Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Assalamualaikum w.r.t..

Buat tatapan bakal teman hidupku,semua pembaca, peminat blog, sahabat2 seperjuangan...

Dari semalam menatap blog ini..Terasa macam nak mencoretkan sesuatu....Tidak mampu untuk disembunyikan perasaanku lantaran semuanya berjalan lancar tanpa di duga. Bagaikan bermimpi apabila ayah menyatakan persetujuan menerima lamaran untuk anak kesayangannya ini.. Gembira ada, gementar pun ada apabila ayah bersetuju menerima pilihan hatiku.. Insan yang bertakhta di hatiku itu adalah pilihan Allah.. Dengan mudah diri ini membuat keputusan untuk hidup bersama dengannya..Insan ini adalah insan yang paling bertuah yang berjaya menawan hati kecilku..Baik orangnya..Tak jauh sifatnya seperi ayahku..Aku yakin dengan pilihan Allah ini..

Jari terus membilang hari, lagi sebulan kami akan diijabkabulkan... Gusar di fikiran bimbang tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuknya.. Namun, apa yang termampu adalah berusaha menjadi yang terbaik..

Kami satu sekolah dulu..Ketika saya masih berada di tingkatan 5, dia berada di tingkatan enam atas.. Saya sering mendengar cerita pasal si dia, tapi, tidak pernah mengambil berat..Mungkin saya lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti debat dan sebagainya..Semuanya berlaku pada tahun 2003.

Tidak pernah terfikir bahawa dia adalah bakal suami saya, saya tidak pernah pun bercakap dengan dia, apatah lagi berurusan dgnnya..Namun, segalanya adalah perancangan Allah yang memelihara kami..Semuanya telah tertulis bahawa dia adalah bakal menjadi suami ku dalam masa beberapa hari ini..

Dalam kesibukan menyiapkan tesis bab 2 dan 3, dan menguruskan program Aura Imtiyaz, menguruskan jua persiapan untuk majlis akad nikah dan majlis walimah kami, disinilah kami mula mengenali sedikit sebanyak antara satu sama lain..


Jauh di sudut hatiku bersyukur, dikurniakan dia untukku..Insya Allah, kita sama-sama akan berusaha mempersiapkan diri untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang sudah tidak lama lagi...


Saat dan ketika ini, aku menghitung apakah persiapan yang masih perlu dibuat? Terbaca dalam satu blog, bahawa jangan hanya sibuk dengan persiapan majlis semata-mata, tetapi persiapan untuk bergelar isteri juga penting..


Yang menambah lucu rase di hati, sejak 2 @ 3 menjak ni, saya diberi peluang oleh Allah untuk membantu menjalankan sesi kaunseling tidak formal untuk masalah pasangan suami isteri yang cuba berusaha mempertahankan cinta yang telah terbina.. Nampaknya, motivator muda ini perlu lebih matang selepas ini.. Jika sebelum ini, masalah yang berlegar di sekitarku adalah masalah2 remaja, tetapi, seolah-olah bertepatan dengan fasa ku untuk memulakan alam baru ini, rupanya masalah ummah jua bertambah untuk aku membantu memberi khidmat..Bersabar menanti saat untuk berkongsi masalah ummah dengan bakal suamiku yang tidak kurang hebatnya "matang dengan pengalaman"..

Untuk bakal suamiku, insan istimewa pilihan Allah untukku, maafkan segala kekurangan diri ini, aku akan cuba berusaha menjadi bidadari dihatimu dalam usaha kita sama-sama akan membina mahligai bahagia yang berasaskan iman dan taqwa, berpaksikan cinta Allah dan RasulNya..dan bertemankan alam perjuangan yang merupakan tanggungjawab kita bersama..Melangkah setapak daripada fasa fardu muslim, kepada baitul muslim..itulah kehidupan seorang daie..Semoga hari-hari yang ku lalui sebelum ke alam baru ini ku nikmati dengan sebaik-baiknya.. Ya Allah, semoga perancangan kami, seiring dengan perancanganMu Ya Allah..Amiin...

Agama islam tidak memerintahkan umatnya untuk mengikuti mazhab tertentu. Setiap muslim boleh mengikuti mazhab apapun yang benar riwayatnya dan mempunyai kitab fikih khusus.

Syekh Mahmud Syaltut adalah seorang ulama, ahli tafsir dan mufti di Kairo. Beliau juga dikenal sebagai penyeru persatuan umat islam. Sebelum dikenal sebagai pemikir dan teolog besar, beliau sudah dikenal sebagai seorang fakih dan pelopor pendekatan antar mazhab Islam.

Beliau telah melakukan langkah-langkah dasar dalam pembenahan pandangan Islam dan pendekatan antar mazhab dengan ide-idenya yang maju. Jasa-jasa beliau dalam hal ini sangatlah besar dan mendasar. Dalam salah satu fatwanya yang paling bersejarah, beliau sebagai ulama besar Ahli Sunah dan mufti Al-Azhar mengumumkan diperbolehkannya mengikuti mazhab Syi’ah.

Syekh Mahmud Syaltut lahir pada tahun 1310 H. di Buhairah, Mesir. Setelah menyelesaikan pendidikannya di universitas Iskandariah Mesir, beliau mengajar di universitas tersebut lalu pindah ke universitas Al-Azhar. Di sana beliau terus berkembang dan maju hingga pada akhirnya pada tahun 1378 H. menjadi mufti umum Al-Azhar. Beliau terus mengemban tanggung-jawab ini hingga wafat pada tahun 1383 H.

