan hati yang bersih agar kata-katanya lunak masuk ke dalam hati anak didiknya... itulah luahan hati saya sepanjang berada di sini.. setiap detik, saya ambil untuk muhasabah diri...Ya Allah, moga diri ini terus bersama dalam saff perjuangan menegakkan agamaMU...