
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
dari blog sahabatku, -Nurul Mutmainnah-Ummu Iffah
Labels: Mimpi Rasulullah Tercinta
Labels: Memori Persahabatan Abadi

Pagi ini terasa rindu sangat nak menjejakkan kaki ke bumi Rasulullah..Ku tidak mengerti kata-kata hati ini..Proposal yang ditolak sebulat mesyuarat buat aku tak bermaya nak menulis lagi, walaupun pada asalnya gembira dengan tajuk tersebut..Tapi nak mula balik dari A ni perlukan masa..Dan masa cukup mencemburui ku..Nak tenangkan hati ...mulalah rasa nak menangguh je master ni...tapi, dah terikat dgn JPA ni, mahu nak kena saman...jangan buat2....
Terbayang indahnya jika impianku satu ketika dulu untuk ke Madinah tercapai. Suatu hari, ayahteh kate dia nak sambung belajar di Madinah. Saat itu, saya jatuh hati nak ke Madinah..Masa tu saya sekolah menengah..tak ingat dah tahun bila...Last2 ayahteh tak berjaya nak ke sana dan akhirnya ke Pondok Moden di Kelantan dan kemudian melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya' Mesir..Masa terus berlalu, sehingga saya dah masuk ke universiti..Ketika itu, baru saya tahu, bahawa Universiti Islam Madinah ni hanya untuk student lelaki..terkejut dan hampir kecewa saya..Nampaknya saya dah tak berpeluang nak ke sana...Dalam hati ni, jika diizinkan Allah, saya nak ke sana dan tinggal di sana...Saya ni nampak je cam berani, tapi sebenarnya penakut nak g jauh2 ni..Kalau tak dah lame dah nak sambung belajar kat Mesir dan sebagainya...Kokde yang sangat rapat dan manja ngan ayah serta tempat mak nak mengadu ni, berfikir seratus dua ratus kali.....Impian menggunung tinggi..tengok Kak Elly, berani dia..sampai ke Syria dah dia berlepas....aku ni...Duk kat sini je lah ye...
Namun, siapa tahu jika ada 'putera raja' yang nak ajak saya ke Madinah, saya sanggup je meninggalkan segala keseronokan dunia motivasi saya semata-mata untuk menemani insan istimewa itu...Ya Allah, masih adakah peluang untukku ke sana..Aku rindu bumi itu...izinkan aku menjejakkan kakiku walau sekejap ke sana....Kadang-kadang berseloroh, kawan-kawan duk mengusik, bila nak kawin, saya kata, saya tunggu 'putera raja'..Siapa lah bertuah itu..Title putera raja saya anugerahkan buat bakal 'bos' saya yang sanggup bawa saya ke Madinah...Itulah impian si kecil berjiwa angan-angan macam saya ni...Rajin bebenor pasang angan2....Mane tau menjadi kenyataan...
Emm...nampaknya episod nak mengembalikan semangat saya untuk memulakan penulisan proposal baru dan mengemas bilik baru ni dah berjaya..Dah duk berangan nye Cik hanisah...Proposal satu habuk tak buat lagi....Selamat memulakan penulisan baru dan bakal siap bulan November tahun ini...Good Luck Hanisah:))
Pengajian Tafsir Online: Siri 4: Penafsiran Al-Quran: Kaedah dan Penghayatan
0 comments at 10:10 PTGPenafsiran al-Quran : Kaedah dan Penghayatan
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM
Sumber: Minda Madani Online
Tafsir dari sudut bahasa ialah keterangan dan kenyataan. Dari segi istilah ialah ilmu yang membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum.
Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya.
Para ulama menyebutkan bahawa antara semulia-mulia ilmu walaupun tidak secara mutlak ialah ilmu tafsir. Di samping itu, para pentafsir mestilah membuktikan keaslian data-data yang digunakan olehnya. Sarjana-sarjana tafsir menyebutkan sumber yang asli sebagai asil dan sumber-sumber yang tidak berpandukan al-Qur'an dan sunnah sebagai dakhil atau kemasukan unsur-unsur luar seperti Israiliyyat. Bagi pengkajian ilmu tafsir, asil dikira sebagai tafsiran berpandukan inti dasar yang diambil dari al-Qur'an atau Sunnah nabi atau pendapat para Sahabat dan pengikut yang sezaman dengannya. Adapun dakhil ialah tafsiran yang tidak pernah dimasyhurkan dalam golongan di atas, dan ia terserap menerusi bidang penafsiran al-Qur'an oleh musuh-musuh Islam yang mempunyai tujuan tertentu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Penyelewengan penafsiran berlaku dari luar yang terdiri daripada puak Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sengaja menyelidik dengan teliti ruang-ruang kelemahan yang boleh merendahkan kedudukan umat Islam dengan menimbulkan keraguan dan memaparkan masalah-masalah palsu. Penyelewenagn dari dalam pula tertumpu kepada golongan –golongan yang tertentu seperti golongan Batiniah yang menafsirkan al-Qur'an secara simbolik yang bertujuan untuk membatalkan syariat daripada dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat. Mereka mendakwa setiap ayat al-Qur'an terdapat maksud-maksud kebatinan. Sumber-sumber asli Asil bagi tafsir ialah al-Qur'an, sunnah, pendapat-pendapat Sahabat dan tabi'in, kaedah-kaedah penggunaan ilmu bahasa dan ijtihad yang bedasarkan dalil dan bukti yang lengkap.
Pada zaman awal Islam, Nabi adalah penafsir dengan sunnah qauliah (perkataan) dan sunnah fi'liyat (perbuatan). Rasulullah sentiasa menerang dan menafsirkan ayat-ayat al-Qur'an di hadapan para Sahabat selama masanya turunnya al-Qur'an sehingga akhir hayat baginda.
Syarat-syarat Penafsir al-Qur’an dan Aliran-Aliran Tafsir
Mereka yang ingin menafsirkan al-Qur'an harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut :
i. Memiliki kepercayaan yang benar dan mematuhi segala ajaran Islam.
ii.Mempunyai tujuan yang benardan mengharap keredhaan Allah.
iii. Berpegang teguh kepada dalil-dalil naqal dari Nabi, para Sahabat, para tabi'in serta menghindari segala sesuatu yang tergolong sebagai bid'ah.
Seorang penafsir harus menguasai ilmu-ilmu yang diwajibkan ke atas penafsir iaitu :
1. Ilmu bahasa Arab sebab hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan itu dapat diketahui.
2. ilmu nahu kerana erti sesuatu kaokata selalu berubah dan berbeza-beza menurut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimat, maka ilmu nahu ini penting difahami dan diperhatikan.
3. Ilmu tasrif atau saraf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat dapat diketahui.
4. Ilmu al-isytiqaq (asal usul kosakata) sebab sesuatu nama kata benda itu mempunyai erti yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar kata yang berbeza.
5. Ilmu al-ma'ani kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi indikasi maknanya.
6. Ilmu bayan kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya.
7. Ilmu badi' kerana dengan ilmu ini segi-segi keindahan kalimat dapat diketahui. Ketiga-tiga ilmu al-ma’ani, ilmu bayan dan ilmu badi’ dinamakan ilmu al-Balaghah.
8. Ilmu al-qiraat kerana melalui ilmu ini dapat diketahui cara-cara mengucap ayat-ayat al-Qur'an dan dengan ilmu ini bacaan-bacaan yang masih mengandungi beberapa kemungkinan dapat ditarjihkan.
9. Ilmu usuluddin kerana di dalam al-Qur'an itu ada ayat-ayat yang ertinya zahirnya tidak boleh ditujukan kepada Allah. Oleh sebab itu, para ahli usuluddin mentakwilkan erti ayat tersebut dan mengemukakan hujah atau dalil mengenai hal yang mustahil, yang wajib dan yang harus.
10. Ilmu usul fiqh kerana melalui ilmu ini arah istidlal dan istinbat hukum dapat diketahui.
11. llmu asbab al-nuzul kerana dengan ilmu ini maksud sesuatu ayat dapat diketahui sesuai dengan peristiwa yang melatari turunnya ayat tersebut.
12. Al-nasikh wa al-mansukh untuk mengetahui dan membezakan antara lafaz muhkam dari lainnya.
13. Ilmu Fiqh
14. Hadith-hadith Nabi yang menjelaskan penafsiran hal-hal yang mujmal dan mubham
15. Ilmu al-mauhibah iaitu suatu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui.
Sebahagian ulama menambahkan lagi syarat-syarat dalam menafsirkan al-Qur’an iaitu niat ikhlas dalam mencari maksud al-Qur’an, mengetahui sejarah dakwah di Mekkah dan Madinah dan ilmu psikologi tentang tabiat manusia.
Namun begitu, syarat-syarat yang dijelaskan tersebut adalah untuk mereka yang ingin menjadi penafsir al-Qur’an. Ia bermaksud untuk mendalami penafsiran al-Qur’an. Sekiranya ia hanya a untuk memahami al-Qur’an dan memahami ayat-ayat secara umum, maka tidaklah disyaratkan perkara tersebut. Mamadai ia memahami secara umum ayat tersebut.. Malahan tuntutan memahami ayat-ayat tafsiran bukan sahaja kepada segolongan ulamak sahaja tetapi seluruh umat Islam harus membaca dan memahami makna dan penafsirannya.
Para ulama membahagikan kaedah tafsir kepada empat jenis iaitu :
i. Tafsir al-Ijmali (Tafsir Secara Ringkas).
Tafsir jenis ini hanya mengupas makna-makna ayat secara ringkas seperti Tafsir al-Jalalayn oleh al- Sayuti dan Safwah al-Bayan li Ma’ani al-Qur’an oleh Husayn Makhluf.
ii. Tafsir al-Tahlili (Tafsir Secara Analisa).
Tafsir jenis ini membuat analisa dari satu surah ke satu surah atau dari satu ayat ke satu ayat dengan memberi penerangan yang lebih mendalam dalam pelbagai tajuk seperti akidah, bahasa dan perundangan. Antara tafsir jenis ini ialah Tafsir al-Zamakhshari, Tafsir al-Baydawi, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Ibn ‘Atiyyah, Tafsir al-Qasimi, Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Razi, Tafsir al-Biqa’iyy dan Tafsir Ibn ‘Ashur.
iii. Tafsir al-Muqaran (Tafsir Secara Perbandingan).
