Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube




Alhamdulillah, sekali lagi iLuvislam.com bakal mengadakan ESQ Training 'In-House' khas buat pengunjung-pengunjung iLuvislam.com yang bergelar mahasiswa. Ia merupakan training kedua yang diusahakan bersama di antara iLuvislam.com dan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd.

Training istimewa ini dibuat khas sempena 'summer holiday' mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara (kecuali Australia dan New Zealand).

Namun, ia terbuka kepada semua mahasiswa dalam dan luar negara dengan syarat anda adalah ahli berdaftar iLuvislam.com.

5 sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com..

1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.

2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda. Kami akan menjemput alumni ESQ Training yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat untuk berkongsi pengalaman dengan anda. InsyaAllah di antara mereka adalah Dato' Hussamuddin Yaacob.

3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!

4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.

5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara. Alhamdulillah, tahun lepas peserta terdiri daripada mahasiswa UK, Ireland, Mesir, Jordan, Yemen, Jepun, Jerman dan juga Malaysia.


Bantuan RM1.1 juta ke Gaza
Ismail Hasim ,Harakah.daily.net


SHAH ALAM, 9 Mei: Sebanyak RM1.1 juta sumbangan rakyat Malaysia kepada warga Palestin berjaya dikumpul oleh Konvoi Lifeline4Gaza (LL4G) yang bakal diserahkan kepada mangsa kekejaman Zionis Antarabangsa itu pertengahan Mei ini.

Jumlah tersebut diumumkan di dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang diadakan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi dengan kehadiran luar biasa memenuhi ruang dewan dengan acara memberangsangkan.


Majlis malam tadi bermula dengan solat hajat, ucapan-ucapan dari wakil-wakil NGO termasuk Timbalan Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani dan selingan nasyid persembahan dari Muadz, Raihan dan Shoutul Harokah dari seberang.


Turut berucap adalah Wakil Pimpinan Palestin di Gaza, Syeikh Ziyad Al-Qishawi yang juga Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Mr Hussain Oruc.

Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.

Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.

Mereka disertai oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.

Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"

Nombor akaun: 5644 9020 8528

Bank : Maybank Berhad


http://www.lifeline4gaza.org


Assalamualaikum w.r.t buat para pembaca dan seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w...

Madah tercetus lantaran ke'busy'an yang tidak mampu diungkapkan lantaran menyiapkan proposal master yang bakal dibentangkan buat kali ketiganya pada hujung bulan ini, insya Allah..

'bukan mudah untuk menulis'.....

Getus hati kecil ini..memandangkan saya sentiasa asyik melayari bahan dalam dunia jaringan ICT ini, banyak info yang saya jumpa dan saya muatkan dalam koleksi ilmiah blog ini buat tatapan kita bersama..Usaha ini adalah merupakan sebuah penghargaan kepada blogger2 yang mampu melontarkan kupasan isu yang bersifat ilmiah dan cukup memberi kesan dihati saya sebagai pembaca..Saya kagum dengan mereka ini..Tahniah saya ucapkan..dan bersesuaian dengan ketidak sempatan saya untuk menulis artikel sendiri, saya mengharapkan artikel-artikel pilihan yang saya paparkan mampu memberi manfaat untuk kita bersama...

Dalam ketika dan waktu ini, desakan dan bebanan untuk menghayati setiap perincian bagi membedah ilmu tafsir dan hadith ini buat saya tidak mampu ke mana-mana dan tidak seaktif sebelum ini...Fasa kehidupan saya akhir-akhir ini tertumpu di Perpustakaan Tun Sri Lanang, berbincang dan berbahas dengan seorang demi seorang bersama pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah...Fokus tertumpu untuk memenuhi segala keperluan ilmu tafsir dan hadith secara mendalam...Timbunan kitab-kitab harus diselongkar..ditatap,..dinilai..diambil intipati...itulah namanya menuntut ilmu...mg usaha ini menatijahkan barakah dan hikmah dari Allah...

Hanya setakat ini celoteh di petang ini..Allahummayassir umurona....Aminn..


Penawanan Konstantinopel : Menganalisa Ibrah 29 Mei Buat Mahasiswa
Posted by Rijal82 Monday, May 24, 2010


29 Mei 2010, genaplah 557 tahun kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di Turki. 29 Mei setiap tahun seharusnya dijadikan bukan sekadar hari memperingati kejayaan Sultan Al-Ghazi Muhammad bin Murad membuka Konstantinopel sehingga menebalkan lagi sindrom ‘hero worshipping’ umat Islam, tetapi lebih penting dari itu ia adalah hari untuk gerakan mahasiswa Islam melakukan muhasabah ke atas soal pemerkasaan organisasi khususnya dalam aspek produktiviti (pencapaian visi) dan kompetensi ahli-ahlinya. Juga sejauhmana agenda ‘sharpen the saw’ organisasi dengan peneluran idea-idea segar dan ‘out of the box’ diraikan mahupun dilaksanakan dengan tujuan agar gerakan anak muda Islam terus berpengaruh di kampus.

Kemenangan menjejakkan keadilan Islam di Haghia Sofia oleh Muhammad Al-Fateh perlu dianalisa dengan pembacaan yang lebih meluas sumbernya dan analisa yang lebih tersirat sifatnya dari fakta yang tersurat, jika benar mahu membongkar hikmah dan mukjizat hadis pujian Nabi kepada baginda dan pasukan baginda. Proses pengepungan yang memakan masa hampir 2 bulan hakikatnya suatu proses yang sangat sukar, mustahil dan hampir-hampir sejarah sedang bersedia saat itu untuk menguburkan sebagai percubaan ke 12 tentera Islam yang gagal selepas 800 tahun Nabi mensabdakannya.

Misi menyebarkan keadilan kerajaan Islam Usmaniah di Konstantinopel bukan sahaja dihalang oleh kesombongan Maharaja Constantine XI dan 40,000 orang komando Byzantine, tetapi juga oleh dua benteng kebal yang mencapai ketebalan 10-15 meter, parit besar sedalam 10 meter, 3 perairan laut, 7 anak bukit dan 400 matarantai gergasi memagari Tanduk Emas dari dijejaki kapal-kapal Usmaniah.

Peristiwa penawanan Konstantinopel oleh sepasukan manusia biasa berajakan seorang yang tidak pun berketurunan Nabi dan bukan pula berbangsa Arab, ditambah pula dengan usia remaja yang mungkin terlalu sangat mentah bagi kebanyakan orang, hakikatnya menyerlahkan kombinasi ampuh persiapan ilmu dan teknologi (IQ), persiapan moral dan emosional tentera (EQ) dan persiapan kerohanian (SQ) terbaik pernah ditonjolkan oleh tentera Islam yang tidak berada dalam lingkaran 300 kurun yang terbaik.

Misi mengibarkan panji Islam di atas tembok Konstantinopel pada 1453 Masihi tersebut ternyata tidak memadai dengan semata doa munajat dan keimanan yang kental pada hadis penawanan Konstantinopel andaikata tiada teknologi membabitkan 4 meriam gergasi Urban dan serangan mortar – pertama kali dalam sejarah - untuk memecahkan benteng kebanggaan empayar Byzantine.

Keseimbangan pendidikan ilmu ‘intelectual sciences’ dan ‘spiritual sciences’ sebagaimana direkodkan Taskopruluzade Ahmed, penguasaan 7 bahasa kawan dan lawan Usmaniah, pemilihan bulan dan tahun kempen pengepungan pada masa paling meresahkan moral pemerintah dan kepercayaan rakyat Byzantine, penggunakan teknologi (meriam gergasi) dan kepakaran musuh tradisi Usmaniah sendiri iaitu Hungary, hakikatnya belum memadai juga tanpa didikan kerohanian yang ketat ke atas Sultan Muhammad sehingga baginda tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh. Manakala idea ‘brilliant’ sebagaimana diakui oleh sejarawan dunia seperti Runciman, Babinger dan Schumberger iaitu pemindahan 70 buah kapal dari semenanjung Fera di Bhosporus ke Golden Horn melalui jalan bukit sejauh 5 kilometer - dalam masa hanya satu malam tanpa disedari musuh - takkan mampu dilakukan tanpa ketinggian emosi Zugnush Basha ketika mempertahan keputusan meneruskan serangan dan semangat kental 200,000 orang tentera di fasa akhir serangan.

Syekh Dr Ali Muhammad As-Shollabi dalam bukunya “Ad-Daulah Al-Uthmaniyyah : ‘Awâmil al-Nuhoodh wa Asbâb al-Suqooth” merakamkan peristiwa tersebut denga menyebut: “Keadaan tanah ketika itu tidaklah mudah untuk dilayarkan kapal, tetapi perencanaan itu mesti tetap diteruskan segera. Lantas tentera Usmaniah meratakan tanah dalam hanya beberapa jam, dan dibawakan lembaran-lembaran kayu yang telah disapu dengan minyak dan lemak, dan kemudian disediakan sebuah laluan jalan yang besar untuk memudahkan pergerakan kapal-kapal, dan sesungguhnya peristiwa ini benar-benar luarbiasa andaikata diambilkira keadaan zaman itu dengan teknologi yang telah digunakan jauh mendahului zaman, ini jelas menunjukkan kepantasan berfikir Sultan Muhammad dan kepantasan pelaksanaan tenteranya.”


Muhammad juga sudah hampir pasti mengarahkan tentera pulang andaikata beliau tidak mahu bertemu lantas meminggirkan naqib utama beliau Syekh Aq Syamsuddin Al-Wali ketika tertekan dengan kegagalan Sulaiman Palta Oglu Basha merempuh rantai besi di Tanduk Emas.


Muhammad dilahirkan ke dunia sebagai seorang anak yang sangat nakal dan pemuda diraja yang panas baran serta gopoh membuat keputusan. Namun demikian, sebagaimana diakui sejarawan Turki, Halil Inalchik, kuasa tarbiyah (“medresse”) dan usrah dengan para ulama terbaik Usmaniah sejak dari kecil sehinggalah menjadi ahli politik Usmaniah paling sibuk sekalipun, itulah yang telah merobah beliau menjadi pemimpin agung Islam yang telah melorongkan jalan kepada Sulaiman Al-Qanuni dan pemimpin terkemudian Usmaniah memerintah dua pertiga dunia suatu ketika dahulu. Sarjana Usmaniah dan bekas pensyarah UIAM, Profesor Mehmet Maksudoglu dalam bukunya “Osmanli History 1289 – 1922” pernah merakamkan keadilan pemerintahan Usmaniah sejak dari zaman Muhammad Al-Fateh melalui kenyataan dua bekas pendeta Kristian Ortodoks pada masa itu iaitu Granduke Notaras dan Gennadios. Mereka pernah menyebut pada 1453 Masihi itu bahawa “Kami lebih rela melihat serban-serban Turki daripada topi-topi paderi Latin dari Eropah di kota ini”.


Demikianlah kombinasi persediaan syariatullah dan sunnatullah, jawapan terbaik sejarah yang gagal dibaca oleh mereka yang tidak berminat untuk menjadikan sejarah sebagai pedoman menuju kejayaan organisasi di masa depan dan kemenangan Islam sekaligus. Profesor Ilber Ortayli dalam “Discovering The Ottoman” pernah menyebut: “Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengetahui betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik Sultan Muhammad untuk membuka Balkan. Sesungguhnya penaklukan Balkan antara 1461 dan 1463, penaklukan Balkan dilakukan dengan cara yang sama dengan cara menawan Konstantinopel!”


