Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About


Termenung panjang...Pernah suatu ketika saya merasakan bahawa pasak di hati ini, ia tanggungjawabku pada agama, maka ku gagahkan langkah..kataku nak jadi MOTIVATOR..Maka sejak daripada itu ku lalui pelbagai ranjau liku-liku kehidupan yang Allah lorongkan untukku bergelar 'Motivator'..

Genap 11 November 2009, syarikat khidmat latihan dan perundingan kami berjaya ditubuhkan, maka tanggungjawab sebagai Perunding Motivasi Aura IMTIYAZ Training & Consultancy mula ku galas...Namun, sebagai 'Motivator Muda', masih panjang langkahku...

Antara training yang ku lalui adalah:

1. Berguru dengan Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mengambil peluang menjadi Fasilitator Excel Training & Consultancy dalam program SUPERKID EXCEL sambil belajar informal dengan beliau.

2. Training bersama Ust Kautsar di dalam Program SPIES, dan selepas ini kami akan ke Brunei untuk mengajar di sana.

3. Menghadiri kursus-kursus dan TOT yang berterusan:-
i. ESQ
ii. BRAINSTORMING BERSAMA IP MINDA.
iii. Kursus Colour Vibration Therapy bersama Prof Emiratus Dr.Norhisyam Wahab.
iv. Research and Development:


1.TESIS DEGREE: ISU-ISU TARBIYAH DALAM SURAH LUKMAN DAN PENDEKATAN TARBIYAH ISLAMIYAH DALAM MENANGANI PERMASALAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA ISLAM.
2.TESIS MASTER : KONSEP AL-FALAH DAN AL-FAUZ DALAM AL-QURAN DAN AL- SUNNAH:PERANANNYA DALAM MEMBENTUK MODAL INSAN BERINTEGRITI
3.TESIS PHD : MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.

v. Master dan PHD, Diploma Kaunseling.....

Maka, jika dilihat, walaupun masih dalam fasa melatih diri, tanggungjawab terhadap umat masih tergalas di bahu,

26 Mac : Disscussion Program di SMA A-Khairiah
28 Mac : Ceramah 'Motivasi Khalifah Aura IMTIYAZ Di Lanchang
9-10 April : Projek Sentuhan Terbilang2 di SMA Al-Khairiah



dan yang paling penting :

24 Mac : DATELINE SUBMIT PROPOSAL BARU
31 Mac : Pembentangan Proposal


Ya ALLAH, berilah kekuatan, kesihatan, keberkatan dan natijah yang baik dalam mengharungi langkah-langkah ini...Moga ianya diganjarkan sebagai jihad fi sabilillah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pertamanya, thanks sahabatku Ainul Mardhiah atas artikel yang cukup bermakna ini..izinkan ana copy & paste kat blog ana ni buat tatapan ana dan pembaca sekalian..Jarang saya ambil artikel dari blog lain, namun beberapa hari saya menatapnya, saya tertarik untuk manjadikan ia sebagai salah satu koleksi Motivasi Perjuangan..

Berikut adalah petikan post 'Ainul Mardhiah'......

Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 bagaimana kehidupan Ummu Muhammad (zaujah kepada As-Syeikh Sa'id Hawwa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang..

Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000.

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SYEIKH SA'ID HAWWA SECARA TERPERINCI?

Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.
Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak,3 lelaki dan seorang perempuan-Muhammad,Ahmad,Mu'az,dan Fathimah,Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak.Justeru,apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi,beliau akan meluangkan masa bersama anak2 dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.

Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.


BAGAIMANA PERASAAN UMMU MUHAMMAD KETIKA SYEIKH RAHIMAHULLAH DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN?

Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.

Mereka mula menghafaz Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun Hafiz AL-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya,Alhamdulillah.Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara ,adiknya Mahmud , seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.

BAGAIMANAKAH BENTUK KEHIDUPAN UMMU MUHAMMAD DAN SYEIKH RAHIMAHULLAH SEBAGAI PASANGAN SUAMI ISTERI?

Kami sama2 memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.

Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.

Kami akan membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa Al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.

BAGAIMANAKAH AS-SYEIKH MENGENALI UMMU MUHAMMAD?

Awalnya,saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali.Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang ,saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."

Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.

APAKAH ATURAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK UMMU MUHAMMAD?

Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.
Ajari mereka Al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat,puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.

Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.

Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Ta'ala.

Sejarah Perkembangan Tafsir

Oleh: Dr. M. Quraish Shihab, M.A.[*]


Pada saat al-Quran diturunkan, Rasul SAWW, yang berfungsi sebagai mubayyin (pemberi penjelasan), menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya tentang arti dan kandungan al-Quran, khususnya menyangkut ayat-ayat yang tidak dipahami atau samar artinya. Keadaan ini berlangsung sampai dengan wafatnya Rasul SAWW, walaupun harus diakui bahwa penjelasan tersebut tidak semua kita ketahui akibat tidak sampainya riwayat-riwayat tentangnya atau karena memang Rasul SAWW sendiri tidak menjelaskan semua kandungan Al-Quran.

Kalau pada masa Rasul SAWW para sahabat menanyakan persoalan-persoalan yang tidak jelas kepada beliau, maka setelah wafatnya, mereka terpaksa melakukan ijtihad, khususnya mereka yang mempunyai kemampuan semacam 'Ali bin Abi Thalib, Ibnu 'Abbas, Ubay bin Ka'ab, dan Ibnu Mas'ud.

Sementara sahabat ada pula yang menanyakan beberapa masalah, khususnya sejarah nabi-nabi atau kisah-kisah yang tercantum dalam al-Quran kepada tokoh-tokoh Ahlul-Kitab yang telah memeluk agama Islam, seperti 'Abdullah bin Salam, Ka'ab al-Ahbar, dan lain-lain. Inilah yang merupakan benih lahirnya Israiliyat.

Di samping itu, para tokoh tafsir dari kalangan sahabat yang disebutkan di atas mempunyai murid-murid dari para tabi'in, khususnya di kota-kota tempat mereka tinggal. Sehingga lahirlah tokoh-tokoh tafsir baru dari kalangan tabi'in di kota-kota tersebut, seperti: (a) Said bin Jubair, Mujahid bin Jabr, di Makkah, yang ketika itu berguru kepada Ibnu 'Abbas; (b) Muhammad bin Ka'ab, Zaid bin Aslam, di Madinah, yang ketika itu berguru kepada Ubay bin Ka'ab; dan (c) Al-Hasan al-Bashriy, Amir al-Sya'bi, di Irak, yang ketika itu berguru kepada 'Abdullah bin Mas'ud.

Gabungan dari tiga sumber di atas, yaitu penafsiran Rasul SAWW, penafsiran sahabat-sahabat, serta penafsiran tabi'in, dikelompokkan menjadi satu kelompok yang dinamai Tafsir bi al-Ma'tsûr. Dan masa ini dapat dijadikan periode pertama dari perkembangan tafsir.

Berlakunya periode pertama tersebut dengan berakhirnya masa tabi'in, sekitar tahun 150 H, merupakan periode kedua dari sejarah perkembangan tafsir.

Pada periode kedua ini, hadis-hadis telah beredar sedemikian pesatnya, dan bermunculanlah hadis-hadis palsu dan lemah di tengah-tengah masyarakat. Sementara itu perubahan sosial semakin menonjol, dan timbullah beberapa persoalan yang belum pernah terjadi atau dipersoalkan pada masa Nabi Muhammad SAWW, para sahabat, dan tabi'in.

