Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Jalan Dakwah
Mustaffa Masyhur

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepadaAllah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalandakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita. Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satukewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitumenegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim ituadalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkanuntuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contohIslam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti. Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunanmasyarakat Islam.

Usrah muslim, keluarga muslimmempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dankemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yangdididik dan dibentuk di masa pembentukan danpersediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anakyang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudiatau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi¡¨ Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunanrumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satumakalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulahkita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karanganyang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikitmengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahumemperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah,wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilihpasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untukmenjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencariputera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih,sebagai kongsi hidup suami isteri. Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkankeluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa.Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islamyang sejati dan memilih yang beragama, yang memahamitugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikanpasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalandakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupasentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya,memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipunbagaimana lamanya dan mendidik serta membentukanak-anaknya menurut bentuk Islam yangsebenar-benarnya. Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajardan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejatiyang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorangpenganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah.Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setiakepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan carayang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuahkeluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah danjihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kitakepada yang demikian dengan sabda baginda: ¡§Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: keranahartanya, kerana tarafnya, keturunannya danpangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragamasupaya kamu berbahagia". Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakuihak wali yang menikahkan puterinya dengan seoranglelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberipeluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yangsalih. ( didalam keadaan yang menepati syarat-syaratnya--„³ )


B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnyamampu mengawal dan menguasai setiap tahap danperingkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama adadari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkanrumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantinbaharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segalaadat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak. Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangandengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadirintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadangmenghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan.Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu diMesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauhdari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk?Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yangbertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalahwajar. Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari olehmanusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemarifesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kitabersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untukmelangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid,lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukaioleh manusia dan akan menjadi perkara biasa.Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkaralumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lahpertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan. Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan danadab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan danmenanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakanke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agamatelah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alamperkahwinan sesuai dengan ajaran Islam. Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atasasas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan,ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama inidicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zamanini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak puladapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaiandan dengan segala perhiasan rumahtangga. Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam dirisendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, keranaAllah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberimawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antarasuami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yangtelah berfirman: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismusendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteramkepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dansayang.¡¨ (Ar-Rum: 21) Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam hartayang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulahorang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialahberibadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilahberusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagaiibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenapkehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkandiri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengansegala kemudahan yang ada untuk menolong kitaberibadat kepada Allah. Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak danlain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidupkita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untukmenghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat keranamengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yangdimurkai Allah. Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandangurusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepadaAllah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-duapihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Olehkerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahuiajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dankewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga,bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masingdan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolongke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepadaAllah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai,hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanyaSemuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam.Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yangbermaksud: " Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelakiyang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang danmembangunkan isterinya, maka sekiranya enggan jugabangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air kemukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepadawanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyangdan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, diamerenjiskan air ke mukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percayamempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri,lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalamrumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadirumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yangsejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariatIslam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segalakeraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduhdan ke pura-puraan. Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujudkecuali di bawah naungan takwa kepada Allah danmencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia diwaktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itutenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepadaisterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalahuntuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diriwalaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya.Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminyadibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalamsuasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jindan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu danmenggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkandi atas dasar kerjasama, di atas syura', tolongmenolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suamisebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyaikata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong danmenolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunandan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selamaini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruhdunia. jika masih terdapat kepincangan di dalampertimbangan ini, maka tidak akan wujud satukemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala didalam firmanNya: `Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengankewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi parasuami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripadaisterinya". (Al-Baqarah : 228) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dankerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagiandari harta mereka". (An-Nissa': 34) Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusanrumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuhkerjasama, tanggungjawab dan syura di dalambatas-batas ajaran Islam. Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan keranasemuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hatidengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia inibukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtanggaRasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demisebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidakada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupundemikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetapmenjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak adatolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawamereka memikul amanah dan tanggungjawab.

Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiappemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Makahendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkarayang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepadakamu. Benarlah Allah yang berfirman: 'Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dankeluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalahmanusia dan batu" (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yangpaling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baikdi kalangan kamu terhadap ahlinya". Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demipemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberiperhatian yang berlebihan apabila salah seorang darianggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatianyang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seoranganggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupunmenyalahi ajaran Islam padahal itulah yang palingutama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar danhidup bagi Islam dari seorang muslim yang benaraqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya,yang benar sikap dan yang benar segala tindak tandukdan perkataannya, demikian juga kita menghendakirumahtangga muslim itu supaya menjadi pusatperlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidupberkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahteradan teliti. Kita ingin melihat suami muslim yang memikultanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurutketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yangmemelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam,memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka danmengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka.Kita hendak melihat isteri yang muslimah yangmenjadikan rumahtangga sebagai taman sari yangmemuaskan dan menggembirakan suaminya., Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh darikepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolongsuaminya mentaati Allah Ta'aala. Alangkah indah danhebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isterikepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktupagi: " Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami danjanganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yanghalal dan baik-baik sahaja". Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini,ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentukmereka menurut bentuk Islam kerana dialah yangsentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah,amanah dan tugas para wanita dan isteri yang palingpenting yang selama ini cuba dihapuskan olehmusuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkanfakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagaipembohongan dan penipuan dengan tujuan untukmerobohkan bangunan masyarakat. Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu,putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakandiri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepadaAllah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa.Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurutadab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut merekasepatah perkataan dan sebarang perbuatan yangbertentangan dengan Islam. Kita mengingini rumahtangga muslim yang memeliharahubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil beraturusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kitahendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadisatu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahatkukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengankhadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yangmereka makan dan berpakaian seperti apa yang merekapakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luarkemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu diluar kemampuannya, mereka menolongnya. Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satubentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskanoleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalahdengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiransebagaimana peranan Rasulullah s.a.w. Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkancontoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya.Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yanghalal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnyayang Islami, gaya yang Islami di segala adat dantradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segalaunsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliahyang di import dari luar. Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwahyang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan diatas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian ataukelalaian di dalam melahirkan serta membinaanggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam didalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnyaorang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidakakan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtanggaorang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat danlojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiapanggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadisahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtanggadan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuhkesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik. Isteri yang salihah berkemampuan menarik hatijiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiranmereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpatmengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu danpelajaran dan ke arah memahami urusan agama. Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudarimuslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supayamemainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya.Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telahmendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka olehmusuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya danmemusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklahmenjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turutbersama kita untuk memperbaiki yang rosak danmembangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkardan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan danmemerangi kehinaan. Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumahcahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepadaorang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. lamenghapuskan, memusnahkan segala kegelapan disekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di laluioleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumahmuslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antarasatu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat. Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuanmenyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naunganIslam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkandan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudahdibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yangmantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahanIslam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah. Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harusdan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yangmenjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contohteladan kepada generasi baharu. Ini adalah satulangkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam.

Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

0 Comments:

Post a Comment