Sesungguhnya kisah-kisah sejarah di atas akan terus menjadi subjek yang membosankan mahasiswa atau fakta-fakta yang akan terus memberatkan minda aktivis mahasiswa Islam andaikata gesaan 'ulil albab' (ketajaman fikiran) surah Yusuf ayat 111 tidak dipedulikan. Ibnu Khaldun sudah lama mengingatkan kita bahawa sejarah memang akan berulang, beruntunglah mereka yang meneladani sunnatullah yang baik serta binasalah mereka yang memilih untuk mengulangi sunnahtullah yang hitam.

Penulis terkenal Inggeris, Aldous Leonard Huxley pernah menyebutkan bahawa: “That men do not learn very much from the lessons of history is the most important of all the lessons that history has to teach. Experience is not what happens to you. It is what you do with what happens to you.”


Muhamad Syaari bin Ab. Rahman
Mantan Setiausaha GAMIS
*penulis kini bekerja sebagai Motivator di I.P Minda Training & Consultancy

Al-Quran Menjelaskan Segala Sesuatu
Kajian Quran: Al-Quran Menjelaskan Segala Sesuatu


Pengenalan

Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” (An-Nahla 16:89), bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran” (Al-An’am 6:38). Al-Quran adalah super komputer! Fikirlah hanya dalam masa dua tahun saya membuat kajian sudah banyak ilmu-ilmu yang menakjubkan seperti ilmu ICT, tenaga foton dan gelombang elektromanetik, penjelasan tentang pengaruh bawah-mampu (subliminal influence) dan minda separa-sedar (subconscious mind), tentang bagaimana matahari Terbit dari Barat, antioxidant, tentang keruntuhan umat Islam, cara pendidikan dan berfikir, kerosakkan sel-sel membran (di zaman ICT), penyakit otak dan sistem pertahanan badan dan minda, dan sebagainya.

Kehilangan Koloni Lebah-madu Secara Besar-besaran

Sekarang para saintis barat panik dan gelisah kenapa secara tiba-tiba dan serentak boleh berlaku masalah ‘kehilangan’ koloni lebah-madu (honey bee) di 4 buah benua! Fenomena ini tidak pernah berlaku sebelum ini! Fenomena ini amat merbahaya dan akan menyebabkan kehancuran kepada sistem pemakanan sedunia? Kenapa para saintis menyalahkan penggunaan mobil-fon? Kenapa lebah-madu ada antena (sesungut)? Kenapa Al-Quran menjelaskan lebah-madu mesti melalui jalan yang telah ditetapkan?

Penyakit Kanser

Selain dari kehilangan koloni lebah-madu secara banyak dan tiba-tiba, para saintis juga mendapati pencemaran dan pendedahan lama kepada pancaran elektromagnetik seperti dari penggunaan mobil-fon, Wi-Fi, cordless fon, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, maupun perkakasan elektrik dirumah-rumah akan menyebabkan sel-sel DNA otak rosak? Ianya juga akan menyebabkan ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel bada? Apa penjelasan Al-Quran? Kenapa Al-Quran menjelaskan kurma dan anggur adalah sebahagian dari ubat penyakit otak? Kenapa kurma harus dimakan dengan anggur? Kenapa perlu makan semasa perut kosong?


Cara Berfikir


Begitu juga dengan masalah umat Islam sekarang, baik orang-orang kampung mahupun mahasiswa-siswi di kampus-kampus, pekerja swasta, pegawai kerajaan dan sebagai. Kenapa umat Islam sekarang tidak lagi mempunyai jati diri, dan teramat jauh dari tanda aras sebagai seorang muslim yang mempunyai kehebatan dan jati diri? Kenapa manusia sekarang tidak lagi mampu untuk berfikir dua kali? Kenapa apabila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ade pun yang mati?” Apabila kita larang mengambil rasuah ada yang menjawab “Tuan, kalau saya tak ambil, orang lain akan ambil juga. Lagi pun dosa rasuah sekali sahaja bila saya buat umrah dapat 70,000 pahala”.

Bila kita nasihat supaya jangan panjat pokok budak-budak akan menjawab “Kawan saya tu panjat pokok juga, tapi dia tak jatuh pun!”. Begitu juga apabila ditanya kenapa perlu membelanjakan berjuta ringgit untuk mencantikkan kubur Islam, jawab pegawai “Hai orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina boleh ada kubur cantik, orang india boleh ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Inilah antara contoh-contoh membuat keputusan berdasarkan pemikiran induktif, atau dalam bahasa Al-Quran disebut “dzon”, dalam bahasa sainsnya “inferens”, bahasa Inggeris “conjecture”, dan dalam bahasa melayu secara “pemerhatian atau agak-agak”.

Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif

Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya dibina dengan metod induktif? Ianya hanya akan berjaya dibina dengan metod deduktif? Begitu juga dengan perjalanan sel-sel otak manusia semuanya “bekerja” mengikut peraturan alam iaitu secara deduktif! Sel otak yang bekerja secara induktif akan menjadi menjadi sel-sel barah!

Sistem Pedidikan

Tetapi sedarkah kita sistem pendidikan sekarang memberi penekanan kepada pemikiran induktif? Sistem yang akan melahirkan manusia berfikiran induktif sebagai “2nd nature” atau “default thinking”. Kenapa sistem ini boleh berjaya dibarat dan akan gagal di negara-negara Islam? Kenapa sistem ini akan membuatkan para pelajar dan umat Islam keliru? Kenapa konsep Sekolah Bestari seperti belajar secara kendiri, kendara, dan kenduri (self learning: self-access, self-pace, dsb) dan juga konsep “life-long learning” tidak sesuai dengan penganut agama Islam? Kenapa sistem ini sangat sesuai dengan orang-orang bukan Islam? Kenapa mereka tidak keliru? Semua persoalan ini akan dijawab apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran. Kenapa ianya ada kena mengena dengan tahap-sedar (consciousness) dan separa-sedar (subconsciousness)? Apa kena mengena khusuk dalam solat dengan “consciousness” dan penjanaan tenaga elektromagnetik?

Sel-sel Otak Menggunakan Tenaga Elektromagnetik

Bagaimana secara saintifiknya, khusuk dalam solat boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kanser? Bagaimana Al-Quran menjelaskan cara-cara atau metod sel-sel otak dan lain-lain sel badan bekerja dan berkomunikasi? Kenapa pentingnya iron (zat besi) dalam badan? Apa kena mengena dengan Kalenjar pinil (pineal gland) yang mengadungi banyak besi, dan yang merembeskan hormon melatonin? Kenapa teori CEMI (consciousness electromagnetic information field) yang dimajukan oleh Johnjoe McFadden nampak seakan-akan sama dengan penjelasan Al-Quran? Kenapa umat Islam perlu tahu dan faham teori CEMI ini? Kenapa Al-Quran memberi penekanan yang hebat kepada tenaga dan medan elektromagnetik?

Bagaimana gelombang elektromagnetik boleh dikaitkan dengan “Bagaimana Matahari terbit dari barat” apabila hampir dengan kiamat? Kenapa teori-teori barat seperti retrograde motion dan perlanggaran komet bercanggah dengan teori Al-Quran (untuk menerangkan bagaimana matahari terbit dari barat)? Kenapa perlanggaran komet dengan bumi tidak akan dapat menukar arah pusingan bumi? Dan kenapa pula medan magnet boleh melakukannya? Dari mana datangnya medan magnet ini? Semuanya ini akan menjadi jelas dan terang apabila kita sama-sama mengkaji ayat-ayat Al-Quran. Semuanya ada dalam Al-Quran. “Maka tidak adakah sesiapa yang ingin mengkaji Al-Quran?” (Al-Qamar 54:17,22,32,40).

Mengkaji Al-Quran

Tahukah anda Al-Quran juga menjelaskan bagaimana untuk mengkaji Al-Quran? Kenapa ada ayat-ayat yang kelihatan diulang-ulang banyak kali sedangkan Allah menjelaskan “tidak ada yang batil (sia-sia) dalam Al-Quran?” Kenapa pula di dalam surah Al-Kahfi 18:109 Allah menyatakan ilmuNya lebih dari dua lautan sedangkan dalam ayat Luqman 31:27 ilmu Allah melebihi 8 lautan? Bagaimana Al-Quran yang hanya mengadungi kira-kira 6326 ayat boleh menjelaskan segala-galanya? Dan tidakkah 10 lautan (2 + 8) dakwat ini sudah pasti akan menjelaskan segalanya-galanya?

Berapa banyakkah buku yang dapat dikeluarkan dari 10 lautan dakwat? Apabila dikira dengan membuat andaian satu buku setebal 1000 mukasurat memerlukan 1 liter dakwat, maka sebanyak 13,000 trilion buah buku akan dapat dikeluarkan dari 10 lautan dakwat! Apa sebenarnya makna nombor-nombor yang terlalu besar dan banyak ini? Apa gunanya kepada manusia? Tetapi malang sekali kenapa umat Islam adalah umat yang paling sedikit sekali mengeluarkan ilmu-ilmu baru? Berbanding dengan umatnya yang seperti buih (berjumlah kira-kira 1.6 bilion orang) iaitu hampir 25% dari penduduk dunia tetapi hanya mampu mengeluarkan kira-kira 2% ilmu-ilmu saintifik, dan ilmu-ilmu yang dikeluarkan amat rendah mutu .

Method Mengkaji Al-Quran

Bagaimana Al-Quran menjelaskan method mengkaji Al-Quran? Secara ringkasnya Al-Quran membahagikan diriNya kepada 3 bahagian yang saling bertindih: Seluruh ayat-ayat Al-Quran adalah ayat-ayat muhkam, iaitu ayat-ayat tentang hukum, peraturan, sifat, atribute, definasi, dan sebagainya tentang segalanya kejadian alam seperti hukum dan sifat air, tumbuhan, bumi, matahari, manusia, sel-sel dan sebagainya. Allah SWT memberi gambaran bahawa terdapat 8 lautan dakwat yang menjelaskan segala hukum dan peraturan Alam.

Allah SWT juga menyatakan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran adalah ayat-ayat mutashabihat atau ayat-ayat berbentuk konsep yang menganduni ‘hudan’ atau petunjuk kepada manusia bagaimana untuk membina ilmu-ilmu baru atau ilmu-ilmu terbitan (derived knowledge). Allah menggambarkan terdapat lebih dari 2 lautan dakwat ilmu-ilmu “hudan” atau “petunjuk” yang berasaskan “Mutashabihat”. Allah mengharamkan sama sekali manusia mengkaji ayat-ayat ini dengan cara takwil atau tanpa mempunyai asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam.

Dan kategori yang ketiga ialah pada setiap ayat Al-Quran itu juga adalah ayat Muhkamat (hukum dan peraturan, ilmu-ilmu yang sifatnya tidak akan berubah), dan juga ayat Mutashabih (ilmu-ilmu petunjuk untuk menjana ilmu-ilmu baru, iaitu ilmu yang dibina dari pengetahuan ayat-ayat Muhkam. Ilmu terbitan ini (derived knowledge) akan terus berkembang danmembina ketamaduan dunia).