Pada mulanya usaha penafsiran ayat-ayat Al-Quran berdasarkan ijtihad masih sangat terbatas dan terikat dengan kaidah-kaidah bahasa serta arti-arti yang dikandung oleh satu kosakata. Namun sejalan dengan lajunya perkembangan masyarakat, berkembang dan bertambah besar pula porsi peranan akal atau ijtihad dalam penafsiran ayat-ayat al-Quran, sehingga bermunculanlah berbagai kitab atau penafsiran yang beraneka ragam coraknya. Keragaman tersebut ditunjang pula oleh al-Quran, yang keadaannya seperti dikatakan oleh 'Abdullah Darraz dalam an-Naba' al-‘Azhîm: "Bagaikan intan yang setiap sudutnya memancarkan cahaya yang berbeda dengan apa yang terpancar dari sudut-sudut yang lain, dan tidak mustahil jika Anda mempersilakan orang lain memandangnya, maka ia akan melihat lebih banyak dari apa yang anda lihat."[2]

Muhammad Arkoun, seorang pemikir Aljazair kontemporer, menulis bahwa: "Al-Quran memberikan kemungkinan-kemungkinan arti yang tak terbatas. Kesan yang diberikan oleh ayat-ayatnya mengenai pemikiran dan penjelasan pada tingkat wujud adalah mutlak. Dengan demikian ayat selalu terbuka (untuk interpretasi) baru, tidak pernah pasti dan tertutup dalam interpretasi tunggal."[3]

Corak-corak penafsiran yang dikenal selama ini antara lain: (a) Corak sastra bahasa, yang timbul akibat banyaknya orang non-Arab yang memeluk agama Islam, serta akibat kelemahan-kelemahan orang Arab sendiri di bidang sastra, sehingga dirasakan kebutuhan untuk menjelaskan kepada mereka tentang keistimewaan dan kedalaman arti kandungan al-Quran di bidang ini. (b) Corak filsafat dan teologi, akibat penerjemahan kitab filsafat yang mempengaruhi sementara pihak, serta akibat masuknya penganut agama; agama lain ke dalam Islam yang dengan sadar atau tanpa sadar masih mempercayai beberapa hal dari kepercayaan lama mereka. Kesemuanya menimbulkan pendapat setuju atau tidak setuju yang tecermin dalam penafsiran mereka. (c) Corak penafsiran ilmiah, akibat kemajuan ilmu pengetahuan dan usaha penafsir untuk memahami ayat-ayat al-Quran sejalan dengan perkembangan ilmu. (d) Corak fiqih atau hukum, akibat berkembangnya ilmu fiqih, dan terbentuknya mazhab-mazhab fiqih, yang setiap golongan berusaha membuktikan kebenaran pendapatnya berdasarkan penafsiran-penafsiran mereka terhadap ayat-ayat hukum. (e) Corak tasawuf, akibat timbulnya gerakan-gerakan sufi sebagai reaksi dari kecenderungan berbagai pihak terhadap materi, atau sebagai kompensasi terhadap kelemahan yang dirasakan. (f) Bermula pada masa Syaikh Muhammad 'Abduh (1849-1905 M), corak-corak tersebut mulai berkurang dan perhatian lebih banyak tertuju kepada corak sastra budaya kemasyarakatan. Yakni satu corak tafsir yang menjelaskan petunjuk-petunjuk ayat-ayat al-Quran yang berkaitan langsung dengan kehidupan masyarakat, serta usaha-usaha untuk menanggulangi penyakit-penyakit atau masalah-masalah mereka berdasarkan petunjuk ayat-ayat, dengan mengemukakan petunjuk-petunjuk tersebut dalam bahasa yang mudah dimengerti tapi indah didengar.

Kodifikasi Tafsir
Kalau yang digambarkan di atas tentang sejarah perkembangan Tafsir dari segi corak penafsiran, maka perkembangan dapat pula ditinjau dari segi kodifikasi (penulisan), hal mana dapat dilihat dalam tiga periode: Periode I, yaitu masa Rasul SAWW, sahabat, dan permulaan masa tabi'in, di mana Tafsir belum tertulis dan secara umum periwayatan ketika itu tersebar secara lisan. Periode II, bermula dengan kodifikasi hadis secara resmi pada masa pemerintahan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz (99-101 H). Tafsir ketika itu ditulis bergabung dengan penulisan hadis-hadis, dan dihimpun dalam satu bab seperti bab-bab hadis, walaupun tentunya penafsiran yang ditulis itu umumnya adalah Tafsir bi al-Ma'tsur. Dan periode III, dimulai dengan penyusunan kitab-kitab Tafsir secara khusus dan berdiri sendiri, yang oleh sementara ahli diduga dimulai oleh al-Farra (w. 207 H) dengan kitabnya yang berjudul Ma'ânî al-Qur'an.

Metode Tafsir
Di lain segi, sejarah perkembangan Tafsir dapat pula ditinjau dari sudut metode penafsiran. Walaupun disadari bahwa setiap mufassir mempunyai metode yang berbeda dalam perinciannya dengan mufassir lain. Namun secara umum dapat diamati bahwa sejak periode ketiga dari penulisan Kitab-kitab Tafsir sampai tahun 1960, para mufassir menafsirkan ayat-ayat al-Quran secara ayat demi ayat, sesuai dengan susunannya dalam mushhaf

Penafsiran yang berdasar perurutan mushaf ini dapat menjadikan petunjuk-petunjuk al-Quran terpisah-pisah, serta tidak disodorkan kepada pembacanya secara utuh dan menyeluruh. Memang satu masalah dalam al-Quran sering dikemukakan secara terpisah dan dalam beberapa surat. Ambillah misalnya masalah riba, yang dikemukakan dalam surat-surat al-Baqarah, Ali 'Imran, dan ar-Rûm, sehingga untuk mengetahui pandangan al-Quran secara menycluruh dibutuhkan pembahasan yang mencakup ayat-ayat tersebut dalam surat yang berbeda-beda itu.

Disadari pula oleh para ulama, khususnya asy-Syathibi (w. 1388 M), bahwa setiap surat, walaupun masalah-masalah yang dikemukakan berbeda-beda, namun ada satu sentral yang mengikat dan menghubungkan masalah-masalah yang berbeda-beda tersebut.

Pada bulan Januari 1960, Syaikh Mahmud Syaltut menyusun kitab tafsirnya, Tafsir Al-Qur'an Al-Karim, dalam bentuk penerapan ide yang dikemukakan oleh Al-Syathibi tersebut. Syaltut tidak lagi menafsirkan ayat-demi-ayat, tetapi membahas surat demi surat, atau bagian-bagian tertentu dalam satu surat, kemudian merangkainya dengan tema sentral yang terdapat dalam satu surat tersebut. Metode ini kemudian dinamai metode mawdhu'iy.