Tafsir jenis ini membuat perbandingan antara beberapa tafsir dan manhaj. Melalui tafsir ini dapat diketahui manhaj setiap tafsir tersebut serta membuat perbandingan di antaranya. Peneliti juga berusaha membandingkan arah dan kecenderungan masing-masing penafsir dan menganalisis tentang sebab yang melatari seorang penafsir menuju arah dan memilih kecenderungan aliran tersebut.
iv. Tafsir al-Mawdu‘iyy
Ia menghimpun ayat-ayat dalam satu tajuk secara lafaz atau hukum dan menafsirkannya mengikut tujuan-tujuan al-Qur'an.
Penafsiran yang mengikut manhaj akidah terbahagi kepada 4 bahagian utama :
i.Tafsir ahli Sunnah wa al-Jamaah
ii. Tafsir mengikut manhaj Muktazilah
iii.Tafsir mengikut mazhab Syiah
v. Tafsir mengikut aliran kesufian
Pembahagian mengikut keilmuan dan sumber-sumber terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :
i. Tafsir al-Ma'thur atau tafsir riwayat.
ii. Tafsir al-Ra'yi
iii. Tafsir al-Fiqhi
v. Tafsir al-Isyari/Tafsir al-Sufi
Ada juga yang menambahkan lagi kepada Tafsir al-Falsafi, Tafsir al-Ilmi dan Tafsir al-Adab al-Ijtima'i.
Kebanyakan ulama mempertikaikan penggunaan akal dalam penafsiran yang dikenali sebagai tafsir al-Ray'i. Ada segolongan yang menegah dan ada yang mengharuskannya. Namun keharusan yang diberikan itu adalah penafsiran yang mengikut syarat-syarat yang mesti dipatuhi. Golongan yang mengharuskan penafsiran dengan menggunakan pendapat sendiri berpendapat bahawa mereka yang ingin melibatkan diri dalam penafsiran al-Qur'an mestilah yang benar-benar ahli dan mengetahui bidang ilmu yang tertentu seperti digariskan oleh para ulama.
Tafsir al-Ma’thur atau tafsir riwayat adalah tafsir yang terbatas pada riwayat dari Rasulullah dan dari para Sahabat atau muid-murid mereka dari kalangan tabi’in, dan juga tabi’tabi’in. Namun tafsir jenis ini juga terdapat kelemahan kerana adanya riwayat da’if, mungkar dan maudu’ . Di samping terdapat pertentangan riwayat antara satu sama lain. Manakala tafsir al-Ray’i atau tafsir al-dirayah ialah ijtihad oleh para mufassirin dalam memahami al-Qur’an dengan mengikut syarat-syata tertentu.
Al-Qurtubi menyebutkan bahawa penegahan tafsir dengan pendapat disebabkan pertama, ia membolehkan seseorang itu mengeluarkan pendapat dengan mengikut hawa nafsu untuk mendapat matlamat dan tujuannya. Kedua, ia membolehkan seseorang itu menafsirkan al-Qur’an secara zahir tanpa melihat kedudukan lafaz-lafaz yang asing (Gharib al-Qur’an) dan taqdim wa ta’khir. Tanpa memahami perkara tersebut menyebabkan seseorang itu menghukum secara zahir dan kemungkinan banyak kesalahan. Oleh itu, tafsir pendapat yang tercela adalah tafsiran yang hanya menafsir ayat-ayat atas prinsip hawa nafsu dan tidak berteraskan kepada nas atau ijmak atau kaedah bahasa atau berseiringan dengan nilai-nilai syariat. Manakala jika ia bertujuan untuk menyingkap makna yang sebenar apabila terdapat kekeliruan makna ayat tersebut dengan tidak menyalahi agama, maka adalah harus dan dibolehkan. Perkara yang ditegah ialah menyeret al-Qur’an untuk memperkuatkan hawa nafsunya dan pemikiran yang ia anuti. Dengan itu, maka al-Qur’an menjadi pengikut bukan yang diikuti, dihukumi bukan menghukum. Termasuk dalam perkara yang dilarang ialah keberanian menafsirkan al-Qur’an sebelum memiliki peringkat yang seharusnya dibolehkan dalam menafsirkan al-Qur’an dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Para ulama telah mengariskan beberapa faktor dan unsur-unsur penyerapan dalam penafsiran yang merosakkan tafsiran al-Qur'an iaitu :
i. Israiliyat iaitu penyerapan pengaruh dari golongan Yahudi dan Nasrani dan pengambilan maklumat yang ada hubungan dengan kepentingan masing-masing antara puak yang terlibat. Umat Islam tidak terlepas daripada penyerapan riwayat-riwayat yang disadurkan dari pendapat Yahudi dan Nasrani yang lebih dikenali sebagai ahli kitab.
ii. Hadith daif dan palsu dimasukkan untuk menyokong kumpulan mereka. Hadis-hadith daif dan palsu ini disandarkan kepada Rasulullah secara tipu daya sehingga menjejaskan sumber kedua yang dianggap asli dalam penafsiran.
iii. Penafsiran al-Qur'an dari sudut bahasa semata-mata dengan mengetepikan ilmu-ilmu lain yang ada hubungan dengan penafsiran. Malah terdapat penafsiran yang tidak tepat apabila susunan ayat terkeluar daripada kaedah bahasa Arab yang sebenar.
iv. Ta'wil-ta'wil puak Batiniah yang terpengaruh dengan fahaman Syiah yang menyeleweng. Mereka mengemukakan ta'wil-ta'wil yang batil dan bentuk penafsiran yang tidak mengikut kaedah tafsir yang sebenar.
v. Penyelewengan ahli-ahli sufi dalam penafsiran dengan memutar belitkan makna ayat-ayat al-Qur'an dan membuat ta'wil yang batil.
vi. Penyelewengan puak-puak Babiah, Bahaiah dan Qadianiah yang muncul paada awal kurun ke 19M. Mereka berusaha menjadikan al-Qur'an sebagai alat untuk menyelewengkan pemikiran umat Islam dan merubah ayat Allah yang mulia.
vii. Penyelewengan-penyelewengan ahli-ahli tafsir yang kurang mahir dalam ilmu ketika menyusun kitab-kitab tafsir.
Oleh itu, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dan peyelewengan dalam penafsiran. Namun perkara tersebut telah diteliti dan diperhalusi oleh para ulama dengan menolak hujah-hujah golongan yang menyeleweng serta membetulkan pendapat jamhur mufassirin. Oleh itu, dakwaan ingin menafsir semula al-Qur'an perlu dilihat dari perspektif bahawa para ulama telah memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan penafsiran yang betul dan menolak pendapat yang palsu dan daif sepanjang zaman. Adalah menjadi kewajipan mengembalikan perspektif yang betul apabila berinteraksi dengan al-Qur'an dan meletakkan kepercayaan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut untuk meneliti pendapat-pendapat ulama dahulu bersesuaian dengan kehendak al-Qur'an dan keadaan sekarang.
Peringatan bagi orang yang menafsirkan al-Qur'an agar tidak menimbulkan kekeliruan apabila mereka mengabaikan perkara-perkara berikut dalam menafsirkan al-Qur'an iaitu :
i. Berhati-hati dalam hadith mawdu' dalam menafsirkannya
ii. Berhati-hati terhadap israiliyyat yang menyusup masuk ke dalam tafsir yang mengeruhkan kejernihan peradaban Islam
iii.Berhati-hati terhadap pelbagai riwayat yang daif, bohong terhadap para Sahabat dan tabi'in.
iv. Berhati-hati terhadap pemikiran yang merosak dan tertolak dalam tafsir yang tidak ada seorangpun di antara para ulama yang tertbebas darinya, walaupun ia termasuk salah seorang ahli tafsir yang besar.
Antara kaedah dan prinsip yang terbaik dalam menafsirkan al-Qur’an iaitu :
1. Menggabungkan antara riwayat dan dirayah iaitu menggabungkan aspek nas atau dalil yang sahih dan hasil pemikiran yang jelas yang menggabungkan antara warisan turath dan semasa.
2. Menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an kerana al-Qur’an, satu bahagian darinya saling membenarkan bahagian yang lainnya. Satu bahagian menafsirkan bahagain yang lain.
3. Menafsirkan al-Qur’an dengan hadith yang sahih.
4. Mempergunakan tafsir sahabat dan tabi’in kerana para sahabat adalah murid madrasah Nabi Muhammad. Dengan madrasah itu, mereka mendapat ilmu dan kefahaman dari Rasulullah.
5. Mengambil kemutlakan bahasa iaitu menggunakan kaedah dan prinsip bahasa Arab yang betul dan standard bertepatan dengan uslub nahu dan balaghah.
6. Memperhatikan konteks kalimat di tempat dalam ayat. Ayat itu harus dikaitkan dengan konteksnya yang ada. Ia tidak boleh diputus hubungannya dengan yang sebelumnya dan yang selepasnya.
7. Memperhatikan asbab al-nuzul kerana ia penting dalam memahami dan menafsirkan al-Qur’an.
8. Menjadikan al-Qur’an sebagai rujukan utama dalam mencari kefahaman. Ia tidak memaksakan kehendak dirinya terhadap al-Qur’an dan menafsirkannya agar bersesuaian dengan kehendak dirinya atau mazhabnya.
M. Quraish Shihab menyebutkan keperluan menafsir al-Qur’an kerana al-Qur’an diturunkan untuk manusia sepanjang zaman dan tempat. Oleh itu, umat dituntut berinteraksi memahami al-Qur’an sebagaimana tuntutan yang pernah ditujukan kepada masyarakat yang menyaksikan turunnya al-Qur’an. Memahami dan menafsir al-Qur’an merupakan tuntutan dan perintah al-Qur’an sendiri selama mana penafsiran tersebut dilakukan secara sedar dan bertanggungjawab. Menurutnya, walaupun Islam memberi kebebasan untuk menafsirkan al-Qur’an namun ia mempunyai batas-batas yang perlu patuhi sebagaimana dalam setiap disiplin ilmu. Mengabaikan pembatasan-pembatasan tersebut akan menimbulkan pemikiran yang songsang dalam kehidupan. Islam juga membezakan antara penafsir dengan seorang yang hanya menguraikan tafsiran tersebut. Menurut M. Quraish Shihab, menafsir berbeza dengan berdakwah dan berceramah berkaitan dengan tafsir al-Qur’an. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat penafsir, tidaklah bererti terlarang untuk menyampaikan huraian tafsir, selama huraian yang dikemukakannya berdasarkan pemahaman ahli tafsir yang memenuhi syarat-syarat penafsir. Tetapi apabila ia berdiri untuk mengemukakan pandapat-pendapatnya dalam bidang tafsir, ia perlu memiliki syarat-syarat tersebut.
Muhammad al-Ghazali memperjelaskan kemurnian dan keaslian al-Qur’an. Al-Qur’an al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak didatangi kebatilan. Kekalnya keaslian al-Qur’an ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan warisan nubuwwah yang terdahulu.