Al-Quran menjelaskan penjanaan ilmu dari Al-Quran mestilah berteraskan cara deduktif. Al-Quran tidak mengharamkan cara induktif semasa membuat kajian, tetapi mengharamkannya apabila membuat peraturan, tindakan, atau keputusan. Sistem persekolahan mesti membuat pindaan untuk mengimbangi perbezaan cara berfikir “umat Islam”. Manusia mesti bertindak berdasarkan pemikiran deduktif, berdasarkan premises, berdasarkan hukum dan peraturan alam.

Apabila manusia tidak lagi berfikir secara deduktif, maka akan lahirlah pelbagai masalah dan kerosakkan di muka bumi Allah ini. Bagaimana Al-Quran mengadakan “check and balance”? Kenapa tugas amil (pengurus/pegawai zakat) itu amat penting dan strategik dalam Islam?

Sistem Zakat dan Para Amil

Sebagai renungan bersama marilah kita melihat kepada cara kita melaksanakan sistem zakat sekarang ini. Kita tahu sistem yang ada sekarang adalah antara yang terbaik di dunia. Tetapi persoalannya kenapa para amil dilantik secara kontrak sambilan? Tugas amil tercatit dengan jelas di dalam Al-Quran.

Kenapa Allah SWT memasukkan para amil dalam golongan 8 asnaf? Kenapa Allah bezakan antara fakir dan miskin? Kenapa memberi definasi khas untuk orang-orang fakir? Sehingga ada orang menyangka mereka ini orang kaya (Al-Baqarah 2:273). Kenapa para amil mesti tahu berapa ramai orang-orang bukan Islam dan mengetahui berapa diantara mereka yang hatinya cenderung kepada Islam? Kenapa para amil mesti tahu data, statistik, dan trend mereka ini? Kenapa mesti tahu berapa ramai yang berhutang dan kenapa mereka berhutang? Adakah sebab gaji kecil atau anak ramai, atau sebab harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya? Kenapa mesti tahu berapa ramai yang musafir? Tidakkah ini menunjukkan peranan para amil itu amat penting, bukan hanya sekadar kontrak sambilan untuk mengutip wang zakat?

Kenapa para amil itu menjadi “mata dan telinga” dalam sistem pentadbiran Islam? Kenapa mereka mesti turun padang? Kenapa mereka ini adalah jambatan penghubung antara pemerintah dan rakyat? Kenapa pada zaman pemerintahan nabi dan para sahabat, pemerintah boleh mengenali setiap rakyat mereka, masalah dan keperluan mereka? Kenapa Al-Quran menetapkan hanya para amil sahaja yang layak menguruskan wang zakat, bertanggong-jawab menentukan siapa yang layak dan kemana harus digunakan wang zakat?

Tidakkah para amil ini tahu siapa yang senang dan susah dalam kawasan (qariyah) mereka? Tahu keperluan mereka? Tahu samada anak-anak mereka memerlukan kelas tusyen atau tidak? Tahu mereka ini memerlukan kenderaan (seperti bus feeder) untuk ke tempat kerja atau ke klinik dan hospital? Tahu mereka memerlukan jalan-jalan, memerlukan lampu jalan, dan sebagainya? Tahu mereka ini tertedah kepada binatang buas (dan manusia buas?) dan sebagainya? Tidakkah kita memerlukan seorang Ketua Pengarah Amil?

Amalan Solehan

Apakah sebenarnya konsep “amalan solehan” (perkataan soleh disebut sebanyak 180 kali dalam Al-Quran). Secara bahasanya ianya bermakna “Pekerjaan Pembaikkan” atau “Pembaikkan sepanjang hayat”. Di Amerika Syarikat (dan negara-negara barat lain) konsep “Amalan Solehan” ini dikenali “Continous Improvement”, dan di Jepun di kenalai sebagai “Kaizen”.

Kenapa dengan mengamalkan konsep dan prinsip “Continous Improvement” negara Amerika boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar? Kenapa Jepun yang menngamalkan “Kaizen” menjadikan negara itu negara ke dua termaju dan ke dua kuasa ekonomi dunia? Kenapa Negara Islam yang mengamalkan konsep yang sama “Amalan Solehan” menjadi antara negara yang termundur sedang mereka diberikan dengan pelbagai hasil-mahsul dan kekayaan semulajadi?

Cuba lihat betapa hebatnya Al-Quran memperkenalkan sistem pentadbiran yang paling sistematik, tersusun, dan tercanggih. Selain konsep “Amil”, dan “Amalan Solehan”, ada beberapa lagi konsep yang hebat seperti “ulul-albab”, “Sabiqun bil-khairat”, “Al-Mutawassimin”, dan sebagainya yang tidak dikaji, dikembangkan, dan diamalkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam.

Pembinaan Prasarana

Al-Quran bukan sahaja menjelaskan tentang fenomena saintifik dan juga fungsi dan struktur pentadbiran, malah Al-Quran menjelaskan bahawa apabila umat Islam diberi kuasa untuk memerintah sesuatu tempat atau kawasan mereka mestilah membina dan membangunkan prasarana dan sistem pentadbiran (Al-Hajj 22:41).

Apakah prasarana dan sistem pentadbiran dalam Islam? Kenapa prasarana dan sistem pertahanan otak dan minda adalah penting (dan wajib)? Pembangunan pengkalan data, mengadakan garis-sempadan (boundry) samada secara fizikal maupun maya? Kenapa masjid mesti menjadi pusat? Kenapa mesti dibina prasarana mengkaji dan menimba ilmu dari Al-Quran? Kenapa Al-Quran itu tali Allah? Bagaimana tali Allah ini menyatukan hati manusia?

Apakah peranan dan tanggung-jawab Khalifah, para Amil (pengurus zakat), imam, bilal, mufti, ulul-albab, sabiqun bil-khair, al-mutawassimin, pendakwah bebas ? Kenapa “Amalan Solehan”, atau “Pembaikkan Sepanjang Hayat”, atau “continous improvement” mesti menjadi KPI kepada semua orang-orang Islam (Fussilat 41:33)? Kenapa Al-Quran meletakkan “Pembaikkan Sepanjang Hayat” sebagai KPI para pemimpin (An-Nur 24:55)? Kenapa Allah tidak mahu berjumpa dengan orang-orang yang tidak mengamalkan “Pembaikkan Sepanjang Hayat” (Al-Kahfi 18:110)?

Insyaallah kita akan sama-sama bincangkan apabila kita mengkaji ayat-ayat Al-Quran yang berkenaan.

Kesimpulan

Al-Quran adalah sebuah kitab mukjizat yang menjelaskan segala-galanya. Al-Quran menjelaskan bagaimana otak berfungsi, bagaimana cara manusia berfikir, bagaimana mentadbir negara, dan bagaimana mengkaji dan menimba ilmu dari Al-Quran.

Malah kehebatan Al-Quran bukan sahaja hanya setakat ‘menyeru dan menyuruh” malah ianya boleh dikaji secara ICTifik dan Saintifik di dalam makmal. Sekiranya umat Islam ingin keluar dari kegelapan dan kehinaan sekarang maka tidak ada jalan lain melainkan Al-Quran. Sekiranya umat Islam ingin kembali menerajui dunia dan menjadi khaira-ummatun maka tidak ada jalan lain melainkan dengan mengkaji dan menimba ilmu dari kitab suci Al-Quran.

Wallahu A’lam.
Posted by Kajian Al-Quran
ARUS Designer/Consultant
(Smart School Project For MOE/MDec)2006/07,
ICT Consultant Project in Heze, China) 2003/06,
ICT Consultant (Msian Govt Dept.) 2001/03,
Director(Msian Smart School Project) 1999,
Work together with international consultants (Arthur Andersen, Price Waterhouse, Coopers Lybrant)1987/96