Namun apa yang ditempuh oleh Syaltut belum menjadikan pembahasan tentang petunjuk al-Quran dipaparkan dalam bentuk menyeluruh, karena seperti dikemukakan di atas, satu masalah dapat ditemukan dalam berbagai surat. Atas dasar ini timbul ide untuk menghimpun semua ayat yang berbicara tentang satu masalah tertentu, kemudian mengaitkan satu dengan yang lain, dan menafsirkan secara utuh dan menyeluruh. Ide ini di Mesir dikembangkan oleh Prof. Dr. Ahmad Sayyid Al-Kumiy pada akhir tahun enam puluhan. Ide ini pada hakikatnya merupakan kelanjutan dari metode mawdhu'iy gaya Mahmud Syaltut di atas.[4]

Dengan demikian, metode mawdhu'iy mempunyai dua pengertian: Pertama, penafsiran menyangkut satu surat dalam al-Quran dengan menjelaskan tujuan-tujuannya secara umum dan yang merupakan tema sentralnya, serta menghubungkan persoalan-persoalan yang beraneka ragam dalam surat tersebut antara satu dengan lainnya dan juga dengan tema tersebut, sehingga satu surat tersebut dengan berbagai masalahnya merupakan satu kesatuan yang tidak terpisahkan.

Kedua, penafsiran yang bermula dari menghimpun ayat-ayat al-Quran yang membahas satu masalah tertentu dari berbagai ayat atau surat al-Quran dan yang sedapat mungkin diurut sesuai dengan urutan turunnya, kemudian menjelaskan pengertian menyeluruh dari ayat-ayat tersebut, guna menarik petunjuk al-Quran secara utuh tentang masalah yang dibahas itu.

Demikian perkembangan penafsiran al-Quran dari segi metode, yang dalam hal ini ditekankan menyangkut pandangan terhadap pemilihan ayat-ayat yang ditafsirkan (yaitu menurut urut-urutannya).


--------------------------------------------------------------------------------

[*] Semua pendapat yang tertuang dalam makalah ini tidak mewakili pendapat Situs Al-Quran yang kami kelola ini.

[2] 'Abdullah Darraz, al-Naba' al-‘Azhîm, Dar Al-'Urubah, Mesir, 1960, h. 111.

[3] Lihat makalah Martin van Bruinessen, "Mohammed Arkoun tentang Al-Quran," disampaikan dalam diskusi Yayasan Empati. Pada h. 2. ia mengutip Mohammed Arkoun, "Algeria," dalam Shireen T. Hunter (ed.), The Politics of Islamic Revivalism, Bloomington: Indiana University Press, 1988, h. 182-183.

[4] Di beberapa negara Islam selain Mesir, para pakarnya juga melakukan upaya-upaya penafsiran al-Quran dengan menggunakan metode ini. Di Irak, misalnya, Muhammad Baqir Shadr menulis uraian menyangkut tafsir tentang hukum-hukum sejarah dalam al-Quran dengan menggunakan metode yang mirip dengan metode ini, dan menamakannya dengan metode tawhidiy (kesatuan).

Berkata Al-Imam As-Suyuthi(rhm) dalam kitabnya yang agung Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an :

"Segala puji hanyalah milik Allah swt semata, Dialah yang menurunkan Kitab Al-Qur'an kepada hamba-Nya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang berakal, dalam kitab ini terkumpul segala bentuk ilmu pengetahuan. Dia menjadikan kitab ini sebagai kitab termulia dari segala kitab yang ada. Kitab itu adalah Al-Qur'an yang berbahasa 'Arab, yang tiada kebengkokan padanya, yang bukan makhluk tapi kalam Allah swt, yang tiada keraguan dan ketidakbenaran padanya"(ruj : Muqaddimah Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an)

Ini adalah 10 kitab Tafsir pilihan, dipilih oleh para ulama dan dipuji di lembaran2 emas kitab2 mereka. Sebutan dan pujian ini terselerak di pelbagai celahan kitab secara terpisah di sana sini. Pun begitu selain 10 kitab tafsir ini, bukanlah termasuk kitab2 yang tidak dipuji, hanyasaja yang mencuri perhatianku dan lebih terasa sejahtera dengannya adalah 10 kitab ini. Senarai ini adalah disusun mengikut tertib tahun wafat penulisnya.

1. Tafsir at-Thabari (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman As-Sa'di (w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi (w. 1393 H)
10.Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi

Barangkali thread berkenaan kitab tafsir ini sudah ada. Pun begitu izinkan Talhah menulis dalam wajahnya yang tersendiri, sebagai tambahan maklumat dan perkongsian.

Dialu-alukan nukilan pujian para ulama berkenaan kitab2 tafsir di atas dari para sahabat warga AFN semua..Juga dialu-alukan sudut2 lain yang menyentuh perihal kitab2 tersebut.

Tahukah anda bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) menyesal di penghujung usianya kerana masanya yang tidak dihabiskan dengan lebih banyak mengkaji makna2 Al-Qur'an? Padahal semua maklum bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) adalah tokoh agung dalam ilmu tafsir bahkan gurunya pemilik kitab Tafsir paling sahih(mengikut pandangan Syeikh Al Albani) yakni Tafsir Ibnu Kathir - Al-Imam Ibnu Kathir(rhm).

Wallahua'lam.

Cara menafsirkan Al-Qur’an :

Untuk memahami isi atau pesan Al-Qur’an yang terkandung dalam seluruh ayat Al-Qur;an tidak cukup dengan terjemah, sebab terjemah hanyalah alih bahasa, tetapi perlu melakukan penafsiran terhadap ayat Al-Qur’an.

Dilihat dari caranya, dikenal dua macam penafsiran yakni tafsir tahlili dan tafsir maudhui.

Tafsir Tahili ialah menafsirkan Al-Qur’an secara runtut, ayat perayat, dari mulai surah Al-Fátihah ayat pertama sampai surat An-Nás ayat terakhir, tanpa terikat oleh tema, judul atau pokok bahasan.

Sedangkan tafsir Maudlu‘i ialah penafsiran berdasarkan tema-tema yang dipilih sebelumnya. Caranya semua ayat yang berkaitan dengan tema (maudlu’i) yang dibahas diinventarisir tanpa terikat oleh urutan surat, kemudian disistimatisir dan ditafsirkan sehingga antara ayat yang satu dengan ayat yang lain saling melengkapi pembahasan tema. Misalnya pembahasan tentang Riba, maka seluruh ayat yang berkaitan langsung atau tidak langsung dengan masalah riba, diinventarisir kemudian dibahas menurut sub-sub tema sehingga sampai kepada kesimpulan.

Dilihat dari pendekatannya, tafsir terbagi dua, yakni Tafsir bi al-Ma’`tsur dan Tafsirr bi al-Ma'qul.

Yang dimaksud Tafsir bi al-Ma’`tsur ialah menafsirkan ayat dengan ayat atau dengan hadits.

Sedangkan Tafsir bi al-ma‘qul adalah penafsirkan al-Qur’an dengan logika. Tafsir kedua ini sering juga disebut tafsâr bi ar-Ra’yi. Jadi yang dimaksud dengan tafsir bi ar-Ra’yi adalah menafsirkan Al-Qur’an dengan menggunakan dalil-dalil logik.

Dari sisi perspektifnya, tafsir Al-Qur’an juga beragam corak. Apabila penafsiran Al-Qur’an dilihat dari persepektif cabang ilmu pengetahuan tertentu seperti psikologi, sosiologi, Biologi, dll, maka disebutlah tafsir ‘lmi. Sedangkan apabila didekati dari perspektif tasawuf disebutlah tafsir Tasawuf .


