Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Salam perjuangan buat semua..........
sudah lama saya menunggu saat ini untuk mencoretkan segala yang terbuku di hati.. sudah pasti anda merasa pelik pabila saya lampirkan gambar saff kepimpinan ISIUKM...perjuangan baru bermula..sedangkan dalam tempoh ini kami tidak lama lagi akan meletakkan jawatan...sekilas pandang sudah pasti dikatakan perjuangan sudah selesai.... sengaja saya tukarkan tajuk post ini kpd perjuangan baru bermula sambil memperingatkan kpd diri saya diri saya dan sahabat2 seperjuangan... bahawa ssungguhnya pabila kita meletakkan jawatan, bukanlah bermakna perjuangan kita sudah selesai..tetapi perjuangan yang sebenar baru bermula.. sesungguhnya apabila kita bertugas di kampus ini merupakan medan latihan dan medan tarbiyah bagi mempersiapkan diri untuk bergelar pejuang dalam dunia perjuangan yang sebenar iaitu bersama jemaah ISLAM, Parti Islam Semalaysia PAS....

Segala cabaran, mehnah dan tribulasi yang kita lalui sepanjang memegang taklifan sebagai MT menjadi satu pengalaman berharga yang cukup banyak merubah seluruh kehidupanku khususnya sebagai mahasiswa... medan inilah yang memaksa dan mendorong kami untuk berkorban untuk ISLAM.. perih jerih bersama sahabat2 seperjuangan terasa manisnya..... ISLAM menantikan kelahiran pejuang-pejuang muda yang berjiwa pemuda Ashabul kahfi ... yang sanggup menginfakkan seluruh kehidupannya untuk memastikan kalimah Allah terus tertegak dalam diri mereka dan terus didaulatkan.....

justeru, benarlah..perjuangan baru bermula...masih panjang lagi perjalanan yang akan ditempoh,, semuanya memerlukan pergorbanan dan kesungguhan serta azam yang tinggi untuk terus istiqamah.......... TAKBIR!!ALLAHU AKBAR!!!1

1 Comment:

  1. helang timur said...
    la tahzan..
    innallahama`ana..
    mohon maaf diatas segala kekhilafan...
    semoga sentiasa di bawah rahmat-Nya

Post a Comment