Keislaman

No Judul Buku Penulis Buku
1 30 Renungan Ramadhan Syaikh ‘Aidh Abdullah Al Qarni
2 5 Taujih Ruhiyah untuk Aktivis Dakwah dan Harakah Abdullah Nashih ‘Ulwan
3 77 Prolematika Aktual Halaqah Satria Hadi Lubis
4 Agar Kamu Bertaqwa Alwi Alatas
5 Ahmadinejad David di Tengah Angkara Goliath Dunia Muhsin Labib, dkk
6 Al Islam (Jilid 1) Sa’id Hawwa
7 Al Milal Wa Al Nihal Asy Syahrastani
8 Al Qiyadah Wal Jundiyah Syaikh Musthafa Masyhur
9 Amal Jama’I Gerakan bersama Syaikh Musthafa Masyhur
10 Bahaya Islam Jama’ah Lemkari LDII
11 Bahaya Teman Muhammad As Suderi
12 Bangkit & Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah Dr. Ali Muhammad Ash Shalabi
13 Bertetangga dengan Rasul di Surga Dr. Akram Ridha
14 Breaking The Time Satria Hadi Lubis
15 Burn Yourself Satria Hadi Lubis
16 Cara Nabi SAW Menegur & Meluruskan Kesalahan Salih Al Munjid
17 Cinta di Rumah Hasan Al Banna Muhammad Lili Nur Aulia
18 Confessions of an Economic Hit Man John Perkins
19 Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda Muhammad Isa Dawud
20 Dakwah Sekolah di Era Baru Koesmarwanti & Nugroho Widiyantoro
21 Detik-detik Menjelang Ajal Khalid bin Abdurrahman Asy Syayi’
22 Di Bawah Naungan Cinta Abdul Hadi Hasan Wahbi
23 Di Bawah Naungan Surat At Taubah DR. ‘Abdullah ‘Azzam
24 DiJalan Dakwah aku menikah Cahyadi Takariawan
25 Do’a & Wirid Yazid bin Abdul Qadir Jawas
26 Dosa-dosa Politik Orde Lama & Orde Baru yang Tidak Boleh Berulang Lagi Di Era Reformasi KH. Firdaus A.N
27 Drama Kehidupan Sahabat M. Mauqif Salamah
28 Eksiklopedi Wanita Muslimah Haya binti Mubarok Al Barik
29 Fatwa-fatwa tentang Memandang, Berkhalawat & Berbaur Pria & Wanita Syaikh Abdul Aziz bin Baaz
30 Fatwa-fatwa Terkini 3
31 Fiqh Bayi Ibnul Qayyim Al Jauziyah
32 Fiqh Dakwah (Jilid 1) Syaikh Musthafa Masyhur
33 Fiqh Perbedaan Pendapat antar Gerakan Islam Dr. Yusuf Al Qaradhawy
34 Fiqh Prioritas Dr. Yusuf Al Qaradhawy
35 Fundamentalisme Dalam Perspektif Pemikiran Barat & Islam DR. Muhammad Imarah
36 Generasi Ghuraba Salman Al Audah
37 Gerakan Keagamaan & Pemikiran (1&2 jilid) WAMY
38 Gerakan Keagamaan dan Pemikiran 2 WAMY
39 Hari-hari Penuh Berkah Muhammad Mahmud Abdullah
40 Ikhwanul Muslimin (Jilid I) DR. Ali Abdul Halim Mahmud
41 Indahnya Pernikahan Dini Mohammad Fauzil Adhim
42 Jalan Menuju Kedamaian Sayyid Quthb
43 Jihad Sarana Menghilangkan Ghurbah Islam Salman Al Audah
44 Kado Pernikahan untuk Istriku Mohammad Fauzil Adhim
45 Kaedah Emas Menghafal Al Qur’an Syaikh Abdur Rahman Abdul Khaliq
46 Karakteristik Perihidup 60 Sahabat Rasulullah Khalid Muh. Khalid
47 Kashmir Derita yang Tak Kunjung Usai Dhurorudin Mashad
48 Kepribadian Dai Dr. H. Irwan Prayitno, Psi. MSc
49 Kepribadian Muslim (Panduan bagi Da’I dan Murabbi) Dr. H. Irwan Prayitno, Psi. MSc
50 Kisah Nabi Muhammad Untuk Remaja Abul Hasan Ali Al Hasani An Nadawi
51 Kisah Para Murobbi Sukses Rahayu Ningsih & YR. Rasio
52 Komitmen Muslim Sejati Fathi Yakan
53 Komunikasi dan Bahasa Dakwah Djamalul Abidin Ass
54 Koreksi Atas Pemahaman Ibadah 2 Muhammad Quthb
55 Kumpulan Risalah Dakwah Hasan Al Banna (Jilid 1) Hasan Al Banna
56 Makelar Dongeng Holocoust Rakhmat Zaenal
57 Manajemen Kematian Bagi Mereka yang Merindukan Kematian Mulia Khozin Abu Faqih, Lc
58 Manajemen Tarbiyah anggota Pemula DPP PKS
59 Manhaj Fikih Yusuf Al Qaradhawi Ishom Talimah
60 Materi Tarbiyah Ummu Yasmin
61 Membahagiakan Istri Sejak Malam Pertama M. Nipan Abdul Halim
62 Membangun Masyarakat Islam Kajian Tafsir Surat Al Mujadilah & Al Hasyr Abdul Aziz Abdur Rouf, LC
63 Membudayakan Etos Kerja Islami KH. Toto Asmara
64 Memoar Hasan Al-Banna untuk Dakwah dan Para Da’inya -
65 Menggugah Semangat Qiyamullail Muhammad bin Shalih Ash Shai’ari
66 Menghidupkan Nuansa Rabbaniah & Ilmiah Dr. Yusuf Al Qaradhawy
67 Meniru Pola Hidup Non Muslim Bahaya & Akibatnya Muhammad Adh Dhubai’i
68 Menjelajah Kehidupan Dalam Al Qur’an Dr. Ahzami Sami’un Jazuli, MA
69 Menuju Jama’atul Muslimin Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir, MA
70 Misteri Shalat Subuh Dr. Raghib As Sirjani
71 Mutiara Hikmah Wanita Salehah Abu Maryam As Sayyid
72 Nasihat Nabi Kepada Pembaca & Penghafal Qur’an Ali Mustafa Yaqub
73 Niat dan Ikhlas Dr. Yusuf Al Qaradhawy
74 Obat Lemahnya Iman Muhammad Sholih Al Munajjid
75 Pedoman Dauroh Al Qur’an Abdul Aziz Abdur Rouf, LC
76 Pemikiran Politik Kontemporer Al Ikhwan Al Muslimun Prof. Dr. Taufiq Yusuf Al Wa’iy
77 Penyimpangan-penyimpangan Tasawuf Syaikh Abdur Rahman Abdul Khaliq
76 Perangkap Syetan Ibnul Jauzy
77 Pergerakan Islam Terbesar Abad ke 14 H DR. Muhammad Sayyid Al Wakil
78 Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin Zainab Al Ghazali
79 Pernak-Pernik Rumah Tangga Islami Tatanan dan Peranannya Dalam Kehidupan Masyarakat Cahyadi Takariawan
80 Persaudaraan Islam Abdullah Nashih ‘Ulwan
81 Petunjuk Jalan Sayyid Quthb
82 Prinsip dan Penyimpangan Gerakan Islam Syaikh Musthafa Masyhur
83 Problematika Islam Masa Kini Qaradhawi Menjawab Dr. Yusuf Al Qaradhawy
84 Profil Kader PKS DPP PKS
85 Psikologi Militer Dr. Imad Adburrahim Az Zaghul
86 Psikologi Suami Istri DR. Thariq Kamal An Nu’aimi
87 Qadhaya Asasiyyah Dalam Dakwah Syaikh Musthafa Masyhur
88 Quantum Tarbiyah Mencetak Kader Serba Bisa Solikhin Abu ‘Izzudin
89 Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin 1 Hasan Al Banna
90 Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin 2 Hasan Al Banna
91 Roh Ibnu Qayyim Al Jauziyah
92 Rukun Jihad Kajian Tuntas Tentang Konsep Mempertahankan Eksistensi Umat DR. Ali Abdul Halim Mahmud
93 Runtuhnya Khilafah dan Upaya Menegakkannya DR. ‘Abdullah ‘Azzam
94 Saat Dakwah Memasuki Wilayah Politik Abu Ridha
95 Sejarah Fikih Islam Dr. Muhammad Ali As Sayis
96 Sejarah Islam Dicemari Zionis & Orientalis DR. Jamal Abdul Hadi Muhammad Mas’oud
97 Shalahuddin Al Ayyubi Meniti Jalan Menuju Pembebasan Tanah Palestina Abdullah Nashih ‘Ulwan
98 SHOOT B.S. Wibowo, dkk
99 Super Mentoring Panduan Keislaman untuk Remaja 1 Noci Hardian & TIM ILNA
100 Super Mentoring Panduan Keislaman untuk Remaja 2 Farid Muliana & TIM ILNA
101 Tafsir Juz ‘Amma Ibnu Katsir
102 Tanjung Priok Berdarah Tanggung Jawab Siapa ? PSPI
103 Taqwim Da’awi Penilaian & Promosi Kader Dalam Dakwah DR. Abdullah Abu Yusuf Al Hasan
104 Tarbiyah Askariyah Mencetak Generasi Militan Khalid Ahmad Syantut
105 Tarbiyah Ruhiyah Abdullah Nashih ‘Ulwan
106 Tarbiyah Syakhsiyah Qur’aniyah Abdul Aziz Abdur Rouf, LC
107 Tarikh Khulafa’ Imam As Suyuthi
108 Taubat Dr. Yusuf Al Qaradhawy
109 Taujih Ruhiyah (Jilid 2) Abdul Hamid Al Bilali
110 Terapi Penyakit Hati Syaikh Ibnu Taimiyah
111 Terjemahan Riyadhus Shalihin (Jilid 1) Imam Nawawi
112 Terjemahan Riyadhus Shalihin (Jilid 2) Imam Nawawi
113 The True Power of Water Masaru Emoto
114 Tip Manajemen Waktu Wanita Muslimah Ilham Muhammad Ibrahim
115 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia DR. ‘Aidh bin Abdullah Al Qarni
116 Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah Syaikh Muhammad Sa’id Mursi
117 Tragedi Hebron Adel Ali Ealayan
118 Waspada Terhadap Penyakit Futur Jasim bin Muhammad bin Muhalhil Al Yaasin
119 Zionisme : Gerakan Menaklukkan Dunia Z.A. Maulani

Pendidikan

No Judul Buku Penulis Buku
1 Anak-anak yang Berotak Kanan di Dunia yang Berotak Kiri Jeffrey Freed & Laurie Parsons
2 Contextual Teaching & Learning Elaine B. Johnson, Ph.D
3 Istimewakan Setiap Anak Irawati Istadi
4 Latihan Vitalisasi Otak Prof. Dr. Soemarmo Markam, SpS(K), dkk
5 Matahari Odi Bersinar Karena Maghfi Neno Warisman
6 Melipatgandakan Kecerdasan Emosi Anak Irawati Istadi
7 Mendidik Anak Secara Islam Jaudah Muhammad Awwad
8 Mendidik dengan Cinta Irawati Istadi
9 Pendidikan Cinta untuk Anak Bagaimana Menanamkan Kecintaan kepada Allah, Rasul, Islam & Hijab DR. Amani Ar Ramadi
10 Pumping Teacher Memompa Teknik Pengajaran Menjadi Guru Kaya Amir Tengku Ramly & Erlin Trisyulianti


Komputer

No Judul Buku Penulis Buku
1 14 Manipulasi Foto Spektakuler Photoshop Jayan
2 36 Jam Belajar Komputer Microsoft Windows 98 Budi Permana
3 Animasi Web dengan Macromedia Flash 5 Zeembry
4 Basic Administration for Microsoft 2000 Server LEPKOM Gunadarma
5 Belajar Cepat dengan Tutorial 3D Studio Max R.3 Ir. Suryanto Thabrani, MM
6 Buku Pegangan Internet Wireless dan Hotspot Onno W. Purbo
7 Buku Pegangan Pengguna DSL dan Speedy Onno W. Purbo
8 Buku Pintar Internet Keamanan Jaringan Internet Onno W. Purbo
9 Buku Pintar Linux Administrasi Sistem Linux Redhat Dr. Richardus Eko Indrajit, dkk
10 Buku Pintar Linux Database Server PostgreSQL Dr. Richardus Eko Indrajit, dkk
11 Buku Pintar Linux Membangun Jaringan Diskless Berbasis Linux Dr. Richardus Eko Indrajit & Hasan B.U. Lamatungga
12 Buku Pintar Linux Open Source Linux Dr. Richardus Eko Indrajit, dkk
13 Buku Pintar Linux PC Router dengan GNU/Linux Muhammad Syukri, ST
14 Buku Pintar TCP / IP Onno W. Purbo
15 Database Relational dengan MySQL Bunafit Nugroho
16 Desain Publikasi dengan PageMaker 7.0 Slamet Riyanto
17 Flash 5 Weekend Crash Course Mortier
18 Google Hacking Efvy Zam Kerinci
19 Hacking is Easy Efvy Zam Kerinci
20 Instalasi dan Konfigurasi Jaringan Microsoft Windows Didik Subyantara
21 Jaringan Komputer Linux Samuel Prakoso
22 Linux Redhat Onno W. Purbo & Akhmad Daniel Sembiring
23 Look & Learn Photoshop Deke McClelland’s
24 Manajemen Database dengan Microsoft Visual Basic 6.0 M. Agus J. Alam
25 Mastering CMS dengan Mambo/Joomla Adhi Rachdian & Andy Sikumbang
26 Membuat Logo dengan CorelDraw & Photoshop Chandra
27 Mengupas Tuntas Formula dan Fungsi Microsoft Excel Adi Kusrianto
28 Menjadi mahir Tanpa Guru Microsoft Frontpage 2000 Webbot Gregorius Agung
29 Merakit dan Upgrade Komputer A. Sapril Siregar, MM.SI
30 Microsoft Office 2000 Professional At a Glance Microsoft Press
31 Panduan Menyelamatkan Hard disk Mark Minasi
32 Pemrograman Dbase III Plus Winardi Sutantyo
33 Praktis Membangun Search Engine Untuk Website Anda Rahmat Rafiudin
34 Sahabat Internet Tracy LaQuey
35 Seni Pemrograman Virus Menggunakan Visual Basic 6.0 Aat Shadewa
36 Tip dan Trik Meningkatkan Kehandalan PC dengan DOS 6.2 Lani Sidharta
37 Trik Mengoptimalkan Komputer Onno W. Purbo & Yus Dwi Handoko