Dalil Menyambut Maulid

Semasa saya menghadiri satu solat jenazah di Pertubuhan Kebajikan al-Khaadem malam tadi, sejurus selesai pelaksanaan solat, datang seorang lelaki bertanya tentang dalil menyambut maulid. Beliau mengatakan ada di kalangan para ustaz yang mengatakan sambutan maulid mempunyai dalil daripada hadith Nabi s.a.w. Dalil tersebut ialah hadith di mana Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasanya pada hari Isnin lalu Baginda menjawab, “Pada hari itu aku dilahirkan…”
Tiba-tiba perbincangan kami terputus kerana perbualan dan sapaan daripada jemaah lain. Apabila pulang, teringat saya kepada persoalan itu. Justeru, saya rasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini seperti berikut:
Pertama sekali, tentang dalil menyambut memang ada iaitu hadith berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم الاثنين ؟ فقال " فيه ولدت . وفيه أنزل علي " .
صحيح مسلم (1162)

Maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda bersabda, “Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.”
Kedua, berkenaan dengan pendalilan ataupun cara menggunakan dalil yang sahih itu. Perkara ini ada dua sudut iaitu sudut betul dan sudut salah:
Adapun sudut betul, sekiranya kita ingin menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dengan amalan yang terdapat dalam hadith itu iaitulah berpuasa pada hari Isnin.
Berkenaan sudut salah pula ialah apabila hadith itu digunakan untuk amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu. Antara amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu ialah perarakan dan pembacaan puisi yang tidak berdasarkan maklumat ilmiah bahkan terdapat di dalamnya kenyataan-kenyataan yang menyalahi asas-asas ilmiah bahkan menyalahi logik akal yang sihat.

Perhatian: Adapun ceramah yang diadakan khusus apabila datangnya bulan Rabi‘ul Awwal, apabila kita lihat dengan teliti, kita akan dapati ceramah-ceramah itu adalah pada asalnya ceramah yang bersifat rutin yang tetap akan dilaksanakan juga pada bulan-bulan lain. Cuma, ceramah-ceramah itu bersifat istimewa disebabkan keistimewaan sambutan Maulid di Negara ini. Justeru, apapun tanggapan pendakwah samada sambutan itu sesuai ataupun tidak, tetap para pendakwah harus mengisi pelawaan ceramah-ceramah itu dengan pengisian yang ilmiah. Janganlah diisi ceramah-ceramah itu dengan huraian tentang Nur Muhammad yang hanya berasaskan hadith palsu! Di samping itu, hendaklah para pendakwah menekankan perihal ikutan terhadap Rasulullah s.a.w. dan penolakan terhadap amalan-amalan baru dalam Islam yang menyalahi sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga mendapat manfaat.


Posted by Fadlan_Mohd_Othman , Pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah
Labels: Isu Semasa, Sunnah, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam

Syukran sahabatku Lina..kerana mengajak saya ke usrah...Alhamdulillah, saya seperti seorang yang baru sahaja diberi ubat oleh seorang doktor, kembali pulih..senyuman panjang..benarlah rindu dan cinta mampu mengubat segalanya...menyegarkan...mendamaikan.. Cintaku pada perjuangan..rinduku pada perjuangan...kerana perjuangan itu telah memberi satu nafas baru ketika aku gelap dan kelam dan sehingga putus asa untuk hidup suatu masa dahulu..Bermula hujung tingkatan 4, tika aku hampir rebah, beberapa orang kakak di sekolah khairiah dulu mengajakku masuk usrah..dan saat manis itu sehingga kini membuatku tak mampu berenggang dengan usrah... Usrah bersama Muslimat PAS tadi menyentuh hatiku bukanlah kerana pengisiannya mantap dan begitu panas, namun ku melihat kesungguhan ibu-ibu membawa anak, kesungguhan muslimat yang dahagakan pengisian, kerana mungkin mereka tidak mendapat tarbiyah seperti kami di kampus..namun, muhasabah buat kami mahasiswa, UPTA dan ALUMNI yang dikatakan tegar dengan tarbiyahnya ketika di kampus, ke mana menghilangnya kita setelah bergraduate...Muhasabah buat diriku....

Bukan mudah untuk istiqamah, namun, kita yang menentukan haluan kita untuk terus istiqamah atau pun tidak..

Maka, jalan perjuangan terhampar di depan mata, ayuhkah kita terus kembali bersama perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini....Banyak perkara yang ingin saya ulas, insya Allah, dalam entri akan datang.........



Selepas episod menceritakan tentang kuda perang peneman setia saya, saya masih tak dapat nak teruskan menulis proposal, banyak perkara yang terbuku di hati..

Apa yang pasti, saya rindukan saat manis susah getir dalam perjuangan. Bukan nak kata sekarang saya tak susah, tapi saya dah bgtau sahabat seusrah saya, Haslina dan saya turut berpesan kepada Naqibah saya, K.Halijah, agar ingatkan saya kalau lama sangat saya senyap..Hujung minggu baru ni, saya paksa juga luangkan masa bersama adik-adik KISAS.. Hari Rabu baru ni, saya ke sekolah, ummi Hapzan bgtau takde orang nak bantu PELAPIS BADIB...Saya serba salah..saya minta pandangan K.Elly, katanya, awlakan yang mana yang lebih penting... Alhamdulillah, saya hubungi Hasbullah, minta dia tengokkan adik2..Saya sedih...

Saya tak berniat nak ambil jalan ini, tapi saya tak nak korbankan hajat ayah dan mak. Ayah senyum puas dengar keputusan saya nak sambung belajar..Mak pulak redha dan rela walaupun saya jarang balik.."Mak betul2 nak anak mak belajar dengan baik, yang penting anak mak selamat..Tak yah balik selalu"..itulah luahan mak walaupun saya tahu di hati mak, nak saya balik selalu....

Kadang-kadang saya fikir, saya pentingkan diri ke?? Tak taulah, yang pasti saya memang tak reti nak menipu..Jujur semuanya...Dengan ayah langsung tiada rahsia. dengan mak ada lah jugak tapis2, sebab cerita yang baik2 je, tak nak mak risau atau kecik hati..

Susah belajar ni, paling susah nak bersihkan hati, Alhamdulillah, Allah jaga saya, mulut saya, tindakan saya, tak boleh tersalah, terus Allah bayar cash..Hati saya hanya Allah yang TAHU..

Saya redha dengan setiap ketentuan yang Allah dah tetapkan. Rupa-rupanya sejak dua tiga menjak ni, saya jadi pendiam..sebab banyak perkara yang nak diselesaikan..

Saya dah berterus terang segala keputusan dan kemampuan saya, dan saya tak pandai nak tipu ke, nak uji-uji orang ke, biarlah saya jadi diri saya....Bagi yang bakal menjadi bakal teman hidup saya, terimalah saya seadanya..Yang penting, saya nak fokus belajar sekarang..Hidup bergelumang dengan buku, menjadi ulat buku, sampai tak keluar bilik, dunia ketika saya betul2 fokus...dunia itu dah hampir 4 tahun saya tinggalkan dek kerana banyak taklifan di bahu, maka seolah-olahnya dunia itu dah kembali..Saya mesti manfaatkan masa yang ada..Bukan saya katakan saya tak perjuangan itu tak boleh nak seiring dengan belajar, tapi ia mengikut kemampuan masing-masing..Alhamdulillah, berkat gerak kerja untuk agama Allah, nusrah dan janji Allah yang pasti, saya masih diberi peluang score dengan baik dan mantain anugerah dekan ketika masih memegang jawatan..Tapi, kita tak boleh tinggalkan sunnatullah..Ilmu yang dimiliki seolah2 cukup untuk score dengan baik dalam exam, tapi, masih banyak lubang-lubang yang perlu ditampal...