Menurutnya sikap umat Islam kini telah berubah dalam memahami al-Qur’an kerana mereka tidak menghiraukan al-Qur’an yang telah memberi kehormatan yang tinggi kepada manusia. Selanjutnya Muhammad al-Ghazali berkata :
“Tetapi sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Qur’an yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Qur’an telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang sudah kering airnya atau piala yang sudah tersumbat mulutnya. Umat yang dipilih oleh Allah s.w.t. supaya berurusan dengan al-Qur’an secara aktif sudah seperti kaum Jahiliyah dahulu yang pekak telinga mereka daripada mendengar bacaan al-Qur’an, hiruk-pikuk dalam majlis al-Qur’an secara terang-terangan mendustakan Rasulullah s.a.w sehingga baginda mengadu kepada Allah ; “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Qur’an sesuatu yang tidak diacuhkan”.(al-Furqan ; 30) Adapun orang-orang Islam hari ini, apabila mereka mendengar al-Qur’an mungkin mereka mengeluh ataupun diam, namun akal mereka lali dan deria mereka berserakan, berjalan di lembah yang asing, seolah-olah dipanggil dari tempat yang jauh.”
Muhammad al-Ghazali menghuraikan sikap kaum Muslimin terhadap al-Qur’an memerlukan kajian yang mendalam. Umat Islam hari ini hanya menumpukan perhatian dari segi bacaannya sahaja tanpa ada usaha untuk memahami, mengerti dan menyelami, secara mendalam makna dan maksud al-Qur’an.
Muhammad al-Ghazali sedih apabila didapati mereka yang berinteraksi dengan al-Qur’an secara tuli dan buta amat banyak. Mereka hanya mampu mendengar tapi tidak memahaminya. Sikap ini hendaklah dilenyapkan dan dijauhkan. Umat harus membaca dan mengkaji al-Qur’an sebaik mungkin dan memahami makna dan maksudnya. Mengkaji al-Qur’an bermaksud membacanya, memahaminya, memikirkannya serta mengungkapkan peraturan-peraturan Allah yang ada di dalam diri manusia atau alam seluruhnya di samping mengemukakan faktor-faktor kekuatannya dalam menghadapi tamadun masa kini. Mengkaji al-Qur’an juga adalah untuk mengetahui pengajaran atau hukum hakamnya, balasan baik dan ancaman buruk serta apa saja yang diperlukan oleh manusia di dalam membina peradaban.
Beliau juga menjelaskan aliran-aliran penafsiran al-Qur’an seperti aliran penafsiran secara ma’thur, penafsiran hukum, penafsiran kalamiyyah, dan penafsiran al-Bayani. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan serta kecacatan dalam aliran-aliran tersebut. Beliau menjelaskan bahawa yang mencacatkan aliran penafsiran ini (ma’thur) pada pandangannya ialah mengaitkan ayat-ayat al-Qur’an dengan hadith-hadith yang kebanyakannya da‘if. Ia menghalang usaha untuk mencetuskan pemikiran al-Qur’an kepada matlamat-matlamat yang syumul di dalam penafsiran, lalu menjadi asas kepada media penyebaran hadith-hadith da‘if yang menjadi asas pemikiran para mufassirin pada masa kini.
Beliau juga menerangkan penafsiran hukum yang telah dibuat oleh ahli tafsir, iaitu penafsiran ayat-ayat menurut hukum-hukum yang ditetapkan oleh para fuqaha dan cara-cara mereka menetapkan hukum. Mereka hanya mementingkan ayat-ayat hukum dan membataskan hukum pada hukum syarak tanpa maksud-maksud yang lain. Di sini perlu sedikit pembetulan. Perlu diketahui setiap aliran-aliran tersebut mempunyai kebaikan dan dasar tersendiri. Kita tidak boleh menafikan kelebihan yang disumbangkan oleh aliran-aliran tersebut. Tetapi apa yang diinginkan ialah hubungan dengan al-Qur’an penuh dengan kesedaran sehingga dapat menanggapi dimensi-dimensi dan maksud-maksudnya. Penggunaan hadith-hadith da‘if yang begitu lemah sanadnya adalah satu keaiban yang perlu dibersihkan daripada tafsir-tafsir al-Qur’an.
Labels: Pengajian Tafsir Online

Dengan nama Allah Yang Pencinta..pena ku tulis...Pagi ini, kaki masih berat nak melangkah balik ke Pahang.Kepenatan semalam masih terasa. Seharian saya dan adik, Saifullah ditemani sahabat yang setia Kak Elly ke Darul Quran..Penangan jatuh cinta ke Darul Quran, adikku yang merupakan Pelajar aliran Sains Tulen, atau dengan panggilan istimewa dari ayah untuknya 'Dr.Saiful', adikku sanggup bersusah payah dengan pelbagai ikhtiar untuk masuk ke Darul Quran. Keputusan interview mengatakan beliau gagal. Mengalir air matanya..Kami tak mampu nak berbuat apa2..Akhirnya dengan semangat Kak Elly, kami bergegas ke Darul Qur'an. Jam 11.50 pagi dari UKM, saya pecut ke UM, ambik Kak Elly yang sedang menemani Ustazah Tengku Intan di Library UM, lantas Qaswah meluncur deras ke Kolej Hafiz, Klang untuk mengambil Saiful. Sampai sahaja di Klang, kami mengambil keputusan terus ke Darul Quran. Perjalanan ke Darul Quran terasa sangat jauh, mungkin kerana debaran di hati, kekalutan di hati..jatuh cinta menggunung di hati....Saya selaku driver terasa serba tak kena ketika memandu..Namun, saya gagahkan..lenguh dan kebas terasa di kaki..Akhirnya jam 4.12 petang kami sampai...saya rasa nak tumbang...melayang kepala..penat sungguh2 terasa..Sampai di Darul Quran, Kuala Kubu, suasana tenang mendamaikan hati..melapangkan segala keresahan..Kak Elly terus menemani adik Saiful ke Pejabat, berjumpa dengan beberapa orang pensyarah Darul Quran. Sekali lagi mengalir air mata adikku, sedih, pelbagai lemparan kata-kata seolah2 memang tiada peluang untuknya di Darul Quran. Ujian buat adikku..Tabahlah wahai mujahid kecil...Kak Elly juga rase nak menangis, katanya..Saya hanya memendam pelbagai rasa..
Alhamdulillah,kami bertemu dengan Ust Azahari, Ketua Jabatan Tahfiz, katanya akan membuat sokongan terhadap rayuan adik...Alhamdulillah..Ustazah Zamzarina pula kelihatan alert dengan rayuan tersebut..Moga usaha membuahkan hasil...
Azan asar kedengaran..Lemah kaki adikku melangkah ke masjid DQ..Sayu hati kami yang melihat adik...Selesai solat, saya dan Kak Elly membeli makanan di sebuah restoran, rupanya seharian Kak Elly langsung tak menjamah air dan makanan..Saya sempat juga menjamah biskut dan kopi radix pagi itu..Rase bersalah di hati saya,,Namun itulah pengorbanan seorang kakak dan sahabat yang membuatkan hati cukup terharu dengan pengorbanan beliau..
Setelah sampai kembali di Darul Quran, adik sedang berbual dengan sahabat seusrahnya, Halim... Ceria nampaknya diberi sedikit kekuatan oleh sahabatnya yang sudah berjaya mengkhatamkan 30 juzu' di Darul Quran...itulah sahabat seperjuangannya merangkap Timbalan Presiden Badan Dakwah Al-Khairiah...
Kami pula berborak dengan kawan adik2 Kak Elly..pelbagai perkongsian..mudah mesra adik2nya,walaupun itulah kali pertama pertemuan kami..Inilah nilaian ukhwah Islamiyah dalam satu jemaah yang kita semua rasai..di mana2 sahaja jika bertemu sesama kami, wehdatul fikr wehdatul amal itu mengikat hati2 yang cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul..
Saat berada di Darul Quran, hatiku teringat KISAS..sama biahnya..sama suasananya..bumi barakah..Ya ALLAH...RINDU SAAT MANIS DI BUMI WAQAFAN, DI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH...
Ya Allah, bahagianya hidup ini sebagai pejuang..Ya Allah bahagianya hidup ini melangkahkan kaki ke bumi jejak2 ulama'..Terasa kerdil dihati...Jauh nya diri di saat ini...
Doa dari ayah dan ibu untukku adikku,jua dari kami semua, mg terpilih sebagai insan bertuah untuk menginfakkan dirimu untuk menghafaz al-Quran dan memeliharanya di dada, seterusnya melahirkan akhlak yang mulia ..terpancar ketenangan diwajah2 mereka insan-insan pilihan..
Walaupun saya bukan hafizah, namun Allah masih pertemukan saya dengan insan2 ini..Syukur Ya Allah..Terdidik hatiku....Inilah aturan ALLAH..
Kepada semua pembaca, doakan adik saya berjaya bersama hasrat hatinya...Amminnn...
Labels: Darul Quran
Kunci Kegemilangan Islam yang sesungguhnya
Ditulis oleh waskita di/pada April 25, 2008
Kalau ada pembahasan mengenai kegemilangan islam, yang digembar-gemborkan oleh barat selalu ahli falsafah beragama islam. Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Khawarizmi, ibn Khaldun dan lain-lainnya. Karena penemuan2 sainsnya mereka dianggap cemerlang. Al Ghazali selalu dicemooh, Imam Syafii tidak pernah diceritakan sejarahnya. Imam Fakhrurrazi tidak pernah disebut. Apalagi Syeikh2 Tarikat seperti Bahauddin Naqsyabandi, Abu Hasan Syazili, Ahmad Tijani, Abdulqadir jailani. semuanya hanya dikatkan dengan kisah-kisah mistik yg tidak logis, jumud dan dianggap anti kemajuan duniawi. Berikut ini perbandingan antara dua golongan yg sama2 islam yang satu ahli falsafah dan ahli sains, yang satu lagi ahli sufi dan pemimpin tarikat.
Ibnu Khaldun & Imam Bahauddin Naqsyabandi
Ibnu Khaldun dalam kitabnya muqaddimah, menganalisa tentang masyarakat & menulis ilmu kemasyarakatan. Imam Bahauddin Naqsyabandi, pengasas tarikat naqsyabandiyah, mendidik pengikutnya satu demi satu. Dari yang jahat, jadi bertaubat, dari yg tidak kenal Allah, sampai menjadi kenal Allah, dari berpecah belah menjadi bersatu dan bersaudara karena Allah. Kemudian menyusunnya menjadi satu masyarakat. Pada masa jayanya tarikat ini pernah memiliki sebuah kota yang mereka bangun sendiri di Bukhara. Sampai sekarang bekas2nya masih bisa dilihat. Syaikh ini menyusun masyarakat, membuat project2 islam sampai muncul sebuah kota, yang disana orang dapat melihat dan merasakan keindahan islam dalam bentuk nyata. Lebih hebat mana ? Yang berteori tentang masyarakat yang sudah ada,atau yang menyusun masyarakat dari awal ?