Motivasi dan Manajeman Diri

No Judul Buku Penulis Buku
1 12 Langkah Manajemen Diri Self Management Guru Terbaik Sekaligus Musuh Terbesar Manusia Aribowo Prijosaksono & Marlan Mardianto
2 Bagaimana Mencari Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain Dale Carnegie
3 Berani Gagal Billi P.S. Lim
4 Berpikir dan Berjiwa Besar David J. Schwartz
5 Cara Cerdas Mengambil Keputusan Dr. Akrim Ridha
6 Daripada Bete Nulis Aja Caryn Mirriam Goldberg, Ph.D
7 Jangan Mau Seumur Hidup Jadi Orang Gajian Valentino Dinsi, SE, MM, MBA
8 Manajemen Diri M. Ahmad Abdul Jawwad
9 Mengembangkan Inovasi & Kreatifitas Berpikir Pada Diri & Organisasi Anda M. Ahmad Abdul Jawwad
10 Mengembangkan Kepemimpinan di Dalam Diri Anda John C. Maxwell
11 Rahasia Sukses ESQ Power Sebuah Inner Journey Melalui Al Ihsan Ary Ginanjar Agustian
12 Speak With Confidence Dianna Booher

Novel dan Cerpen

No Judul Buku Penulis Buku
1 Bayang-bayang Hitam Novel Sejarah Ethopia Awal Abad ke-20 Najib Kailani
2 Bunga Yang Tersisa Nurhayati Pujiastuti
3 Cintaku di Masjid Kampus Imam Subkhan
4 Husain Sang Ksatria Langit Muhsin Labib
5 Kebyar-kebyar Sebuah Plaza Carl Chairul
6 Melatih Berpikir Kritis & Berani 2 Harlis Kurniawan, SS
7 Miss Lu Putri Cina yang Terjebak Konflik Ethis & Politik Naning Pranoto
8 Musyawarah Burung Farid Ud Din Attar
9 Rahasia Dua Hati Muthmainnah
10 Sebebas Unggas Udara M.S. Noerma Sidharta
11 Sentuhan Kalbu Ir. Permadi Alibasyah
12 The Top Chicken Soup Persembahan Nabi SAW dan Keluarganya Sayyid Ali Akber Sadaqat


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN....DI BUMI ANBIYA' DAN BUMI RASULULLAH...

Di kesempatan ini saya ingin melakarkan ucapan 'Good Luck' kepada sahabat2 saya yang jauh di mata- Ainun Mardiah, Fatimahtuzzahrah, Halma Hashim, Samirah, dan semua kenalan yang berada di perantauan..Berjuang di Medan ilmu...sedang2 saya melayari blog2 sahabat, saya tertarik dengan bait2 kata perangsang semangat dari Pimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Islam Madinah, Ust Assyik. Good Luck juga saya ucapkan..Saya mohon izin 'copy' and 'paste' kata2 beliau buat tatapan kita bersama...bahawa sesungguhnya bertuahnya mereka yang diberikan peluang untuk menadah ilmu di bumi Rasulullah....

Madah beliau :

Renungkan para sahabat,

Di bumi Madinah ini tercatat era sejarah penurunan wahyu yang agung kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.Di tanah ini juga pernah terlukis derapan-derapan kaki para sahabat yang sangat teruja apabila dikhabarkan berita telah turunnya wahyu dari Allah.Ketika itu,mereka bergegas bertemu Nabi dengan niat yang satu,ingin menghafaz Ayat-Ayat Al-Quran yang mulia dan mengikatnya erat di dalam hati seterusnya diamalkan secara bersungguh-sungguh di dalam kehidupan.

Sinergi keikhlasan dan keilmuan yang tegar bertamu di hati para sahabat ini sewajibnya mengalir di dalam urat nadi kita selaku penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW di bumi barakah ini.
Kita dihamparkan dengan nikmat yang terlalu luas,dapat menuntut ilmu di bumi kecintaan Rasulullah SAW dan umat Islam, ditemukan dengan terlalu ramai para masyaikh sebagai penunjuk jalan, justeru sewajarnya kita memikul amanah sebagai penuntut ilmu dengan penuh etika dan tanggungjawab.

Formula kecemerlangan Zulkarnain,seorang tokoh yang telah disebutkan penceritaannya di dalam Al-Quran menggambarkan kepada kita bahawa seseorang individu perlu mempunyai misi yang jelas tentang apa yang ingin dicapai di dalam kehidupannya.Menyoroti motivasi kejayaan Zulkarnain,wawasan dan misi yang jelas yang ingin dicapai adalah menguasai dunia bagi menegakkan kebenaran dan keadilan.Justeru,perancangan yang rapi dilonjakkan ke tahap global dan melalui strategi demi strategi yang terkawal rapi.Dengan memiliki kompas hidup iaitu Taqwa kepada Allah SWT, Zulkarnain menggabungkan elemen-elemen ini dengan diiringi keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT sebagai Zat Yang Maha Kuasa untuk menurunkan pertolongan dan kejayaan. Akhirnya Zulkarnain berjaya mengukir kegemilangan.

Mahasiswa-mahasiswa UIM harapan ummah sekalian,

Kejayaan bukanlah semata-mata dinilai melalui ketajaman ilmu dan fikiran di dalam bidang akademik, bahkan dinilai melalui kemurnian akhlak dan syakhsiah kita selaku bakal ulama' pewaris Nabi.

Di dalam suasana kita berlumba-lumba mengulangkaji ilmu dan pelajaran,jangan dilupakan seruan untuk terus menyampaikan dakwah. Dakwah kita ialah dakwah yang bernafas panjang dan tidak rigid atau tertumpu kepada suatu masa atau tempat yang tertentu sahaja.

Firman Allah yang bermaksud :
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)”[Al-Inshirah 94 : 7-8]

Sebagai anak muda yang bakal beraksi menggegar dunia, persiapkanlah diri kita dengan ilmu,pengalaman dan laluilah kehidupan seharian kita dengan azam yang teguh untuk sentiasa meledakkan ketaqwaan kita kepada Allah.

Semoga usaha dan amalan kita diterima sebagai amalan soleh di sisi Allah.

Salam perjuangan dari ana!

Posted by Mohd Asshik bin Abu Hanipah at 2:14 PM



Renungilah...Ass-Syuhada' Fi Sabilillah...


Ujar saya:

Saya menadah tangan memanjatkan syukur pada Allah...Alhamdulillah..Ya Allah..masih ada tenaga muda yang jelas fikrah dan matlamatnya bakal pulang untuk menyelesaikan masalah ummah yang kami di sini dah cukup terluka dengan hidangan masalah ummah yang cukup membarah...

TAK MENANG TANGAN kami dibuatnya...Tidur tak lena...Resah dan gelisah melihat ummah hari ini..sedih pilu sentiasa di hati...Moga anak2 muda yang cintakan perjuangan dan cintakan ummah ini dipelihara oleh Allah....



HAKIKAT TAUBAT MENURUT AHLUS SUNNAH WAL-JAMA’AH

Http://an-nawawi.blogspot.com


------
MUQADDIMAH
------

Kebanyakan masyarakat percaya berdasarkan sangkaan bahawa taubat bagus dimulakan apabila umur tua (sudah berumur), setelah beranak cucu, setelah menunaikan haji atau dengan beberapa alasan lain adalah suatu tradisi atau idea yang batil, berpunca dari kejahilan seseorang itu tentang apa itu taubat dan pengampunan Allah yang sebenarnya.

Tiada seorang individupun yang dibenarkan menentukan bila masanya seharusnya seseorang itu bertubat. Sedangkan perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat-tempatnya yang tertentu, pada situasi atau kondisi yang tertentu, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diwajibkan agar cepat-cepat bertaubat. Ini kerana manusia sering didominan oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan.

Oleh itu, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memudahkan kepada sekalian hambaNya untuk segera bertaubat. Buku kecil ini layak dikonsumsi oleh semua peringkat usia, dapat membantu dalam urusan atau cara bertaubat, membincangkan permasalahan taubat yang perinsipil agar membuka minda dan kesedaran masyarakat tentang perlunya bersegera bertaubat.

Bagi sesiapa yang telah melakukan kesalahan atau merasa berdosa, sama ada besar atau kecil, yang telah lama berlaku atau yang baru saja dilakukan, maka tulisan ini membantu para pembaca cara-cara untuk bertaubat sebagaimana yang ditunjuk ajar dan dibimbing oleh syara.

Semoga tulisan yang dipenuhi dengan hujjah dan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis ini dapat membetulkan konsep taubat dalam fikiran pelaku dosa, memberi keinsafan kepada mereka yang takutkan Allah, yang ingin keampunan-Nya, mengharapkan rahmat dari-Nya dan ingin menjadi generasi ahlus sunnah yang soleh dan yang bertakwa.

Dengan demikian, diharapkan mereka yang telah sedar akan hakikat sifat Allah Yang Maha Pengampun agar bersegera bertaubat tanpa dilengah-lengahkan lagi, kerana bertaubat dan meminta keampunan adalah perintah dari Allah yang telah tertera di dalam al-Quran dan hadis.

Moga-moga tulisan ini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.

------
Taubat Dan Pengertiannya
------

Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Maidah, 74)

“Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”. (Al-Kahfi, 58)

Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133)

Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:

“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”. (Al-Baqarah, 23)

“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 37)

“Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam ‘alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk”. (Taha: 122)

------
Jangan Menzalimi Diri Sendiri------

Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.

Manusia perlu sedar bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam walaupun sebagai seorang Nabi dan Rasulullah namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:

“Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari”.

Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.

------
Cara-Cara Bertaubat
------

Antara cara-cara dan makna taubat menurut syara ialah:

Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (H/R Ahmad dan Ibn Majah. Sahih al-Jam’i. 6802)

Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.

Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. (At-Tahrim, 8)

Sememangnya sudah tercangkup dalam agama Islam pengertian taubat. Kerana taubat adalah hakikat Islam, iman dan ihsan yang meliputi semua tingkatan ibadah, amal dan tingkah laku seorang mukmin, dari awal hinggalah kepengakhir hidupnya. Oleh itu, setiap mukmin wajib menyedari dan mengetahui hakikat taubat dan menerapkan dalam ilmu dan kehidupannya. Orang yang suka bertaubat amat mulia di sisi Allah dan dicintaiNya. Allah Azza wa-Jalla bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasihNya. (Rujuk: Madarajus Salikin jld. 1 hlm. 187 Ibn Qayyim) Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Al-Baqarah, 2: 222)

Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

“Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Al-Hujurat, 49:11)

Allah menyeru dan memerintahkan agar hambaNya yang berdosa sering bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang murni). Perlulah diketahui dan disedari bahawa Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun sentiasa menerima taubat seseorang walau bagaimanapun besarnya dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman:

“Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat hamba-hambanyaNya”. (At-Taubah, 9:104)

Bertaubat bukan sahaja merupakan perintah Allah, tetapi taubat adalah nikmat dan penghapus segala dosa sehingga tiada hadnya dosa yang diampunkan. Dosa di pagi hari terhapus lantaran taubat di waktu petang dan dosa di siang hari terhapus lantaran taubat di waktu malam. Bagitulah janji Allah di dalam firmanNya:

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hambaNya dan mengampunkan segala dosa dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (As-Syura, 43:25)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa Hari Kiamat”. (Hud, 11:3)

“Dan hendaklah kamu meminta keampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya”. (Hud, 3)

Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan: Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)”. (H/R Muslim)

Demikianlah keutamaan taubat sehingga orang yang meninggalkan taubat dianggap membiarkan dirinya dalam dosa dan menzalimi dirinya sendiri. Predikat zalim hanya hilang apabila dihapuskan dengan bertaubat dan mengamalkan yang diperintah serta meninggalkan yang dilarang.

------
Syarat-Syarat Taubat
------

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

------
Hukum Taubat------

Sepakat para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh mengatakan bahawa: “Bertaubat dari segala dosa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan, kerana manusia selain nabi dan rasul tidak sunyi dari dosa (tidak maksum)”.