Apa itu maknanya??? Contohnya kalau lapar, sunnatullah nya makan untuk kenyang..kalau kereta habis minyak, isi lah minyak..kalau tak, matilah kereta tu macam kereta saya malam tadi,, mati sebab tak tutup lampu, maka kehabisan baterinya....Jadi, samalah, dalam menuntut ilmu, perlukan penumpuan dan proses ulangan serta strategi belajar yang baik, barulah segala maklumat dan ilmu lekat dalam jangka masa yang panjang.Itula teorinya..tapi itu kalu dibincangkan dari aspek kekuatan IQ..Lain pula apabila dibincangkan dalam aspek, EQ..soal keberkatan ilmu, perlu jua diutamakan..bagi memastikan ilmu itu cahaya dan meresap dalam diri lalu menatijahkan akhlak yang mulia, hati yang tunduk dan tawadhu'....semakin kenal Allah s.w.t..Jadi, kalau berjuang, berkorban sampai tak masuk kelas, bagaimana pula ceritanya??? Wallahua'lam..hanya Allah yang menilai dan ia bergantung kepada sejauh mana kita benar2 ikhlas dalam menuntut ilmu jua amanah dalam membahagikan masa dengan baik antara tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dan daie..

Panjang perbahasan kalau nak dibincangkan....

Dah lama hidup, pasti kita mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing..Saya sangat kagum dengan insan-insan power -siang berjuang, malam menelaah, terisi jadual mereka sambil belajar tanpa mengugat gerak kerja jemaah..Tapi, saya, pengalaman 4 tahun mengajar banyak perkara, mungkin teori yang perlu saya gunakan ialah terpaksa mengambil kira 'kos lepas' yang ada..Maknanya, pasti ada yang terkorban, buat ketika ini, maka, jadilah saya seperti sekarang...sedih dan pilu terlalu kurang masa dalam medan gerak kerja, namun beralih kepada peranan 'tafaqquh fiddin' sebagaimana dalam firman Allah yang memberitahu kita bahawa perlu ada segolongan yang tinggal untuk tafaqquh fiddin sedang yang lain pergi berjihad di medan pertempuran..(maaf, saya terlupa dalil tu, perlu semak, bagi yang ingat-peringatkan dekat komen saya ye)


Makanya, sekarang terlalu banyak subjek yang meliputi pelbagai disiplin ilmu hadith, tafsir, syariah, aqidah, bahasa Arab sebagai alat bagi memahami sumber pegangan kita perlu dan wajib saya nak cover ni, apa?? untuk exam??? bukan. saya dah takde wxam sekarang..Bahagia saya..belajar memang nak tafaqquh fiddin.bukan untuk exam lagi. Hal ini kerana keputusan maut saya untuk mengambil MASTER FULLY TESIS bagi pengajian saya pada kali ini cukup menggugat segalanya,risiko yang tinggi terpaksa saya tanggung..tapi, risiko itu perlu diubah kepada cabaran yang perlu disahut...... namun, saya dah tak boleh ambil langkah student master, kajian dan pandangan, fikiran, dan rujukan mesti gaya PHD- itulah nasihat Dr.Latifah dan Ust Hasnan..Terkedu saya dibuatnya..Rujukan kamu bukan tesis master lagi..Kata seorang lagi pensyarah, tapi rujuk tesis PHD..Betul, hari ni saya terus menelaah tesis PHD, memang tepat, dah 2 minggu saya terangkak-rangkak nak cari bahan nak sempurnakan tesis, last2 baru jumpe,,rupa-rupanya, salah langkah..Bila dah betul langkah, barulah jumpe..Alhamdulillah..

Panjang cerita kalau nak diulas satu persatu fasa sarjana yang sangat mencabar ni, apepun, doakan saya sentiasa ikhlaskan niat belajar kerana Allah...

Daie dan kader tarbawi wajib penuhi ilmu didada khususnya TAFAQQUH FIDDIN..

UMAT ISLAM dahagakan daie yang mampu menyelesaikan masalah ummah..

Ya Allah, andai kini aku dah tak seperti dulu, namun hatiku tetap ingin bersama dalam saff perjuangan..Aku kini di medan ilmu, jua sebagai persiapan ke medan juang..Namun aku sering bimbang..maka Ya Allah, peliharalah diri ini..Matikan aku dalam jalan Mu..Syahid fi sabilillah itulah cita-cita kami......



ooo...tak nak gerak ye,nampak ni..beli yang baru tau...berangan jela..
mimpilah malam ni Qaswah bertukar menjadi VIVA idaman.....

..............................................................................
huh,penat dah tolak.gara-gara terlupe nak tutup lampu dek kerana tetibe je berenti hujan, maka Qaswah pun merajuk lagi lah tak nak gerak..Penat lah Qaswah..asyik nak merajuk je..Dah takdapat nak gi makan kat bilik Nisa'.Sejam duk kat dalam kereta, tolak gak lak, last2 duk tersadai kat situ..Pagi esoklah jawabnye..tak jadi masalah bila taknak gerak, masalahnya dh hilang mood nak sambung wat proposal..ditambah lagi buang masa tadi duk kat dalam kereta sampai sejam..Aduh..menguji kesabaran betul..

2bulan sibuk sangat, rupa-rupanya road tax dah mati bulan Okt, lesen mati bulan Ogos..melampau..patutlah agaknya Qaswah tak nak gerak tadi..Ok la..esok kena settlekan lesen dulu..

p/s: Ops..jangan ada yag buat laporan JPJ pulak..ye!!!!! saya tak gi mana2dah...selagi tak perbaharui road tax..

Jadi..apa kesudahnya..buatlah proposal cik Hanisah.....

Tinggal sorang malam ni, Kak Elly kat bilik Nisa'.....sedihnya...Macam mane nak wat proposal....tapi, esok dah kena submit..Maka gagahkan jugaklah...


Lepas ni...

1. Proposal akan dinilai oleh Panel Penilai
2. Bentang lah pulak..Buat je la apa yang mampu..

Pengubat hati, nasihat dan tunjuk ajar Ust Hasnan...lalui lah segalanya..dan anggaplah ia adalah proses pembelajaran....Niatkan belajar kerana Allah..

Waaaaa...sedihnya..Macammane nak bagi Qaswah gerak ni...gerak lah..maaf lah Pak Guard saya tak dapat nak masuk parking..jangan saman ye...kesian lah....



Sudah menjadi lumrah kehidupan, makin bertambah usia, usia kematangan semakin meningkat..namun,peningkatan itu perlukan ilmu dan pengalaman..perkongsian juga penting..Namun, sifat terbuka dan mudah menerima kesilapan jua faktor penting untuk perubahan. Misi penyediaan diri ini ku lalui dengan serius.Desakan ketidaksediaan diri, keperluan diri, dan yang paling penting perubahan itu memberi makna kepada kepada potensi diri untuk dinatijahkan bagi manfaat perjuangan Islam itu memungkin perlu dan penting untuk berubah.Apa sahaja yang natijah untuk kepentingan Islam, itulah matlamat kita. Salahkan kita membuang ego, mengakui kesilapan, yang hasilnya kita sebenarnya yang akan memperolehinya. Bahkan pula jika sahabat kita yang menegur, masakan sahabat mahu makan sahabat.Pasti teguran itu tanda sayang..