Imam Ghazali bukan hanya ahli tasawuf
Tahukah anda bahwa Imam Ghazali bukan hanya ahli tasawuf ? sebelum beliau menjadi ahli sufi beliau adalah ulama fiqh yang sangat pakar, bahkan menjadi rektor universitas Nizhomiah di Baghdad. Buku2 yang beliau tulis bukan hanya tentang tasawuf, tapi juga tentang sejarah, dan banyak lagi. lebih dari 300 buku. 300 buku tsb ditulis setelah beliau selesai bersuluk di menara masjid umawiyah di syiria. Beliau bersuluk ketika berumur 40 tahun, sedangkan beliau meninggal di usia 54 tahun. Artinya 300 buku / 14 tahun = 4 minggu satu buku. Bukunya bukan buku tipis2 , tetapi tebal2, termasuk di antaranya Ihya Ulumuddin dan Al Mustasyfa. Kira2 hebat mana ahli tasawuf & ahli falsafah ? Bisakah ahli falsafah membuat buku secepat itu tanpa referensi ? Selain itu beliau juga sempat mendidik murid2 nya, membentuk jemaah islamiah. thoifah islam dimasanya.
Ibnu Sina & Imam Jalaludin as Sayuti
Kita bandingkan lagi yg lain, Ibnu sina misalnya, penelitian yg dia tulis hanya di bidang ilmu kesehatan semata. Ilmu yg sedikit itulah yg diambil oleh barat. Tahukah anda tentang Imam Jalaluddin as Sayuti (hidup di th 900an Hijriah)? Umur beliau pendek, hanya 53 tahun. Beliau mulai mengarang sewaktu berumur 40th dan menghasilkan 600 kitab. artinya 13 tahun 600 kitab = 2 minggu per kitab. Kitab ini tidak ada yang tipis, semua tebal-tebal dan berisi berbagai jenis ilmu. Termasuk Al Itqan fi Ulumil quran, Al hawi lil fatawa, Tafsir jalalain, Jamius Shogir. Termasuk juga buku pengobatan Thibbun Nabawi. Buku ini berisi berbagai resep obat dan khasiat berbagai Tumbuhan. Kira2 dgn umur yg begitu pendek dan kitab yg begitu banyak, sempatkah Imam Sayuti melakukan penelitian ? Imam Sayuti tidak perlu penelitian. Karena dalam kitab At Tabaqatul Qubra tulisan Imam Sya’rani diceritakan Imam Sayuti ini 75 kali bertemu dgn ruh rasulullah secara yakazah (secara sadar, bukan mimpi) dan dia sempat bertanya tentang ilmu kepada Rasulullah. Ini suatu hal yang sangat kontroversial. Tapi buktinya nyata, 600 kitab karangan beliau ini masih ada sampai sekarang. Dan inilah sebenarnya kekuatan utama ummat Islam, yaitu kemampuan untuk berhubungan langsung dengan ruh Rasulullah SAW.
Thariq ibnu Ziyad
Inilah juga rahasia kemenangan Thariq ibn Ziyad di Spanyol. Dia berani membakar kapalnya, karena berkat ketaqwaannya, setelah dia mendarat di pantai Gibraltar, dia melihat Rasulullah SAW dan 313 Tentara Badar sedang tersenyum dihadapannya. Artinya bantuan Allah sudah datang, kemenangan pasti didepan mata.
Penutup
Untuk dapat mengkaji dan mengulang kegemilangan Islam yang pernah terjadi , kita perlu mengkaji aspek batin kegemilangan tersebut, tidak semata-mata aspek lahiriahnya saja. Kegemilangan di bawah para ahli filsafat yang beragama Islam sebenarnya tidak termasuk kegemilangan Islam, karena hal itu tidak pernah disebut dalam kriteria dari Rasulullah. Sebenarnya ada beberapa kegemilangan Islam yang pernah disebut oleh Rasulullah sebagai berikut: Kegemilangan zaman Rasulullah sampai dengan 3 abad setelahnya. Hal ini disebut di dalam hadis: "Sebaik-baiknya kurun adalah kurunku, kurun sesudahnya , dan kurun sesudahnya". Kegemilangan di setiap awal kurun, sesuai dengan hadis: "Sesungguhnya Allah akan mengutus pada umat ini setiap awal kurun (abad) seorang mujaddid yang memperbaharui urusan agama-Nya". Kegemilangan di akhir zaman. Hal ini dapat dikaji dari hadis-hadis tentang akhir zaman, terutama hadis tentang Imam Mahdi. Disebutkan bahwa "Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, niscaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman". Pada sat ini dunia telah sangat dipenuhi dengan kezaliman, tetapi niscaya kezaliman ini akan diganti dengan keadilan.
Labels: Koleksi Ilmiah

Termenung panjang...Pernah suatu ketika saya merasakan bahawa pasak di hati ini, ia tanggungjawabku pada agama, maka ku gagahkan langkah..kataku nak jadi MOTIVATOR..Maka sejak daripada itu ku lalui pelbagai ranjau liku-liku kehidupan yang Allah lorongkan untukku bergelar 'Motivator'..
Genap 11 November 2009, syarikat khidmat latihan dan perundingan kami berjaya ditubuhkan, maka tanggungjawab sebagai Perunding Motivasi Aura IMTIYAZ Training & Consultancy mula ku galas...Namun, sebagai 'Motivator Muda', masih panjang langkahku...
Antara training yang ku lalui adalah:
1. Berguru dengan Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mengambil peluang menjadi Fasilitator Excel Training & Consultancy dalam program SUPERKID EXCEL sambil belajar informal dengan beliau.
2. Training bersama Ust Kautsar di dalam Program SPIES, dan selepas ini kami akan ke Brunei untuk mengajar di sana.
3. Menghadiri kursus-kursus dan TOT yang berterusan:-
i. ESQ
ii. BRAINSTORMING BERSAMA IP MINDA.
iii. Kursus Colour Vibration Therapy bersama Prof Emiratus Dr.Norhisyam Wahab.
iv. Research and Development:
1.TESIS DEGREE: ISU-ISU TARBIYAH DALAM SURAH LUKMAN DAN PENDEKATAN TARBIYAH ISLAMIYAH DALAM MENANGANI PERMASALAHAN GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA ISLAM.
2.TESIS MASTER : KONSEP AL-FALAH DAN AL-FAUZ DALAM AL-QURAN DAN AL- SUNNAH:PERANANNYA DALAM MEMBENTUK MODAL INSAN BERINTEGRITI
3.TESIS PHD : MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.
v. Master dan PHD, Diploma Kaunseling.....
Maka, jika dilihat, walaupun masih dalam fasa melatih diri, tanggungjawab terhadap umat masih tergalas di bahu,
26 Mac : Disscussion Program di SMA A-Khairiah
28 Mac : Ceramah 'Motivasi Khalifah Aura IMTIYAZ Di Lanchang
9-10 April : Projek Sentuhan Terbilang2 di SMA Al-Khairiah
dan yang paling penting :
24 Mac : DATELINE SUBMIT PROPOSAL BARU
31 Mac : Pembentangan Proposal
Ya ALLAH, berilah kekuatan, kesihatan, keberkatan dan natijah yang baik dalam mengharungi langkah-langkah ini...Moga ianya diganjarkan sebagai jihad fi sabilillah..
Isteri Sayap Kiri Perjuangan Suami: Kisah Cinta Ummu Muhammad dan Sheikh Said Hawa
0 comments at 7:09 PG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Pertamanya, thanks sahabatku Ainul Mardhiah atas artikel yang cukup bermakna ini..izinkan ana copy & paste kat blog ana ni buat tatapan ana dan pembaca sekalian..Jarang saya ambil artikel dari blog lain, namun beberapa hari saya menatapnya, saya tertarik untuk manjadikan ia sebagai salah satu koleksi Motivasi Perjuangan..
Berikut adalah petikan post 'Ainul Mardhiah'......
Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 bagaimana kehidupan Ummu Muhammad (zaujah kepada As-Syeikh Sa'id Hawwa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang..
Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000.
BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SYEIKH SA'ID HAWWA SECARA TERPERINCI?
Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.
Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak,3 lelaki dan seorang perempuan-Muhammad,Ahmad,Mu'az,dan Fathimah,Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak.Justeru,apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.
Setiap pagi,beliau akan meluangkan masa bersama anak2 dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.
Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.
BAGAIMANA PERASAAN UMMU MUHAMMAD KETIKA SYEIKH RAHIMAHULLAH DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN?
Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.
Mereka mula menghafaz Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun Hafiz AL-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya,Alhamdulillah.Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara ,adiknya Mahmud , seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.
BAGAIMANAKAH BENTUK KEHIDUPAN UMMU MUHAMMAD DAN SYEIKH RAHIMAHULLAH SEBAGAI PASANGAN SUAMI ISTERI?
Kami sama2 memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.
Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.
Kami akan membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.
Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa Al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.
BAGAIMANAKAH AS-SYEIKH MENGENALI UMMU MUHAMMAD?
Awalnya,saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali.Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.
Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang ,saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."
Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.
APAKAH ATURAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK UMMU MUHAMMAD?
Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.
Ajari mereka Al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat,puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.
Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.
Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.
Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Ta'ala.
Labels: Motivasi Perjuangan
Sejarah Perkembangan Tafsir
Oleh: Dr. M. Quraish Shihab, M.A.[*]
Pada saat al-Quran diturunkan, Rasul SAWW, yang berfungsi sebagai mubayyin (pemberi penjelasan), menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya tentang arti dan kandungan al-Quran, khususnya menyangkut ayat-ayat yang tidak dipahami atau samar artinya. Keadaan ini berlangsung sampai dengan wafatnya Rasul SAWW, walaupun harus diakui bahwa penjelasan tersebut tidak semua kita ketahui akibat tidak sampainya riwayat-riwayat tentangnya atau karena memang Rasul SAWW sendiri tidak menjelaskan semua kandungan Al-Quran.
Kalau pada masa Rasul SAWW para sahabat menanyakan persoalan-persoalan yang tidak jelas kepada beliau, maka setelah wafatnya, mereka terpaksa melakukan ijtihad, khususnya mereka yang mempunyai kemampuan semacam 'Ali bin Abi Thalib, Ibnu 'Abbas, Ubay bin Ka'ab, dan Ibnu Mas'ud.
