Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About



Melangkah Sebagai Seorang Juara

Dari meja bicara hikmah..membuka tirai ..melabuh bahtera bagi menyingkap rahsia-rahsia kejayaan yang dipinjamkan oleh Allah buat hambaNya yang hina ini.. Bagi insan yang dihidangkan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mengemudi layar kehidupan ini, bukan senang sebenarnya ingin melakar sebuah kejayaan. Semuanya bermula dengan pengorbanan dan tekad yang tinggi untuk mengubah nasib hidup kepada yang lebih baik.. Pernah suatu hari hari, ayah saya datang melawat kami adik-beradik di asrama, dalam pertemuan yang dikatakan ‘sport check’ bulanan ini, ayah saya memulakan bicaranya yang menjadikan amanat itu terpahat dihati sehingga kini.. Syarat ayah saya apabila masuk sekolah menengah wajib tinggal di sekolah berasrama dan tidak boleh tinggal senang lenang di rumah…Bila dah tinggal di asrama, menjadi rutin bulanan ayah saya akan datang secara mengejut sebagai sport check apakah aktiviti anak-anak apabila tinggal di asrama..begitulah disiplin diri yang diterapkan oleh Pakar Motivasi saya iaitu ayah yang tercinta…. Baiklah kita beralih kembali kepada cerita saya tadi.. Pada pertemuan hari itu, ayah mengajak kami duduk dalam bulatan di bawah satu pondok di depan asrama.. Seingat saya, hari itu, kami-ayah, adik syidah, saiful dan adik-adik yang lain tak ingat ade ke tak..Ayah memulakan amanatnya..
“Ayah tiada harta, hanya ilmu yang ayah tinggalkan sebagai bekalan untuk anak-anak ayah.. kalau tok jadi ustaz, ayah usahakan yang ayah dapat jadi lebih sikit dari tok..jadi, kalau ayah ade degree, ayah nak anak ayah sekurang-kurangnya ada master..” itulah pesanan keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di benak fikiranku… Satu lagi… ayah saya sentiasa nak tengok result kami yang terbaik.. dan result itu semestinya selepas mencurahkan semaksimanya tenaga yang ada..bukan buat sambil lewa dan cukup makan..Lain pula mak saya, nak tengok A je.. teringat satu ketika bila saya pernah dapat result peperiksaan ape tak ingat dah..mak pun cakap..” hai, 3 A je..” em, cetusan rasa seorang ibu menandakan tidak puas hati dengan keputusan tersebut… Satu lagi kata-kata keramat Kak Long saya yang merupakan pelajar terbaik di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah, “ HANYA KEJAYAAN yang membahagiakan mak dan ayah kita”..
Cerita di atas hanya sekadara perkongsian yang tidak seberapa..Dan saya pasti, yakin dan percaya, anda semua juga turut pernah mengalami situasi mungkin agak serupa.. Mesej yang ingin saya lontarkan ialah, cetusan kejayaan bermula dari dalam diri kita,,Hatta kalau kita mendengar atau membaca sehebat mana pun ceramah motivasi, ia tidak mampu mengubah nasib kita..
Apa yang penting adalah kesedaran diri untuk melakar sejarah baru bagi mencipta sebuah kejayaan.. Saya yakin dan percaya, ibu dan ayah kalian jua mempunyai hasrat yang sama dengan mak dan ayah saya..Justeru, cuba anda imbas kembali pesanan-pesanan keramat mereka, cuba bayangkan wajah ibu dan ayah anda sekarang, cuba ingat kembali harapan yang pernah mereka impikan buat kita semua.. Sanggupkan kita menghampakan mereka????fikir-fikirkanlah…


Saya lebih suka memberikan beberapa tips ringkas…yang penting anda cubalah praktikkan:
1. Benarkan niat IKHLAS menuntut ilmu..
2. Pasakkan tekad untuk cemerlang.
3. Cetuskan inspirasi untuk cemerlang dan gambarkan satu imaginasi yang apa yang anda ingin capai dan gambarkan situasi yang anda sudah dapat apa yang anda inginkan…
4. Kuatkan azam dan tekad.
5. Mulakan langkah pertama..jangan bertangguh dan mulakan sekarang..
6. Majukan langkah, terus menuju matlamat.
7. FOKUS pada matlamat..
8. Abaikan halangan ditengah jalan..dan fokus pada matlamat..
9. Yakin dengan bantuan yang Allah akan beri bagi orang yang ikhlas dalam menuntut ilmu..
10. Istiqamah bangun malam merintih setiap keperitan yang dilalui hanya kepada Allah.. anda pasti tidak akan dikecewakan..kerana Allah sangat sayang pada hambaNya..
11. Tawakkal dan sentiasa muhasabah diri
12. Tawadhu’ dan rendah diri di hadapan guru
13. Jaga pemakanan-jauhi yang haram dan syubhah.
14. Jaga pandangan, jaga hati…jauhi maksiat hati
15. Tinggalkan cinta yang melalaikan dan mengeraskan hati..
16. Kejar cinta akhirat..Allah dan Rasul adalah cinta utama kita..
17. Kejayaan bukan milik kita, hanya pinjaman dari Allah.
18. Jauhi sifat pentingkan diri dan sentiasa bersama rakan-rakan-buat study group…
19. Kejayaan milik bersama..
Moga anda semua terus cemerlang..lakarkan sejarah kecemerlangan diri ini anda..
Tak salah berimaginasi tinggi..kita perlu punya visi dan misi tersendiri… dan pasakkan niat, kejayaan kita adalah untuk manfaat umat Islam dan menjulang agama Allah ditempat yang selayaknya…
Ayuh, bangkitlah,,kejayaan pasti dalam genggaman… Sekian,wallahu’alam…

0 Comments:

Post a Comment