Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Tundukkan Pandangan Mata dan Hati…

Sekeping hati yang bersih mampu melahirkan ilham yang merupakan petunjuk dan hidayah dari Allah.. Indahnya apabila mata sentiasa memandang yang halal baginya, hati sentiasa berzikir dan terhalang daripada dosa..jiwa terasa tenang tanpa bisikan hati yang melalaikan..Alunan zikrullah membasahi bibir lantaran kalamullah bersemadi di jiwa..Al-Quran itu kekasih..Jika lame ditinggalkan, maka lamelah rajuknya..Rindu menjengah pabila lamanya tidak menjamah Al-Quran buat santapan hati dan nurani..hati semakin gelisah pabila sudah lame tidak bangun bertahajud, bermunajat pada yang Esa..yang belum pernah merasa semua itu..ingin merasainya..tapi ia memerlukan mujahadah yang tinggi..mampukah kita berkorban mengabaikan keseronokan sementara..untuk mengejar cinta Allah yang hakiki dan abadi..tidak pernah ade sesiapa pun yang mengadu bahawa cintanya tidak terbalas lantaran bermadu kasih dengan Allah dan RasulNYA..bagaimana cinta itu?? Cinta pada pengabdian kepada Allah..cinta kepada perjuangan..berkorban segala-galanya demi tuhan,,cinta TERAGUNG…..

Al-Kisah Menyayat Hati..
link..http://kembaraduniaku.blogspot.com

Dah lame nak bukak..tak terbuka..hari ini nak ajak ramai2 baca..Satu artikel yang menarik dan lebih baik dikatakan bijak..Memang bijak adik kita ni membawa pendekatan fikrah yang santai tapi penuh makna..Baca lah...

ATTENTION!!! ! SENARAI NON-HALAL FOODS..TLG FWD LAJU2 TO OUR MUSLIM FRENS ..!!!!~



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4.. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4... Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11... Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10... Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14.. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref.. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked... It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088..

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.


Salam sejahtera buat semua...

Bersua lagi kita dalam Diary Juara Siri 2..

Kali ini, Bicara Hikmah ingin berkongsi cerita di ambang peperiksaan..sudah menjadi lumrah dan rutin, sebagai mahasiswa sentiasa berhadapan dengan peperiksaan..emm...bila kate lumrah dan rutin...maknanye kita dah biasa dengan suasana exam ni..jadi apa yang ditakutkan..buat macam biasa sahajalah...emmm.Bicara Hikmah cuba membawa arus pemikiran pembaca supaya tidak terlalu stress dengan musim exam ini..oh..ya istilah musim exam, demam exam perlu dihapuskan dalam kotak pemikiran juara..kerana istilah itulah yang memberatkan kepala kita..

Jadi..anggaplah peperiksaan sebagai latihan uji minda...anda pasti tidak tertekan,..
Belajar dan struggle..sudah menjadi satu kemestian sebagai pelajar untuk menguasai sesuatu subjek..bukan tunggu exam baru nak pulun,,jadi..perhatikan waktu anda,,hargailah masa yang ade untuk benar2 menelaah ilmu itu..berilah ruang untuk dirimu bermadu kasih dan bercinta dengan ilmu2 Allah yang Maha Luas agar kita kembali mengenal Pencipta...

Akhir kata..jadilah pelajar dan mahasiswa yang bijak mengatur masa..berjiwa besar..bervisi tinggi dan sentiasa bersemangat..dan satu lagi... sentiasa ceria...

Selamat berjuang semua...

Assalamualaikum w.r.t...

Pertamanya...kesyukuran kulafazkan ke hadrat Allah yang sentiasa bersama hambaNya yang kerdil ini..setelah 2 minggu blog ini tidak diupdate..memandangkan Bicara Hikmah terus menerus berfikir kalam yang paling berhikmah yang boleh dikongsikan bersama pembaca..akhirnya KINI BICARA HIKMAH kembali bersama pembaca..

Insya Allah..dalam fasa-fasa exam ini...BICARA HIKMAH akan mengeluarkan artikel bersiri bertajuk DIARY JUARA...nantikan kemunculannya..