Sementara sahabat ada pula yang menanyakan beberapa masalah, khususnya sejarah nabi-nabi atau kisah-kisah yang tercantum dalam al-Quran kepada tokoh-tokoh Ahlul-Kitab yang telah memeluk agama Islam, seperti 'Abdullah bin Salam, Ka'ab al-Ahbar, dan lain-lain. Inilah yang merupakan benih lahirnya Israiliyat.
Di samping itu, para tokoh tafsir dari kalangan sahabat yang disebutkan di atas mempunyai murid-murid dari para tabi'in, khususnya di kota-kota tempat mereka tinggal. Sehingga lahirlah tokoh-tokoh tafsir baru dari kalangan tabi'in di kota-kota tersebut, seperti: (a) Said bin Jubair, Mujahid bin Jabr, di Makkah, yang ketika itu berguru kepada Ibnu 'Abbas; (b) Muhammad bin Ka'ab, Zaid bin Aslam, di Madinah, yang ketika itu berguru kepada Ubay bin Ka'ab; dan (c) Al-Hasan al-Bashriy, Amir al-Sya'bi, di Irak, yang ketika itu berguru kepada 'Abdullah bin Mas'ud.
Gabungan dari tiga sumber di atas, yaitu penafsiran Rasul SAWW, penafsiran sahabat-sahabat, serta penafsiran tabi'in, dikelompokkan menjadi satu kelompok yang dinamai Tafsir bi al-Ma'tsûr. Dan masa ini dapat dijadikan periode pertama dari perkembangan tafsir.
Berlakunya periode pertama tersebut dengan berakhirnya masa tabi'in, sekitar tahun 150 H, merupakan periode kedua dari sejarah perkembangan tafsir.
Pada periode kedua ini, hadis-hadis telah beredar sedemikian pesatnya, dan bermunculanlah hadis-hadis palsu dan lemah di tengah-tengah masyarakat. Sementara itu perubahan sosial semakin menonjol, dan timbullah beberapa persoalan yang belum pernah terjadi atau dipersoalkan pada masa Nabi Muhammad SAWW, para sahabat, dan tabi'in.
Pada mulanya usaha penafsiran ayat-ayat Al-Quran berdasarkan ijtihad masih sangat terbatas dan terikat dengan kaidah-kaidah bahasa serta arti-arti yang dikandung oleh satu kosakata. Namun sejalan dengan lajunya perkembangan masyarakat, berkembang dan bertambah besar pula porsi peranan akal atau ijtihad dalam penafsiran ayat-ayat al-Quran, sehingga bermunculanlah berbagai kitab atau penafsiran yang beraneka ragam coraknya. Keragaman tersebut ditunjang pula oleh al-Quran, yang keadaannya seperti dikatakan oleh 'Abdullah Darraz dalam an-Naba' al-‘Azhîm: "Bagaikan intan yang setiap sudutnya memancarkan cahaya yang berbeda dengan apa yang terpancar dari sudut-sudut yang lain, dan tidak mustahil jika Anda mempersilakan orang lain memandangnya, maka ia akan melihat lebih banyak dari apa yang anda lihat."[2]
Muhammad Arkoun, seorang pemikir Aljazair kontemporer, menulis bahwa: "Al-Quran memberikan kemungkinan-kemungkinan arti yang tak terbatas. Kesan yang diberikan oleh ayat-ayatnya mengenai pemikiran dan penjelasan pada tingkat wujud adalah mutlak. Dengan demikian ayat selalu terbuka (untuk interpretasi) baru, tidak pernah pasti dan tertutup dalam interpretasi tunggal."[3]
Corak-corak penafsiran yang dikenal selama ini antara lain: (a) Corak sastra bahasa, yang timbul akibat banyaknya orang non-Arab yang memeluk agama Islam, serta akibat kelemahan-kelemahan orang Arab sendiri di bidang sastra, sehingga dirasakan kebutuhan untuk menjelaskan kepada mereka tentang keistimewaan dan kedalaman arti kandungan al-Quran di bidang ini. (b) Corak filsafat dan teologi, akibat penerjemahan kitab filsafat yang mempengaruhi sementara pihak, serta akibat masuknya penganut agama; agama lain ke dalam Islam yang dengan sadar atau tanpa sadar masih mempercayai beberapa hal dari kepercayaan lama mereka. Kesemuanya menimbulkan pendapat setuju atau tidak setuju yang tecermin dalam penafsiran mereka. (c) Corak penafsiran ilmiah, akibat kemajuan ilmu pengetahuan dan usaha penafsir untuk memahami ayat-ayat al-Quran sejalan dengan perkembangan ilmu. (d) Corak fiqih atau hukum, akibat berkembangnya ilmu fiqih, dan terbentuknya mazhab-mazhab fiqih, yang setiap golongan berusaha membuktikan kebenaran pendapatnya berdasarkan penafsiran-penafsiran mereka terhadap ayat-ayat hukum. (e) Corak tasawuf, akibat timbulnya gerakan-gerakan sufi sebagai reaksi dari kecenderungan berbagai pihak terhadap materi, atau sebagai kompensasi terhadap kelemahan yang dirasakan. (f) Bermula pada masa Syaikh Muhammad 'Abduh (1849-1905 M), corak-corak tersebut mulai berkurang dan perhatian lebih banyak tertuju kepada corak sastra budaya kemasyarakatan. Yakni satu corak tafsir yang menjelaskan petunjuk-petunjuk ayat-ayat al-Quran yang berkaitan langsung dengan kehidupan masyarakat, serta usaha-usaha untuk menanggulangi penyakit-penyakit atau masalah-masalah mereka berdasarkan petunjuk ayat-ayat, dengan mengemukakan petunjuk-petunjuk tersebut dalam bahasa yang mudah dimengerti tapi indah didengar.
Kodifikasi Tafsir
Kalau yang digambarkan di atas tentang sejarah perkembangan Tafsir dari segi corak penafsiran, maka perkembangan dapat pula ditinjau dari segi kodifikasi (penulisan), hal mana dapat dilihat dalam tiga periode: Periode I, yaitu masa Rasul SAWW, sahabat, dan permulaan masa tabi'in, di mana Tafsir belum tertulis dan secara umum periwayatan ketika itu tersebar secara lisan. Periode II, bermula dengan kodifikasi hadis secara resmi pada masa pemerintahan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz (99-101 H). Tafsir ketika itu ditulis bergabung dengan penulisan hadis-hadis, dan dihimpun dalam satu bab seperti bab-bab hadis, walaupun tentunya penafsiran yang ditulis itu umumnya adalah Tafsir bi al-Ma'tsur. Dan periode III, dimulai dengan penyusunan kitab-kitab Tafsir secara khusus dan berdiri sendiri, yang oleh sementara ahli diduga dimulai oleh al-Farra (w. 207 H) dengan kitabnya yang berjudul Ma'ânî al-Qur'an.
Metode Tafsir
Di lain segi, sejarah perkembangan Tafsir dapat pula ditinjau dari sudut metode penafsiran. Walaupun disadari bahwa setiap mufassir mempunyai metode yang berbeda dalam perinciannya dengan mufassir lain. Namun secara umum dapat diamati bahwa sejak periode ketiga dari penulisan Kitab-kitab Tafsir sampai tahun 1960, para mufassir menafsirkan ayat-ayat al-Quran secara ayat demi ayat, sesuai dengan susunannya dalam mushhaf
Penafsiran yang berdasar perurutan mushaf ini dapat menjadikan petunjuk-petunjuk al-Quran terpisah-pisah, serta tidak disodorkan kepada pembacanya secara utuh dan menyeluruh. Memang satu masalah dalam al-Quran sering dikemukakan secara terpisah dan dalam beberapa surat. Ambillah misalnya masalah riba, yang dikemukakan dalam surat-surat al-Baqarah, Ali 'Imran, dan ar-Rûm, sehingga untuk mengetahui pandangan al-Quran secara menycluruh dibutuhkan pembahasan yang mencakup ayat-ayat tersebut dalam surat yang berbeda-beda itu.
Disadari pula oleh para ulama, khususnya asy-Syathibi (w. 1388 M), bahwa setiap surat, walaupun masalah-masalah yang dikemukakan berbeda-beda, namun ada satu sentral yang mengikat dan menghubungkan masalah-masalah yang berbeda-beda tersebut.
Pada bulan Januari 1960, Syaikh Mahmud Syaltut menyusun kitab tafsirnya, Tafsir Al-Qur'an Al-Karim, dalam bentuk penerapan ide yang dikemukakan oleh Al-Syathibi tersebut. Syaltut tidak lagi menafsirkan ayat-demi-ayat, tetapi membahas surat demi surat, atau bagian-bagian tertentu dalam satu surat, kemudian merangkainya dengan tema sentral yang terdapat dalam satu surat tersebut. Metode ini kemudian dinamai metode mawdhu'iy.
Namun apa yang ditempuh oleh Syaltut belum menjadikan pembahasan tentang petunjuk al-Quran dipaparkan dalam bentuk menyeluruh, karena seperti dikemukakan di atas, satu masalah dapat ditemukan dalam berbagai surat. Atas dasar ini timbul ide untuk menghimpun semua ayat yang berbicara tentang satu masalah tertentu, kemudian mengaitkan satu dengan yang lain, dan menafsirkan secara utuh dan menyeluruh. Ide ini di Mesir dikembangkan oleh Prof. Dr. Ahmad Sayyid Al-Kumiy pada akhir tahun enam puluhan. Ide ini pada hakikatnya merupakan kelanjutan dari metode mawdhu'iy gaya Mahmud Syaltut di atas.[4]
Dengan demikian, metode mawdhu'iy mempunyai dua pengertian: Pertama, penafsiran menyangkut satu surat dalam al-Quran dengan menjelaskan tujuan-tujuannya secara umum dan yang merupakan tema sentralnya, serta menghubungkan persoalan-persoalan yang beraneka ragam dalam surat tersebut antara satu dengan lainnya dan juga dengan tema tersebut, sehingga satu surat tersebut dengan berbagai masalahnya merupakan satu kesatuan yang tidak terpisahkan.
Kedua, penafsiran yang bermula dari menghimpun ayat-ayat al-Quran yang membahas satu masalah tertentu dari berbagai ayat atau surat al-Quran dan yang sedapat mungkin diurut sesuai dengan urutan turunnya, kemudian menjelaskan pengertian menyeluruh dari ayat-ayat tersebut, guna menarik petunjuk al-Quran secara utuh tentang masalah yang dibahas itu.