Sejak dua tiga menjak ini, semakin mengenali diri. Tapi tak boleh sebut lah kat sini.Tapi perlu diambil perhatian untuk dimasukkan ke dalam SWOT. Yang lucunya, kuat cemburu jugak..aduh..payah...Privacy itu perlu..namun kadang2 janganlah privacy sangat sampai susah nak terima kehadiran orang ketiga.Mungkin perlu dibuang istilah orang ketiga.Dan beralih kepada ----cuba meramaikan sahabat..Memanglah kononnya kita ni seorang yang setia, tapi, kesetiaan tak semestinya menghalang orang lain.Nanti, yang disayangi akan merasa bosan dan terkongkong. Perhubungan akan bertambah harmoni dengan adanya kepercayaan, keterbukaan, dan give and take perlu.

Terpulanglah pembaca nak istilah kan apa, tetapi ia adalah cerita tentang persahabatan. Dan ia berkait juga dengan fasa muhasabah diri dan fasa penyediaan diri dan yang paling penting adalah fasa mengubah diri untuk menjadi yang terbaik untuk insan tersayang yang kepulangannya dinanti dan mencari mardhatillah.

Sejak beberapa ketika, diri mula belajar secara serius tentang bagaimana membina perhubungan. Satu perkara yang saya pernah terbaca, bahawa kita perlu belajar membina perhubungan, bermula dengan membina hubungan dengan ibu dan ayah, adik beradik, sahabat handai, sahabat karib dan suami atau isteri kita..Bahkan, apabila telah berzuriat, hubungan bersama anak-anak. Hubungan yang dimaksudkan disini ialah bagaimana kita berinteraksi, belajar memahami, menyesuaikan diri, dan belajar untuk memberi dan memberi manfaat kepada insan-insan yang berada di seliling kita. Mungkin bagi saya yang lebih dikenali seorang yang agak serius, dan 'sekema', kadang2 penat dengan diri sendiri. Sekarang, cuba mencari kembali diri. Dan bina karakter yang terbaik yang memberi cerminan seorang beramal dengan akhlak Islamiyah. Mengapa ianya penting??? kerana kita adalah umat ISLAM. Binalah Islam dalam diri. Dakwah bil hal itu lebih baik dan perlu ditingkatkan. Dr Fadzilah Kamsah sering menasihati kami agar sentiasa muhasabah diri. Saya memang bercita-cita nak jadi seorang pakar motivasi, tapi, perlu ubah diri dahulu, baru boleh ubah orang lain.Panjang fasa penyediaan diri ini. Namun, itulah hakikatnya kehidupan. Justeru, menyedari bahawa hakikat kehambaan kepada Allah, mempersiapkan diri bahawa bila2 sahaja kematian akan menjemput kita, maka natijahnya, kita akan sentiasa berusaha menjaga Iman, meningkatkan ibadah dan taqarub kepada Allah. Maka, tidak timbul lagi kita ini hebat, atau kita ini ada itu, ada ini, bahkan sentiasa sedar diri bahawa kita tidak punya apa. Akhir kalam, ayuh sentiasa upgrade IMAN kita..


PAKEJ UTAMA AURA IMTIYAZ TC:

Kem Aura Kecemerlangan Diri 1 : Motivasi Khalifah

Kem Aura Kecemerlangan Diri 2 : Strategi Menggilap Potensi Diri, Menggapai Impian.

Kem Aura Kecemerlangan Diri 3 : Kegemilangan Milik Bersama

AURA IMTIYAZ TRAINING:

Smart Solat Camp
Anak Soleh Camp
Training For Trainers
Leadership and Team Building Training
Public Speaking Training
Management Training

Yuran Program : RM 25 Seorang
Tertakluk kepada rundingan
Tidak termasuk bayaran tempat
Bayaran hanya temasuk Buku Akhlak Pelajar Cemerlang, Fail Program, Sijil Kecemerlangan, Name Tag, Pen dan Buku Catatan +++ Tambahan Rm8 Jika perlukan Pakej Makanan

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.


Posted by Mohd Idris Bin Mohd Yussof


Bagi menyempurnakan kajian ini, langkah menganalisis data dan maklumat berdasarkan kajian-kajian lepas telah dijalankan. Hasil kajian mendapati hanya satu kajian ilmiah di peringkat sarjana muda dihasilkan di Fakultas Ushuluddin UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta berkaitan dengan al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian ‘studi ma’ani al-Qur’an’ di bawah tajuk al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an (Agus Yulianto NIM 2009) . Bagi penulis, kajian ini merupakan perintis kajian yang mencari dan membentangkan definisi dan pengertian kedua-dua perkataan tersebut dengan menggunakan metode semantik iaitu kajian analitik terhadap istilah-istilah kunci suatu bahasa dengan suatu pandangan yang akhirnya sampai pada pengertian konseptual atau pandangan dunia masyarakat yang menggunakan bahasa itu dan dalam kajian ini juga mengkaji tentang apa, bagaimana, serta siapa yang akan mendapatkan al-falah dan al-fauz dalam al-Qur’an. Justeru, penulis optimis sewajarnya kajian dan perbahasan yang lebih mendalam diteruskan lagi sekaligus meletakkan hubungkait konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan berintegriti. Apa yang membezakan kajian lepas dengan kajian yang bakal dijalankan ini adalah perbahasan yang dilakukan adalah lebih bersifat semasa dan praktikal menjurus kepada golongan sasaran yang menggerakkan nadi pembentukan modal insan seperti golongan pendidik, ibu bapa, pemimpin masyarakat, kaunselor, perunding motivasi dan sebagainya.

Terdapat satu kajian ilmiah di peringkat sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengupas tentang satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan penggunaan kalimah al-Falah dalam al-Quran iaitu kajian oleh Siti Salmiah bt Mahfudz (2001) yang bertajuk Huraian surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11: Satu Kajian terhadap Pengamalannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang. Namun, perbahasan kajian ini hanya melibatkan pemilihan satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan al-Falah serta melibatkan kajian lapangann terhadap sekolah berkenaan sahaja sedangkan masih banyak dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyentuh kedua-dua konsep ini yang perlu diteroka sekaligus membuktikan kajian ini sangat penting untuk diteruskan.

Penulis turut menganalisa data-data kajian-kajian lepas yang menyentuh aspek pembentukan modal insan. Namun, masih tiada kajian ilmiah yang menyentuh secara khusus melibatkan konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan yang unggul. Terdapat satu kajian ilmiah di Universiti Malaya yang hanya menyentuh berkaitan pembangunan insan iaitu Pembangunan Insan : Kajian Perbandingan antara al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Muhd Rusli Hussain 2003). Kajian ini hanya mengupas perbandingan pandangan dan perincian perbahasan aspek pembangunan insan yang digagaskan oleh Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Selain itu, terdapat kajian yang dilakukan oleh Nurullah Kurt (1997) iaitu Manhaj al-Quran fi bina’ al-Ummah (Dirasah Mawdhu’iyyah fi surah al-Nisa’) lebih memfokuskan kaedah pembinaan ummah berdasarkan manhaj al-Qur’an dalam surah al-Nisa’ sahaja. Manakala kajian yang dilakukan oleh Armen Mukhtar (1998) di bawah tajuk Konsep Pendidikan dalam al-Qur’an pula menjurus kepada ruang lingkup perbincangan aspek-aspek pendidikan dalam al-Qur’an khususnya bagi mendidik dan mentarbiyah manusia mengikut acuan al-Qur’an.