Rasulullah bersabda:

“Setiap Bani Adam mereka itu bersalah dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”.

Hadis di atas menyatakan bahawa semulia-mulia manusia adalah yang bertaubat apabila menyedari dirinya telah melakukan dosa atau bersalah. Allah Azza wa-Jalla pula telah memerintahkan setiap mukmin agar mereka segera bertaubat, janganlah ditangguh-tangguh atau dilewat-lewatkan. Adapun antara dalil-dalil dari al-Quran tentang wajibnya segera bertaubat ialah:

“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin kepada Allah semoga kamu mendapat keuntungan”. (An-Nur. 31)

Bertaubat adalah amalan para Nabi, para Rasul, para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabiin (para salaf) dan orang-orang soleh. Perkara ini telah digambarkan di dalam ayat-ayat al-Quran:

“Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 2:37)

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka”. (At-Taubah, 9:117)

“(Iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-An’am, 6:54)

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka (barulah) ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran”. (An-Nisa, 4:17-18)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berdoa dengan doa meminta pengampunan dan taubat sebagaimana yang berikut ini:

“Ya Tuhanku! Ampunkanlah diriku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat dan Maha Pemberi rahmat”. (H/R Turmizi. Dan berkata Turmizi: Hadis hasan sahih)

------
Tanda-Tanda Diterimanya Taubat
------

Petanda seseorang itu bertaubat dan telah diterima taubatnya telah dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya.

Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata.

Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa.

Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusukan. (Lihat: Madarajus Salikin. Jld. 1)

Allah Azza wa-Jalla telah menggambarkan ciri-ciri atau keadaan orang yang telah bertaubat di dalam firmanNya, bahawa mereka sentiasa beramal soleh dengan cara mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan melarang dari mengerjakan yang mungkar:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu, berjihad, berpuasa), yang menyuruh berbuat makruf dan menegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin”. (At-Taubah, 9:112)

“Jika mereka bertaubat (mereka) mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-mara mu seagama”.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang sikap mereka yang telah bertaubat dan ikhlas dalam taubatnya, bahawa mereka bertambah kuat iman dan amalnya, memperbaiki ibadahnya dengan cara banyak beramal soleh, belajar ilmu-ilmu agama, konsisten dan sentiasa beriltizam. Firman Allah:

“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun”. (Maryam, 19:60)

“Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar”. (An-Nisa, 4:146)

------
Taubat Nasuha
------

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa bertaubat nasuha atau taubat yang murni adalah dituntut oleh syara berdasarkan firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu sekalian dengan taubat nasuha (taubat yang murni)” (At-Tahrim, 8)

Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah telah menjelaskan cara-cara taubat nasuha:

Pertama: Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

Kedua: Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

Ketiga: Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya. Jauhilah diri dari cara taubatnya orang-orang yang hanya ingin mempertahankan maruah dan kehormatannya, kedudukannya, jawatannya, kepemimpinannya untuk memelihara kekuasan dan harta bendanya, atau demi mendapatkan pujian orang banyak, takut pada penghinaan manusia agar orang-orang yang bodoh tidak memperbodohkan dan menghinanya, atau sekadar memenuhi sifat rakusnya terhadap dunia, atau kerana muflis yang tidak berdaya lagi, atau taubatnya lantaran penyakit yang tersembunyi yang telah merosakkan kebenaran dan ketulusan taubatnya kepada Allah Azza wa-Jalla. (Lihat Madarijus Salikin Jld.1 Hlm. 178)

Ketiga-tiga perkara di atas yang dijelaskan oleh Ibn Qayyim sewajarnya difahami dan dipenuhi apabila bertaubat, kerana dengannyalah taubat nasuha seseorang itu akan diterima oleh Allah Azza wa-Jalla.

------
Dosa Umpama Penyakit Yang Merbahaya------

Orang yang berpenyakit memerlukan ubat dan rawatan. Dosa diumpamakan penyakit rohani yang bertempat di hati sebagaimana firman Allah:

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”. (Al-Baqarah, 2:10)

Taubat merupakan terapi, pengubat dan penghapus segala dosa (penyakit) dan pembersih kekotoran hati yang dicemari oleh dosa. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam disebuah hadis baginda:

“Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda: Sesungguhnya jika seorang mukmin itu melakukan dosa, maka dosa itu menjadi noktah hitam di dalam hatinya. Lalu jika dia bertaubat, melepaskan dosanya dan memohon keampunan, maka hatinya menjadi bersinar. Yang demikian itulah tutupan yang disebut Allah Azza wa-Jalla dalam kitabNya: Sekali-kali tidak (demikian)! Sebenarnya dosa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka”. (Ayat di surah al-Muthaffifin, 14. Menurut At-Tirmizi hadis ini hasan sahih. Minhajul Qasisin. Ibnu Qudamah. Hlm. 388)

Al-Hasan radiallahu ‘anhu pula berkata:

“Kebaikan adalah cahaya di dalam hati dan kekuatan bagi tubuh. Sedangkan dosa merupakan kegelapan di dalam hati dan kelesuan bagi tubuh”. (Lihat: Minhajul Qasidin. Hlm. 388. Ibnu Qudamah)

Oleh itu, janganlah dibiarkan hati gelap, lesu dan tersiksa kerana berpenyakit, ubati dan rawatlah hati dengan banyak meminta pengampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun dengan segera dengan cara bertaubat.

------
Taubat Nasuha Menghapuskan Semua Dosa------

Menurut ulama tafsir, semua dosa akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala lantaran taubat nasuha. Sama ada yang besar seperti kufur, syirik atau murtad dan tercangkup dosa-dosa yang lebih rendah dari itu juga akan terampun.

Adapun keraguan bahawa dosa-dosanya terlalu banyak untuk diampunkan oleh Allah sehingga berat untuk bertaubat, maka Seyikh Muhammad Soleh al-Munajjid berkata punca-puncanya ialah dikeranakan oleh:

Ketidak-yakinan seseorang terhadap luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Lemahnya iman dan keyakinannya terhadap kuasa Allah yang mampu mengampuni keseluruhan dosa makhlukNya.

Kurang berharap, berdoa, mengingati dan tawadhu’ kepada Allah.

Tidak berkeyakinan bahawa taubat itu pasti menghapuskan semua jenis dosa disebabkan rahmat Allah. (Lihat: اريد ان اتوب ولكن Muhammad Soleh al-Munajjid)

Allah tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hambaNya yang meminta pengampunan. Pengampunan Allah Azza wa-Jalla sentiasa diberikan kepada hambaNya yang bertaubat kerana rahmatNya meliputi segala-galanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

“Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”. (Al-A’raf, 156)

“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (Az-Zumar, 53)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

“Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali”. (H/R Ibn Majah. Sahih al-Jami’. 2008)

------
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka------

Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Ahmad dan Turmizi. Sahihul Jami’ 6132)

“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Muslim)

Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.

Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.

Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Posted by Abu Numair Nawawi B. Subandi at 22:20
Labels: Tarbiyah





Oleh:Khalif Muammar A. Harris (KDH)

Mukaddimah

Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme Islam dengan Islam Liberal.

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex apabila berhadapan dengan peradaban yang canggih dan hebat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa modenisme Islam bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur. Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila telah terbukti bahawa sains yang sama telah berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Modenisme Islam dan Modenisme Barat.

Oleh kerana modenisme Islam sangat berkait rapat dengan modenisme Barat, maka sebelum membicarakan tentang modenisme Islam, sangat penting sekali untuk memahami konsep modenisme dan modenisasi dan kemunculannya di Barat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa kemunculan modenisme Islam hanya berlaku sebagai satu konsekuensi daripada interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat. Satu fakta yang perlu diingat adalah bahawa Umat Islam sejak abad ke 16/17M telah dijajah dan diinfiltrasi oleh pemikiran dan budaya yang asing daripada pemikiran, budaya dan agama mereka. Reaksi dari diri Umat pada ketika itu adalah di antara penolakan dan penerimaan. Golongan tradisionalis lebih cenderung untuk menentang dan mengasingkan diri dari segala bentuk pembaratan (Westernization). Adapun golongan modenis yang pada masa itu mempunyai latar belakang pendidikan Barat, melihat segala kebaikan berada dalam tamadun Barat, dan adalah satu kerugian besar bahkan dianggap kekolotan berfikir apabila umat Islam tidak tampil untuk memperolehinya.

Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment-humanism yang berhasil mempengaruhi pemikiran sebahagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka. Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, David Hume, Nietzsche dan lain-lain telah memberikan penekanan terhadap rasionalisme dan kebebasan (liberalisme) atau pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma. Gerakan keintelektualan ini semakin kuat dengan munculnya falsafah eksistensialisme oleh Sartre dan logical-positivism oleh kelompok yang dikenali dengan Vienna Circle.

Pada hari ini gerakan humanisme dipelopori oleh Council for Secular Humanism. Menurut mereka secular humanism bermaksud “cara berfikir dan cara hidup yang bertujuan untuk memberikan yang terbaik bagi manusia dengan menolak segala kepercayaan agama dan kuasa di luar tabi’i. Humanisme sekular menekankan rasio manusia dan pengkajian saintifik, kebebasan individu dan pertanggung-jawaban, nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dan keperluan terhadap toleransi dan kerjasama”.

Penjelasan tentang humanisme sekular di atas memperlihatkan wujudnya dikotomi antara agama dan sains, antara moralitas dan kebebasan individu, antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan. Terlepas daripada elemen-elemen yang tampak baik yang terdapat dalam pemikiran ini, penumpuan kepada kerasionalan, penolakan terhadap agama, dan kebebasan individu dalam menentukan segala sesuatu, pastinya memberi kesan negatif khususnya bagi seorang Muslim. Oleh kerana itu, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh dan sebaiknya penjelasan tentang modenisme dilakukan dari dua sudut pandang yang berbeza: Barat dan Islam. Seorang penulis Muslim berasal dari Perancis dan menetap di Mesir, Renė Guenon, menjelaskan bahawa modenisme pada intinya adalah penolakan terhadap segala apa yang berbentuk divine, transcendent dan supernatural. Ia adalah penolakan yang dilakukan oleh enlightment-humanist terhadap tradisi dan otoriti, demi kepentingan akal dan sains tabi'i. Ia dicipta atas dasar perkiraan bahawa kuasa individu yang menjadi satu-satunya sumber bagi makna dan kebenaran.

Demikianlah dapat disimpulkan bahawa pengaruh humanisme Barat sangat kuat dalam kerangka pemikiran modenisme Islam. Dalam menjelaskan hakikat liberalisme Islam, Leonard Binder menegaskan bahawa perbahasan rasional menjadi tonggak utama golongan Islam Liberal ini. Rasionalisme, dalam erti mendewakan akal fikiran dan menjadikannya kayu ukur dalam menilai segala sesuatu, yang menjadi asas peradaban Barat juga dianut oleh golongan modenis dan liberal Muslim. Dalam mendefinisikan modenisme Islam Charles Kurzman, seorang lagi ideologi Islam Liberal, dalam bukunya Modernist Islam mengatakan bahawa seorang modenis bukan sahaja menerima nilai-nilai moden dari Barat sebagai sesuatu yang benar melainkan juga usaha untuk memperjuangkan modenisme Barat (proponent of modernity) yang termasuk di dalamnya rasionaliti, sains, kedaulatan perlembagaan (constitutionalism), dan persamaan manusia.