Melangkah Sebagai Seorang Juara

Dari meja bicara hikmah..membuka tirai ..melabuh bahtera bagi menyingkap rahsia-rahsia kejayaan yang dipinjamkan oleh Allah buat hambaNya yang hina ini.. Bagi insan yang dihidangkan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mengemudi layar kehidupan ini, bukan senang sebenarnya ingin melakar sebuah kejayaan. Semuanya bermula dengan pengorbanan dan tekad yang tinggi untuk mengubah nasib hidup kepada yang lebih baik.. Pernah suatu hari hari, ayah saya datang melawat kami adik-beradik di asrama, dalam pertemuan yang dikatakan ‘sport check’ bulanan ini, ayah saya memulakan bicaranya yang menjadikan amanat itu terpahat dihati sehingga kini.. Syarat ayah saya apabila masuk sekolah menengah wajib tinggal di sekolah berasrama dan tidak boleh tinggal senang lenang di rumah…Bila dah tinggal di asrama, menjadi rutin bulanan ayah saya akan datang secara mengejut sebagai sport check apakah aktiviti anak-anak apabila tinggal di asrama..begitulah disiplin diri yang diterapkan oleh Pakar Motivasi saya iaitu ayah yang tercinta…. Baiklah kita beralih kembali kepada cerita saya tadi.. Pada pertemuan hari itu, ayah mengajak kami duduk dalam bulatan di bawah satu pondok di depan asrama.. Seingat saya, hari itu, kami-ayah, adik syidah, saiful dan adik-adik yang lain tak ingat ade ke tak..Ayah memulakan amanatnya..
“Ayah tiada harta, hanya ilmu yang ayah tinggalkan sebagai bekalan untuk anak-anak ayah.. kalau tok jadi ustaz, ayah usahakan yang ayah dapat jadi lebih sikit dari tok..jadi, kalau ayah ade degree, ayah nak anak ayah sekurang-kurangnya ada master..” itulah pesanan keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di benak fikiranku… Satu lagi… ayah saya sentiasa nak tengok result kami yang terbaik.. dan result itu semestinya selepas mencurahkan semaksimanya tenaga yang ada..bukan buat sambil lewa dan cukup makan..Lain pula mak saya, nak tengok A je.. teringat satu ketika bila saya pernah dapat result peperiksaan ape tak ingat dah..mak pun cakap..” hai, 3 A je..” em, cetusan rasa seorang ibu menandakan tidak puas hati dengan keputusan tersebut… Satu lagi kata-kata keramat Kak Long saya yang merupakan pelajar terbaik di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah, “ HANYA KEJAYAAN yang membahagiakan mak dan ayah kita”..
Cerita di atas hanya sekadara perkongsian yang tidak seberapa..Dan saya pasti, yakin dan percaya, anda semua juga turut pernah mengalami situasi mungkin agak serupa.. Mesej yang ingin saya lontarkan ialah, cetusan kejayaan bermula dari dalam diri kita,,Hatta kalau kita mendengar atau membaca sehebat mana pun ceramah motivasi, ia tidak mampu mengubah nasib kita..
Apa yang penting adalah kesedaran diri untuk melakar sejarah baru bagi mencipta sebuah kejayaan.. Saya yakin dan percaya, ibu dan ayah kalian jua mempunyai hasrat yang sama dengan mak dan ayah saya..Justeru, cuba anda imbas kembali pesanan-pesanan keramat mereka, cuba bayangkan wajah ibu dan ayah anda sekarang, cuba ingat kembali harapan yang pernah mereka impikan buat kita semua.. Sanggupkan kita menghampakan mereka????fikir-fikirkanlah…


Saya lebih suka memberikan beberapa tips ringkas…yang penting anda cubalah praktikkan:
1. Benarkan niat IKHLAS menuntut ilmu..
2. Pasakkan tekad untuk cemerlang.
3. Cetuskan inspirasi untuk cemerlang dan gambarkan satu imaginasi yang apa yang anda ingin capai dan gambarkan situasi yang anda sudah dapat apa yang anda inginkan…
4. Kuatkan azam dan tekad.
5. Mulakan langkah pertama..jangan bertangguh dan mulakan sekarang..
6. Majukan langkah, terus menuju matlamat.
7. FOKUS pada matlamat..
8. Abaikan halangan ditengah jalan..dan fokus pada matlamat..
9. Yakin dengan bantuan yang Allah akan beri bagi orang yang ikhlas dalam menuntut ilmu..
10. Istiqamah bangun malam merintih setiap keperitan yang dilalui hanya kepada Allah.. anda pasti tidak akan dikecewakan..kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..
11. Tawakkal dan sentiasa muhasabah diri
12. Tawadhu’ dan rendah diri di hadapan guru
13. Jaga pemakanan-jauhi yang haram dan syubhah.
14. Jaga pandangan, jaga hati…jauhi maksiat hati
15. Tinggalkan cinta yang melalaikan dan mengeraskan hati..
16. Kejar cinta akhirat..Allah dan Rasul adalah cinta utama kita..
17. Kejayaan bukan milik kita, hanya pinjaman dari Allah.
18. Jauhi sifat pentingkan diri dan sentiasa bersama rakan-rakan-buat study group…
19. Kejayaan milik bersama..
Moga anda semua terus cemerlang..lakarkan sejarah kecemerlangan diri ini anda..
Tak salah berimaginasi tinggi..kita perlu punya visi dan misi tersendiri… dan pasakkan niat, kejayaan kita adalah untuk manfaat umat Islam dan menjulang agama Allah ditempat yang selayaknya…
Ayuh, bangkitlah,,kejayaan pasti dalam genggaman… Sekian,wallahu’alam…







Assalamualaikum buat semua..