Demikian perkembangan penafsiran al-Quran dari segi metode, yang dalam hal ini ditekankan menyangkut pandangan terhadap pemilihan ayat-ayat yang ditafsirkan (yaitu menurut urut-urutannya).
--------------------------------------------------------------------------------
[*] Semua pendapat yang tertuang dalam makalah ini tidak mewakili pendapat Situs Al-Quran yang kami kelola ini.
[2] 'Abdullah Darraz, al-Naba' al-‘Azhîm, Dar Al-'Urubah, Mesir, 1960, h. 111.
[3] Lihat makalah Martin van Bruinessen, "Mohammed Arkoun tentang Al-Quran," disampaikan dalam diskusi Yayasan Empati. Pada h. 2. ia mengutip Mohammed Arkoun, "Algeria," dalam Shireen T. Hunter (ed.), The Politics of Islamic Revivalism, Bloomington: Indiana University Press, 1988, h. 182-183.
[4] Di beberapa negara Islam selain Mesir, para pakarnya juga melakukan upaya-upaya penafsiran al-Quran dengan menggunakan metode ini. Di Irak, misalnya, Muhammad Baqir Shadr menulis uraian menyangkut tafsir tentang hukum-hukum sejarah dalam al-Quran dengan menggunakan metode yang mirip dengan metode ini, dan menamakannya dengan metode tawhidiy (kesatuan).
Labels: Pengajian Tafsir Online
Berkata Al-Imam As-Suyuthi(rhm) dalam kitabnya yang agung Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an :
"Segala puji hanyalah milik Allah swt semata, Dialah yang menurunkan Kitab Al-Qur'an kepada hamba-Nya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang berakal, dalam kitab ini terkumpul segala bentuk ilmu pengetahuan. Dia menjadikan kitab ini sebagai kitab termulia dari segala kitab yang ada. Kitab itu adalah Al-Qur'an yang berbahasa 'Arab, yang tiada kebengkokan padanya, yang bukan makhluk tapi kalam Allah swt, yang tiada keraguan dan ketidakbenaran padanya"(ruj : Muqaddimah Al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an)
Ini adalah 10 kitab Tafsir pilihan, dipilih oleh para ulama dan dipuji di lembaran2 emas kitab2 mereka. Sebutan dan pujian ini terselerak di pelbagai celahan kitab secara terpisah di sana sini. Pun begitu selain 10 kitab tafsir ini, bukanlah termasuk kitab2 yang tidak dipuji, hanyasaja yang mencuri perhatianku dan lebih terasa sejahtera dengannya adalah 10 kitab ini. Senarai ini adalah disusun mengikut tertib tahun wafat penulisnya.
1. Tafsir at-Thabari (w. 310 H)
2. Tafsir al-Baghawi (w.516 H)
3. Tafsir al-Zamakhsyari (w. 538 H) - dari aspek Balaghah
4. Tafsir Al-Qurthubi (w. 671 H)
5. Tafsir Ibnu Kathir (w. 774 H)
6. Tafsir Al-Durr al-Manthur li As-Suyuthi (w. 911 H)
7. Tafsir Fathul Qadir li Asy-Syaukani (w. 1250 H)
8. Tafsir As-Sa'di li Syeikh Abdurrahman As-Sa'di (w. 1376 H)
9. Tafsir Adhwa' al-Bayan li Asy-Syinqithi (w. 1393 H)
10.Tafsir Al-Aisar li Al-Jazairi
Barangkali thread berkenaan kitab tafsir ini sudah ada. Pun begitu izinkan Talhah menulis dalam wajahnya yang tersendiri, sebagai tambahan maklumat dan perkongsian.
Dialu-alukan nukilan pujian para ulama berkenaan kitab2 tafsir di atas dari para sahabat warga AFN semua..Juga dialu-alukan sudut2 lain yang menyentuh perihal kitab2 tersebut.
Tahukah anda bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) menyesal di penghujung usianya kerana masanya yang tidak dihabiskan dengan lebih banyak mengkaji makna2 Al-Qur'an? Padahal semua maklum bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah(rhm) adalah tokoh agung dalam ilmu tafsir bahkan gurunya pemilik kitab Tafsir paling sahih(mengikut pandangan Syeikh Al Albani) yakni Tafsir Ibnu Kathir - Al-Imam Ibnu Kathir(rhm).
Wallahua'lam.
Labels: Pengajian Tafsir Online
Cara menafsirkan Al-Qur’an :
Untuk memahami isi atau pesan Al-Qur’an yang terkandung dalam seluruh ayat Al-Qur;an tidak cukup dengan terjemah, sebab terjemah hanyalah alih bahasa, tetapi perlu melakukan penafsiran terhadap ayat Al-Qur’an.
Dilihat dari caranya, dikenal dua macam penafsiran yakni tafsir tahlili dan tafsir maudhui.
Tafsir Tahili ialah menafsirkan Al-Qur’an secara runtut, ayat perayat, dari mulai surah Al-Fátihah ayat pertama sampai surat An-Nás ayat terakhir, tanpa terikat oleh tema, judul atau pokok bahasan.
Sedangkan tafsir Maudlu‘i ialah penafsiran berdasarkan tema-tema yang dipilih sebelumnya. Caranya semua ayat yang berkaitan dengan tema (maudlu’i) yang dibahas diinventarisir tanpa terikat oleh urutan surat, kemudian disistimatisir dan ditafsirkan sehingga antara ayat yang satu dengan ayat yang lain saling melengkapi pembahasan tema. Misalnya pembahasan tentang Riba, maka seluruh ayat yang berkaitan langsung atau tidak langsung dengan masalah riba, diinventarisir kemudian dibahas menurut sub-sub tema sehingga sampai kepada kesimpulan.
Dilihat dari pendekatannya, tafsir terbagi dua, yakni Tafsir bi al-Ma’`tsur dan Tafsirr bi al-Ma'qul.
Yang dimaksud Tafsir bi al-Ma’`tsur ialah menafsirkan ayat dengan ayat atau dengan hadits.
Sedangkan Tafsir bi al-ma‘qul adalah penafsirkan al-Qur’an dengan logika. Tafsir kedua ini sering juga disebut tafsâr bi ar-Ra’yi. Jadi yang dimaksud dengan tafsir bi ar-Ra’yi adalah menafsirkan Al-Qur’an dengan menggunakan dalil-dalil logik.
Dari sisi perspektifnya, tafsir Al-Qur’an juga beragam corak. Apabila penafsiran Al-Qur’an dilihat dari persepektif cabang ilmu pengetahuan tertentu seperti psikologi, sosiologi, Biologi, dll, maka disebutlah tafsir ‘lmi. Sedangkan apabila didekati dari perspektif tasawuf disebutlah tafsir Tasawuf .
Labels: Pengajian Tafsir Online

Dalil Menyambut Maulid
Semasa saya menghadiri satu solat jenazah di Pertubuhan Kebajikan al-Khaadem malam tadi, sejurus selesai pelaksanaan solat, datang seorang lelaki bertanya tentang dalil menyambut maulid. Beliau mengatakan ada di kalangan para ustaz yang mengatakan sambutan maulid mempunyai dalil daripada hadith Nabi s.a.w. Dalil tersebut ialah hadith di mana Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasanya pada hari Isnin lalu Baginda menjawab, “Pada hari itu aku dilahirkan…”
Tiba-tiba perbincangan kami terputus kerana perbualan dan sapaan daripada jemaah lain. Apabila pulang, teringat saya kepada persoalan itu. Justeru, saya rasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini seperti berikut:
Pertama sekali, tentang dalil menyambut memang ada iaitu hadith berikut:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم الاثنين ؟ فقال " فيه ولدت . وفيه أنزل علي " .
صحيح مسلم (1162)
Maksudnya: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda bersabda, “Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.”
Kedua, berkenaan dengan pendalilan ataupun cara menggunakan dalil yang sahih itu. Perkara ini ada dua sudut iaitu sudut betul dan sudut salah:
Adapun sudut betul, sekiranya kita ingin menyambut kelahiran Nabi s.a.w. dengan amalan yang terdapat dalam hadith itu iaitulah berpuasa pada hari Isnin.
Berkenaan sudut salah pula ialah apabila hadith itu digunakan untuk amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu. Antara amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu ialah perarakan dan pembacaan puisi yang tidak berdasarkan maklumat ilmiah bahkan terdapat di dalamnya kenyataan-kenyataan yang menyalahi asas-asas ilmiah bahkan menyalahi logik akal yang sihat.
Perhatian: Adapun ceramah yang diadakan khusus apabila datangnya bulan Rabi‘ul Awwal, apabila kita lihat dengan teliti, kita akan dapati ceramah-ceramah itu adalah pada asalnya ceramah yang bersifat rutin yang tetap akan dilaksanakan juga pada bulan-bulan lain. Cuma, ceramah-ceramah itu bersifat istimewa disebabkan keistimewaan sambutan Maulid di Negara ini. Justeru, apapun tanggapan pendakwah samada sambutan itu sesuai ataupun tidak, tetap para pendakwah harus mengisi pelawaan ceramah-ceramah itu dengan pengisian yang ilmiah. Janganlah diisi ceramah-ceramah itu dengan huraian tentang Nur Muhammad yang hanya berasaskan hadith palsu! Di samping itu, hendaklah para pendakwah menekankan perihal ikutan terhadap Rasulullah s.a.w. dan penolakan terhadap amalan-amalan baru dalam Islam yang menyalahi sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga mendapat manfaat.
Posted by Fadlan_Mohd_Othman , Pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah
Labels: Isu Semasa, Sunnah, Tuntutan al-Sunnah dalam bulan-bulan Islam
Labels: Koleksi Ilmiah
Syukran sahabatku Lina..kerana mengajak saya ke usrah...Alhamdulillah, saya seperti seorang yang baru sahaja diberi ubat oleh seorang doktor, kembali pulih..senyuman panjang..benarlah rindu dan cinta mampu mengubat segalanya...menyegarkan...mendamaikan.. Cintaku pada perjuangan..rinduku pada perjuangan...kerana perjuangan itu telah memberi satu nafas baru ketika aku gelap dan kelam dan sehingga putus asa untuk hidup suatu masa dahulu..Bermula hujung tingkatan 4, tika aku hampir rebah, beberapa orang kakak di sekolah khairiah dulu mengajakku masuk usrah..dan saat manis itu sehingga kini membuatku tak mampu berenggang dengan usrah... Usrah bersama Muslimat PAS tadi menyentuh hatiku bukanlah kerana pengisiannya mantap dan begitu panas, namun ku melihat kesungguhan ibu-ibu membawa anak, kesungguhan muslimat yang dahagakan pengisian, kerana mungkin mereka tidak mendapat tarbiyah seperti kami di kampus..namun, muhasabah buat kami mahasiswa, UPTA dan ALUMNI yang dikatakan tegar dengan tarbiyahnya ketika di kampus, ke mana menghilangnya kita setelah bergraduate...Muhasabah buat diriku....