Bahkan peranan seorang modenis menurut beliau bukan sahaja dalam mencari persamaan di antara nilai-nilai moden dengan nilai-nilai atau ajaran Islam. Lebih dari itu, seorang modenis mesti berusaha untuk memperkasakan dan membangunkan teori yang kukuh yang dapat membuktikan adanya persamaan dan kesesuaian tersebut. Dari sini tampak jelas bahwa gerakan ini mempunyai prakonsepsi dalam memahami Islam. Penyatuan di antara modern values dan ajaran Islam pada realitinya dilakukan dengan tidak adil iaitu dengan memilih sebahagian tradisi dan teks-teks agama yang mampu menyokong nilai-nilai Barat. Sedangkan kajian terhadap tradisi Barat sendiri dilakukan dengan penuh apresiasi dan tidak kritis.

Berkenaan dengan tema-tema Islam Liberal, mengikut tulisan mereka sendiri, dapat dilihat sebenarnya tidak jauh berbeda dengan modernist Islam. Di antaranya adalah demokrasi, pembelaan hak-hak perempuan, kebebasan bersuara, dan masa depan kemajuan manusia. Tema-tema yang diangkat memberikan impresi bahwa siapapun yang rasional tidak mungkin menolak perjuangan mereka. Di sebalik itu ada keinginan untuk memonopoli perjuangan untuk kemanusiaan, sedangkan agama Islam sejak mula telah memperjuangkan kepentingan manusia. Tema-tema di atas tampak menarik dan segar, tetapi ini berbeda dengan tema-tema yang selalu menjadi perdebatan hangat di kalangan umat Islam. Isu-isu seperti penolakan Syari'at, pluralisme agama, kebebasan berijtihad, penolakan otoriti agama dan hermeneutik sebenarya yang menjadi perbahasan utama gerakan ini.

Pandangan bahawa perlunya penyesuaian di antara Islam dan nilai-nilai Barat, di antara wahyu dan kemodenan, adalah dengan andaian bahawa keduanya tidak bertentangan dan sesuai (compatible). Atas andaian inilah maka peranan menyesuaikan di antara keduanya bukan perkara yang rumit. Persoalannya adalah adakah andaian ini betul? Apakah tidak ada pertembungan nilai/ prinsip di antara worldview Islam dan worldview Barat. Pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme, rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam. Isma'il al-Faruqi mengatakan bahawa humanisme Barat sekarang banyak dipengaruhi oleh humanisme Greco-Roman, yang terlalu mendewakan manusia dan sebagai reaksi kepada tradisi Kristian yang sebenarnya merendahkan nilai-nilai kemanusiaan. sebaliknya Islam telah dengan secara tidak langsung meninggikan martabat manusia, maka dari itu, al-Fa>ru>qi> menyimpulkan bahawa humanisme dalam Islam adalah satu-satunya yang asli dan terbaik. Dengan alasan kuatnya pengaruh sekularisme dan humanisme dalam tamadun Barat, al-Attas menekankan perlunya ilmu-ilmu Barat diIslamisasikan terlebih dahulu sebelum ianya diterima oleh umat Islam untuk mengelakkan berlakunya dikotomi dalam diri umat Islam dan wujudnya dilema atau krisis minda yang menjadikan umat Islam keliru, lemah dan berpecah belah.

Untuk melihat sejauh manakah kesan dan pengaruh secular humanisme dan postmodenisme terhadap pemikiran Islam Liberal kita dapat lihat dalam tema-tema yang dibangkitkan oleh ideologi-ideologi Islam Liberal seperti Nasr Hamid Abu Zayd (lahir 1943), Muhammad Said al-Ashmawi (l. 1932), Muhammed Arkoun (l. 1928), Abdullahi Ahmed al-Nai'im (l. 1946) dan Asghar 'Ali Engineer (l. 1939). Abu Zayd misalnya mengatakan bahawa Islam adalah agama sekular (al-di>n al-ilma>ni>) dan hanya diskursus sekularisme ('ilma>niyyah), yang menurut beliau berasal dari perkataan ilmu ('ilm), yang dapat membawa Umat Islam kepada pemodenan dan kemajuan dan menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir.

Adapun Muhammad Arkoun, beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran postmodenisme khususnya Jacques Derrida. Amat jelas terlihat metode deconstruct dan no truth-claim dalam pemikiran Arkoun. Robert D. Lee dalam kata pengantarnya terhadap buku Arkoun, Rethinking Islam, mengatakan: "In the world Arkoun proposes, there would be no margins and no center, no marginalized groups and no dominant ones, no inferior beliefs and no superior, truth-producing logic."

Muhammad Said Ashmawi seperti pendahulunya 'Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj Fawdah menentang konsep Islam syumul (way of life), baginya permasalahan politik terpisah daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Syari'at Islam dengan alasan bahawa ia akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara teokrasi. Dalam bukunya The Islamic State, Bagi Asghar Ali Engineer Hukum Islam adalah ciptaan fuqaha, pelaksanaan Shari'at Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Dan beliau juga menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular:

Secularism is highly necessary if India has to survive as a nation. But apart from survival of Indian nationalism and Indian unity, secularism is necessary for modern democratic polity. And this need for secular polity becomes much greater if the country happens to be as diverse and plural as India. Secularism is a great need for democratic pluralism…. The most Orthodox Muslim 'Ulama of Deobandi school preferred secular India to Muslim homeland or theocratic Pakistan. They outright rejected the idea of Pakistan when mooted by Jinnah. They denounced two nation theory on the basis of religion.


Radwan Masmoudi, seorang presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh di Amerika dan baru-baru ini menjelaskan pendiriannya terhadap Islam Liberal. Beliau menjelaskan bahawa Liberal Islam memperjuangkan kerajaan yang bertanggungjawab, kebebasan individu, dan hak-hak asasi manusia. Oleh karena itu menurut beliau golongan ini merupakan Muslim majority di dunia Islam. Tentunya anggapan bahawa golongan Islam Liberal adalah golongan majoriti umat Islam tidak berasas dan boleh dipertikaikan. Ini kerana imej liberal yang mereka ketengahkan berbesa dengan apa yang mereka maksudkan. Dalam hal ini istilah yang tepat bagi golongan yang mereka sebutkan adalah progressif, bukan liberal. Jelas sekali istilah Islam Liberal itu sendiri sangat kabur dan kontradiktif. Bahkan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Masmoudi, yang mengikut kategorisasi Kurzman, seperti Muhammad Sali>m al-'Awwa>, Anwar Ibrahim dan Fathi Osman tidak pernah dikategorikan sebagai Islam Liberal, tidak ada indikasi yang dapat mengaitkan pemikiran mereka dengan pemikiran Islam Liberal. Tokoh-tokoh yang lain yang juga disebutkan seperti T}a>riq al-Bishri>, Abdul Karim Soroush, Abdulaziz Sachedina lebih dikenal sebagai modenis. Mungkin ada yang bertanya mengapa tokoh-tokoh seperti Muhammad Iqbal, Yu>suf al-Qarad}a>wi, Muhammad Natsir, Rashid Ghannouchi, Anwar Ibrahim disebut sebagai tokoh-tokoh dan pendukung Islam Liberal? Terlepas daripada samada ia adalah satu kesilapan yang disengajakan ataupun tidak, tentunya ia bertujuan untuk menarik perhatian umat Islam agar mudah terpengaruh. Ironisnya, kenyataan Kurzman tersebut disangkal oleh kalangan Barat sendiri yang majoritinya mengkategorikan al-Qaradawi sebagai fundamentalis.

Agama dan Akal

Islam Liberal beranggapan bahawa gerakan yang mereka lakukan adalah satu-satunya alternatif yang melakukan usaha penyatuan di antara agama (faith) dan akal fikiran (reason). Mereka melihat majoriti umat Islam mengikut aliran tradisionalis konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan dan berijtihad. Lebih dari itu, golongan fundamentalis dikatakan telah berusaha untuk memonopoli pemahaman Islam, sehingga apa sahaja pandangan yang tidak sesuai dengan kerangka berfikir mereka akan dicap sebagai tidak Islamik.

Kalau dilihat daripada sejarah pemikiran dan perundangan Islam, penyatuan agama dan akal bukan perkara yang baru, ia sememangnya telah ada dalam tradisi Islam. Terlalu banyak ayat al-Qur'an dan Hadith yang memberikan perhatian kepada penggunaan akal fikiran. Bahkan melihat kepada pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap text, dan pemahaman dan pelaksanaan para Sahabat tidak pernah membelakangi akal fikiran. Akal berfungsi dengan baik sebagai penterjemah dan memikirkan cara terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama. Imam-imam mazhab mengenal dan mencipta istilah-istilah seperti qiya>s, istih}sa>n, mas}a>lih} al-mursalah dan maqa>s}id al-shari>‘ah yang merupakan sumber perundangan Islam yang diakui dalam tradisi Islam.

Apabila adanya kecenderungan ulama’ masa kini yang kolot dan jumud dalam berfikir, ia tidak bermakna tradisi atau Islam sendiri yang menyebabkan perkara tersebut terjadi. Justeru, ajaran Islam menggalakkan penggunaan optimum akal fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh syari’ah itu sendiri. Oleh sebab itu sebenarnya tidak timbul istilah literal Islam versus liberal Islam dalam memahami agama.

Di sini dapat dikesan kecenderungan Islam Liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua entiti yang otonom dan independen. Agama ataupun shari’ah, kerana dilihat amat terbatas jumlah teksnya, bergerak dalam ruanglingkupnya yang tersendiri dan akal mempunyai peranan dalam kerangka yang lebih luas yang dapat memastikan kerelevanan agama dalam dunia masa kini. Oleh kerana itu kontradiksi berlaku di antara dua aliran pemikiran modenis atau Islam Liberal dan ramai ulama’ dan pemikir Islam yang meletakkan syarat penggunaan akal fikiran agar tidak bertentangan dengan mana-mana teks al-Qur’an dan al-Sunnah.

Bagi Islam Liberal apabila pertentangan di antara keduanya berlaku, maka teks al-Qur’an ini perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutik ataupun melalui pemahaman substantif agar tidak lagi terpaku kepada pemahaman literal terhadap shari’ah, akan tetapi pemahaman yang Liberal. Berangkat dari metodologi dan cara berfikir inilah, tidak sedikit daripada mereka yang hanya melihat daripada shari’ah itu nilai-nilai universal yang juga ada dalam tamadun Barat bahkan juga dikongsi bersama oleh mana-mana agama di dunia ini.

Penolakan Terhadap Otoriti Agama.

Liberalisme dan modernisme Islam menolak otoriti agama. Dalam wacana Islam Liberal banyak penekanan diberikan kepada kebebasan berpendapat oleh siapa saja tentang apapun permasalahan agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan otoriti agama ini penting agar kebebasan berpendapat/ ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka adalah otoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional dan berlainan.

Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan sangat penting. Cukup banyak ayat dan hadis yang menuntut umatnya menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu. Disiplin ilmu apapun memerlukan otoriti. Islam adalah subjek ilmu yang cukup ketat dalam menentukan siapa yang layak dijadikan guru. Tanpa adanya kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan guru maka penyelewengan terhadap agama sangat mudah sekali berlaku. Setiap disiplin ilmu ada otoriti masing-masing. Kalau dalam bidang perubatan, kejuruteraan dsb. seseorang itu perlu merujuk kepada otoriti dan pakar-pakarnya maka sebenarnya tidak ada bezanya dengan agama Islam: shari>'ah, aqi>dah, tafsi>r, hadi>th, masing-masing cabang ilmu ini memerlukan kepakaran yang juga memakan energi dan masa yang tidak kurang daripada keperluan seseorang menguasai bidang perubatan dan sains. Bahkan dari ribuan orang yang berusaha menguasai cabang keilmuan Islam hanya segelintir saja yang diakui sebagai pakar dan otoriti yang menjadi rujukan.

Golongan Islam Liberal melihat bahawa otoriti agama hanya akan memberi kesan negatif. Ini kerana ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada ulama’ sebagai tidak islami, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini timbul akibat salah faham atau distorsi yang disengajakan. Wujudnya otoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hirarki dalam Islam. Islam sama sekali tidak pernah meletakkan ulama’ sebagai wakil Tuhan atau pemegang kuasa menggantikan Tuhan sepertimana berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja di zaman kegelapan (Dark Ages). Dalam Islam ijtihad ulama’ tidak mutlak kebenarannya. Oleh itu pandangan ulama’ tidak semestinya benar. Pandangan ulama’ hanya boleh diterima sekiranya terbukti sesuai dengan kehendak syari’ah dan dipersetujui kebenarannya. Di sinilah dalam tradisi Islam kita mengenal konsep qawl al-jumhu>r (pandangan majoriti), dan ijma>' (kesepakatan ilmuwan) dan konsep ini sangat penting dalam tradisi keilmuan Islam.

Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak sophisticated iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation”. Bertolak dari premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika al-Qur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini. Nasr Hamid Abu Zaid disebut sebagai tokoh hermeneutik Islam Liberal saat ini. Walaubagaimanapun buku beliau, Mafhu>m al-Nas} mendapat tentangan yang keras dari para sarjana Muslim.

Konsep Pluralisme Agama

Perdebatan tentang pluralime agama baru-baru ini cukup hangat di Indonesia. Aliran modenisme dan Islam Liberal mendukung kuat ide ini dan promosi besar-besaran telah dilakukan. Banyak buku-buku telah diterbitkan dan diseminarkan. Di antara tokoh utama dalam hal ini adalah Alwi Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama. Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penulis melihat adanya pra-asumsi bahawa yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah semata-mata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama.

Alwi menafikan bahawa syari'at yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah penghapus bagi syari'at-syari'at yang telah diturunkan sebelumnya. Alwi juga mengatakan bahwa ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mengklaim eksklusivisme Islam yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (di>nan) mereka maka tidak akan diterima (oleh Allah) daripadanya” dalam penjelasan terhadap ayat ini beliau mengatakan bahawa: hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Alasan Alwi adalah bahawa Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan iman ini dengan menyerahkan diri terhadap kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang berserah diri.

Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan ide ini antaranya adalah Frithjof Schuon dan Syed Husein Nasr. Apa yang mereka ketengahkan adalah lebih kepada ide kesatuan agama pada hakikatnya (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah. Akan tetapi, pendekatan yang digunakan oleh Alwi Shihab cukup berani dan radikal. Kerana beliau bukan sahaja bercakap dari segi pemikiran dan falsafah akan tetapi cuba untuk mengambil pendekatan dari dalam, dengan mempergunakan tradisi Islam khususnya teks-teks al-Qur’an dan mentafsirkannya dengan sewenang-wenang.

Alasan yang dianggap oleh pluralis cukup kuat dan dapat menyokong pandangannya bahawa al-Qur’an mengakui keimanan komunitas beragama selain daripada umat Islam bahkan amalan mereka juga akan diterima sebagaimana umat Islam. Dengan bersandarkan kepada ayat al-Qur’an (al-Baqarah: 62 dan al-Ma>’idah: 69), Alwi menterjemahkan ayat tersebut sebagai berikut: “Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristen, dan Kaum Shabiin; Mereka yang percaya pada tuhan dan hari akhir dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan tidak akan berduka cita”. Sekilas pandang ayat ini seolah menjustifikasikan pandangan beliau, akan tetapi sesiapa yang faham bahasa Arab akan sedar adanya kalimat yang sengaja ditambah dan tidak sesuai dengan kehendak ayat. Ayat tersebut bermula dengan Innallazi>na a>manu> wallazi>na ha>du wannas}a>ra> was}s}}a>bi’i>na man a>mana billa>h, jelas sekali ayat ini tidak mengatakan bahawa semua golongan yang dinyatakan adalah dianggap beriman, ayat tersebut hanya menyatakan bahawa ada kemungkinan di antara penganut agama tersebut ada orang-orang yang mempunyai keimanan (yang belum tercemari oleh kesesatan) terhadap Allah dan hari akhirat. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pendapat yang kuat berdasarkan pendapat Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat waman yabtaghi ghayr al-Isla>mi di>nan…Adapun pendapat yang mengatakan ia tidak dimansuhkan mengatakan bahawa terdapat syarat implisit bagi ayat tersebut iaitu beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ulama’ dan ramai mufassir mengatakan bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar ahlul Kitab yang masih mempunyai secebis keimanan tersebut hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada nabi Muhammad s.a.w. kerana keimanan terhadap Allah tidak sempurna dan tidak akan diterima tanpa keimanan terhadap Rasulullah begitu juga amalan mereka tidak akan diterima sebagai amal saleh apabila mereka enggan mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w. Pentafsiran seperti inilah yang sesuai dengan mesej keseluruhan dan objektif al-Qur’an. Ini kerana seorang mufassir dikehendaki melihat satu-satu ayat selari dengan ayat-ayat yang lain bukan mengasingkannya dan menutup mata dari melihat kepada nas}-nas} (teks) yang justeru bertentangan dengan pemahamannya. Mengenai kedudukan orang kafir baik Ahlul Kitab maupun Musyrikin terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka.

Konsep pluralisme agama adalah selari dengan misi sekularisasi dan liberalisasi. Di Barat, masyarakat pada umumnya sudah hilang kepercayaan pada agama. Agama Kristian tidak lagi menjadi rujukan dalam masalah kemoralan apalagi masalah politik, dan sosial. Falsafah eksistensialisme dan pragmatisme telah mengambil alih peranan dalam menentukan nilai-nilai moral masyarakat Barat. Ini kerana agama secara umum telah disepakati merupakan produk manusia tidak luput daripada silap dan salah. Bahkan banyak ajaran Injil hanya dianggap mitos yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan oleh orang yang telah bertamadun dan maju. Apabila telah menjadi kesepakatan umum bahawa 'all religions are human inventions' maka tidak ada lagi kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran yang relatif, terserah kepada masing-masing individu untuk memilih sesuai dengan 'selera'nya.

Penolakan terhadap Shari'at Islam

Islam Liberal menolak pelaksanaan syari’at Islam, di Amerika al-Na’im pengikut setia tokoh kontroversial Mahmud Muhammad Taha dari Sudan, menulis buku beliau pada tahun 1990 berjudul Toward an Islamic Reformation yang intinya adalah merombak pemahaman orang Islam terhadap syari’at Islam. Menurut beliau syari’at Islam itu tidak suci (divine). Beliau menyuarakan perlunya syari’at Islam khususnya Islamic public law dirubah karena teks agama tidak perlu diikuti secara literal. Bahkan beliau mengatakan bahwa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan counter-productive. Karena pelaksanaannya sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Al-Na'im menjelaskan:

I have shown that Shari'a was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna, Shari'a is not divine because it is the product of human interpretation of those sources. Moreover, this process of construction through human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implementation today.

Di sini dapat dilihat pengaruh kajian Orientalist terhadap al-Na'im. Berasaskan kepada kajian orientalis seperti Goldziher, Schacht dan Coulson yang mengatakan bahawa Syari’at Islam adalah hasil ciptaan ulama’ dan fuqaha selama tiga ratus tahun. Malangnya amat kurang sekali tulisan-tulisan ilmiah yang dapat mendongkrak idea-idea seperti ini, kecuali beberapa tulisan yang masih perlu dilanjutkan seperti M. Mustafa al-Azami yang telahpun membatalkan premis-premis Schacht tentang Shari'ah. Kajian mendalam orientalis terhadap hukum Islam membuahkan hasil dengan diterimanya premis-premis mereka sebagai sandaran untuk menolak hukum Islam.

Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan kesinambungan daripada pemikiran sekularisme dan bahkan juga diakui oleh al-Naim sendiri. Di Indonesia mesej penolakan Shari'at dikemukakan Jaringan Islam Liberal.

Anggapan bahawa syari’at Islam tidak divine adalah disandarkan kepada kajian-kajian orientalis yang mengatakan bahwa formulasi syari’at Islam berlaku selama 300 tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat, di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul.

Kesimpulan

Terdapat perbezaan yang ketara di antara teori yang dikemukakan oleh Kurzman dan Binder dengan kenyataan lapangan. Teori Kurzman membawa mesej untuk mempopularkan gerakan ini dan memberi justifikasi atas setiap ide dan pemikiran Islam Liberal. Untuk tujuan ini, Kurzman telah berjaya mengelabui mata orang ramai dengan penggunaan istilah dan terminologi yang diterima ramai seperti: progress, freedom of thought, democracy dsb. Penumpuan pada hal-hal tersebut akan memberi kesan ketidakrelevenan golongan yang menolak Islam Liberal. Dan menutup mata orang ramai terhadap banyak lagi ide-ide yang justru menjadi ciri-ciri utama pemikiran Islam Liberal seperti: penolakan otoriti agama, pluralisme agama, penolakan Syari’ah dll.

Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat: sekularisme, orientalisme dan postmodernisme, terhadap pemikiran Islam Liberal adalah berdasarkan bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal. Ini jelas dalam buku Kurzman Liberal Islam yang menjadikan tema-tema sekular sebagai elemen penting dalam gerakan ini. Oleh yang demikian, ada benarnya pernyataan Islamis bahwa Islam Liberal sebenarnya merupakan ‘produk’ Barat, dilahirkan dan dibentuk bukan di dalam paradigma Islam akan tetapi di dalam paradigma pemikiran Barat. Walaupun para ideologi dan promotor mereka mencoba untuk memberikan legitimasi daripada teks-teks agama untuk setiap ide yang dilontarkan, ia hanyalah sebagai satu strategi dan hanya digunakan dengan tujuan validasi.

Adalah tidak benar jika dikatakan bahwa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam pemikirannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahwa ideologi-ideologi Islam Liberal memakai metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh dan tentunya ia tidak kelihatan, dalam bentuknya yang asli, pada gerakan ini. Kalau dalam diskursus Islamis banyak menyebut tentang serangan pemikiran (al-Ghazw al-Fikri>) dan menjadikan Orientalisme, sekularisme dan modernisme sebagian darinya, tentunya gerakan Islam Liberal ini merupakan satu jelmaan baru serangan Barat terhadap Islam.

Pemikir-pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan penjelasan tentang worldview Islam dan worldview Barat, dengan tujuan bahawa umat Islam tidak keliru dan terpengaruh dengan pemikiran Barat yang pada intinya tidak mesra agama kalau bukan anti-agama. Anggapan bahawa tidak adanya percanggahan di antara keduanya memberikan isyarat bahawa Islam tidak mempunyai identiti tersendiri dan tidak memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia, dan anggapan ini tentunya tidak benar sama sekali.