Syekh Syaltut seorang fakih yang bijak dan tidak fanatik. Beliau telah melakukan usaha-usaha yang sangat berpengaruh dalam upaya pendekatan mazhab-mazhab Islam. Para ulama dan pembesar Ahli sunah dan Syi’ah juga mendampingi beliau dalam mewujudkan hal ini.

Beliau sempat surat-menyurat dan berdialog dengan tokoh-tokoh besar (Syi’ah) seperti Muhammad Husein Kasyiful Ghita, sayyid Abdul Husein Syarafuddin Amili, dan ayatullah sayyid Husein Borujerdi. Beliau juga telah melakukan banyak hal dalam usaha pendekatan antar mazhab, antara lain:

1. Menyebarkan pemikiran pendekatan antar mazhab Islam untuk menghilangkan pertikaian dan mendirikan yayasan pendekatan antar mazhab Islam di Kairo yang bernama "Dar Al-Taqrib wa Nasyri Majallah Risalah Al-Islam".

2. Mengumpulkan dan mengoreksi validitas hadis-hadis yang sama antara Ahli Sunah dan Syi’ah, yang berhubungan dengan pendekatan antar mazhab.

3. Memasukkan fikih Syi’ah dalam mata pelajaran fikih Islam komperatif untuk mahasiswa universitas al-Azhar.

4. Dan, yang terpenting adalah fatwa beliau yang telah membenarkan mazhab syi’ah sebagai salah satu mazhab yang sah dan boleh diikuti. Padahal, sampai saat itu belum ada ulama besar dari Ahli Sunah maupun mufti Al-Azhar yang pernah memberikan fatwa seperti itu. Dengan fatwa ini beliau telah menunjukkan kebesarannya dan memperkecil jarak antar mazhab. Karena pentingnya fatwa bersejarah Syeikh Syaltut tentang pembenaran mazhab syiah ini, kami akan membawakan teks fatwa tersebut: Seseorang telah bertanya, “Sebagian masyarakat berpendapat bahwa setiap muslim harus mengikuti salah satu fikih dari empat mazhab agar amal ibadah dan muamalahnya sah. Sedangakan Syi’ah Imamiyah dan Syi’ah Zaidiyah tidak termasuk dalam empat mazhab tersebut. Apakah anda sepakat dengan pendapat ini dan mengharamkan mengikuti mazhab Syi’ah Itsna Asyariyah (Dua Belas Imam atau Imamiyah)?

Syekh Syaltut menjawab:

1. Agama islam tidak memerintahkan umatnya untuk mengikuti mazhab tertentu. Setiap muslim boleh mengikuti mazhab apapun yang benar riwayatnya dan mempunyai kitab fikih khusus. Setiap muslim yang mengikuti mazhab tertentu dapat merujuk ke mazhab lain (mazhab apapun) dan tidak ada masalah.

2. Mazhab Ja’fari yang dikenal sebagai mazhab Syi’ah Dua Belas Imam adalah mazhab yang secara syariat boleh diikuti seperti mazhab-mazhab Ahli Sunah lainnya. Oleh karena itu, sudah sepantasnya umat islam memahami hal ini dan meninggalkan fanatisme buta terhadap mazhabnya, karena agama dan syariat Allah tidak mengikuti mazhab tertentu dan tidak pula terpaku pada mazhab tertentu, akan tetapi semua pemimpin mazhab adalah mujtahid dan ijtihad mereka sah di mata Allah Swt. Setiap muslim yang bukan mujtahid dapat merujuk kepada mazhab yang mereka pilih. Ia boleh mengikuti hukum-hukum fikih dari mazhab yang dipilih itu dan dalam hal ini tidak ada perbedaan antara ibadah dan muamalah.

Dar Al-Taqrib

Syekh Syaltut adalah seorang tokoh besar dan pendiri “Dar Al-Taqrib bayna Al-Madzahib Al-Islamiyah” Mesir. Lembaga ini adalah sebuah institusi yang berusaha mewujudkan pendekatan dan persaudaraan serta menghilangkan perpecahan dan perselisihan yang ada antara Ahli Sunah dan Syi’ah. Yayasan ini juga memiliki misi memperkuat hubungan antara mazhab-mazhab islam; sebuah pusat pergerakan yang pada akhirnya menjadi dasar pikiran berdirinya “Majma-e Jahoni-e Taghrib-e Mazaheb-e Islami” (Forum Internasional Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) di Iran.


Pimpinan Universitas Al-Azhar

Beliau menjadi wakil rektor universitas tersebut pada tahun 1957 M. Pada bulan Oktober tahun 1958 beliau diangkat menjadi rektor universitas oleh presiden. Beliau mengemban tanggung-jawab ini hingga akhir hayatnya. Pemimpin besar dan cendekiawan ini wafat pada umurnya yang ke 70 di malam Jum’at tanggal 26 Rajab tahun 1383 H., yang bertepatan dengan tanggal 12 September 1963 M.

Hasil karya beliau yang populer antara lain:

* Tafsir Al-Qur’an Al-Karim
* Nahju Al-Qur’an fi Bina Al-mujtama’
* Al-Islam, Al-Aqidah wa Al-Syariah
* Al-Fatawa
* Al-Qital fi Al-Islam
* Min Tawjihat Al-Islam
* Muqaronah Al-Madzahib fi Al-Fiqh
* Fiqh Al-Qur’an

(TAGHRIB.IR)