Bukan mudah untuk istiqamah, namun, kita yang menentukan haluan kita untuk terus istiqamah atau pun tidak..
Maka, jalan perjuangan terhampar di depan mata, ayuhkah kita terus kembali bersama perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini....Banyak perkara yang ingin saya ulas, insya Allah, dalam entri akan datang.........
Labels: Dunia Perjuanganku

Selepas episod menceritakan tentang kuda perang peneman setia saya, saya masih tak dapat nak teruskan menulis proposal, banyak perkara yang terbuku di hati..
Apa yang pasti, saya rindukan saat manis susah getir dalam perjuangan. Bukan nak kata sekarang saya tak susah, tapi saya dah bgtau sahabat seusrah saya, Haslina dan saya turut berpesan kepada Naqibah saya, K.Halijah, agar ingatkan saya kalau lama sangat saya senyap..Hujung minggu baru ni, saya paksa juga luangkan masa bersama adik-adik KISAS.. Hari Rabu baru ni, saya ke sekolah, ummi Hapzan bgtau takde orang nak bantu PELAPIS BADIB...Saya serba salah..saya minta pandangan K.Elly, katanya, awlakan yang mana yang lebih penting... Alhamdulillah, saya hubungi Hasbullah, minta dia tengokkan adik2..Saya sedih...
Saya tak berniat nak ambil jalan ini, tapi saya tak nak korbankan hajat ayah dan mak. Ayah senyum puas dengar keputusan saya nak sambung belajar..Mak pulak redha dan rela walaupun saya jarang balik.."Mak betul2 nak anak mak belajar dengan baik, yang penting anak mak selamat..Tak yah balik selalu"..itulah luahan mak walaupun saya tahu di hati mak, nak saya balik selalu....
Kadang-kadang saya fikir, saya pentingkan diri ke?? Tak taulah, yang pasti saya memang tak reti nak menipu..Jujur semuanya...Dengan ayah langsung tiada rahsia. dengan mak ada lah jugak tapis2, sebab cerita yang baik2 je, tak nak mak risau atau kecik hati..
Susah belajar ni, paling susah nak bersihkan hati, Alhamdulillah, Allah jaga saya, mulut saya, tindakan saya, tak boleh tersalah, terus Allah bayar cash..Hati saya hanya Allah yang TAHU..
Saya redha dengan setiap ketentuan yang Allah dah tetapkan. Rupa-rupanya sejak dua tiga menjak ni, saya jadi pendiam..sebab banyak perkara yang nak diselesaikan..
Saya dah berterus terang segala keputusan dan kemampuan saya, dan saya tak pandai nak tipu ke, nak uji-uji orang ke, biarlah saya jadi diri saya....Bagi yang bakal menjadi bakal teman hidup saya, terimalah saya seadanya..Yang penting, saya nak fokus belajar sekarang..Hidup bergelumang dengan buku, menjadi ulat buku, sampai tak keluar bilik, dunia ketika saya betul2 fokus...dunia itu dah hampir 4 tahun saya tinggalkan dek kerana banyak taklifan di bahu, maka seolah-olahnya dunia itu dah kembali..Saya mesti manfaatkan masa yang ada..Bukan saya katakan saya tak perjuangan itu tak boleh nak seiring dengan belajar, tapi ia mengikut kemampuan masing-masing..Alhamdulillah, berkat gerak kerja untuk agama Allah, nusrah dan janji Allah yang pasti, saya masih diberi peluang score dengan baik dan mantain anugerah dekan ketika masih memegang jawatan..Tapi, kita tak boleh tinggalkan sunnatullah..Ilmu yang dimiliki seolah2 cukup untuk score dengan baik dalam exam, tapi, masih banyak lubang-lubang yang perlu ditampal...
Apa itu maknanya??? Contohnya kalau lapar, sunnatullah nya makan untuk kenyang..kalau kereta habis minyak, isi lah minyak..kalau tak, matilah kereta tu macam kereta saya malam tadi,, mati sebab tak tutup lampu, maka kehabisan baterinya....Jadi, samalah, dalam menuntut ilmu, perlukan penumpuan dan proses ulangan serta strategi belajar yang baik, barulah segala maklumat dan ilmu lekat dalam jangka masa yang panjang.Itula teorinya..tapi itu kalu dibincangkan dari aspek kekuatan IQ..Lain pula apabila dibincangkan dalam aspek, EQ..soal keberkatan ilmu, perlu jua diutamakan..bagi memastikan ilmu itu cahaya dan meresap dalam diri lalu menatijahkan akhlak yang mulia, hati yang tunduk dan tawadhu'....semakin kenal Allah s.w.t..Jadi, kalau berjuang, berkorban sampai tak masuk kelas, bagaimana pula ceritanya??? Wallahua'lam..hanya Allah yang menilai dan ia bergantung kepada sejauh mana kita benar2 ikhlas dalam menuntut ilmu jua amanah dalam membahagikan masa dengan baik antara tanggungjawab sebagai penuntut ilmu dan daie..
Panjang perbahasan kalau nak dibincangkan....
Dah lama hidup, pasti kita mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing..Saya sangat kagum dengan insan-insan power -siang berjuang, malam menelaah, terisi jadual mereka sambil belajar tanpa mengugat gerak kerja jemaah..Tapi, saya, pengalaman 4 tahun mengajar banyak perkara, mungkin teori yang perlu saya gunakan ialah terpaksa mengambil kira 'kos lepas' yang ada..Maknanya, pasti ada yang terkorban, buat ketika ini, maka, jadilah saya seperti sekarang...sedih dan pilu terlalu kurang masa dalam medan gerak kerja, namun beralih kepada peranan 'tafaqquh fiddin' sebagaimana dalam firman Allah yang memberitahu kita bahawa perlu ada segolongan yang tinggal untuk tafaqquh fiddin sedang yang lain pergi berjihad di medan pertempuran..(maaf, saya terlupa dalil tu, perlu semak, bagi yang ingat-peringatkan dekat komen saya ye)
Makanya, sekarang terlalu banyak subjek yang meliputi pelbagai disiplin ilmu hadith, tafsir, syariah, aqidah, bahasa Arab sebagai alat bagi memahami sumber pegangan kita perlu dan wajib saya nak cover ni, apa?? untuk exam??? bukan. saya dah takde wxam sekarang..Bahagia saya..belajar memang nak tafaqquh fiddin.bukan untuk exam lagi. Hal ini kerana keputusan maut saya untuk mengambil MASTER FULLY TESIS bagi pengajian saya pada kali ini cukup menggugat segalanya,risiko yang tinggi terpaksa saya tanggung..tapi, risiko itu perlu diubah kepada cabaran yang perlu disahut...... namun, saya dah tak boleh ambil langkah student master, kajian dan pandangan, fikiran, dan rujukan mesti gaya PHD- itulah nasihat Dr.Latifah dan Ust Hasnan..Terkedu saya dibuatnya..Rujukan kamu bukan tesis master lagi..Kata seorang lagi pensyarah, tapi rujuk tesis PHD..Betul, hari ni saya terus menelaah tesis PHD, memang tepat, dah 2 minggu saya terangkak-rangkak nak cari bahan nak sempurnakan tesis, last2 baru jumpe,,rupa-rupanya, salah langkah..Bila dah betul langkah, barulah jumpe..Alhamdulillah..
Panjang cerita kalau nak diulas satu persatu fasa sarjana yang sangat mencabar ni, apepun, doakan saya sentiasa ikhlaskan niat belajar kerana Allah...
Daie dan kader tarbawi wajib penuhi ilmu didada khususnya TAFAQQUH FIDDIN..
UMAT ISLAM dahagakan daie yang mampu menyelesaikan masalah ummah..
Ya Allah, andai kini aku dah tak seperti dulu, namun hatiku tetap ingin bersama dalam saff perjuangan..Aku kini di medan ilmu, jua sebagai persiapan ke medan juang..Namun aku sering bimbang..maka Ya Allah, peliharalah diri ini..Matikan aku dalam jalan Mu..Syahid fi sabilillah itulah cita-cita kami......
Labels: Dunia Perjuanganku

ooo...tak nak gerak ye,nampak ni..beli yang baru tau...berangan jela..
mimpilah malam ni Qaswah bertukar menjadi VIVA idaman.....
..............................................................................
huh,penat dah tolak.gara-gara terlupe nak tutup lampu dek kerana tetibe je berenti hujan, maka Qaswah pun merajuk lagi lah tak nak gerak..Penat lah Qaswah..asyik nak merajuk je..Dah takdapat nak gi makan kat bilik Nisa'.Sejam duk kat dalam kereta, tolak gak lak, last2 duk tersadai kat situ..Pagi esoklah jawabnye..tak jadi masalah bila taknak gerak, masalahnya dh hilang mood nak sambung wat proposal..ditambah lagi buang masa tadi duk kat dalam kereta sampai sejam..Aduh..menguji kesabaran betul..
2bulan sibuk sangat, rupa-rupanya road tax dah mati bulan Okt, lesen mati bulan Ogos..melampau..patutlah agaknya Qaswah tak nak gerak tadi..Ok la..esok kena settlekan lesen dulu..
p/s: Ops..jangan ada yag buat laporan JPJ pulak..ye!!!!! saya tak gi mana2dah...selagi tak perbaharui road tax..
Jadi..apa kesudahnya..buatlah proposal cik Hanisah.....
Tinggal sorang malam ni, Kak Elly kat bilik Nisa'.....sedihnya...Macam mane nak wat proposal....tapi, esok dah kena submit..Maka gagahkan jugaklah...
Lepas ni...
1. Proposal akan dinilai oleh Panel Penilai
2. Bentang lah pulak..Buat je la apa yang mampu..
Pengubat hati, nasihat dan tunjuk ajar Ust Hasnan...lalui lah segalanya..dan anggaplah ia adalah proses pembelajaran....Niatkan belajar kerana Allah..
Waaaaa...sedihnya..Macammane nak bagi Qaswah gerak ni...gerak lah..maaf lah Pak Guard saya tak dapat nak masuk parking..jangan saman ye...kesian lah....