Bila difikirkan, hidup ini luas sebenarnya..walaupun sekarang musim nak exam..tapi diriku tidak dapat memberikan ruang 100% pada exam semata-mata...

Suatu hari yang benar-benar menyentuh hati kecilku apabila diberi peluang bersama dengan 130 orang adik-adik ting 1 dan 2 SMK Seri Bentong.. Hadirku disambut dengan ucapan penghormatan dari Cikgu Haryati Musa yang telah memberi kepercayaan kpd diri yang kerdil ini dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang berceloteh dan bercerita dengan adik2...

Ku rindu saat itu..wajah mereka yang bersih tiada dosa... penuh bersemangat hendak mengenal dunia...sememangnya satu badan terasa sakit setelah balik dari program..tapi hatiku terasa bahagia pabila menatap kembali wajah-wajah mereka..terima kasih adikku saiful yang sudi ikut kokde...camera men ku;))

Sedikit demi sedikit ku cuba pendekatan baru dalam memberikan penekanan berkaitan dengan akidah di dada anak-anak kecil itu..khusyu' mereka bila dengar cerita tentang tayangan kehidupan yang bakal ditayangkan di Mahkamah Mahsyar..Satu-persatu ku cuba bawakan agar tertanam cinta Allah di hati mereka..tapi aku rase masih banyak perkara yang perlu di post mortem.. saat pulang ke rumah,hatiku meronta-ronta ingin menyambung bidang kaunseling agar aku faham selok-belok berhadapan dengan mad'u kecil ini..

Saat ini, aku sedar..diriku terlalu dekat dengan mad'u kecil2 ini...remaja...kanak-kanak..mereka lah yang sentiasa menjadi perhatianku..mereka ini golongan yang perlu diberi perhatian khusus..teringat semasa aku praktikal dengan majikan pertama nak cari keje part time..aku melihat bagaimana ibu bapa hari ini melayan anak-anak mereka..mata ku sentiasa cepat bila melihat seorang ibu berkasar dengan anak kecilnya di ekskalator semasa di Warta tempoh hari..isy..sedih hatiku..jangan dilayan mereka begitu..hati mereka cepat terusik..apa yang diperolehi semasa kecil itu cukup memberi kesan kpd sikap mereka pabila dewasa nanti..

emm..aku masih keliru..masa tak banyak..nak juga aku ambik double master..huhu..

Daie perlu kuasai semua bidang ilmu..daie perlu peka dengan isu..daie perlu tahu aktiviti masyarakat..

balik dari program.penatnye..terasa sungguh,, dah lame agaknye berehat..sehingga badanku sudah tidak tegar dengan semua itu..hai muda lagi ni..em teringat pula salah satu kewajipan seorang muslim dalam buku Maza yakni..
daie kena jaga kesihatan..selalu senaman..penting..kerana badan ni nak gune lama lagi.. masalah umat ..masalah daie..ayuh..daie..bangkit!!!!!

panjang pula celoteh bicara hikmah hari ini..dah lama tak berceloteh..Ya Allah peliharalah kami umat akhir zaman ini...

SALAM BUAT PEMBACA BLOG SAYA YANG SETIA..

Pertamanya saya mohon maaf kerana sangat terlalu lama tidak meng'update blog ni..
hai maklumah..sibuk dgn tesis dan pelbagai lagi yang tak mampu disebutkan...
kali ini un saya tak berniat nak berceloteh panjang..sekadar ingin melakarkan perkiraan saya yang dah tak lama lagi nak tinggalkan bumi pembukitan ilmu..berikut merupakan tugasan-tugasan yang perlu saya sempurnakan..

AGENDA PENTING:

11 April 2009 : Program Motivasi bersama Pelajar SERI BENTONG.

12-22 April 2009 : Fasa Tamatkan TESIS
Fasa Persediaan untuk Final Exam
Fasa Menghadam ilmu-ilmu asas dalam bidang tafsir khususnya...

23 Apr- 7 Mei 2009 :Final Exam..

15 April 2009 : Malam Anugerah Gemilang FPI
16 April 2009 : Usrah Mega
17 April 2009 : Mengumpul koleksi gambar-gambar kenangan
20 April 2009 : Jamuan makan bersama sahabat2.

8 - 15 Mei 2009 : Fasa Kemaskini Nota Keseluruhan Degree..

JUN : Insya Allah.nak apply keje.

Saje2 boring .melakar keje2 yang perlu dibuat.bak kate Dr.Ishak, perancangan itu penting...

emm.tak sempat nak merancang, melangkah je ke bumi Pahang dah menunggu 3 program rasmi termasuk bengkel susulan yang perlu dihandle.belum masuk dengan gerak kerja dalam dunia dakwah lagi..begitulh..dan memang benarlah kewajipan itu melebihi masa..

moga Allah permudahkan urusan kita semua...