Justeru, keunggulan mukjizat al-Qur’an telah mengajak manusia berusaha mentadabbur makna sebenar setiap kalimah yang terkandung dalam al-Qur’an khususnya dalam usaha memberi kefahaman tentang apakah erti kejayaan yang sebenar yang perlu dicapai oleh setiap manusia yang ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Atas dasar kepentingan inilah membawa kepada pengkajian dan perbahasan mendalam yang akan dijalankan khususnya merujuk konsep al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an dan kehujahannya dalam al-Sunnah sebagai mengakui Rasullullah s.a.w sebagai pentafsir utama kitab suci al-Qur’an yang mulia. Sebagai perunding motivasi muda yang turut mengambil peluang menimba pengalaman dan ilmu daripada pakar motivasi negara Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, penulis turut meletakkan sasaran bahawa hasil kajian ini mampu menjadi satu petanda aras kepada pembentukan modul-modul pembangunan modal insan yang berpaksikan rujukan utama peninggalan Rasulullah s.a.w iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Keberhasilan kajian ini akan membuka jalan ke arah pembentukan modul khusus berkaitan pembangunan modal insan yang unggul yang menepati kehendak al-Qur’an dan al-Sunnah bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah menakluk dua pertiga dunia bahkan kajian akan diperincikan dalam kajian ilmiah penulis di peringkat doktor falsafah . Semoga usaha murni ini mendapat restu dan petunjuk Allah s.w.t sebagai Pencipta kita dan mampu mengajak manusia kembali kepada fitrah kejadian yang suci..



Mestila comel..anak saudara Makde ni..Rindunye kat Izzah..
ni la anak kak Intan Syahida..akak yang paling istimewa dalam hidup saya..
Sweet Memory 2001-2010...hingga ke syurga...



Tika ini aku benar-benar rasa bersalah..maaf..tak mampu kuungkapkan..aku tak sanggup kehilanganmu sahabat..aku penat sangat semalam..Ya Allah..sedih..kenapa aku telah melukakan hatinya..maaf sahabat..tak sanggup aku ulangi kesalahan semalam..namun..masih terbukti ketidakmatangan aku di saat ketika ini..aku berjanji tak ulang peristiwa semalam..hatiku kupujuk..buanglah ego..cubalah belajar menerima teguran..matanglah...

Rupa-rupanya aku benar2 tak mampu kehilanganmu sahabat...kau ibarat cerminan hidupku..maaf kan aku sahabat..inilah kelemahan yang harus aku buang terus ke laut..perlu ku bajai sifat toleransi dan berkasih sayang dalam diri..mungkin dek kerana aku membesar bukan ditangan seorang ibu..membesar di depan mata seorang ayah yang hanya mampu memandang..sifat kerasku harusku kubuang sebelum bergelar ibu..

saat ini, aku rindukan belaian ibu..aku rindukan suara tenang ayahanda..persis bait kata mengubat jiwa..saat aku benar2 rindukan keluargaku..aku bersyukur tarikh keramat itu ditangguhkan..kerana aku masih belum bersedia dan yang pasti..aku tak mampu berpisah dgn ibu dan ayah..

benakku seringkali bermain perkara itu..

Sahabatku,hari ini aku ingin sekali mengharapkan kau membaca warkah ku ini..kerana aku inginkan bantuanmu untuk berubah...

Perubahan itu perlu untuk masa depan ku..biarlah diri kembali kepada fitrah yang suci...

Bantulah aku sahabatku,..Khadijah..


Siapa Aku Wahai Tuhanku
Kau lihat ku hilang upaya
Kau hadiahkan segalanya
Setiap detik kesyukuranku menggunung

Hadiah sebuah ketenangan setelah kekalutan
Namun masih ku tunggu hadiah sebuah kesabaran

Aku tahu aku bukan yang selayaknya
namun apalah kiranya jika asbab ini memberi ruang hatiku sentiasa bertambah cinta kepada Ilahi
asbab kepada ketaatanku pada ibu
asbab kepada cintaku pada ilmu
dek kerana kau hadirkan dia si Pencinta Ilmu
akhlaknya warisan ibunda
tawadhu'nya tarbiyah ayahanda
namun dia jua seorang hamba


ku tahu ku tak punya apa-apa
ku tahu ku punya segala kelemahan
namun setiap detik hatiku panjat syukur atas segala pemberiannya
saat ini aku bahagia
kerana semakin kasih dan cintaku pada Allah bertambah terasa
tarbiyah demi tarbiyah kau beri untukku
cukup kerdil aku disisiMu Rabbi

Kau masih beri aku peluang Ya Allah
Disaat kekerdilan aku semakin hina
Disaat aku begitu keras
Kau hadiahkan guru, sahabat dan teman

Ku kira tempoh ini adalah fasa uzlah ku
Fasa ini fasa tarbiyah buat diri
Ku mencari diri yang baru
yang sentiasa mempersiapkan diri untuk bertemu ILAHI
setiap saat ku...belajar itu jihad ku
fikiranku melayang dek masalah ummah yang tak mampu ku tangani
hatiku terhiris dek kelalaian umat yang lupakan akhirat

kononnya aku nak jadi daie
tak layak diri yang hina ini
tika ini ku perlu gigih persiapkan diri untuk terus berjuang
walaupun apa yang termampu
namun aku tidak impikan sehebat Khaulah Al-Azwar berjuang di medan perang
ku hanya dambakan ketabahan Saidatina Khadijah disisi suaminya
ku hanya dambakan lahirnya mujahid dan mujahidah acuan tarbiyah duta ummah
itulah khayalanku..bahkan ku rindu untuk ke bumi barakah..bumi makkah dan madinah.
indahnya fantasiku..namun ia tetap sebuah doa....
kerana aku hanya seorang hamba....


Assalamualaikum w.r.t sahabat2 seperjuangan..

Selayaknya kita sentiasa panjatkan syukur pada Allah yang sentiasa bersama hamba-hambaNya..memilih hamba yang kerdil ini untuk terus menikmati nikmat IMAN DAN ISLAM..

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah..kekasih umat akhir zaman..moga diri terpilih untuk berada di dalam saff perjuangan..

Dah lama benar tidak menulis..jam 10 malam, dah tidur.."jangan lah tidur awal..." luah rumit ku...Kesian dia..aku dah tidur rupanya...awal betul..

tak mampu nak buka mata.. Ya Allah hampir 2 bulan terasa sangat-sangat berkejar ke sana ke mari..banyak sangat perkara yng berlaku..taklifan demi taklifan..ditambah nak menyesuaikan diri di alam baru, dunia siswazah dalam masa yang sama seorang tutor dan guru Al-Quran.. nampak mudah ..tapi, lelah didada..Ya Allah..inilah jalan yang kau beri untukku...

Sesak di dada ditambah dengan komitmen menbantu ketua Jabatan, Dr.Najib menyiapkan buku silibus PJJ..ujian demi ujian hingga menggugat hati...memujuk diri ingin belajar dengan Dr.Najib...dan akhirnya, hampir siap jua tadi..thanks k.Elly..tlg..nnti kita belanja..akak bayar ;)

2 bulan saat penuh dengan suka duka yang tak mampu diungkapkan,,namun dunia ini sungguh membahagiakan apabila ditemani dengan pensyarah-pensyarah yang benar-benar menyokong 6 orang pelajar master fresh graduate di jabatan kami...