Labels: Kuda Perangku..., Qaswah
Sudah menjadi lumrah kehidupan, makin bertambah usia, usia kematangan semakin meningkat..namun,peningkatan itu perlukan ilmu dan pengalaman..perkongsian juga penting..Namun, sifat terbuka dan mudah menerima kesilapan jua faktor penting untuk perubahan. Misi penyediaan diri ini ku lalui dengan serius.Desakan ketidaksediaan diri, keperluan diri, dan yang paling penting perubahan itu memberi makna kepada kepada potensi diri untuk dinatijahkan bagi manfaat perjuangan Islam itu memungkin perlu dan penting untuk berubah.Apa sahaja yang natijah untuk kepentingan Islam, itulah matlamat kita. Salahkan kita membuang ego, mengakui kesilapan, yang hasilnya kita sebenarnya yang akan memperolehinya. Bahkan pula jika sahabat kita yang menegur, masakan sahabat mahu makan sahabat.Pasti teguran itu tanda sayang..
Sejak dua tiga menjak ini, semakin mengenali diri. Tapi tak boleh sebut lah kat sini.Tapi perlu diambil perhatian untuk dimasukkan ke dalam SWOT. Yang lucunya, kuat cemburu jugak..aduh..payah...Privacy itu perlu..namun kadang2 janganlah privacy sangat sampai susah nak terima kehadiran orang ketiga.Mungkin perlu dibuang istilah orang ketiga.Dan beralih kepada ----cuba meramaikan sahabat..Memanglah kononnya kita ni seorang yang setia, tapi, kesetiaan tak semestinya menghalang orang lain.Nanti, yang disayangi akan merasa bosan dan terkongkong. Perhubungan akan bertambah harmoni dengan adanya kepercayaan, keterbukaan, dan give and take perlu.
Terpulanglah pembaca nak istilah kan apa, tetapi ia adalah cerita tentang persahabatan. Dan ia berkait juga dengan fasa muhasabah diri dan fasa penyediaan diri dan yang paling penting adalah fasa mengubah diri untuk menjadi yang terbaik untuk insan tersayang yang kepulangannya dinanti dan mencari mardhatillah.
Sejak beberapa ketika, diri mula belajar secara serius tentang bagaimana membina perhubungan. Satu perkara yang saya pernah terbaca, bahawa kita perlu belajar membina perhubungan, bermula dengan membina hubungan dengan ibu dan ayah, adik beradik, sahabat handai, sahabat karib dan suami atau isteri kita..Bahkan, apabila telah berzuriat, hubungan bersama anak-anak. Hubungan yang dimaksudkan disini ialah bagaimana kita berinteraksi, belajar memahami, menyesuaikan diri, dan belajar untuk memberi dan memberi manfaat kepada insan-insan yang berada di seliling kita. Mungkin bagi saya yang lebih dikenali seorang yang agak serius, dan 'sekema', kadang2 penat dengan diri sendiri. Sekarang, cuba mencari kembali diri. Dan bina karakter yang terbaik yang memberi cerminan seorang beramal dengan akhlak Islamiyah. Mengapa ianya penting??? kerana kita adalah umat ISLAM. Binalah Islam dalam diri. Dakwah bil hal itu lebih baik dan perlu ditingkatkan. Dr Fadzilah Kamsah sering menasihati kami agar sentiasa muhasabah diri. Saya memang bercita-cita nak jadi seorang pakar motivasi, tapi, perlu ubah diri dahulu, baru boleh ubah orang lain.Panjang fasa penyediaan diri ini. Namun, itulah hakikatnya kehidupan. Justeru, menyedari bahawa hakikat kehambaan kepada Allah, mempersiapkan diri bahawa bila2 sahaja kematian akan menjemput kita, maka natijahnya, kita akan sentiasa berusaha menjaga Iman, meningkatkan ibadah dan taqarub kepada Allah. Maka, tidak timbul lagi kita ini hebat, atau kita ini ada itu, ada ini, bahkan sentiasa sedar diri bahawa kita tidak punya apa. Akhir kalam, ayuh sentiasa upgrade IMAN kita..
Labels: Muhasabah Diri

PAKEJ UTAMA AURA IMTIYAZ TC:
Kem Aura Kecemerlangan Diri 1 : Motivasi Khalifah
Kem Aura Kecemerlangan Diri 2 : Strategi Menggilap Potensi Diri, Menggapai Impian.
Kem Aura Kecemerlangan Diri 3 : Kegemilangan Milik Bersama
AURA IMTIYAZ TRAINING:
Smart Solat Camp
Anak Soleh Camp
Training For Trainers
Leadership and Team Building Training
Public Speaking Training
Management Training
Yuran Program : RM 25 Seorang
Tertakluk kepada rundingan
Tidak termasuk bayaran tempat
Bayaran hanya temasuk Buku Akhlak Pelajar Cemerlang, Fail Program, Sijil Kecemerlangan, Name Tag, Pen dan Buku Catatan +++ Tambahan Rm8 Jika perlukan Pakej Makanan
Labels: Aura IMTIYAZ TC
Assalamualaikum,
Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.
Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.
Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.
Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....
Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....
ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.
Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.
Kolej Keris Mas.
1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.
3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.
4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.
5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.
Kolej Burhanuddin Helmi.
1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.
2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1
3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.
Kolej Tun Hussin Onn.
1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.
2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.
3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.
Kolej Ibrahim Yaakob.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.
Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.
1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.
Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.
Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.
Posted by Mohd Idris Bin Mohd Yussof
Labels: UKM Tercinta

Bagi menyempurnakan kajian ini, langkah menganalisis data dan maklumat berdasarkan kajian-kajian lepas telah dijalankan. Hasil kajian mendapati hanya satu kajian ilmiah di peringkat sarjana muda dihasilkan di Fakultas Ushuluddin UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta berkaitan dengan al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian ‘studi ma’ani al-Qur’an’ di bawah tajuk al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an (Agus Yulianto NIM 2009) . Bagi penulis, kajian ini merupakan perintis kajian yang mencari dan membentangkan definisi dan pengertian kedua-dua perkataan tersebut dengan menggunakan metode semantik iaitu kajian analitik terhadap istilah-istilah kunci suatu bahasa dengan suatu pandangan yang akhirnya sampai pada pengertian konseptual atau pandangan dunia masyarakat yang menggunakan bahasa itu dan dalam kajian ini juga mengkaji tentang apa, bagaimana, serta siapa yang akan mendapatkan al-falah dan al-fauz dalam al-Qur’an. Justeru, penulis optimis sewajarnya kajian dan perbahasan yang lebih mendalam diteruskan lagi sekaligus meletakkan hubungkait konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan berintegriti. Apa yang membezakan kajian lepas dengan kajian yang bakal dijalankan ini adalah perbahasan yang dilakukan adalah lebih bersifat semasa dan praktikal menjurus kepada golongan sasaran yang menggerakkan nadi pembentukan modal insan seperti golongan pendidik, ibu bapa, pemimpin masyarakat, kaunselor, perunding motivasi dan sebagainya.
Terdapat satu kajian ilmiah di peringkat sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengupas tentang satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan penggunaan kalimah al-Falah dalam al-Quran iaitu kajian oleh Siti Salmiah bt Mahfudz (2001) yang bertajuk Huraian surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11: Satu Kajian terhadap Pengamalannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang. Namun, perbahasan kajian ini hanya melibatkan pemilihan satu kumpulan ayat al-Qur’an sahaja yang berkaitan dengan al-Falah serta melibatkan kajian lapangann terhadap sekolah berkenaan sahaja sedangkan masih banyak dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyentuh kedua-dua konsep ini yang perlu diteroka sekaligus membuktikan kajian ini sangat penting untuk diteruskan.
Penulis turut menganalisa data-data kajian-kajian lepas yang menyentuh aspek pembentukan modal insan. Namun, masih tiada kajian ilmiah yang menyentuh secara khusus melibatkan konsep al-Falah dan al-Fauz dalam membentuk modal insan yang unggul. Terdapat satu kajian ilmiah di Universiti Malaya yang hanya menyentuh berkaitan pembangunan insan iaitu Pembangunan Insan : Kajian Perbandingan antara al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Muhd Rusli Hussain 2003). Kajian ini hanya mengupas perbandingan pandangan dan perincian perbahasan aspek pembangunan insan yang digagaskan oleh Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Selain itu, terdapat kajian yang dilakukan oleh Nurullah Kurt (1997) iaitu Manhaj al-Quran fi bina’ al-Ummah (Dirasah Mawdhu’iyyah fi surah al-Nisa’) lebih memfokuskan kaedah pembinaan ummah berdasarkan manhaj al-Qur’an dalam surah al-Nisa’ sahaja. Manakala kajian yang dilakukan oleh Armen Mukhtar (1998) di bawah tajuk Konsep Pendidikan dalam al-Qur’an pula menjurus kepada ruang lingkup perbincangan aspek-aspek pendidikan dalam al-Qur’an khususnya bagi mendidik dan mentarbiyah manusia mengikut acuan al-Qur’an.
Justeru, keunggulan mukjizat al-Qur’an telah mengajak manusia berusaha mentadabbur makna sebenar setiap kalimah yang terkandung dalam al-Qur’an khususnya dalam usaha memberi kefahaman tentang apakah erti kejayaan yang sebenar yang perlu dicapai oleh setiap manusia yang ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Atas dasar kepentingan inilah membawa kepada pengkajian dan perbahasan mendalam yang akan dijalankan khususnya merujuk konsep al-Falah dan al-Fauz dalam al-Qur’an dan kehujahannya dalam al-Sunnah sebagai mengakui Rasullullah s.a.w sebagai pentafsir utama kitab suci al-Qur’an yang mulia. Sebagai perunding motivasi muda yang turut mengambil peluang menimba pengalaman dan ilmu daripada pakar motivasi negara Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, penulis turut meletakkan sasaran bahawa hasil kajian ini mampu menjadi satu petanda aras kepada pembentukan modul-modul pembangunan modal insan yang berpaksikan rujukan utama peninggalan Rasulullah s.a.w iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Keberhasilan kajian ini akan membuka jalan ke arah pembentukan modul khusus berkaitan pembangunan modal insan yang unggul yang menepati kehendak al-Qur’an dan al-Sunnah bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah menakluk dua pertiga dunia bahkan kajian akan diperincikan dalam kajian ilmiah penulis di peringkat doktor falsafah . Semoga usaha murni ini mendapat restu dan petunjuk Allah s.w.t sebagai Pencipta kita dan mampu mengajak manusia kembali kepada fitrah kejadian yang suci..
Labels: Tesis Sarjana Anis Syuhada

Mestila comel..anak saudara Makde ni..Rindunye kat Izzah..
ni la anak kak Intan Syahida..akak yang paling istimewa dalam hidup saya..
Sweet Memory 2001-2010...hingga ke syurga...
Labels: Izzah Hayati