Bermula dengan bonda ku, Dr. Latifah yang sentiasa memahami keadaan diriku, Ust Akil yang memberi peluang daku bertatih sebagai tutor subjek Ulum Hadith, semangat yang dilontarkan dan tidak disangka-sangka dari Dr. Ismail, senyuman dan cabarn demi cabaran Dr Najib, ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah yang penuh bervisi, ketokohan Ust Asmadi dan Dr.Azwira yang membawa ku semakin cinta untuk mendalami hadith, sokongan Ust Fadlan nak membantu menetapkan tajuk tesis.. dan pertemuan dengan Ust Hasnan yang telah mencurahkan petua-petua untuk menelaah ilmu yang akan ku kongsikan nanti..itulah insan-insan yang sentiasa ,menjadi tulang belakang untuk teruskan hasrat menyambung master yang ku kira cukup mencabar hati..sesekali dan dah beberapa kali rase nak berundur... namun semangat sentiasa terbakar dengan kehadiran sifu-sifu diatas..Alhamdulillah..Syukur Ya Allah,,setiap kedukaan kau hadiahkan penawarnya...

Istimewa buat sahabatku K.elly Khadijah yang turut menambah selera makan ku, dan dah naik berat badan setelah berbulan kami terpisah seperginya ke bumi Syria..memang hilang selera makan..
Sahabatku inilah yang sentiasa bersama ku ke mana-mana dan pasak tekadnya buatku teguh kembali pabila goyah...

Tak lupa buat adikku yang manja..aishah...kuatkan semangat..maaf akak tak mampu nak selalu bersama kerana banyak taklifan,..hati kita tetap bersama..teruskan perjuangan adikku sayang...

Sayu dan sayu..rintihan demi rintihan sahabat2 fresh graduate seperti kami yang kekeringan sumber pendapatan..rindukan suasana belajar di peringkat sarjana muda..namun... Sahabatku kautsar..nampak jauh di sudut hatimu ketabahanmu sahabat..


ramai yang berada di sekelilingku..yang paling hampir siapa lagi kalau bukan mak dan ayah...mereka lah yang tak jemu memberikan semangat dan doa buat anakanda untuk terus belajar...

Sunyi, memang sunyi blog saya tanpa isu-isu..maaf tak mampu nak ulas...lebih suka mendengar dan menganalisis pendapat-pendapat ulama' yang lebih berautoriti....sekadar menjawab cetusan dari sabahat...


huh..penat meluah..apepun, fasa sekarang masih belum tenang..baru nak mula wat proposal... tajuk masih dalam bayangan....itulah hakikat dunia siswazah ku kini..tak sempat nak goyang kaki...namun, syukur, semakin membara untuk menelaah ilmu..moga diberkati ILAHI..

Moga bertambah ilmu, bertambah taqwa kepada Allah..
Hanya itu hasratku...

Fasa ini jua fasa melatih mendisiplinkan diri untuk bergelar sayap kiri perjuangan dan membersihkan hati untuk bergelar seorang pendidik....Fasa ini lah yang cukup menguji diri yang snetiasa merasa rendah diri dan tidak bersedia untuk melangkah ke alam baru..mungkin belum tiba masanya...akan tiba pabila benar2 bersedia memikul tanggungjwab yang berat itu....

Apepun, buat akhirnya, salam rindu buat kak intan syahida dan kak lang yang sentiasa dihati...dan ucapan salam ukhwah buat semua yang tak tertulis nama kalin...namun semuanya dihati... restuilah diri yang hina ini untuk terus berjuang di medan ilmu..

Sekian..sirru ala barakatillah....


Setelah peristiwa itu, aku sangat ingin berjumpa ibu itu..
"Ana nak jadi anak yang taat kepada ibu," kata anak muda itu..
"Ya Allah, bahagianya hati ibunya..berjaya ibunya melahirkan anak itu...taat kepada ibu..taat kepada Allah.. sentiasa gigih menuntut ilmu di bumi barakah, bumi Rasulullah..disayangi guru-guru..tawadhu'..sangat menjaga hati..kerana benarlah nasihat Imam Waqi' kepada Imam Syafii...bahawa ilmu itu cahaya.cahaya tidak akan masuk ke dalam maksiat kepada Allah...itulah hasil tarbiyah seorang ibu...tahniah wahai ibu"... getus hati kecilku...

Anak muda itu terang hatinya..benar lah ia sentiasa bergantung harap pada Allah..Hatinya sentiasa risau jika tersasar dari rahmat Allah..Dia yakin dengan ketentuan Allah..Tidak gelisah jika keputusannya itu, baik di pandangan Allah, walaupun manusia sukar menerimanya..sayu..jatuh terdidik hati ini..

Alhamdulillah, masih ada anak muda seperti itu.. Moga Allah pelihara anak muda ini..Ku berdoa agar ibunya mendapat manfaat yang besar pabila kepulangan anaknya kelak..


Saat itu, aku terfikir betapa pentingnya peranan seorang ibu..Teringat jua kepada ibuku..

sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak.. siang malam berdoa ke atas kesejahteraan anaknya..

jika dibayangkan..tak mampu ku gambarkan kesusahan ibuku selama ini..apakah aku mampu membalas jasamu ibu..

ibu lah segala-galanya..ayah selalu berpesan, jagalah ibu..dan ayahku jua seorang yang sangat taat kepada ibunya...contoh yang baik buat anak-anak..

ibu..ayah..terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian..moga Allah beri kesempatan untukku membalasnya jasa kalian..


Salam perjuangan..

Bukan perjuangan tanpa ujian...
Ujian mematangkan diri...
Ujian penguat dan pembakar semangat..
Ujian mengingatkan kembali untuk murnikan niat menuntut Ilmu KERANA ALLAH..

APA TUJUAN SAMBUNG MASTER????

1. MEMBURU DAN MENCARI CINTA DAN REDHA ALLAHSesungguhnya beruntunglah insan yang semakin bertambah ilmunya, semakin tawadhu' merendah diri, semakin bertambah cintanya kepada Allah..semakin bertambah taqwaNya..

2. TANGGUNGJAWAB DAIE BUAT UMMATMenuntut ilmu dan cuba mengamalkannya..srta menyampaikan...

3. TANGGUNGJAWAB UNTUK FAHAM AGAMAJangan taqlid semata-mata, khususnya berhujah biarlah dengan ilmu, bukan dengan nafsu dan emosi

4. Menginsafi diri yang kerdil dan sangat dahagakan ilmu...
...............bersambung ke episod seterusnya....................


cuma sebelum pena...jangan cepat mengalah dengan ujian....gagahkan langkah dan terus maju..yakinlah Allah sentiasa bersama...


Salamualaik..

terus menjengah, namun, seketika cuma....Petang ni exam Bahasa Arab...Moga Cemerlang....


TAKLIFAN BARU BERMULA:

1. TUTOR KAJIAN ULUM HADITH, JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH,FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.
2. GURU AL-QURAN DAN TAJWID, TADIKA EPAL SEKSYEN 4.
3. PELAJAR SISWAZAH, JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.
4. PERUNDING MORIVASI AURA IMTIYAZ TRAINING & CONSULTANCY
5. PERUNDING MOTIVASI DAN LATIHAN, DOUBLEACE BUSSINESS & ADVISORY SDN BHD.
6. IN PROGRESS PERUNDING TAKAFUL IKHLAS

Langkah diatur, pinta simpati Mu Ya Allah, agar taklifan dapat diselesaikan di bawah nusrahMu Ya Allah..

Buat sahabat2, maaf, jika sekian lama blog ini menyepi tanpa isu-isu panas..nantikan pabila fasa tenang nanti..Salam ukhwah buat semua..

Buat adik-adik G12, GOOD LUCK....